Biaqpila |
- Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri
- Sekarang Kita Dikuasai Mafia
- Isteri Berzina Dengan Majikan Sendiri
- Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???
- LAWAK AHAD: KISAH MALAM PERTAMA,JANGAN CABUT SAMPAI ESOK...
Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri Posted: 08 Jul 2012 08:00 AM PDT Komuniti online, termasuk blogger tempatan, menimbulkan beberapa persoalan misteri mengenai penahanan oleh polis terhadap blogger uncleseekers.blogspot.com. Semua persoalan berkenaan menyentuh secara langsung soal ketelusan undang-undang di negara ini dalam konteks menangani isu rakyat dan mereka yang berkuasa. Imej dari malaysianinsider-malaysiakini.worldheritage.com.my. Blog itu dipercayai dikendalikan Syed Abdullah Hussein Al-Attas, anak kepada penulis buku politik popular, Syed Hussein Alattas. Blogger itu ditahan polis pada 5 Julai 2012 dipercayai ada kaitan dengan entri di blognya yang menyentuh kerabat diraja Johor. Tinjauan inimajalah.com.my di Internet mendapati, antara persoalan yang dilontarkan ramai komuniti online sama ada menerusi blog, forum atau laman sosial, termasuk Facebook dan Twitter ialah: 1. Apa jadi dengan semua dakwaan yang disenaraikan blogger uncleseeker.blogspot.com? Ini kerana blogger itu kini ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan komuniti online beranggapan ia akan menyebabkan ada kemungkinan semua dakwaan terbabit 'terpadam' begitu sahaja. 2. Apakah polis akan membuat siasatan dan tuduhan di mahkamah berhubung semua dakwaan di dalam semua entri berkaitan di uncleseeker.blogspot.com? Ini kerana, komuniti online beranggapan, jika siasatan dan dakwaan dibuat membabitkan secara langsung semua dakwaan sebagaimana di dalam entri berkaitan di blog itu, sudah tentu lebih banyak 'fakta' (jika benar wujud) akan terbongkar. 3. Mengapa tiba-tiba blogger uncleseekers.blogspot.com dikaitkan dengan kesalahan mengambil dadah jenis morfin? Mengapa media perdana lebih berminat menguar-uarkan perkara ini berbanding pelbagai dakwaan blogger itu sebagaimana di dalam blognya? Ini kerana, sesetengah komuniti online beranggapan, ia mungkin bertujuan memburukkan imej blogger itu. 4. Mengapa pihak yang dituduh tidak tampil membuat penjelasan atau membela diri? Ini kerana, berbanding kes nota Twitter oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan plat kenderaan WWW1, baru-baru ini, komuniti online menilai pihak yang kena tuduh oleh blogger uncleseeker.blogspot.com gagal membuat penjelasan atau membela diri. 5. Mengapa seorang wanita lain, dilaporkan sebagai teman wanita bloggger terbabit, turut ditahan polis? Adakah menjadi amalan polis menahan sesiapa sahaja yang ada bersama ketika seseorang yang disyaki, ditahan? Ini kerana, rata-rata komuniti online tidak jelas apakah tuduhan atau kesalahan yang mahu dikaitkan dengan wanita berkenaan. Sebahagian persoalan misteri yang dilontar komuniti online itu dapat dibaca di sini dan di forum ini, manakala sebahagian lain boleh ditemui di pelbagai pos dan komen di Facebook serta Twitter. Tidak semestinya semua dakwaan blogger uncleseekers.blogspot.com adalah benar dan tepat. Namun, rakyat sedang memerhati dengan amat rapat dan penuh minat untuk menilai satu lagi 'episod berantakan rakyat dan penguasa'! Rakyat mungkin akan memberikan markah berdasarkan pemerhatian itu pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak. – inimajalah.com.my KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 08 Jul 2012 05:00 AM PDT Selayang : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala 'mafia'. Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular. "Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan. "Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia? "Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam. Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan. "Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang," katanya. Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu. Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan. Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini. Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu. "Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin. "Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku," jelasnya. -selangorku greenboc KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Isteri Berzina Dengan Majikan Sendiri Posted: 08 Jul 2012 12:00 AM PDT Seorang suami berasa hancur luluh hatinya setelah mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah di Rawang, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu. Kepulangan beliau bertukar menjadi satu episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain. Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa. Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri. Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut. Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN??? Posted: 07 Jul 2012 08:00 PM PDT Seorang Hafiz Al-Quran, juga merupakan Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN??? Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam. Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir? p/s : Mohon pihak editor akhbar menarik balik gambar dan mengakui kesilapan. Allahurabbi... Aktivis Terengganu KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LAWAK AHAD: KISAH MALAM PERTAMA,JANGAN CABUT SAMPAI ESOK... Posted: 07 Jul 2012 06:00 PM PDT Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang. "Adui.. Sakitnya B… !" Si suami cuba menenangkan isterinya. "Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan. "Sakitnyerrr B………" Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk. "Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut." Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin. Dengan rasa geram papa memarahi menantunya. "Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!" Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya.. "Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?" KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan