Ahad, 1 Julai 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Dr. Mursi: Rakyat Pemilik Kekuasaan Tertinggi

Posted: 01 Jul 2012 12:32 AM PDT

Peristiwa bersejarah kembali terjadi di Medan Tahrir, kali ini adalah kehadiran presiden baru Mesir pilihan rakyat, Dr. Muhammad Mursi, pada hari Jumaat lalu 29 Jun 2012.

Pesiden hadir menemui jutaan rakyat di Tahrir Square kerana dengan perjuangan merekalah dirinya terpilih menjadi presiden Mesir pasca revolusi 25 Januari 2011. Kerana itu beliau akan bekerja dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan keinginan rakyat Mesir dan melaksanakan tuntutan-tuntutan mereka.

Beliau menyokong usaha untuk meneruskan revolusi di jalan-jalan di seluruh Mesir akan tetapi dengan jalan damai yang tidak mengganggu produktiviti dan kerja masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa semua institusi pemerintahan akan bekerja untuk mewujudkan tuntutan revolusi.

Di awal ucapannya beliau menyampaikan penghormatan kepada mereka yang tercedera dan keluarga para syuhada revolusi dan beliau kembali menegaskan komitmennya untuk mewujudkan hak-hak para syuhada dan mereka yang tercedera.

"Rakyat Mesir, askar, polis, pemerintah dan tokoh Mesir baik di dalam dan di luar Mesir mendengarkan seruan kamu semua; "Seruan, Tidak ada kekuasaan di atas kekuasaan rakyat ini"

Ketika beliau hendak meninggalkan panggung di Tahrir Square dan mendekati para aktivis revolusi beliau menyeru: "Kalian semua adalah pemilik kekuasaan. Kalian beri kekuasaan itu kepada siapa saja yang kalian kehendaki dan begitu juga kalian cabut kekuasaan itu dari siapa saja yang kalian kehendaki."

Presiden baru Mesir ini juga berjanji akan membebaskan semua tahanan politik dan menyelesaikan keadilan untuk orang awam dengan pihak tentera yang selama ini sering terjadi. Beliau juga berjanji mulai hari esok beliau akan bekerja dengan sepenuh kekuatan untuk membebaskan tahanan politik, termasuk yang menjadi prioriti adalah, Syaikh Umar Abdur Rahman yang di penjara di AS semenjak tahun tujuh puluhan silam.

Beliau juga menyinggung bahwa dirinya tidak takut dengan siapapun kecuali hanya takut kepada Allah swt. "Saya datang ke sini tidak memakai baju anti peluru. Kerana saya yakin kepada Allah dan kepada kalian semua. Tidak ada yang berhak ditakuti kecuali hanya Allah swt."

Gambar Presiden Baru Mesir yang secara tiba-tiba meleraikan pimpinan tangan anggota tentera yang menjadi "perisainya" bagi melindungi keselamatannya sambil mengatakan bahawa beliau tidak memerlukan pertolongan sesiapa kerana yakin dengan pertolongan Allah dan Perisainya adalah Allah SWT dan hidup matinya telah ditentukan oleh Allah swt... Allahu Akbar!!!



[VIDEO] Mat Sabu: Kalau Pilihanraya Akan Datang Tak Tipu, Putrajaya Kita Punya

Posted: 30 Jun 2012 10:05 PM PDT



Di zaman Najib menjadi PM, banyak hal terbongkar dan banyak skrip filem belum siap. Diantaranya ialah "filem Altantuya". Dua orang polis disahkan telah membunuh Altantuya, tetapi siapakah yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan itu? Tergantung.

Maka sebab itu kata Abang Mat, kita perlu takluk Putrajaya untuk kita lengkapkan sebahagian lagi filem yang tidak siap itu.

Jom tonton:



Najib Belum Terima Mandat Terajui Negara - Ulasan GB

Posted: 30 Jun 2012 08:03 PM PDT

Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.

"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.

Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

"Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.

Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008. -HD


Ulasan GB

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.

[BERGAMBAR] Fitnah UMNO BN Makan Diri, PAS Terus Diterima Masyarakat Bukan Islam!

Posted: 30 Jun 2012 05:26 PM PDT


Sudah hampir 5 tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan dan kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan usaha pihak UMNO BN menakut-nakut kaum bukan Islam terhadap PAS, malah sambutan bukan Islam terhadap PAS semakin hari semakin nyata.

Hukum kebenaran & keadilan menetapkan yang dengki dan khianat akan kembali kepada yang berdengki dan yang mengkhianat itu sendiri. Lagi dihentam lagi difitnah PAS ini oleh UMNO BN, lagi ramai yang menyokong PAS. Dan lebih ramai menjauhkan diri dari UMNO BN.

Satu kejayaan besar daripada Lajnah Perpaduan Nasional PAS (yang diketuai oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa) yang telah mengilhamkan gagasan PAS For All sejak ia dilancarkan pada tahun 2007.

Kini masyarakat bukan Islam tidak segan silu memegang, menayangkan malah ada yang membalut badan mereka dengan bendera PAS!

Gambar-gambar di bawah bukti nyata PAS kini sudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.



















Najib Sama Dengan Hosni Mubarak

Posted: 30 Jun 2012 08:35 AM PDT


Gambar di atas menceritakan segala2 nya... Mungkin kebetulan atau realitinya macam itu..

Dr Muhammad Mursi sudah menampak kelainan dimana kalimah Allah yang Maha Agung sudah menggantikan tempat gambar PM Mesir di dinding pejabatnya.

Sikap dan gaya kepimpinpinan PM Malaysia nampaknya saling tak tumpah dengan bekas PM Mesir Hosni Mubarak yang kini menghadapi hukum penjara seumur hidup. Najib juga bakal menuruti nasib Mubarak?

Dengan kebobrokan kepimpinan Najib, kemungkinan itu nampaknya tidak dapat ditolak!
Biarkan hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

Mukhriz Ditatang, Marina Ditentang

Posted: 30 Jun 2012 05:40 AM PDT

Mahathir mahu Marina jauhi Bersih 2.0

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

"Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

"Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya," katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

"Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,"
katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

"Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong," katanya. -SH

Marina dan Ambiga 'bertambat bulu'

Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. Mahathir begitu sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.

Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus. Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap 'anti establishment' dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan BN sekarang ini.

Tetapi jika Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Mahathir kerana beliau sepatutnya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang di perjuangkan oleh

Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.

Tetapi nampaknya Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangka kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan kepada pejuang reformasi pilihanraya itu.

Bagi Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau. Bagi Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika UMNO menurunkan anak emasnya itu bertanding
disalah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu.

Warisan politik

Niat Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Mahathir yang beliau membuat 'bising' sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau.

Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri.

Itulah sebabnya Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang dari undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu. Yang Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu.

Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih diantara kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.

Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul akhirnya.

Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik dengan Ambiga yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang 'bertambat bulu'. Itu kata orang tua -tua dahulu.
-aspanalias


Ulasan GB

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,"
katanya.


Mahathir hanya memikirkan nasib Mukhriz dan sanggup meminta anaknya yang lain terutama Marina supaya mempertimbangkan nasib abangnya itu.

Mengapa tidak di sebaliknya?

Semata-mata kerana Mahathir seorang politikus, maka anak yang mencebur diri di bidang politik perlu diberikan perhatian dan ditatang, sedangkan anak yang lain yang menceburkan diri di dalam NGO akan ditentang?

Tiada ulasan: