Isnin, 2 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Berita Terkini Berkaitan Isu Imam Muda Ditukar Sebab Bagi TGNA Imam

Posted: 02 Jul 2012 02:00 AM PDT

Ku Li Akan Hadir Himpunan Oren Selamatkan Felda?

Posted: 02 Jul 2012 01:54 AM PDT

Hisham harus tarik balik kenyataan kurang sensitif

Posted: 02 Jul 2012 12:50 AM PDT

Lim Guan Eng | 3:11PM Jul 2 2012

ULASAN Pencerobohan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di Kuala Lumpur mengesahkan kebimbangan tentang situasi keselamatan awam yang makin merosot di Malaysia dan bercanggah dengan jaminan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn bahawa satu atau dua insiden jenayah ganas tidak membuktikan peningkatan jenayah di Malaysia.
Kediaman Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah dilaporkan diceroboh oleh pencuri yang telah melarikan wang tunai serta sepucuk pistol.

Kehilangan pistol kepada penjenayah membawa implikasi yang sangat
besar terhadap keselamatan awam. Sekiranya orang kenamaan pun tidak selamat, bagaimanakah rakyat boleh selamat?

Sikap Datuk Seri Hishamuddin yang tidak mengambil endah dengan laporan-laporan jenayah dalam media jelas tidak bertanggungjawab dan menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif bukan sahaja kepada penderitaan mangsa tetapi juga kepada kebimbangan awam.

Sikap Hishamuddin yang bergantung semata-mata kepada perangkaan adalah sikap yang malas dan salah kerana beliau harus memahami bahawa fakta dan angka tidak mempunyai dimensi insaniah tentang kerugian dan kecederaan yang terpaksa dialami mangsa.

Dalam erti kata lain, walaupun fakta dan angka mungkin menunjukkan bahawa indeks jenayah telah menurun, yang lagi pentingnya adalah sama ada rakyat berasa selamat. Kata-kata Hishamuddin yang menguar-uarkan penurunan indeks jenayah tidak akan membuatkan wanita berasa selamat di Lembah Kelang semasa memasuki tempat letak kereta.

Hishamuddin harus menarik balik kenyataannya yang kurang sensitif dan memberi perhatian terhadap situasi jenayah yang makin teruk sebelum ia menjadi krisis yang besar. Jangan lupa bahawa ahli jawatankuasa pemandu Bersih Dr Wong Chin Huat telah diserang dan dicederakan semasa berjoging, sementara seorang cikgu Teoh Soo Kim, 51, telah cedera parah dan sedang berjuang untuk hidup selepas diculik.

Seorang kanak-kanak 12 tahun di Ipoh dan seorang yang berumur 20-an di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pula hampir diculik dalam bulan yang lepas. Kejadian-kejadian ini adalah ekoran daripada penculikan berprofil tinggi seorang kanak-kanak 12 tahun berbangsa Belanda Nayati Moodliar, yang telah mendapat liputan media antarabangsa.

Pihak polis seharusnya memberi tumpuan kepada tanggungjawab dasar mereka iaitu menangani jenayah dan bukannya mengikut perintah politik untuk menangani para penunjuk perasaan yang membantah secara aman atau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan melabur dana dalam keselamatan awam melalui teknologi seperti CCTV, menyokong pemantauan masyarakat melalui pasukan peronda sukarela serta menempatkan pegawai polis di kawasan-kawasan "hotspot" jenayah.

LIM GUAN ENG adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP.

Guru-guru Di Kelantan Dipaksa Hadir Untuk Dengar Ceramah Hassan Ali?

Posted: 01 Jul 2012 10:11 PM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/555295_451386094885179_1469104136_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/293240_451386354885153_699551202_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/392884_451386684885120_1451225576_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/553273_451387108218411_1570219047_n.jpg
http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/205334_451388598218262_2026533242_n.jpghttp://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/425002_451385841551871_100159710_n.jpg

Ramai guru yang marah apabila mereka kena paksa untuk hadir ke program Hassan Ali. Inilah malang apabila umno telah mengamalkan dasar paksa memaksa ini.


Guru Kelantan sudah lama tolak UMNO BN!

Abd Razak Mak


kwn saya adalah salah seorang yg di'wajib'kan hadir program ni...so rsnya lebih 90% yg di'wajib'kan hadir...kalau x hadir tindakan akan diambil...sbb tu hasan akidah konfiden nk bg ucapan...sbb dh ada bantuan kn...


Kerepek Ubi


kesian kat cikgu.. udah ler kena paksa pegi... kena paksa dengar lak...



PErkasa Buat Malu Melayu. Eja Perkataan Macam Orang BODOH

Posted: 01 Jul 2012 09:29 PM PDT





Putrajaya kecam tiga diplomat namun wakil Malaysia turut pantau Bersih di luar negara

Posted: 01 Jul 2012 09:19 PM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
July 02, 2012

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Seorang diplomat Malaysia turut menjadi pemerhati sewaktu perhimpunan Bersih pada 28 April di Melbourne, tindakan sama dibuat tiga diplomat Singapura yang telah menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.

Satu klip video YouTube pada tarikh sama menunjukkan Duta Besar Malaysia di Melbourne Dr. Mohamad Rameez Yahaya turut berada di perhimpunan Bersih di sana, malah turut memberikan kenyataan kepada pemberita menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap perhimpunan tersebut - bukti Wisma Putra turut menghantar diplomatnya menjadi pemerhati dalam perhimpunan berkenaan.

"Saya di sini menjadi pemerhati ... Kami seharusnya tahu pendirian saya. Bagi kami, kami tidak boleh memperolehi demokrasi di negara berdaulat. Di Malaysia jika anda mematuhi undang-undang, tidak akan ada masalah," kata Mohamad Rameez dipetik video tiga minit tersebut.

Video tersebut boleh didapati di sini.

Mohamad Rameez, seperti mana diplomat lain dihantar untuk menjadi pemerhati bersih dan membuat laporan, amalan biasa dilakukan rakannya. Namun di Malaysia, diplomat lain melakukan perkara sama telah menimbulkan kontroversi daripada blogger yang memaksa Putrajaya mengambil tindakan.

Wisma Putra minggu lalu telah mengecam tiga diplomat Singapura berdasarkan tuduhan blog pro Umno yang dikatakan menyertai Bersih dengan aktif pada 28 April lalu.

Ini menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kecaman pelbagai pihak, yang mana menimbulkan masalah kepada hubungan diplomatik Malaysia daripada jirannya termasuk serangan dari Indonesia akibat dakwaan mencuri budaya.

Singapura juga telah memberikan respon rasmi terhadap tuduhan tersebut menjelaskan tida diplomatnya itu berada di Kuala Lumpur sewaktu perhimpunan tersebut untuk menjadi pemerhati perhimpunan berkenaan, bersama-sama diplomat asing dari pelbagai negara.

"Ada keperluan untuk menghargai yang sedikit, namun perbezaan ketara berhubung isu diplomat menyertai perhimpunan haram dan perhimpunan yang mendapat kebenaran," kata Nik Ady Arman, kaunselor politik di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura, menyatakan secara terbuka dalam akhbar rasmi Straits Times.

Beliau merujuk kepada tiga surat yang dikeluarkan akhbar Singapura itu pada Khamis mengkritik Kementerian Luar Malaysia terhadap diplomat Singapura.

"Malaysia, sebagai sebuah negara demokrasi, tidak pernah menghalang sesiapa menyertai perhimpunan yang dibenarkan," kata Nik Ady.

"Tapi penting untuk mengetahui bahawa Bersih adalah perhimpunan haram."

Beliau menambah, penyertaan warga asing terhadap perhimpunan haram akan menimbulkan spekulasi terhadap motif dan meletakkan beban untuk memastikan keselamatan mereka kepada negara penganjur.

Ini bukan kali pertama diplomat Malaysia melindungi tindakan Putrajaya, namun tindakan kakitangan awam berjawatan tinggi yang dilihat berta kepada parti memerintah telah dipersoalkan oleh pembangkang dengan pilihan raya semakin hampir.

Minggu lalu, pegawai kanan rasmi Wisma Putra telah mengecam akhbar Kanada kerana menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang "demokrat palsu" beserta beberapa pemimpin lain di dunia kerana pemerintahan ala autoritarian.

Setiausaha Kementerian Luar Ahmad Rozian Abdul Ghani telah membalas kenyataan ditulis oleh The Globe and Mail's Mark MacKinnon, bertajuk "A Roster Of The Modern Autocrats", yang mana mengkritik Najib sama seperti pemimpin lain seperti Vladimir Putin, dari Rusia, Mahmoud Abbas, dari Palestin, Abdelaziz Bouteflika, dari Algeria, dan Hun Sen, dari Kemboja.

"Dalam tempoh tiga tahun, [Najib] telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, memperkenalkan kaedah untuk kebebasan media, memperbaharui Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Perhimpunan Aman, mengumumkan semakan Akta Hasutan, Akta Buang Negeri, dan juga Akta Kediaman Terhad — trek rekod yang membanggakan," kata Ahmad Rozian dalam surat balas kepada akhbar Kanada bertarikh 26 Jun yang dipaparkan di laman web mereka.

Beliau berkata, pandangan MacKinnon tidak melihat kepada kemenangan pembangkang ketika pilihan raya 2008 dan menambah pengundi Malaysia "bebas memilih pemimpin mereka" dalam pilihan raya.

Najib telah menerima kritikan ekoran keganasan yang wujud sewaktu perhimpunan Bersih menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Pembangkang — DAP, PAS dan PKR — telah menguasai lima negeri dan 83 kerusi Parlimen daripada 222 dalam pilihan raya 2008, menafikan kuasa dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) pertama kali sejak merdeka pada 1957.

Kesian Tengok Dia.

Posted: 01 Jul 2012 08:29 PM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/406164_10150872226081594_721966816_n.jpg

Bukit Botak: Umno Cuba Rampas Kejayaan Pakatan, Beri Tawaran Palsu

Posted: 01 Jul 2012 05:27 PM PDT

KAJANG, 2 JUL: Gara-gara dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat Selangor menyelesaikan masalah Projek Perumahan Bukit Botak, pemimpin Umno Selangor sekali cuba merampas kejayaan tersebut dengan menawarkan harga yang tidak munasabah kepada peserta skim itu. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, ADUN dari Umno Selangor sekarang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri sebagai wira bagi menyelesaikan apa yang mereka sendiri gagal selesaikan selama lebih 20 tahun, "Apa yang saya tahu, ada ADUN Umno tawarkan harga antara RM60 ribu hingga RM70 ribu. Lepas tu ada lagi seorang lagi ADUN Umno menawarkan RM42 ribu. "Saya bimbang nanti ada pula YB Umno yang tawarkan harga RM10 ribu pula, jadi macam sarkis. "Ini bukannya jual beli ikan, tetapi melibatkan berjuta-juta ringgit, lagipun harga yang kita tawarkan jauh lebih rendah dari harga sebenar," kata Iskandar ketika ditemui selepas Majlis Dialog Bersama Penduduk Pangsapuri Anggerik di sini baru-baru ini. Masalah Projek Perumahan Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan gagal diselesaikan oleh pentadbiran Umno-BN yang lama akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang lima tahun setelah Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Kerajaan Selangor menawarkan harga RM99,000 kepada peneroka asal kawasan ini dan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar yang mencecah lebih RM160,000. Pengurangan harga dibayar subsidi sebanyak RM 79.6 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Iskandar turut mengingatkan pembeli unit kediaman Projek Perumahan Bukit Botak agar tidak termakan dengan tawaran palsu Umno. "Saya harap penduduk tak percaya sebab dah lebih 20 puluh tahun, mereka tak buat apa, tak diselesaikan. "Bila kita berjaya selesaikan dalam masa tak sampai lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka tawarkan macam-macam pula," ujarnya lagi.

Tiada ulasan: