DIALOG RAKYAT |
- Amanah tawar anjur debat antara kerajaan Terengganu dan Pembangkang
- Durian runtuh sebelum FGVH, apa kaitan sokongan?
- Jangan ada hudud Pas atau Umno
- Biar tarikh PRU13 lunak
- PPPMM dakwa SU Solidariti Mahasiswa hina Sultan Johor
- Gambar terbaik sepanjang minggu lalu paling popular
- Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
- Keracunan makanan: 2 pemain hoki wanita Johor masih dirawat
- Bekas SU Dun ketika krisis Perak 2009 sertai Pas?
- Pelajar UTP maut selepas sambut hari jadi ibu
- Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul
- Apakah RM10 Dalam Sampul Putih Upah Mendengar Ceramah Umno?
- Kenapa dengan Mahathirisme?
- Persenda mogok lapar, Hishammuddin biadap – Srikandi
- Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA
- Rakyat Boleh Banding Keikhlasan PR dan Umno-BN
- Kartun Hina Presiden Mesir Disiar Dalam Harian Metro
- Berpakaian Ketat Metat - Polis Beri Nasihat Kepada Gadis-gadis Ini
- Pendirian Anwar retorik atau politik serius?
- Nazri, AG bincang idea PRU13 selepas tamat tempoh mandat
- Dr M: BN mustahil tawan Kelantan selagi rakyat Kelantan taksub dengan Nik Aziz
- Agensi k'jaan tak muncul dalam dialog MRT
- Tahniah Red Warrior - Nik Aziz
- 30 pelajar keracunan makanan
- Cabar tuntut royalti petroleum Kelantan
Amanah tawar anjur debat antara kerajaan Terengganu dan Pembangkang Posted: 08 Jul 2012 04:19 AM PDT SINAR HARIAN KUALA TERENGGANU - Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu hari ini menyarankan satu sesi debat diadakan di antara kerajaan Terengganu dan pembangkang di negeri itu bagi merungkai isu tempatan. Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang. "Saya banyak menerima soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha ini," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata Amanah juga telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu. "Ini juga akan memberi peluang kedua-dua belah pihak menjelaskan hala tuju parti masing-masing dan juga membentang manifesto mereka sambil membahaskan isu-isu semasa lain," katanya. Beliau berkata Amanah berpandangan debat satu kegiatan sihat kerana pelbagai isu dapat dirungkai seperti ketika debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli. Debat juga katanya peluang bagi parti-parti politik di negara ini menunjukkan kematangan masing-masing khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13. Amanah merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Julai tahun lepas, bertujuan menjadi platform pelbagai pihak menyuarakan pandangan terhadap isu yang dibangkit rakyat tanpa mengira fahaman politik. - Bernama | ||
Durian runtuh sebelum FGVH, apa kaitan sokongan? Posted: 08 Jul 2012 04:17 AM PDT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar memperli para peneroka Felda yang mengambil durian runtuh kerana habuan yang diberikan itu tidak tahu dari mana puncanya. Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat, Razman Zakaria (gambar), pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 diberikan kepada peneroka sebelum penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia berlaku. Oleh yang demikian, katanya semua peneroka berhak mendapat durian runtuh itu tidak kira sama ada mereka yang menentang penyenaraian FGVH atau mereka yang menyokong. "Duit durian runtuh adalah duit lain, yang kita tidak tahu dari mana datangnya duit itu, jadi semua peneroka berhak dapat duit itu. Tidak perlulah sampai hendak perli memperli peneroka pula!" katanya. Malam tadi Najib terus-terusan mempertikaikan sikap sesetengah peneroka yang menentang penyenaraian FGVH tetapi mengambil bayaran RM5,000 dari Felda. Najib berkata demikian ketika melancarkan Hari Peneroka di hadapan bangunan baru Felda di Bukit Bintang. Razman berkata, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau tidak patut berkata sedemikian kepada rakyatnya. "Keadaan ini, sama juga dalam pemberian BR1M, di mana Najib tidak boleh mempertikaikan siapa yang mendapatnya sama ada rakyat itu penyokong pembangkang atau kerajaan. Rakyat ada hak. "Kenapa dalam pemberian durian runtuh Perdana Menteri tidak boleh bersikap seperti pemberian BRIM?" tegas beliau kepada Harakahdaily. Tambah Razman, sepatutnya peneroka yang wajar menempelak Najib kerana memberi saham sehingga 180,000 unit kepada Tan Sri Isa Samad yang tidak sampai setahun menyertai Felda. Sebelum ini, Najib Tun Razak memaki hamun peneroka dengan mengatakan mereka haramjadah. Semalam dalam lawatannya ke Felda Chini, para peneroka pula diperli-perli dengan mengatakan mereka 'muka tak malu' kerana mengambil durian runtuh kononya hasil daripada penyenaraian. 8 Mei lalu, Najib mengumumkan pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 di mana peneroka, isteri peneroka dan anak masing-masing mendapat RM5,000. Namun FGVH disenaraikan di bursa saham pada 28 Jun lalu. | ||
Jangan ada hudud Pas atau Umno Posted: 08 Jul 2012 04:11 AM PDT ALOR SETAR - Semua pihak diminta berlapang dada berhubung cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, yang mencadangkan pelaksanaan undang-undang hudud di Johor, agar tidak wujud situasi hudud ala Pas atau hudud ala Umno. Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Adim) Kedah, Hafiz Mustafa Lubis berkata, Abim di negeri ini menyokong penuh cadangan berkenaan dan meletakkan persoalan mengenai keikhlasan pencadangnya itu di tempat kedua. Menurutnya, cadangan itu amat baik, malah sebaiknya ia tidak hanya dilaksanakan di Johor sahaja sebaliknya di seluruh negara. "Kita mengharapkan agar isu ini tidak sekadar dijadikan faktor penarik dalam politik sebalik menyeru semua pihak agar berlapang dada dan meninggalkan parti masing-masing jika ingin membincangkan isu hudud secara serius. "Hudud cuma ada satu, tidak ada ala Umno atau ala Pas. Jika mahu seribu daya namun jika tidak mahu seribu dalih," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, hudud sebenarnya memberi kesejahteraan kepada semua pihak dan bantahan yang diterima ialah daripada golongan masyarakat yang kurang memahami mengenai pelaksanaannya. "Kerajaan ketika ini mempunyai pelbagai saluran media massa untuk membolehkan mereka memperjelas mengenai undang-undang hudud kepada masyarakat bukan Islam. "Dari segi pindaan enakmen negeri, ia boleh dipinda jika mahu. Jangan menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak pelaksanaannya. "Perkara (cadangan) ini baik, patut terima, malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menjadi antara individu terawal yang menyatakan persetujuan dan menyokong cadangan itu," katanya. Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah turut menyatakan sokongan terhadap cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Johor. Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, undang-undang hudud adalah undang-undang ALLAH SWT. "Ini bererti ia merupakan undang-undang untuk mendidik masyarakat dan sesuai sepanjang zaman," katanya. | ||
Posted: 08 Jul 2012 04:06 AM PDT Jendela bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak makin sempit dalam kalendar semasa tetapi tempoh pentadbiran Najib hanya tamat awal Jun 2013, bukan seperti disangka ramai, 10 bulan lagi. Dalam sejarah pilihan raya umum kita, tidak pernah berlaku kerajaan penuhi tempoh lima tahun kecuali 1969 kerana Peristiwa 13 Mei pilihan raya hanya diadakan Ogos 1974, pilihan raya umum Tun Razak pertama sebagai Perdana Menteri. PRU13 adalah pilihan raya umum anaknya Najib yang pertama sebagai Ketua Kerajaan dan Presiden Umno. Pendeta politik Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Najib, "Habiskan mandat kerajaan sekarang untuk buktikan kebolehan dan keprihatinan BN dannya kepada rakyat. Kalau ini berlaku ia adalah suatu keputusan yang baik (bijak)". Saya bersependapat dengan Dr Mahathir. Najib harus tertarik dengan cadangan ini. Semenjak pulang daripada sabatikal saya sudah bertemu dengan tiga MP Pakatan, dua pemimpin BN – kesemuanya mengadu "letih" menanti teka-teki PRU13. Mereka ini bukan pemimpin calang-calang. Seorang dari Pakatan ahli Biro Politiknya. "Tan Sri, sudah capek menunggu!" Bisik Speaking: "Tire them out, or, make them exhausted – biar mereka letih berkempen dan 'mentiradekan' (dalam bahasa Melayu moden) atau bahasa Melayu lama mencerca, hentam dengan kesat, menggerutu sehingga mereka lesu". Jadikan mereka lemas dengan kritikan (adil atau sebaliknya), tuduhan (palsu atau benar) yang panjang dan berang sampai kehabisan modal. Namun waspada satu minggu dalam politik satu jangka masa yang panjang – pelbagai, di luar dugaan, boleh berlaku. Najib telah menyebut Euro 2012, PRU13 dan politik, bukan secara sipi-sipi. Maksudnya terang dan jelas: "Sepanyol tanpa striker berjaya membelasahkan Itali 4-0. Sepanyol dengan enam pemain midfielders (pertahanan) yang semuanya boleh menyumbatkan gol menang kerana Sepanyol telah menggunakan satu formasi yang terang Speaking, 'unconventional, untested but it led them to win the championship – yakni yang menggunakan kaedah yang bukan lazim tetapi berjaya.'" Dalam apa pun pekerjaan, tindakan, sukan dan pilihan raya kesimpulannya kita mahu menangkan? Pakailah kaedah yang boleh menewaskan lawan. Sungguhpun Najib tidak secara langsung berkata strategi Sepanyol akan pastikan kejayaan dalam PRU13, saya kira, kita boleh rumuskan kalau Umno – BN fleksibel, tidak terikat sangat dengan adat/tradisi dan preceden memilih calon, masa pembubaran Parlimen, Umno – BN berpeluang besar berjaya seperti Sepanyol. Itali seperti Pakatan Rakyat (yang difansikan oleh Cina dan sebilangan Melayu) akan kalah. Kalau tidak pun teruk, di luar jangkaan mereka. Saya suka tegaskan tanpa bosan, keinginan dan realiti tidak sama kecualilah wujud keadaan luar biasa seperti 8 Mac 2008. Apa pun, bila PRU13 berlangsung, tahap kesihatan ekonomi kita, kaliber serta persepsi rakyat pada calon dan juga di peringkat mana perasaan "feel good" pengundi dan warganegara akan menentukan keputusan PRU13. Dalam pentadbiran, politik, pilihan raya, perang, cinta, bisnes semuanya "fair game" yakni jarang berlaku "fair play". Ini lumrah dalam kehidupan apalah lagi kini. Kalau semuanya adil masakan injustice yakni ketidakadilan sering berlaku? Ini satu soalan setiap manusia patut bertanya, tetapi saya sering perhatikan amat sukar keluar dari mulut manusia. Kerana itu pemerintah dan pemimpin berani, tamak haloba. Kita dan lebih separuh dunia tamadun menggunakan sistem demokrasi ala Westminster bukan presidential system. Saya tidak bersetuju kita pendekkan atau panjangkan hayat Parlimen. Sistem sekarang memberi Perdana Menteri - siapapun – budi bicara bila dia mahu bubarkan Parlimen. Tiada cacat, tiada cela sistem Westminster ini yang telah digunakan di United Kingdom beratus tahun lamanya. Zaman perang saudara di England (English Civil War) parliamentarians yakni Ahli Parlimen adalah penyokong kuat ketuanan dan kedaulatan rakyat (maknanya Parlimen). Jelas Speaking: "People were either parliamentarians or royalists (supporters of the Crown )." Kita – semenjak pilihan raya umum pertama Julai 1955 yang mempercepatkan kemerdekaan – dapati sistem ini senang dan mudah. Dan kenapa pula kita mahu "pinda" - pendek atau panjangkan hayatnya? Lebih bijak kalau kita kekalkan sistem yang telah teruji ini. Mentang-mentang sudah ramai orang kita masuk dan keluar kilang pendidikan tinggi, kita mahu tukar dan bina, itu dan ini. Menang kalah pilihan raya lazimnya kerana dasar, matlamat sebuah parti/kerajaan juga persona dan ketokohan pemimpin tertinggi dan sekutunya. Kalau tidak pandai menari jangan salahkan lantai. Kalau gagal dalam pilihan raya, jangan salahkan proses pemilihan itu. Jika proses itu lapuk atau tidak adil jangan masuk bertanding. Pas, melalui sistem yang wujud telah menang di Kelantan dalam semua pilihan raya kecuali pilihan raya umum 1978. Kalau kelakuan seseorang itu biadab sangat, tiada sopan santun jangan jadikannya menantu. Jika rupanya tidak molek sangat tetapi dia beradab, berbahasa dan berbudi kahwinilah dia. | ||
PPPMM dakwa SU Solidariti Mahasiswa hina Sultan Johor Posted: 08 Jul 2012 04:05 AM PDT SINAR HARIAN Presiden PPPMMM A. Rahman berkata persatuan itu meminta polis menyiasat secara terperinci kenyataan yang dibuat menerusi dua akaun laman sosial milik Ahmad Shukri tersebut. "Terdapat kata-kata yang tidak sepatutnya di kedua-dua laman berkenaan yang bukan sahaja menghina Sultan Johor tetapi menghina rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut di sini. Pada masa yang sama, A. Rahman meminta rakyat negara ini agar menghentikan tindakan memperlekeh institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada seluruh rakyat. PPPMMM juga meminta tindakan undang-undang diambil pada kadar segera terhadap mereka yang didapati berbuat demikian, katanya. Rabu lepas polis menahan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas yang lebih dikenali Uncle Seekers bersama seorang wanita, bagi membantu siasatan berhubung beberapa entri blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan mengaibkan Sultan Johor. Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut disiasat polis berhubung kenyataannya menerusi laman Twitter yang mempertikai bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor bernilai RM520,000. - Bernama | ||
Gambar terbaik sepanjang minggu lalu paling popular Posted: 08 Jul 2012 04:01 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dengan mendapat 18799 hits dari rakan-rakan Facebook Harakahdaily, laporan bertajuk Gambar terpanas tiada dalam akhbar, TV yang memaparkan gambar-gambar terbaik minggu lalu telah menjadi laporan paling panas dalam Harakahdaily sepanjang minggu lalu. Laporan ini memaparkan gambar Datuk Seri Anwar makan santai di majlis kenduri ala kampong (gambar), gambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz berceramah di Johor, perarakan anak muda di Terengganu dan wajah-wajah baru ahli PAS. Kisah remaja yang tidak mahu dating lagi melalui laporan Laa .. ingatkan sebab ada kesedaran, rupa-rupanya ....mendapat tempat kedua di kalangan pembaca Facebook Harakahdaily. Ia berupa laporan bergambar tentang sikap remaja kita yang tidak mahu berdating lagi bukan kerana kesedaran tetapi sijantan hanya ada motor…mana ada kelas. Berikut adalah 15 laporan paling hangat Harakahdaily sepanjang minggu lepas. 1) Gambar terpanas tiada dalam akhbar, TV 2) Laa .. ingatkan sebab ada kesedaran, rupa-rupanya .... 3) Majlis PAS tiada kehadiran, pencacai Umno kantoi... 4) Anak muda tolak PAS dakap Umno??? (Gambar) 5) Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda 6) Dompet Tok Guru Hanya Sampul Surat 7) [BERGAMBAR] Fitnah UMNO BN Makan Diri, PAS Terus Diterima Masyarakat Bukan Islam 8) Surirumah dipenjara kerana bunuh perogol? 9) Najib 'mati kutu' untuk bubar parlimen – Aziz Bari 10) Mohon PAS henti Himpunan Hijau, alasan Najib lengah bubar parlimen 11) Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz 12) Susupan pagi: Pencerap hantu ditangkap polis 13) Soi Lek kata hilang akal, Najib kena bela Ayub 14) Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM 15) Blogger pro-Umno terus serang NST | ||
Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis Posted: 08 Jul 2012 03:55 AM PDT
Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu. Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu. Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting Demikian menurut kenyataan bersama Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI dan Syukri Razab Penyelaras Suaram. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA. Namun, hakikatnya tidaklah sebagaimana diumumkan Najib kerana ramai lagi mangsa ISA yang merengkok dalam Kem Tahanan Kemunting. Sekumpulan dari mereka baru-baru ini melancarkan mogok lapar bagi memberitahu dunia tentang nasib mereka yang terus terpenjara di bawah ISA walaupun undang-undang zalim itu kononnya telah dimansuhkan. Mereka mahu memberitahu bahawa Najib hanya berbohong dan ia sekadar pemanis mulut beliau dalam menagih undi rakyat menjelang pilihan raya ini. Henti mogok lapar Sementara itu, GMI memaklumkan bahawa semua tahanan telah berhenti daripada mogok lapar pada 4 Julai lalu. Maklumat ini diperolehi hasil lawatan Peguam GMI daripada Lawyers For Liberty ke Kemta pada Jumaat 6 Julai yang lepas. Menurut peguam GMI, Farhana Najwa, semua tahanan yang bermogok lapar sengaja disusahkan oleh pihak Kemta dengan cara mengasingkan mereka daripada tahanan lain dan ditempatkan dalam satu bilik sempit yang panas tanpa kipas. Keadaan ini dipercayai telah menekan tahanan untuk terpaksa berhenti daripada mogok lapar. Setelah mogok lapar berlangsung selama 15 hari, Menteri Dalam Negeri masih tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk menjawab tuntutan tahanan. GMI meyakini seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaan dengan semua tahanan yang bermogok lapar apabila Menteri terus bersikap lepas tangan bahkan mengeluarkan kenyataan sombong melalui laman Twitternya. Sehubungan itu, GMI beranggapan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pastinya telah lupa mengenai seruan Allah dalam Al Quran yang mengarahkan agar setiap umat Islam wajib menjalankan amanah dengan adil dan penuh ehsan. GMI juga tegaskan bahawa perjuangan GMI akan tetap berada pada landasan yang sama iaitu GMI akan terus memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA. Mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan dari dalam Kem Tahanan Kamunting selama 15 hari menjadi penguat kepada perjuangan ini, kata kenyataan bersama itu. Biarpun mogok tersebut telah berhenti, GMI akan terus konsisten menggerakkan kempen Bebaskan ISA45 sehingga kesemua tahanan dibebaskan, kata mereka. | ||
Keracunan makanan: 2 pemain hoki wanita Johor masih dirawat Posted: 08 Jul 2012 03:52 AM PDT KUANTAN - Dua pemain hoki wanita dari kontinjen Johor masih menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini akibat keracunan makanan setelah mengadu sakit perut dan cirit birit. Pegawai perhubungan sekreriat kontinjen Johor, Rohayatun Roslan mengesahkan bahawa 15 atlet skuad hoki wanita Johor dirawat sebagai pesakit luar manakala dua daripadanya masih dirawat di hospital. "Kita harap dua pemain yang masih berada di wad dapat segera pulih," katanya. Beliau berkata pihaknya melakukan pemantauan bagi mengetahui perkembangan dua atlet hoki itu. Pasukan hoki wanita Johor dijadual beraksi menentang Melaka pada perlawanan peringkat kumpulan di padang hoki kompleks sukan Pahang (SUKPA) hari ini. - Bernama | ||
Bekas SU Dun ketika krisis Perak 2009 sertai Pas? Posted: 08 Jul 2012 03:51 AM PDT SHAH ALAM - Abdullah Antong Sabri, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak semasa pemerintahan Kerajaan Negeri berpindah tangan awal 2009 - daripada Pakatan Rakyat (PR) kepada Barisan Nasional (BN) - muncul pada majlis anjuran Pas di sini, semalam. Beliau dilaporkan akan menyertai Pas dalam waktu terdekat. Laporan Harakah Daily menyebut Abdullah hadir program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru Pas yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Perak. Laporan itu juga berkata kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama wakil rakyat-wakil rakyat Pas yang menghadiri program tersebut. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya. Menurut laporan itu, tetamu istimewa program tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu. Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan seperti bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Abdullah Omar. Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis. Abdullah Antong yang berucap pada majlis itu berkata, kehadirannya pada program tersebut adalah untuk menzahirkan sokongannya terhadap Pas dan PR. Menurutnya, PR sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven. "Ia telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan. Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak," ujarnya. Abdullah Antong menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan PR, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila Kerajaan Negeri PR tumbang. Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak 'mesra' BN sebelum mengambil keputusan bersara pada usia 56 tahun. Nama beliau menjadi sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis Dun Perak apabila rakyat dan Adun PR mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan Speaker ketika itu, V Sivakumar. "Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu," jelasnya lagi. Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian Pas tidak lama lagi. | ||
Pelajar UTP maut selepas sambut hari jadi ibu Posted: 08 Jul 2012 03:48 AM PDT KUALA KUBU BHARU - "Arwah sempat ucap selamat hari jadi kepada ibunya sebelum pergi buat selamanya." Demikian menurut Sarjan Abdullah Ahmad, bapa kepada Allahyarham Affiffi Emara Abdullah, 21, yang maut setelah terbabit kemalangan di Kilometer 414.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini awal pagi tadi. Abdullah, yang bertugas di ibu pejabat polis di Bukit Aman berkata, anak sulungnya itu baru saja pulang daripada meraikan sambutan ulang tahun hari kelahiran ibunya di Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum kemalangan kira-kira jam 2 pagi yang meragut nyawanya. Menurutnya, Affiffi, penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Petronas (UTP), dalam perjalanan ke kampus bersama tiga rakannya dan pulang lebih awal kerana mahu menyempurnakan tugasan. "Ketika dalam perjalanan, kira-kira jam 12.08 tengah malam, arwah menghubungi ibunya dan menyanyikan lagu selamat hari jadi. "Kami memang tak merasakan apa-apa yang ganjil padanya kerana keceriaan seperti itu sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga dan dia dengan kami macam kawan, tetapi ALLAH lebih menyayanginya dan selang beberapa jam kami terima panggilan mengatakan dia terlibat kemalangan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu di sini. Abdullah berkata, Affiffi juga sempat bermanja dengan ibunya pada malam kejadian di mana dia meminta ibunya memotong kukunya. Menurutnya, walaupun ditegah arwah tetap mahu memotong kuku dan detik mesra itu menjadi kenangan akhir buat keluarga. Sementara itu, rakan Allahyarham, Muhammad Azim Sufian, 21, yang turut cedera dalam kemalangan berkata, mereka meneruskan perjalanan walaupun hujan. Katanya, setibanya di tempat kejadian kereta dinaiki terkena lopak air dan gagal dikawal lalu berputar-putar sebelum terbabas dan merempuh pengadang besi lebuh raya. "Kenderaan memang tak dapat dikawal dan lopak air itu seakan tiada penghujung menyebabkan ia sukar dikawal. "Kenderaan kami berputar beberapa kali sebelum terbabas secara bertentangan," katanya yang duduk di sebelah pemandu. Menurutnya, arwah yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah kiri cedera parah akibat terkena besi pengadang yang menembusi kenderaan dinaiki. | ||
Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul Posted: 08 Jul 2012 03:46 AM PDT BAYAN BARU - Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar. Ketua Pembangkang itu menambah, tindakan Umno dan BN dianggap tumpul kerana apa yang dikatakan PR sudah dilaksanakan dan separuhnya akan diteruskan setelah PR menawan Putrajaya pada PRU13. "Umno dan BN kini ketandusan idea untuk menyerang setelah pimpinan PR berjaya memerintah negeri dengan cekap dan baik selain membela nasib penduduk dan kebajikan rakyat," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini. Dalam pada itu, Anwar mendakwa fitnah membabitkan pemimpin PR dalam video seks dianggap senjata lemah Umno dan BN untuk menyerang PR kerana rakyat kini pandai menilai yang mana baik dan salah. Menurutnya, serangan peribadi seperti insiden menolak Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini dianggap keterlaluan sambil berharap insiden seperti itu harus ditentang. "Pulau Pinang tidak boleh lemah dan harus menang dengan lebih baik berbanding PRU lalu. PR akan letak calon baru yang lebih baik dalam PRU13 menggantikan calon sedia ada," kata beliau yang baru-baru menegaskan hasratnya mahu berundur daripada politik jika gagal dalam misi PRU13. | ||
Apakah RM10 Dalam Sampul Putih Upah Mendengar Ceramah Umno? Posted: 07 Jul 2012 11:13 PM PDT Editor Buletin Pada hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu. Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981). Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah; وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka" Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam. Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4. Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri. Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO. Tajuk kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan. Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya. Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih. Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO? Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina. Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10! Guru Siswazah Kuala Terengganu | ||
Posted: 07 Jul 2012 11:08 PM PDT Oleh Mazir Ibrahim Tun Mahathir Mohamad seorang tokoh politik yang sememangnya menarik dalam arena politik perdana di Malaysia. Beliau memimpin politik dan pentadbiran negara lebih 22 tahun. Jika pokok kelapa sawit yang ditanam, pasti sudah berbuah lebih dari dua puluh kali. Bagi generasi 1980-an, pastinya ia menjadi benih yang masak ranum di kala ini. Sejarah hidup mereka adalah sejarah pemerintahan Mahathir. Ketika bermulanya tahun 1980-an atau lebih tepat lagi 1981, dasar negara kita adalah satu dasar yang diilhamkan oleh beliau. Baik dasar ekonomi, pendidikan, sosial mahu pun budaya. Kesemua aspek ini adalah warna prima bagi dimensi negara Malaysia. Jika pelukis melukis di kanvas, warna-warna inilah yang akan diambil. Kelahiran budaya kroni Sungguh pun Dasar Ekonomi Baru diilhamkan pada sekitar 1970, tetapi di kala pemerintahan Mahathirlah maka munculnya jutawan-jutawan segera. Era 1970-an memberi impak kepada majoriti rakyat miskin khususnya kaum Melayu luar bandar, termasuk peneroka Felda. Era Mahathir menjadikan elit-elit kroni sebagai kumpulan yang didahulukan. Bagaimana boleh munculnya tauke-tauke besar yang menjadi jutawan segera di zaman Tun M? Selain dari DEB, kemudian dengan Dasar Pandang ke Timur, muncul pula Dasar Penswastaan yang berjaya melahirkan jutawan segera yang menjadi kroni pemerintah. Dasar Penswastaan ini seakan revolusi di Malaysia hinggakan di kala itu muncul istilah 'drama swasta' dalam slot rancangan televisyen. Niatnya mungkin baik tapi amalan dan kesannya buruk sekali. Konsep penswastaan bagi Mahathir cukup mudah, iaitu dengan menswastakan aset atau milik negera yang sudah pun berjaya kepada pihak syarikat atau individu. Bermula dengan Lembaga Letrik Negara (LLN), Jabatan Telekom, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Keretapi Tanah Melayu, Pos Malaysia dan banyak lagi. Bertolak dari 'revolusi' ini, maka secara sistematiknya muncullah budaya rasuah di kalangan kakitangan kerajaan, ahli politik dan ahli perniagaan. Semua ini muncul adalah kerana tumbuhnya peluang perniagaan dan keuntungan 'mee segera'. Drama-drama Melayu juga mula terhasil melalui skrip dan cerita yang klise. Karya seni mula dihasilkan dengan 'template'. Semua kerana ingin cepat mendapat pulangan tanpa peduli pada tanggungjawab moral dan estetikanya. Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan lebih awal rupanya hanya sebagai motivasi untuk cepat bekerja, bukan teliti bekerja. Ini jalan mudah yang diambil dan difahami oleh Mahathir. Akhirnya kerja memang siap tapi tak bermutu, yang melaksanakannya pula hanya mahu pulangan yang cepat. Elemen-elemen Dasar Pandang ke Timur dan Dasar Ekonomi Baru dilunakkan lagi dengan gaya politik assabiyah (perkauman) UMNO dan Barisan Nasional. Maka lahirlah sistem kek ekonomi yang berasaskan pecahan kaum yang diutamakan kepada kroni. Nilai-nilai Mahathirisme Akhir sekali, DEB, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan politik assabiyah UMNO-BN telah dipakejkan dengan lebih lengkap apabila semua ini diasiosasikan dengan agama. Hasilnya – kuantiti lebih utama dari kualiti, yang tak boleh dikatakan boleh dan akhirnya mutu kerja hanyalah 'mediocre' (lebih kurang). Maka bermulalah apa yang dikatakan 'Mahathirisme'. Bila ditanya tentang kemerdekaan – maka jawabnya hanya UMNOlah pejuang sebenar. Bila ditanya tentang keadilan – maka jawabnya ketuanan Melayu. Bila ditanya tentang persaingan – maka jawabnya itu hak keistimewaan orang Melayu. Bila ditanya tentang seni dan kebudayaan – maka jawabnya budaya Melayu adalah budaya Malaysia. Jika ditanya tentang filem, muzik, sastera – maka jawabnya hanya sebagai hiburan yang ringan. Bila mengkritik UMNO – maka pengkritik itu dituduh menghina Melayu, mengutuk Islam. Bila mengkritik Mahathir – maka pengkritik dituduh pengkhianat negara yang memalukan negara. Inilah nilai dalam Mahathirisme. Cegah sebelum parah Jika ada yang masih tidak faham lagi, tunggulah sehingga sampai satu masa kelak apabila kata-kata ini "aku berhak kerana aku Melayu" akan menjadi frasa seharian. Ketika itu tiada gunanya lagi kerana kewarasan akal kita sudah hilang entah ke mana. Mahathirisme adalah fahaman assabiyah bercampur kronisme ditambah pula dengan tidak boleh ditegur serta sikap la'ih dan lebih kurang yang tidak membawa kita ke mana-mana kecuali syok sendiri. Jika diadun pula dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran, maka lengkaplah definisi Mahathirisme. Kita menolak fahaman Mahathirisme bukanlah kerana manusia itu bernama Tun Mahathir, sebaliknya kita tolak fahaman ini kerana ia amalan dan budaya buruk yang boleh menjerumuskan bangsa Malaysia menjadi bangsa jahiliyah. – Roketkini.com | ||
Persenda mogok lapar, Hishammuddin biadap – Srikandi Posted: 07 Jul 2012 10:58 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR i: Tindakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempersenda mogok lapar di Kem Kamunting menunjukkan pemimpin Umno tidak sentitif terhadap penderitaan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sambil mengecam perbuatan itu, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, berkata Menteri Dalam Negeri itu sebenarnya mengejek tahanan berkenaan. "Kenyataan itu langsung tidak berperikemanusian dan tidak sensitif terhadap situasi tahanan dan ahli keluarga mereka. "Inikah sikap menteri hingga tergamak membuat kenyataan yang tidak menunjukkan sikap keprihatinan seorang pemimpin," katanya pada kenyataan media hari ini. Beliau mengulas paparan twittter Hishammuddin iaitu: 'Pilihan mereka, lamb chops pilihan aku ' ketika memberi reaksi terhadap seorang pengguna lain mengenai mogok lapar itu. Aishah turut mempersoal penahanan mereka sedangkan Perdana Menteri sudahpun mengumumkan pemansuhan akta itu pada sambutan Hari Malaysia 16 September tahun lalu. "Jika kerajaan malaysia ada bukti kukuh mengenai kesalahan mereka, maka kerajaan seharusnya mendakwa mengikut undang-undang sedia ada. "Jangan ulangi sikap biadap terhadap rakyat dan Srikandi KEADILAN mendesak agar semua tahanan ISA 45 dibebaskan segera," katanya lagi. | ||
Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA Posted: 07 Jul 2012 10:57 PM PDT KEADILAN DAILYMereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat. Sekalipun pernah berada di pentas 'glamour', mereka bersama-sama Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas seberapa segera. Malah, ketiga-tiga artis itu turut memberi ucapan ringkas termasuk mengutuk kezaliman yang diamal regim Umno BN melalui ISA. Peserta demontrasi juga membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien sebagai simbol protes. Sebelum ini, Najib membuat pengumuman memansuhkan ISA tetapi tahanan sehingga kini, tidak dibebaskan manakala sepupunya pula mempersenda mogok lapar melalui twitternya. Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang, kesal kerana tahanan yang mengadakan mogok lapar, diugut supaya menghentikan tindakan mereka, selain dihalang menemui peguam dan ahli keluarga mereka. "Jika pentadbiran Najib enggan membebaskan ke semua tahanan ISA, kami bercadang mengadakan himpunan protes dalam masa terdekat. "Ada peserta mogok terpaksa menghentikan mogok lapar kerana ditekan selain dinafi rawatan perubatan akibat menghidap penyakit Hepatitis B," katanya kepada Keadilan Daily. * Gambar sumbangan Kak Zumrah, Nashita. | ||
Rakyat Boleh Banding Keikhlasan PR dan Umno-BN Posted: 07 Jul 2012 10:40 PM PDT PETALING JAYA : Walaupun Umno-BN meniru idea dasar dan program Pakatan Rakyat, rancangan dan niat mereka tidak nampak ikhlas tetapi sekadar meraih undi, kata Timbalan Speaker Dewan Negeri(DNS) Selangor Haniza Talha. Menurutnya, Umno-BN juga tidak lagi mampu mempengaruhi pemikiran rakyat walaupun mereka menguasai media perdana dan tidak mengamalkan dasar kebebasan maklumat. "Umno-BN tiada idea. Mereka bagi duit kepada rakyat bukan mereka nak bantu dan tolong rakyat macam bagi RM500 (BR1M). "Dia bagi dengan tujuan untuk dapat undi bagi mengekalkan kuasa termasuk mendapatkan kembali Selangor. Kalau benar-benar ingin menolong kenapa ia tidak dibuat sejak dulu sebelum kita memerintah?," soal Haniza. Haniza berkata, sejurus Pakatan mengambilalih Kerajaan Selangor pada Mac 2008 ia bertindak segera dengan menyalurkan bantuan 20 meter padu air percuma kepada rakyat dalam tempoh 100 hari. Kerajaan Pakatan Selangor juga memulakan bantuan di dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pada 2011. Ini berbeza dengan Umno-BN di peringkat pusat yang hanya memulakan BR1M, pada April tahun ini semasa spekulasi pilihan raya umum memuncak. Walaupun Umno-BN menguasai saluran media tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar, ledakan maklumat di internet dan rangkaian media sosial membolehkan rakyat berita tentang Pakatan. "Apa dilakukan pemimpin Pakatan sekarang adalah pergi terus kepada rakyat di bawah dan rakyat dapat merasakan perubahan itu yang mana tidak dialami sebelumnya. "Mereka (Umno-BN) boleh gunakan saluran media dikuasai mereka dengan membuat pelbagai dakyah tetapi rakyat akan tahu segalanya," beliau berkata di dalam temu ramah eksklusif TVSelangor di dalam rancangan Fokus Isu. | ||
Kartun Hina Presiden Mesir Disiar Dalam Harian Metro Posted: 07 Jul 2012 10:27 PM PDT KELAB GREENBOC Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam. Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir? Berikut ini ialah gambar "sphinx" yang sebenar: Sphinx adalah sebuah patung besar berbentuk separuh manusia, dan separuh singa yang terdapat di Mesir, di Dataran Giza, tepi barat Sungai Nil, sekarang di dekat Kaherah. Ini adalah satu dari beberapa patung terbesar di dunia yang terbuat dari satu batu utuh, dan dipercayai telah dibangun oleh Mesir Kuno pada milenium ketiga SM . Nama yang digunakan bagi masyarakat Mesir Kuno untuk menyebut patung ini sama sekali tidak diketahui. Nama "sphinx" yang biasa digunakan diambil dari nama makhluk mitologi Yunani dengan tubuh seekor singa, kepala seorang wanita, dan sayap seekor elang, walaupun patung sphinx Mesir memiliki kepala laki-laki. Kata "sphinx" berasal dari bahasa Yunani (Sphinx, dari kata kerja sphingo) yang berarti mencekik, karena sphinx dari mitologi Yunani mencekik orang yang tidak dapat menjawab pertanyaan teka-tekinya. Bagi beberapa orang, dipercayai bahwa nama ini merupakan perubahan kata dari bahasa Mesir kuno Shesep-ankh, sebuah nama yang diberikan kepada patung bangsawan pada Dinasti Keempat. Pada tulisan-tulisan abad pertengahan, nama balhib dan bilhaw yang menunjuk pada Sphinx dipergunakan, termasuk oleh sejarawan Mesir Maqrizi, yang menyarankan penyusunan bahasa Koptik, tapi istilah Arab-Mesir Abul-Hôl, yang diartikan sebagai "Bapa Teror (Pengganas)," lebih banyak digunakan. -wikipedia Justeru itu apakah Harian Metro cuba untuk menyatakan bahawa Dr Mursi itu Bapa Pengganas seperti yang pernah didakwa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib satu ketika dulu? | ||
Berpakaian Ketat Metat - Polis Beri Nasihat Kepada Gadis-gadis Ini Posted: 07 Jul 2012 10:24 PM PDT KELAB GREENBOC Banda Aceh - Jika anda seorang wanita yang biasa menggunakan pakaian ketat, jangan menggunakannya di Aceh. Jika tidak anda akan diberkas oleh RAZIA – Polis Syariah atau Wilayatul Hisbah (WH). Berpakaian ketat dan tidak mengenakan jilbab dinilai melanggar qanun (Perda) Syariat Islam. Petugas akan mencatat identiti mereka yang berpakaian tidak sesuai Syariat Islam. "Mereka hanya diberikan nasihat saja tidak ditangkap. Kami hanya mencatat identitinya jika diketahui melakukan hal sama lagi akan ditindak," kata Kepala Seksi Penyidikan Satpol PP dan WH Aceh, Samsuddin. Provinsi Aceh akan mengeluarkan aturan pelarangan penjualan pakaian semacam itu. Kepala Penegakan Hukum Islam di Aceh , Samsudin menyatakan surat edaran perihal pelarangan ini segera disampaikan pada pemilik toko. | ||
Pendirian Anwar retorik atau politik serius? Posted: 07 Jul 2012 05:28 PM PDT ANALISIS - Malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian beliau akan berundur dan menyerahkan perjuangan politik kepada generasi muda sekiranya beliau gagal dalam misi mengemudi Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pandangan kali pertamanya disuarakan menerusi satu temu bual dengan akhbar Financial Times pertengahan minggu ini. Ekoran pengumuman yang dilihat agak mengejutkan ramai ini, anak sulungnya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PR termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, barisan pembangkang masih memerlukan kepimpinan beliau. Dalam kemunculan pertamanya pada majlis awam malam tadi susulan laporan Financial Times, Anwar yang kini memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PR dan juga Ketua Umum PKR berkata: "Ini cubaan saya yang terakhir." "Jika kami menang, kami akan meneruskan. Jika tidak, biar generasi baru mengambil alih perjuangan. "Biar saya bersara dan kembali kepada (kerja) mengajar," kata beliau pada ceramah yang di Rawang dan disusuli ceramah di Selayang. Pendirian ini mencetuskan reaksi berbelah bahagi di kalangan pengikut dan pesaing politiknya. Begitu juga dengan penganalisis politik sementara bancian Sinar Harian Online setakat jam 5 petang tadi menunjukkan majoriti menyifatkan langkah Anwar tidak wajar (sila layari ruang bancian online untuk memberi pandangan anda). Ketika dihubungi Sinar Harian Online, penganalisis politik berpendapat kenyataan Anwar itu satu gimik dan strategi politik semata-mata. Menegaskan pendiriannya, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau melihat pendirian Anwar sebagai satu gimik dan strategi politik yang diatur bagi memenuhi hasratnya menjadi Perdana Menteri. Beliau berkata, mustahil seorang yang berjiwa dan mempunyai cita-cita besar seperti Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk mengundur diri dalam arena politik walaupun Anwar mengalami kegagalan pada PRU13. "Saya fikir itu cara beliau seolah-olah mahu memberi tekanan kepada rakyat dan penyokongnya supaya memastikan beliau tidak bersara. "Itu strategi politik untuk kembalikan semula sokongan dan pastikan penyokongnya tak lari," katanya kepada Sinar Harian Online. Dalam satu kenyataan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terus-terang berkata, Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik. "Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya yang memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal September 1998. Dr Mahathir yang membawa Anwar ke dalam Umno tiga dekad yang lalu juga berkata, kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13, Ketua Pembangkang itu masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Mohamed Mustafa berkata, namun sekiranya pendirian yang dikatakan beliau adalah benar, corak politik di Malaysia akan mengalami perubahan yang besar. Menurutnya lagi, PR yang diketuai dan dipimpin Anwar akan berpecah belah dan menghadapi kesuraman dalam politik mereka. "Sudah pasti arena politik akan berbeza dan PR akan mengalami banyak kesukaran. "PKR dan PR akan harungi masa depan yang lebih suram, malah akan berdepan dengan perpecahan, namun itu mustahil untuk Anwar bersara kerana kalau beliau nak bersara tak perlu tunggu selepas pilihan raya," katanya lagi. Dalam pada itu, Mohamed Mustafa berkata, perkara yang dikatakan Anwar tidak perlu dipandang serius kerana beliau mempunyai cara yang tersendiri bagi memenuhi hasratnya. Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, kenyataaan Anwar itu mempunyai dua perspektif yang berbeza. Berkemungkinan ia satu strategi serta pendekatan beliau untuk memancing pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon menjelang PRU13 supaya memberi sokongan kepadanya buat kali terakhir jika gagal membawa PR ke Putrajaya. Keduanya, mungkin disebabkan faktor umur beliau yang semakin meningkat untuk bertanding dalam PRU14 nanti, jika kali ini beliau gagal membawa partinya (PR) mengambil alih kerajaan pusat. Malah menurut beliau, keadaan politik memang akan berbeza sekiranya kenyataan Anwar itu benar kerana perpaduan PR yang berbeza ideologi hanya boleh dikekalkan melalui kepimpinan beliau. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menarik perhatian bahawa apa yang diperkatakan oleh Anwar akan memberi kesan ke atas penyokong-penyokong tegarnya. "Tetapi bukan ke atas penyokong atas pagar. Apa pun perkembangan baru ini akan memberi gambaran bahawa Anwar bukan tamak kuasa," kata ketua firma kajian pandangan umum ini. Di sebalik tanggapan bahawa Anwar membuat kenyataan bersifat retorik dan gimik, pendirian beliau bukan sesuatu baru dalam arena politik khususnya di negara-negara maju. Kita belum biasa dengan pendekatan seperti ini di negara ini. Siapa tidak mahu menang pilihan raya yang menjanjikan kuasa. Tidak kira BN atau PR. Sekurang-kurangnya Anwar menggariskan kata dua dan sedia memikul tanggungjawab jika gagal mengemudi PR dalam PRU13. Kemungkinan ini satu lagi politik baru yang belum diuji. PRU13 ditambah dengan satu lagi eksperimen janji politik. Janji Anwar ini juga akan membawa implikasi ke atas landskap politik negara jika apa yang diperkatakan menjadi kenyataan. Tunggu dan lihat! | ||
Nazri, AG bincang idea PRU13 selepas tamat tempoh mandat Posted: 07 Jul 2012 05:24 PM PDT SINAR HARIAN Mohamed Nazri berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Peguam Negara bagi meastikan sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda atau sebaliknya. "Saya nak minta nasihat daripada Peguam Negara kalau ada keputusan macam ini, bagaimana nak dilakukan. Sama ada kita buat pindaan Perlembagaan atau diadakan dalam peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Komuniti Perkhidmatan dan Tanggungjawab bersama Belia Menabur Bakti di Dewan Orang Ramai Kampung Tanah Merah di sini, hari ini. Pada persidangan Parlimen bulan lepas, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. Mohamed Nazri berkata sekiranya pilihan raya diadakan mencukupi lima tahun, ia tidak menganggu-gugat segala program yang dirancang kerajaan untuk rakyat yang mengambil tempoh lima tahun pelaksanaannya. Beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu. "Saya secara peribadi berpandangan, kalau kita mempunyai program seperti Rancangan Malaysia kelima dan enam, tempohnya lima tahun. Sekiranya pilihan raya pada tahun ketiga dan keempat akan mengganggu program yang telah disediakan oleh kerajaan," katanya. Selain itu, Mohamed Nazri berkata sekiranya pilihan raya diadakan mencukupi lima tahun, ternyata dakwaan pembangkang adalah meleset, kononnya segala bantuan kerajaan kepada rakyat adalah kerana ingin memancing undi ekoran pilihan raya hampir tiba. "Pada hal kerajaan menjalankan tanggungjawab untuk membantu rakyat. Jadi kita memberi pelbagai pemberian, bukan kerana pilihan raya dekat. Jadi kalau kita ada buat satu keputusan iaitu pilihan raya tidak akan diadakan sebelum lima tahun tamat, segala tuduhan pembangkang meleset," katanya. - Bernama | ||
Dr M: BN mustahil tawan Kelantan selagi rakyat Kelantan taksub dengan Nik Aziz Posted: 07 Jul 2012 05:19 PM PDT KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya menawan Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang berikutan ketaksuban rakyat negeri tersebut terhadap Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam laman blog Chedet milik bekas perdana menteri itu, Dr Mahathir (gambar) menjelaskan ketaksuban rakyat Kelantan itu dilihat terlalu tinggi sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Menteri Besar Kelantan itu berkenaan agama Islam akan diterima bulat-bulat oleh rakyat Kelantan. "Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. "Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam," kata Dr Mahathir dalam blognya bertarikh 6 Julai 2012. Bekas perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu turut menegaskan, rakyat Kelantan juga akan menolak setiap pandangan lain termasuk mufti sekalipun dan hanya menerima pandangan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz. "Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. "Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin," tegasnya lagi. Menurut pemimpin yang masih lagi berpengaruh itu, walaupun Nik Aziz menyalah gunakan agama demi kepentingan politik apabila mendakwa mengundi PAS akan beroleh jaminan syurga, masyarakat Kelantan tetap memilih pemimpin itu dan terus setia bersamanya. "Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. "Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi," tambahnya lagi. PAS yang telah memerintah hampir dua dekad di Kelantan juga jelas Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam seperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong PAS. "Dahulu kerjasama antara Umno dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. "Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud," jelasnya lagi. | ||
Agensi k'jaan tak muncul dalam dialog MRT Posted: 07 Jul 2012 05:07 PM PDT Badan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan; Kementerian Pengangkutan; Jabatan Perdana Menteri; Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MRT Corp. Pegawai Spad kelihatan berada di Dewan Perhimpunan Cina dan Selangor (KLSCAH), empat dialog sepatutnya berlangsung, tetapi beredar sebelum sesi bermula. | ||
Tahniah Red Warrior - Nik Aziz Posted: 07 Jul 2012 05:05 PM PDT
Beliau yang melahirkan ucapan tahniah itu melalui laman sosialnya 'facebook' turut bangga dengan kemenangan besar pasukan Kelantan ketika menentang Perak malam tadi. "Tahniah saya rakamkan kepada pasukan The Red Warriors yang telah disahkan sebagai juara Piala Liga Super 2012 sebentar tadi setelah menewaskan pasukan Perak dengan kemenangan yang besar.... Tahniah!" jelasnya melalui laman sosial itu sebaik sahaja Kelantan menang ke atas Perak. Sebelum itu Kelantan yang sebelum ini pada tahun 2011 telah dinobatkan sebagai juara liga super untuk kali pertama dan pada tahun 2012 Kelantan telah berjaya mempertahankan apabila menewaskan Perak dengan jaringan 6-0 di Kota Bharu malam tadi. Kelantan yang sebelum ini telah membawa balik Piala FA dan dengan kemenangan kali ini piala kedua Juara Liga Super turut berada di Negeri Kelantan. Pasukan Kelantan akan meneruskan cabaran memburu juara Piala Malaysia dan juga Juara Piala AFC. | ||
Posted: 07 Jul 2012 04:58 PM PDT Difahamkan, kesemua pelajaritu yang berusia 15, 17 dan 19 tahun mengalami keracunan makanan setelah bersarapan di kantin asrama sebelum mengikuti program motivasi khas untuk pelajar tingkatan tiga, lima dan enam. Mereka bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). | ||
Cabar tuntut royalti petroleum Kelantan Posted: 07 Jul 2012 04:55 PM PDT KOTA BHARU - Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak (Cabar) semalam mengadakan perhimpunan aman disertai 1,000 ahlinya termasuk Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan (Royalti). Pengerusi Cabar, Ahmad Marzuk Shaary berkata, tuntutan itu dibuat sekali lagi supaya pihak berkenaan menurut titah Sultan memberikan hak royalti petroleum kepada rakyat Kelantan. "Kami kecewa apabila isu petroleum di Kelantan menjadi isu politik dan menunjukkan diskriminasi daripada pihak tertentu. "Ini penderaan kepada rakyat Kelantan sedangkan jika kilang minyak didirikan di Bachok, ia menjadi pusat bandar yang maju dari segi penempatan dan tumpuan ekonomi," katanya kepada pemberita semasa Perhimpunan Aman 'Walk For Royalty' di pekarangan stesen bas bandar Kota Bharu di sini, hari ini. Sebelum ini, Royalti pernah mengadakan perhimpunan aman di Jambatan Sultan Yahya Petra dan pekarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), malah perhimpunan itu adalah perhimpunan kali ketiga bagi keseluruhan tuntutan royalti, manakala bagi 'Walk For Royalty' adalah kali kedua. Perhimpunan tersebut yang bermula kira-kira jam 2 petang berjalan dengan aman dikawal oleh pihak berkuasa, malah ia turut menyelitkan taklimat ringkas daripada wakil pemuda Pas Kelantan, wakil aktivis Royalti wanita, Aina Sayuti dan wakil aktivis Royalti Cina, Irene Tan. Ahmad Marzuk berkata, pihaknya turut menyatakan kesangsian pengurusan kewangan dan mendakwa pihak tertentu tidak telus terhadap isu rolyalti petroleum di negeri ini. Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menunjukkan hasrat seluruh rakyat Kelantan yang timbul atas kesedaran semua termasuk anak muda. "Kita menuntut kerajaan memberikan hak royalti petroleum sebanyak lima peratus di Kelantan dan sebagai kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi, hasrat rakyat perlu didengari serta diberi haknya. "Kami turut menuntut pimpinan Umno Kelantan supaya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat untuk menunaikan janji sebelum ini dan bukan menjadi penghalang kepada demonstrasi," dakwanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan