Ahad, 1 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PANAS - Umno Sabah Hampir Karam.. Najib Bergegas Ke Sabah

Posted: 30 Jun 2012 11:39 PM PDT

Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang Dipertua Agong, Raja Nazri Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain.

Kalau mengikut hukum Najib bukan lagi harus tetapi wajib kena menghadirinya kerana tidak manis majlis dihadiri raja-raja Najib 'pulaukan'. Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.


Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Handzalah, Shafei Afdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabree Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.

Ekoran tindakan mengejut Najib itu, tuan rumah katanya menjadi kelam kabut. Pejabat korporat berkenaan kini sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengatasi masalah. Para pengurus dan pegawai korporat berkenaan sedang mengenal pasti vvip untuk menjadi pengganti kekosongan ditinggalkan Najib dan menteri. Beberapa vvip lain yang sebelum ini dicicirkan dari jemputan ekseklusif itu dikatakan dikenal pasti untuk menjadi 'kuda terbang' memenuhi kerusi-kerusi vvip termasuk Najib yang tidak dapat hadir nanti.

Ke mana Najib dan mengapa? Tentulah ada sebab besar maka beliau terpaksa mengambil tindakan itu. Kalau tidak besar Najib tidak akan tergamak memoteng majlis bertaraf 10 star itu yang mana di dalamnya hadir sama beberapa orang raja dan sultan. Tentu masalahnya besar. Najib seelokknya tunda dari tidak hadir majlis itu. Tetapi kalau malam ini Najib tetap juga tidak hadir tentulah beliau kini dalam keadaan gunda gulana bak orang kata sudah tercabut kain dibadan.

Satu sumber yang memberi tahu saya di hujung Subuh tadi, malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri bawah bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.

Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Puak-puak yang anti Musa Aman dan tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - mati pucuk dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai.

(Saya masih belum mendapat makulumat dari Sabah berapa ramai ahli Umno bertaraf pemimpin akan keluar parti).

Masalah atau isu besar kenapa Musa ditentang di Sabah ialah apabila Musa telah menyenaraikan 26 orang orang-orangnya untuk menjadi calon. Musa mahu memastikan selepas pilihan nanti kalau UBN menang dia terus menjadi Ketua Menteri. Katanya sekiranya Najib akur dengan nama-nama yang disenaraikan secara peribadi, Musa nakan menanggung semua kos pilihan raya di Sabah dan termasuk sebahagian perbelanjaan untuk Semenanjung.

Inilah masalah yang membelenggu Najib. Walaupun notis ini sudah lama diberikan Musa tetapi Najib tidak mampu membuat keputusan dan berkata tegas dalam hal ini. Pasti dalam pertemuan tertutup malam ini ia akan menentukan apakah tawaran Musa itu diterima atau ditolak. Bagi Najib keadaan ini sungguh menganggu fikirannnya. Kalau ia menerima tawaran Musa, beliau akan menyaksikan perpecahan hebat dalam Umno Sabah. Sebaliknya kalau beliau mengenepikan Musa, masalah dan celeka yang sama juga akan menerpa ke atas kepalanya.

Sehubungan itu pertemuan Najib dengan pemimpin Umno di Sabah malam ini juga ada kena mengena dengan pembubaran Parlimen.

Laporan lanjut akan menyusul./~tintamerahMSO


Tamrin Ghafar Diugut Akan Diaibkan Sama Seperti Anwar Dan Azmin

Posted: 30 Jun 2012 10:03 PM PDT

Tamrim Tidak Pedulikan Ugutan...

Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan gelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrin untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.

Dua tiga hari lepas Tamrin telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyadarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrin tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan.


Baru sekejap saya menghubungi Tamrin untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrim yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak.

"Iya hari ini genap tempoh yang diberikan kepada saya, tetapi InsyaAllah saya akan meneruskan hajat saya kerana saya yakin apa yang saya buat kini adalah terbaik dan berada di jalan benar - Marditillah," katanya.

Menurutnya pendirian beliau terhadap ancaman itu sudah dijelaskan dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini termasuk di Johor Baharu kelmarin. Katanya saya akan tetap dengan apa yang saya lakukan sekarangh ini kerana Umno jahat. Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga teena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." tegasnya.

Tegasnya beliau juga berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu.

Sehubungan itu bila saya ajukan apakah beliau berniat untuk bertanding atas tikit Pas, cepat beliau mengelak dengan berkata; "Sayuti saya tidak fikir itu, bagai saya wakil rakyat sudah berlalu... lagi pun saya pernah berada dalam Parlien. Yang peting macam mana saya dapat menyumbang sisa-sisa usia ini untuk membantu Islam khasnya Pas."

Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrim tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam.

Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional.

Tamrim yang juga bekas Exco Pemuda Umno dizaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri.

Jelasnya juga rakyat hari ini tidak dapat menyembunyikan apa yang berlaku dan beliau bersama rakan Umno yang insaf hanya mengesahkan saja kerana kebetulan beliau adalah saksi hidup yang tahu mengenai sebahagian besar kesalahan dan kemungkaran pemimpin Umno termasuk Najib.

Malam ini Tamrim akan berceramah di parlimern Pasir Mas bersam Abby Abadi dan Mohd Sabree Shafee iaini rakan baik Inchek Ibrahim Ali. Sudah tentu apa yang bakal diperkatakan Tamrim khususnya ulasan mengenai ahli parlimen bebas itu yang rapat dengannya dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pasir Mas. Dan jangan lupa dengar apa persepsi Sabree terhadap Inchek Ibrahim Ali... apakah dia mencela atau pun masih memberi muka. [wm.kl.12:08 t/hari 01/07/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/07/tamrim-tidak-pedulikan-ugutan.html


Himpunan Hijau Terengganu - Terbukti Anak Muda Telah Tolak Pas

Posted: 30 Jun 2012 08:20 PM PDT

Jelas sekali anak-anak muda tolak PAS dan dakap perjuangan UMNO/BN

Himpunan Hijau Peringkat Negeri Terengganu langsung tidak mendapat sambutan dikalangan anak-anak muda tempatan.

Himpunan itu gagal untuk memikat dan menambat hati dan jiwa anak-anak muda.

Program tersebut ternyata gagal.. lengang, hambar dan sunyi sepi kena boikot.

Mereka cukup yakin dengan apa yang diperkatakan oleh para pemimpin UMNO Terengganu yang PAS pembawa ajaran sesat.

Ini bukan cerita kosong.. Kalau tak caya sila lihat gambar-gambar yang dirakam semasa Program Xpresi Anak Muda Terengganu.















OOPPPSS...ADMIN DAH TERSALAH LOAD GAMBAR....INGATKAN GAMBAR-GAMBAR INI PROGRAM ANAK MUDA BERSAMA UMNO.. HEHEHE...

http://omakkau.blogspot.com/2012/07/bukti-bergambar-anak-anak-muda-tolak.html


Samseng Perkasa Dakwa Diserang Rakan Sendiri Dari Belakang

Posted: 30 Jun 2012 06:08 PM PDT

Hahaha.. Samseng ni menangis kerana dikilas tangannya oleh seseorang yang didakwa dari 'pembangkang'. Yang semua orang tahu 'pembangkang di Pulau Pinang ialah umno/bn... Kesimpulan yang dapat dibuat ialah samseng taik kucing ini telah menangis teresak-esak akibat diserang dari belakang oleh kawan-kawannya sendiri dari parti umno/bn (parti pembangkang Pulau Pinang).. Padan Muka..hehehe...

PERHIMPUNAN aman Perkasa bertukar kecoh apabila salah seorang daripada anggota mereka didakwa diserang dari belakang oleh ahli parti pembangkang di hadapan kompleks MPPP, Teluk Bahang, Pulau Pinang, semalam.





Himpunan Lynas Melanggar Syarak - Mufti Pahang

Posted: 30 Jun 2012 04:52 PM PDT

KUANTAN, 1 Julai - Ramai pemimpin Pakatan Rakyat keliru dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang mengingatkan masyarakat Islam di negeri ini supaya tidak menyertai perhimpunan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Bukankah menjaga nyawa dan keselamatan diri adalah tuntutan Islam (syariat), maka kenapa Mufti Pahang boleh berkata begitu. Sebab itu rakyat menentang kerana ia (Lynas) boleh membahayakan nyawa dan keselamatan masyarakat Islam. Bukankah dalam Islam itu perjuangan memelihara nyawa itu perjuangan yang paling agung dan tinggi di sisi Allah. Maka menentang projek berbahaya yang boleh membahayakan nyawa itu adalah menurut syariat Islam", kata Razali Alias (foto).


Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Pahang, terkejut apabila seorang tokoh agama yang bergelar Mufti boleh keluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Mufti Pahang dilihat telah keluarkan kenyataan yang jelas berbaur politik dan sengaja mahu menjaga periuk nasi beliau sebenarnya. Jika dakwaan menjaga keselamatan dan nyawa itu boleh melanggar hukum syarak, makanya apa pula hukum apabila Mufti menutup mata dan membenarkan kerajaan menganjurkan acara hiburan maksiat di negeri ini", tegas Razali.


Kenyataan Mufti Pahang yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam

[Laporan Sinar Harian Pahang dipetik, Mufti tersebut kelmarin meminta golongan itu memahami keadaan sebenar yang berlaku dan tidak mudah terpengaruh dengan ajakan kumpulan tertentu. "Perhimpunan yang menyebabkan gangguan kepada awam boleh menyebabkan perpecahan kepada kita sedangkan ramai yang mahu keadaan aman dan damai," katanya ketika ditemui selepas Program Halaqah Ilmu anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, di sini. Beliau berkata, mereka boleh berhimpun tetapi memastikan masih di bawah hukum syarak dan dibolehkan dalam Islam. Abdul Rahman sebelum ini pernah mengingatkan umum bahawa perhimpunan dilarang dalam Islam jika boleh memecahbelahkan umat. Kenyataan beliau itu berikutan ada dakwaan kumpulan NGO anti Lynas Perhimpunan Hijau yang mahu mengadakan perhimpunan di depan Pelabuhan Kuantan di Gebeng untuk halang kemasukan bahan mentah itu].

- Pahangdaily


Anwar Disambut 'Meriah' Di Sungai Petani

Posted: 30 Jun 2012 07:06 AM PDT

SUNGAI PETANI - Pelbagai kejutan dilakukan ketika menyambut ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke sini malam tadi.

Sebaik tiba, penari yang meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.
Anwar secara spontan dilihat terus menggoyangkan badan mengikut alunan muzik, sama seperti penari yang meniru gaya dan perwatakan MGR.


Beliau kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu berakhir.

Tiga wanita yang mewakili kaum ibu dari bangsa Melayu, Cina dan India kemudian diberi penghormatan menyatakan sokongan kepada Anwar dengan memakaikannya kalungan bunga.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Anwar memulakan ucapan di pentas utama, kedengaran bunyi mercun yang dilepaskan bertubi-tubi ke udara, menimbulkan suasana riuh dan bising.

Gangguan itu berlaku dalam jarak kurang 100 meter dari pentas utama itu menyebabkan pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan pemimpin berkenaan tidak senang duduk dan naik marah.

Tiada pihak yang mengaku terlibat dalam insiden berkenaan sebelum berlaku pergaduhan kecil, yang berjaya dileraikan.

Anwar yang meneruskan ucapan walaupun diganggu berkata, beliau mahu menang dengan bersih dalam pilihan raya akan datang tanpa melibatkan politik kotor sama ada rasuah, zalim dan tindas-menindas antara satu sama lain.

Beliau turut menegaskanbahawA jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah dalam pilihan raya umum akan datang, wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dimansuhkan.

"Ini bukan mainan politik tetapi hasrat yang akan diusahakan jika kita menang," katanya dalam Siri Jelajah DSAI ke Kedah di Taman Ria Jaya di sini.

Dalam pada itu, belum sempat Anwar melangkah turun untuk pulang, seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol terus meluru naik ke pentas dan menari bersama Anwar yang ketika itu dilihat mengikut alunan muzik MGR bersama pemimpin lain.

Bagaimanapun, tindakan pantas penganjur berjaya menghalang lelaki itu dari terus mendekati Anwar yang sedang bersalaman dengan penyokong sebelum bersurai.


Ust Fathul Bari VS Dr Maza - CARA MENEGUR PEMIMPIN

Posted: 30 Jun 2012 05:38 AM PDT


Mahathir Kesal Tindakan Marina Jejaskan Peluang Mukhriz Jadi MB Kedah

Posted: 30 Jun 2012 04:50 AM PDT

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.


"Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

"Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya," katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

"Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya," katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

"Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong," katanya. -SH


Rafizi: Jawapan PM isu LRT kukuhkan spekulasi

Posted: 30 Jun 2012 01:47 AM PDT

Jawapan perdana menteri bahawa projek sambungan LRT Ampang mengikut peraturan, tanpa menafikan pemberian tender kepada Konsortium George Kent, mengukuhkan spekulasi beliau melanggar keputusan penilaian bidaan, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu mengesahkan kontrak itu telah dianugerahkan kepada konsortium itu seperti disyaki banyak pihak.

"Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Najib wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent, kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau dalam proses pemilihan kontraktor," katanya.


Najib malam tadi ketika ditanya pemberita berkata, tiada apa-apa yang luar biasa dalam penganugerahan projek kerja-kerja sambungan projek bernilai lebih RM1 bilion itu kerana semuanya menurut aturan.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, beliau dimaklumkan sumber dalaman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak itu dari pejabat Prasarana semalam.

Kesimpulan itu juga dibuatnya ekoran Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar didakwa tidak menafikan perkara itu melalui komunikasi dengannya di laman blog mikro Twitter berhubung isu itu.

Twitter yang dirujuk itu menyebut Shahril sebagai menulis: "Fizi (Rafizi), there was no such thing as 'rampas'. Just let them do their job.

(Fizi, tiada sama sekali apa yang dikatakan 'rampas'. Biar mereka buat kerja mereka.)

Malaysiakini semalam melaporkan SPRM datang ke pejabat syarikat pengangkutan nasional Syarikat Prasarana Negara Bhd sekoran dakwaan Rafizi terhadap campur tangan Najib dalam projek itu.

Menurut sumber, mereka tiba selepas jam 4 petang. Pegawai Prasarana bagaimanapun menafikan ia satu serbuan.

Sementara itu, Rafizi terus mendakwa, salah satu dokumen yang diambil adalah kertas rasmi yang membuktikan Prasarana memulangkan kembali bon tender kepada George Kent kerana kumpulan itu dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak awal.

Justeru, katanya, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak itu kepada George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterimapakai.

Rafizi juga menyeru Shahril mengesahkan dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi baru.

Rafizi sebelum ini mendakwa projek itu sepatutnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) tetapi atas campur tangan Najib, ia jatuh ke tangan George Kent.

http://www.malaysiakini.com/news/202367


Tiada ulasan: