Ahad, 8 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Suasana Mesyuarat Tertinggi PAS. Mesyuarat Umno?

Posted: 08 Jul 2012 06:00 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/522000_10150930598192312_1991844288_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/557858_10150930588662312_2069295800_n.jpg

YAB Tuan Guru Al Mursyidul Am, Tuan Guru Timb Al Mursyidul Am, Yb Tuan Guru Presiden, Ust Nik Zawawi Salleh dan Ust Syed Abd Kader al Jofree

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ4vH1aQ9LfMX0s8wGqsWi5ojh437ty6xKjF1TPpPaAFD5rnCa_0u56zXiXlzroCQEQjlF9LSXnIDt6kYXbicL1etRX-Z0nfg7zkL80Sdy2tmynBf6VdJ7AJrhZrg0FUd2m8CxZcK_qGjF/s1600/397351_369233929769028_115623478463409_1486755_2053634631_n.jpg
Mesyuarat Tertinggi Umno

Ada beza?


Masihkah kita mengatakan Parti PAS sesat?

YB Zul Kuala Selangor Jawab Tuduhan Lokman Adam

Posted: 08 Jul 2012 08:23 AM PDT

Lokman terkedu?

Dr Zul jawab balik tuduhan Lokman Adam yang cakap apa yang kerajaan PR buat setelah berkuasa dalam negeri yang dipimpin.

Nak bercakap pikir dulu beb!

Debat Guan Eng-Soi Lek II: MCA tiada hujah bernas?

Posted: 08 Jul 2012 08:10 AM PDT


PETALING JAYA, 8 JULAI: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mendedahkan kegagalan MCA untuk melaksanakan dasar yang baik bagi masyarakat Malaysia amnya dan kaum Cina khususnya kerana terikat dengan politik kaum yang semakin tidak relevan di tanah air.

Berikut adalah beberapa isu utama yang dibangkitkan oleh Guan Eng, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, sewaktu debat di antara beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang diadakan di Sunway Convention Centre di sini hari ini.

1. Najib perlu berani berdebat dengan Anwar

"Kita berkumpul di sini untuk menentukan dasar parti manakah yang lebih boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Seharusnya, satu perbahasan patut diadakan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malangnya Perdana Menteri enggan berbahas dengan Anwar. Adakah Najib enggan berbahas dengan Anwar kerana beliau bimbang selepas perbahasan, rakyat akan membuat pernilaian bahawa Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia?"

2. MCA tidak layak bercakap tentang dasar negara

"Malah, MCA tidak layak untuk berada di sini untuk bercakap soal dasar kerana bukan MCA yang menentukan dasar, tetapi UMNO yang menentukan dasar. MCA hanya mengaku bercakap bagi kaum Cina. Ia berbeza dengan DAP. DAP bersuara untuk semua orang Malaysia: Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, kerana kita semua rakyat Malaysia, bukan macam MCA, yang kononnya mahu mewakili orang Cina sahaja.

"Mengapakah mesti kita terus dipecahbelahkan mengikut kaum dan agama? Inilah kejayaan terbesar UMNO. Mereka mahu kita takut satu sama lain supaya BN boleh terus merompak harta dan kekayaan Malaysia. Tengoklah skandal lembu dan kondo. Pak cik yang ternak lembu sepanjang masa tidak dapat pinjaman berjuta-juta ringgit, tapi keluarga menteri yang tak pernah ternak lembu boleh mendapat pinjaman RM250 juta. Jangan-jangan orang Singapura yang ada banyak kondo nak datang ke Malaysia belajar macam mana ternak lembu di kondo.

"Skandal PKFZ sebanyak RM12.5 bilion telah melibatkan pemimpin tertinggi MCA tetapi ahli politik yang aktif tidak dibawa ke mahkamah. Skandal ini juga ditulis dalam satu buku PKFZ: A Nation's Trust Betrayed oleh seorang bekas ADUN MCA sendiri. Semua skandal ini MCA tidak bersuara tetapi sokong buta sahaja."

3. DAP berjuang untuk semua kaum

"Kita harus bersatupadu sebagai anak Malaysia. Kalau kita terus dipecahbelahkan, hanya kroni-kroni dan orang-orang ataslah yang untung. Kalau kita bersatupadu, baru dapatlah kita semua menikmati hasil kejayaan ekonomi Malaysia. Mengapakah hanya pemimpin Melayu yang boleh membela hak orang Melayu, hanya pemimpin Cina yang boleh membela hak orang Cina? Tibalah masanya untuk pemimpin-pemimpin membela hak semua rakyat Malaysia dan membantu satu sama lain."

4. Kerajaan yang bersih

"DAP percaya bahawa kerajaan yang bersih dapat berfungsi lebih baik daripada kerajaan yang korup. Kerajaan yang bersih memerlukan tender terbuka, kontrak terbuka, kebebasan maklumat dan pengisytiharan harta perdana menteri, menteri, menteri besar dan ketua menteri. Mengapa kerajaan pusat tidak mengikut contoh kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah mengisytiharkan aset kepada umum? Adakah kerana para pemimpin BN mempunyai terlalu banyak aset untuk disembunyikan?"

5. Kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang

"Kejayaan sebuah kerajaan yang bersih terserlah di kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Di Pulau Pinang, kita telah mencatatkan lebihan bajet setiap tahun walaupun perbelanjaan Kerajaan Negeri dinaikkan sebanyak 55%. Kita membuat jalan, longkang, rumah mampu milik dan taman hijau.

"Berbanding dengan hutang Kerajaan Persekutuan yang naik ke RM480 bilion pada 31 Mac 2012, beban hutang Negeri pula dikurangkan sebanyak 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta, yang merupakan lagi satu rekod dalam sejarah Malaysia.

"Ini membolehkan wang bantuan diberikan kepada warga emas, ibu-bapa dan pelajar-pelajar sekolah dan IPTA, ibutunggal dan OKU. Semua sekolah pelbagai aliran diberikan peruntukan setiap tahun, dan bukan lima tahun sekali atau lima puluh tahun sekali, seperti BR1M RM500, yang menimbulkan soalan macam mana seorang datuk MCA dari Pahang pun boleh menerima RM500 yang diberikan kepada keluarga susah.

"Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang menghapuskan kemiskinan tegar dan kita akan menjadi negeri pertama yang menghapuskan kemiskinan sama sekali menjelang 2015. Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang memberikan WiFi percuma kepada rakyat di tempat-tempat awam di Pulau Pinang.

"Ada mereka yang telah mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat melaksanakan tender terbuka, maka orang Melayu akan rugi. Tetapi di Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, 70% daripada tender-tender terbuka telah dimenangi oleh kontraktor Melayu yang berkeupayaan. Ini membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing. Sebenarnya, yang tidak berguna hanyalah kontraktor dan kroni UMNO dan BN."

6. Hentikan kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan

"Mari kita ambil kembali hak kita daripada kroni-kroni BN dengan menghapuskan tol Lebih Raya Utara-Selatan dan menarik balik subsidi yang diberi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP). Kita juga tidak boleh lagi membiarkan salah guna kuasa di mana rakyat Malaysia mati sewaktu dalam tahanan, seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbaini dan A. Kugan. Kita mesti tubuhkan IPCMC untuk menghentikan kejadian seperti ini. Kita tidak boleh lagi membiarkan kaum wanita sentiasa takut untuk berjalan-jalan dan meletakkan kenderaan dengan penuh ketakutan. Kita tidak boleh menerima lagi dasar yang meletakkan untung lebih utama daripada kesihatan dan nyawa rakyat. Mari kita tutup loji nadir bumi Lynas di Kuantan dan menghentikan pembinaan loji nuklear yang dicadangkan oleh BN."

7. Jangan pinggirkan hak rakyat di Sabah dan Sarawak

"Jangan dibiarkan rakyat Sabah menjadi orang asing di bumi sendiri di mana pendatang asing tanpa izin diberi kerakyatan. Kita perlu ada suruhanjaya diraja untuk menghapuskan masalah ini. Jangan dinafikan hak Sabah dan Sarawak untuk menikmati hasil sumber alam sendiri yang hanya diberi 5% royalti minyak. Kita patut tambah royalti kepada Sabah dan Sarawak menjadi 20%."

8. Hak untuk semua

"Kita tidak boleh lagi menerima manipulasi dan pecah perintah rakyat mengikut kaum dan agama. Kita perlu bersatu atas prinsip-prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi. Kita mesti pastikan rakyat dari kaum minoriti seperti Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersama Bersih, yang diugut, diancam dan diganggu kerana beliau adalah dari kaum India, beragama Hindu dan seorang wanita."

9. Kaum bukan faktor perpecahan tetapi politik perkauman BN perlu ditentang

"Sekiranya Pakatan Rakyat menang, calon yang paling layak akan menjadi Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS, PKR dan DAP telah pun bersetuju hal ini. Jangan kita biarkan Barisan Nasional terus memperalatkan isu perkauman anti-bukan-Melayu hanya untuk mengekalkan kuasa. Adakah ini menguntungkan rakyat apabila BN tak mahu jawab mana pergi RM52 bilion saham yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan bumiputera miskin?

"Barisan Nasional akan menggunakan perkauman untuk menakutkan kita kerana mereka sudah tiada isu lagi. Jangan kita menakutkan diri sendiri dan terus menyokong sebuah kerajaan yang bersifat kroni dan rasuah. Hanya dengan perubahan kepada ketuanan rakyat dan bukan ketuanan UMNO barulah kita boleh bebaskan diri daripada rasuah dan hidup bermaruah.

10. Inikah jasa MCA?

"Adakah Menteri Pengangkutan telah menjalankan tugasnya untuk memastikan semua lapangan terbang dan pelabuhan kita diuruskan dengan baik? Mengapa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah 3 kali dilewatkan pembinaannya? Mengapa Pelabuhan Pulau Pinang mahu diturunkan taraf kepada pelabuhan pengantara sahaja dan diswastakan pula pihak ketiga yang akan memangsakan rakyat di negeri Pulau Pinang? Mengapa tidak ada rundingan dengan rakyat di Pulau Pinang? Sebaliknya, Menteri Pengangkutan lebih berminat dengan nombor plet kereta, terutamanya plet yang bernombor WWW 15.

"Menteri Pelancongan pula merasakan tidak ada salahnya untuk membelanjakan RM1.8 juta untuk membuat Facebook sedangkan kita semua tahu itu boleh dilakukan dengan percuma!"

"Menteri Kesihatan mahu mengswastakan perkhidmatan kesihatan dan harga ubat pula akan menjadi mahal dengan membelinya dari orang tengah. Sedangkan kita semua tahu ia boleh dibeli terus daripada pembuatnya dengan harga yang lebih murah, dan ada antara mereka yang beroperasi di Malaysia. Mengapa terjadi begini?"

"Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula menghalang usaha kita mahu menghidupkan kembali pilihan raya kerajaan tempatan, justeru menafikan hak rakyat Malaysia untuk memilih sendiri wakil ahli majlis dan datuk bandar kita."

Mahu ke mana BN?

Apabila soalan daripada Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ditujukan kepada Guan Eng, beliau turut mengakui berlaku "ketirisan" RM26 bilion, menyebabkan Guan Eng member reaksi: "Inilah kali pertama saya mendengar seorang menteri mengakui bahawa korupsi dalam kerajaan telah mengakibatkan kerugian RM26 bilion!"

Guan Eng juga menjelaskan kerajaan negeri Pulau Pinang telah membina 3,000 unit rumah mampu milik sejak 2008 melalui PDC dan akan membinca 18,000 unit lagi tidak lama lagi.

Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang juga menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan terpaksa mewarisi masalah dan kelemahan kerajaan BN dahulu, termasuk membayar hutang tertunggak.

Malah, katanya, laporan media kononnya kerajaan Pakatan telah merosakkan bukit-bukit di Pulau Pinang adalah tidak benar, terutama menyedari hakikat bahawa media massa dikawal oleh UMNO-BN.

Apabila Guan Eng bertanya kepada hadirin, "Siapa yang menguasai akhbar The Star (yang melaporkan bukit-bukit telah dirosakkan di Pulau Pinang)?", ratusan suara bergema: "MCA!".

Setiausaha Agung DAP itu turut mengingatkan rakyat bahawa jika "kita berjaya hapuskan korupsi, BN akan musnah. Jika kita tidak hapuskan korupsi, Malaysia akan musnah." – Roketkini.com

Lebih 100 ahli Umno, SAPP sertai KEADILAN di Sabah

Posted: 08 Jul 2012 07:21 AM PDT


Jul 8 2012 / Keadilan Daily
(Masdar Wahid)

SABAH 8 Julai: Lebih 100 ahli Umno dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik.

Semua borang penyertaan itum katanya diserah seorang pimpinan Umno Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.

"Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri ini sudah bersedia menukar kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.

Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan DAP Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai kaum.

Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program bagi memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan membantu kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Umno BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap perkataan lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Pusingan kedua debat Lim, Chua

Posted: 08 Jul 2012 03:50 AM PDT

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/496/300x214x34397c1e5ef65bc49481e42f49a2b6ee.jpg.pagespeed.ic.AiTuv97lP4.jpg

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersemuka dalam debat pusingan kedua petang ini dengan tajuk 'Debat 2.0 DAP dan MCA: Dasar siapa memberi lebih manfaat kepada negara?'

Perdebatan hari ini diuar-uarkan sebagai wadah untuk pemimpin berkenaan mengulas isu pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, perkhidmatan komuniti, perpaduan nasional, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

Dikendalikan dalam bahasa Inggeris, ia akan berlangsung selama dua jam - lebih lama berbanding waktu yang diperuntukkan semasa perdebatan pusingan pertama dalam bahasa Mandarin pada 18 Februari.

Debat kali ini akan disiarkan secara tertunda pada jam 11 malam melalui saluran Astro Awani dan Astro AEC dengan sari kata Melayu dan Mandarin.

Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) yang bertindak sebagai penganjur menjelaskan langkah itu diambil untuk membolehkan lebih ramai orang menontonnya pada malam hari.

LAPORAN LANGSUNG

4.30pm: Pusingan kedua perdebatan Lim-Chua tamat denga dengan seorang penyokong MCA melaungkan "Xiao Hong" - nama panggilan wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Lim.

Penyokong DAP membalas dengan melaungkan "CD" yang merujuk kepada skandal rakaman video seks Chua.
lim chua debate 0807124.00PM: Dalam ucapan penggulungannya, Chua menyebut tentang kejayaan penyenaraian Felda.


"Pasaran saham kita terus melonjak naik di kala pasaran dunia suram," kata Chua disambut ketawa sinis penyokong DAP.

Chua turut mengambil kesempatan membidas slogan "Ubah" yang digunakan DAP dalam ucapannya.

"Apa itu ubah? Ubah bererti ubah dari keraajaan berasaskan konsensus kepada kerajaan DAP, PKR dan PAS yang tidak mampu pun untuk bersetuju tentang logo dan bila mahu mendaftarkan

"Slogan anda sepatutnya bukan ubah, tetapi 'rampasan kuasa didahulukan, pentadbiran huru-hara diutamakan'.

"Ubah kerajaan juga bermaksud ubah untuk 'song' (sedap-sedap), tetapi tiada apa-apa dibuat," kata Chua.

"Adakah anda sedar 2008 ke tahun 2010, GDP Pulau Pinang mengecut sebanyak 1.8 peratus sedangkan GDP nasional berkembang 5.5 peratus," katanya lagi.

3.59PM: Lim Guan Eng kelihatan tersenyum tenang sepanjang perdebatan berlangsung sementara Chua Soi Lek kelihatan serius dan tegang.

3.50PM: Lim berkata, MCA jelas takut kepada Umno kerana tidak melawan apabila digelar sebagai "isteri yang dipukul suami"

" Apabila MCA tak jawab Menteri gelar MCA sebagai battered wife, ini bukti MCA takut kepada Umno," katanya.

Menurutnya lagi, pentadbiran Pakatan membawa manfaat kepada rakyat kerana BN kini memberi perhatian kepada rakyat untuk memenangi undi mereka.

"Kalau Pakatan tak menang, takkan ada 50 juta untuk sekolah Cina, takkan ada 100 juta untuk sekolah Tamil," katanya.

3.38PM: Dalam sesi seterusnya, Lim dan Chua masing-masing akan memilih soalan daripada para hadirin yang diletakkan dalam satu kotak.

3.30PM: Ahli panel Chor bertanya kepada Lim apakah yang telah dilakukan berhubung dakwaan bahawa Anwar menyalurkan lebih RM3 bilion, dan apakah yang dilakukan Pakatan berhubung dakwaan kerugian RM26 bilion akibat rasuah.

Lim berkata, inilah kali pertama beliau mendengar seorang menteri menyebut bahawa rasuah menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Berhubung dakwaan RM3 bilion, beliau berkata SPRM yang didakwanya berada bawah BN perlu menyiasat Anwar.
3.28pm: Soalan dari panelis bebas, James Chin kepada kedua-dua pendebat: "Bagaimana anda akan berhadapan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?"

Jawapan Lim: "Kalau kita tak hapuskan rasuah yang miskin tetap miskin yang kaya lagi kaya.

"Orang Melayu boleh jadi bagus. Polisi BN yang menyebabkan orang Melayu tidak maju.

"Ia adalah diskriminasi apabila Umno memberitahu orang Melayu tidak boleh maju tanpa Umno.

"Kita semua boleh makmur bersama-sama.

Chua ketika menjawab soalan itu berkata, beliau bersetuju bahawa agenda DEB telah dirampas, tanpa mengulas lanjut siapa yang merampas agenda tersebut.

3.25PM: Chua mengelak soalan mengenai perkongsian kuasa dalam BN dengan menuduh bahawa Pakatan Rakyat gagal menunjukkan perkara sama.

Malah PAS juga masih belum menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, katanya.

Jawapan Chua menerima sorakan "boo" oleh penyokong Lim sehingga terpaksa ditenteramkan oleh moderator.

Seorang lagi panelis bertanya: Bagaimana untuk melaksana pendapatan minimum RM4,000 untuk setiap isi rumah dan sekiranya ia akan menggunakan dana awam.

3.19PM: Sesi kedua berlangsung dengan anggota panel mengemukakan soalan. Lim dan Chua mempunyai masa tiga minit untuk menjawab.

Panelis, Wan Hamidi bertanya adakah MCA sangat takut kepada Umno sehingga tidak berani mempersoalkan isu rasuah? Adakah wujud perkongsian sama rata dalam BN, soalnya lagi.

3.15PM: Menjawab soalan yang dikemukakan, Lim berkata DAP merupakan parti pelbagai kaum dan pernah mempunyai MP Melayu.

Malah beliau pernah dipenjarakan kerana satu keluarga Melayu, tapi Umno menuduh bahawa DAP anti-Melayu, katanya.

3.04PM: Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Dato Dr Michael Yeoh mengajukan soalan pertama kepada Chua Soi Lek

"Apa yang akan anda lakukan untuk memperolehi lebih banyak sokongan dari golongan kelas menengah bandar kepada MCA?" tanya Michael Yeoh.

Chua Soi Lek menjawab bahawa masyarakat Cina masih lagi menguasai sebahagian besar ekonomi di kawaan bandar.

Menurutnya lagi, MCA juga berjaya mewujudkan Kolej Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk masyarakat Cina tetapi DAP langsung tidak mampu mewujudkan tadika untuk orang Cina.

Michael Yeoh kemudian mengajukan soalan berikut kepada Guan Eng: "Adakah DAP parti Cina? Adakah DAP parti berbilang kaum?"

"Apa yang anda akan lakukan untuk menarik sokongan bukan Cina kepada DAP?" tanya Michael Yeoh.

Menjawab soalan itu, Lim menegaskan yang DAP adalah parti berbilang kaum sejak penubuhannya lagi.

Beliau turut membidas dakwaan MCA tentang 'kegagalan' DAP mewujudkan tadika.

"DAP parti politik. Tugas utama bukan wujudkan tadika,

"Kenapa Kolej TAR diwujudkan? Ia adalah bukti kegagalan MCA dalam memastikan orang Cina mendapat tempat dalam universiti awam," katanya.
2.55PM: Walaupun moderator mengingatkan para penyokong supaya bertenang, kedua-dua kem tetap melaungkan slogan dan bersorak.

Chua ketika ucapan pembukaannya, juga bahasa Melayu, berkata MCA tidak menyokong seruan Lim supaya debat diadakan di antara perdana menteri dan ketua pembangkang.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak sibuk sejak tiga tahun lalu dengan program transformasi dan Anwar hanya sibuk membuat retorik.

Moderator Tan Sri Michael Yeoh memberi peringatan untuk kali kedua bagi mententeramkan para penyokong.
2.50PM: Lim menegaskan pentadbiran yang telus boleh dilaksanakan apabila perdana menteri, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri mengisytiharkan harta mereka.

"Adakah MCA berani mengisytiharkan harta mereka?

"Mungkin MCA ada terlalu banyak harta untuk disorok?

"Mungkin juga MCA ada terlalu banyak nombor plat kereta untuk disorok?" kata Lim sinis.

2.44PM: Lim Guan Eng menyampaikan ucapan pembukaannya dalam bahasa Melayu.

Menurutnya, perbahasan hari ini membincangkan soal dasar negara tetapi MCA tidak layak untuk berbahas kerana parti itu tidak menentukan dasar negara yang dimonopoli sepenuhnya Umno.

"Umno yang menentukan dasar (negara).

"MCA mendakwa bercakap untuk orang Cina, tetapi hanya untuk Cina di Semenanjung sahaja.

"DAP bercakap untuk semua rakyat Malaysia," kata Lim penuh bersemangat di sambut tepukan bergemuruh penyokongnya.

2.33PM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengambil tempat di dalam dewan yang memuatkan 1,500 orang itu.
2.30PM: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Nama beliau dilaung-laungkan penyokong-penyokongnya berulang-kali dengan meriah.

Kumpulan penyokong MCA melaung dan menuduh Lim Guan Eng "menipu" apabila setiausaha agung DAP itu memasuki dewan, manakala kumpulan penyokong DAP membalas dengan laungan "MCA samseng."

Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul

Posted: 08 Jul 2012 03:45 AM PDT


MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.64727.1341743098!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini.

BAYAN BARU - Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Ketua Pembangkang itu menambah, tindakan Umno dan BN dianggap tumpul kerana apa yang dikatakan PR sudah dilaksanakan dan separuhnya akan diteruskan setelah PR menawan Putrajaya pada PRU13.

"Umno dan BN kini ketandusan idea untuk menyerang setelah pimpinan PR berjaya memerintah negeri dengan cekap dan baik selain membela nasib penduduk dan kebajikan rakyat," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa fitnah membabitkan pemimpin PR dalam video seks dianggap senjata lemah Umno dan BN untuk menyerang PR kerana rakyat kini pandai menilai yang mana baik dan salah.

Menurutnya, serangan peribadi seperti insiden menolak Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini dianggap keterlaluan sambil berharap insiden seperti itu harus ditentang.

"Pulau Pinang tidak boleh lemah dan harus menang dengan lebih baik berbanding PRU lalu. PR akan letak calon baru yang lebih baik dalam PRU13 menggantikan calon sedia ada," kata beliau yang baru-baru menegaskan hasratnya mahu berundur daripada politik jika gagal dalam misi PRU13.

Gambar Sekitar Majlis Solat Hajat Dan Peletakan Batu Asas Istana Kelantan

Posted: 07 Jul 2012 09:04 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/528832_10150916802942592_2049889717_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/531477_10150916803132592_238511450_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/544374_10150916803317592_1857729435_n.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/582588_10150916803512592_1024440472_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/399520_10150916803662592_2116391442_n.jpg
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/376488_10150916803777592_800357863_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/600425_10150916804007592_458055326_n.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/255253_10150916804147592_1319246760_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/561149_10150916804327592_1952042865_n.jpghttp://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/181373_10150916802777592_1079425909_n.jpg

Allahuakhbar!

Sempena Kehadiran Perdana Menteri: Orang Bangi Janganlah Dinilai Dengan Sebungkus Nasi Lemak & Secawan Kopi !

Posted: 07 Jul 2012 05:33 PM PDT



BBB, 18 Sya`ban 1433 = 08 Julai 2012 (Ahad):

Pagi ini Dato` Seri Najib Tun Razak PM akan singgah di Pasar BBB untuk minum pagi bersama orang ramai sebelum ke upacara merasmikan bangunan Percukaian Negara (sudah lama diguna, baru nak buka !) di Teras Jernang, BBB. Sehari dua ini pihak berkuasa sebok membersih kawasan yang menjadi laluan dan persinggahan Dato` Seri Najib dan pasar sendiri dibersih dan dibaiki mana yang rosak..Segala lambang Pas di tiang dibuang dan digantikan dengan banner ``Janji Ditepati`.

Khabarnya setiap gerai di Pasar BBB diberi peruntukan RM500 dan siapa yang datang boleh makan di mana-mana gerai dengan nilai RM2.00 sekadar cukup untuk sebungkus nasi lemak dan secawan kopi 0. Kiranya yang dimakan lebih dari RM2.00, maka lebihan ditanggung sendiri oleh pembeli ! Demikianlah pemurahnya Perdana Menteri kita kepada rakyatnya dengan memberi makan minum percuma ! Tapi dari apa yang didengar, peniaga hanya akan menjual percuma semasa PM ada dan akan menarik balik makan percuma sebaik PM pergi. Ini tentu tidak menepati janji sebagaimana PM orang yang menepati janji. Begitulah beliau mau penjual hari ini menepati janji.

Bercakap tentang sifat pemurah ini, pada hari Jumaat lepas (6 Julai), semasa Adun pulang dari solat Jumaat, seorang professor yang sudah.pencen sengaja menunggu Adun di tepi jalan bagi memaklumkan sesuatu katanya,

``Anak saya yang baru graduate dan bekerja sebagai guru sementara di Puchong dimaklumkan dengan pekeliling terbaru, ``Semua guru sementara tidak kira apa kelulusan, hanya akan dibayar elaun RM54 sehari bagi hari bekerja sahaja.`` katanya,

``Ini bermakna anak saya dapat dalam lingkungan RM900 sebulan dan tidak cukup bagi minyak kenderaan dan makan minum.`` Dengan marah beliau menyatakan,

``Kerajaan kurang wang, kerana murahnya Najib, menabur wang di sana sini yang setengahnya tidak wajar dan membazir. Mereka yang sepatutnya berhak seperti guru & pelajar tidak diberi perhatian. Dan tidak mendapat pembelaan. Jika duit yang dihabiskan secara boros melibatkan berbilion ringgit, sebenarnya lebih bermanfaat dengan membantu guru-guru & pelajar-pelajar.`` katanya.

Tentang ketiadaan wang ini, seorang pensyarah Maktab Perguruan memberitahu, ``Kerajaan sekarang kesempitan kewangan, kerana menabur duit secara tidak berhemah.`` Menurutnya , pelajar-pelajar yang membuat diploma perguruan dijangka tidak lagi ditanggung oleh Kerajaan, sebaliknya mereka kena pinjam seperti pinjaman PTPTM. Jika mereka lulus tidak menjamin mereka menjadi guru.`` Tetapi skim ini dijangka tidak akan dilaksanakan sebelum Pilihanraya ke 13. Namun ini mencerminkan betapa kerajaan Federal kekurangan wang akibat dari perbelanjaan tidak berhemah.

Pada satu majlis jemputan perkahwinan Adun didekati oleh seorang jemputan dan bertanyakan tarikh pilihanraya. Bila Adun jawab tidak pasti dan kemungkinan pada Mac tahun depan, beliau menambah, ``Sebenarnya kerajaan BN sekarang salah strategi dan dalam keadaan serba salah. Mereka telah berbelanja melalui BRIM dan kemurahan-kemurahan yang lain berbilion-bilion ringgit, tetapi masih belum berkeyakinan. Janji mau beri BRIM kedua sudah tak ada kewangan, nampaknya janji tidak ditepati !.`` Dengan nada marah ahli jemputan kahwin itu berkata, Duit siapa yang dibelanja berbilion-bilion ringgit ? Bukan duit dia, tetapi duit rakyat ! Dia tidak amanah dan tidak mengendalikan kewangan secara berhemah.`` Dia lantas membuat spekulasi,

``Misi tanpa visi BN ialah berhabis-habisan menggunakan kewangan Negara, jika untung sabut timbul, jika malang batu tenggelam,`` tambahnya, ``Misi BN menang pilihanraya semata-mata. Jika menang mereka akan menggunakan hasil bagi melunaskan boros perbelanjaan yang dilakukan dan jika kalah, maka bebannya akan ditanggung oleh yang mengambil alih pemerintahan.``

Kepada penduduk Bangi, jangan terpedaya dengan berbagai tektik dan cara orang yang dalam kecemasan. Janganlah gadai maruah dengan hanya sebungkus nasi lemak dan secawan kopi ! Selamatkan Negara kita dari kebankrapan !

Sekian.

Haniza tegur Umno-BN supaya lebih bertanggungjawab

Posted: 07 Jul 2012 05:08 PM PDT

 http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/07/haniza-talha-temubual.jpg

PETALING JAYA 8 JULAI : Wakil Rakyat Selangor khususnya dari Umno-BN diminta turut serta berganding bahu dengan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bagi memajukan negeri ini dengan mengemukakan pandangan bernas ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berlangsung.

Timbalan Speaker DNS, Haniza Talha berkata, apa dilihatnya di sepanjang empat tahun PR mentadbir Selangor, barisan pembangkang Umno-BN tidak menggunakan sepenuhnya sidang DNS sebagai ruang untuk mengemukakan atau berkongsi pandangan dengan Adun PR bagi kemajuan negeri.

"Apa yang saya perhatikan wakil rakyat khususnya daripada pembangkang tidak menggunakan peluang ini sebaiknya demi kepentingan rakyat dan kemajuan negeri ini. Mereka dilihat hadir sidang dewan dan menyertai perbahasan tanpa berpandukan fakta. Ia menjurus kepada perbahasan yang emosi dan kualiti mereka juga rendah.

"Sidang dewan perlu digunakan sepenuhnya kerana di situlah ruang bagi kita membuat sebarang keputusan dengan pembangkang juga memainkan peranan dalam pembangunan negeri Selangor ini. Namun apa yang dilihat ini tidak berlaku. Mereka juga menghantar soalan kurang bagi sesi soal jawab iaitu kurang dari 10 soalan," katanya kepada TV Selangor.

Beliau yang juga Adun Taman Medan turut menganggotai Jawatankuasa Penyemak Soalan bagi sidang DNS menjelaskan setiap Adun diberikan tempoh sebulan sebelum sidang dewan dilangsung dengan mengemukakan 20 soalan iaitu 10 soalan lisan dan 10 soalan bertulis yang berkaitan isu atau permasalan di kawasan diwakili.

Katanya, apa diharapkan Adun Umno-BN perlu memberikan keutamaan demi kemajuan negeri dengan lebih serius dan bersungguh dalam mengemukakan sebarang permasalah atau isu ketika berlangsungnya sidang dewan.

"Pembangkang juga punya tanggungjawab dan memainkan peranan tersendiri dalam pembangunan demi kemajuan negeri ini. Mereka perlu memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri dalam perkara ini," katanya yang berharap pemimpin Umno-BN tidak terus mengamalkan sikap pentingkan diri serta beretorik.

Haniza selanjutnya berkata, apa yang menghampakan soalan diajukan juga berulang-ulang serta kehadiran yang menghampakan.

Tambahnya, ketika penggulungan dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang dewan, majoriti Adun Umno-BN tidak mengikutinya dan soalan sama dikemukakan lagi pada sidang seterusnya.

Dalam perkembangan ini, dilaporkan Umno-BN sebagai pembangkang dilihat masih gagal menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu setelah sekian lama bertindak sebagai peneraju Kerajaan Negeri.

Sidang DNS yang akan datang akan berlangsung pada 9 hingga 13 Julai ini.

Piala AFC B-22: Malaysia tidak protes, titah Sultan Pahang

Posted: 07 Jul 2012 05:04 PM PDT

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.1553.1318663228!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

SULTAN Ahmad Shah bertitah mengesahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghantar bantahan rasmi berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.

Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."

"Kita tak payah mempertikaikan berapa umur mereka. FAM tidak akan menyertainya kerana semua cerita telah habis dan kita tidak akan mengambil bahagian," titah baginda di sini, malam tadi.

Terdahulu baginda merasmikan temasya Sukan Malaysia ke-15 di Stadium Darul Makmur, Pahang.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM tidak akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Azzuddin berkata, badan induk bola sepak negara itu juga tidak menghantar sebarang surat bantahan rasmi kepada AFC dalam tempoh bantahan 48 jam selepas perlawanan itu tamat pada pukul 7 petang, Selasa lepas.

"Antara sebab FAM tidak berbuat demikian kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Maklumat asas dan rasmi yang digunakan AFC adalah berasaskan data-data rasmi seperti pasport dan dokumen peribadi yang didaftarkan di AFC untuk kejohanan berkenaan. AFC juga mempunyai sistem pangkalan data sendiri Sistem Pentadbiran AFC.

"Saya ingin jelaskan bahawa penganjuran acara bola sepak pada Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF, tidak terletak di bawah bidang kuasa AFC. Jadi apa-apa data yang ada semasa pendaftaran sukan itu tidak diambil kira oleh AFC, kerana ia di luar bidang kuasa mereka.

"Pihak sekretariat FAM juga kena berhati-hati supaya bantahan itu tidak akan memberi implikasi yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti FAM," katanya.

Malaysia membuat bantahan awal sejurus tamat perlawanan terakhir kumpulan G pusingan kelayakan kejohanan itu yang menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee tumpas 1-2 kepada tuan rumah Myanmar.

Bantahan itu dibuat hasil pemerhatian dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa dan kelab Yangon United serta laporan media yang mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun iaitu penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Malaysia, Kaung Si Thu (25 tahun), kapten Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).

Azzuddin berkata, AFC telah menghantar surat jawaban kelmarin, terhadap protes yang telah dibuat pasukan Malaysia dan memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan FAM.

Tiada ulasan: