DIALOG RAKYAT |
- Siapa mampu gugat Jamaluddin Jarjis?
- Chua Soi Lek Melenting ADUN UMNO Cadangkan Hudud
- Hudud di Johor: Nik Aziz sokong sepenuh hati
- Bagaimana seharusnya menanggapi "Indeks Penyelidikan"?
- 20 Ribu Di Himpunan Hijau Sambut Kepulangan Salahuddin
- Utusan fitnah lagi, Kit Siang TIDAK pernah jadi Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew
- Pemuda DAP kutuk keganasan, kebiadapan Perkasa
- “Belok Salah, Tak Belok Salah…..”; Undang-undang ‘Gila Babi’!
- MB : Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Berkebolehan Tinggi
- Penyanyi Antara Penerima Geran di Kampung Melayu Subang
- Agih projek kepada ahli keluarga perbuatan curi wang rakyat
- Tahanan ISA didera, isteri mangsa ditipu polis
- BERSIH: Lantik pemerhati p'raya hanya langkah pura-pura
- Tulisan di blog Uncle Seekers didakwa aib Sultan Johor
- Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM
- Rakyat beri mandat kepada Abdullah, bukan Najib
- Sepanyol 4-0, juara Euro kali ke-3
- Himpunan Sedar ikut arahan polis
- MB: 'Noh harus belajar perakaunan dari saya' NUR FARHANA ABDUL MANAN 1 Julai 2012 MB: 'Noh harus belajar perakaunan' Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SUBANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi maklum balas berkenaan dengan cabaran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi tempoh seminggu kepadanya agar mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel). Menurut Menteri Besar Selangor, maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Noh mengenai Unisel hanya khabar angin semata-mata. “Beliau (Noh Omar) harus belajar perakaunan daripada saya kerana kebanyakan yang diketahui mengenai Unisel hanya khabar angin sahaja,” kata beliau mengulas cabaran Noh di sini, hari ini. Terlebih dahulu Noh mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Unisel. Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian. "Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada Pas dan PKR. Beliau berkata, kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu. Dalam ulasannya, Khalid juga berkata, tindakan meletakkan wakil Kerajaan Negeri dalam Unisel tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia amalan biasa kebanyakan universiti dalam negara. Abdul Khalid berkata, kebanyakan universiti di negara ini mempunyai wakil daripada pihak kerajaan termasuk beliau sebagai wakil kerajaan dalam universiti milik Kerajaan Selangor itu. Menurutnya, kebiasaan Pengerusi Unisel adalah daripada kerajaan negeri Selangor dan pihaknya memilih orang-orang berkelayakan untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengarah universiti itu. “Misalnya saya memilih Dr Che Rosli Che Mat, meskipun dia Ahli Parlimen Hulu Langat, namun beliau mempunyai kelulusan dalam Fizik yang dapat membantu membina pusat Atom, kalau itu kita bangkang dalam pemilihan, maknanya kita tidak pilih orang yang baik. “Kalau Noh Omar ada orang yang setaraf dengan Che Rosli, beliau boleh cadangkan kepada saya, kerana pemilihan penting bagi memberi nama baik kepada negeri Selangor,” kata beliau yang turut mengulas kenyataan Noh yang mendakwa Abdul Khalid rakus mempolitikkan pentadbiran Unisel apabila melantik ketiga-tiga mereka. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menjelaskan pemilihannya bukan disebabkan kepentingan politik tetapi kerana faktor keupayaan dari segi mentadbir syarikat korporat. Katanya, yang penting adalah bagaimana universiti itu dijaga dan dakwaan dibangkitkan dianggap terlalu kecil serta tidak memberi tambah nilai ke atas kritikan itu.
- Noh cabar MB dedah kewangan Unisel
- Parlimen atau Dun: Tunggu dulu, kata Nik Aziz
- Kelantan akan terus terajui perubahan - Nik Aziz
- Mukhriz: Langkah Marina mungkin beri kesan
- Tokoh pembangunan tanah sertai PAS di Pahang
Siapa mampu gugat Jamaluddin Jarjis? Posted: 02 Jul 2012 02:06 AM PDT Malahan, di belakang tabir, parti-parti politik mula menyusun strategi untuk menarik sokongan pengundi baik parti pemerintah mahupun pembangkang. Najib dalam siri ucapannya di hadapan umum memberi isyarat jelas bahawa PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa saja walaupun rakyat terus berteka teki bilakah masa paling sesuai diadakan. PRU13 merupakan yang pertama akan dikemudikan Najib sejak mengambil alih tadbir urus negara pada April 2009 dan ia sekali gus menunjukkan mengapa PRU ini penting bagi kesinambungan kepimpinan beliau dan BN. Di Rompin misalnya, persoalan siapa calon sesuai yang akan bertanding atas tiket BN terus hangat diperkatakan memandangkan ia selama ini dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). Lantaran itu, antara nama-nama bakal disebut untuk mengetuai Parlimen Rompin dalam menghadapi PRU sudah tentu bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. Jamaluddin masih dilihat sebagai calon paling sesuai mempertahankan kerusi itu memandangkan sokongan yang kuat di peringkat akar umbi sepertimana sokongan yang diterima Najib di Pekan. Tidak hairanlah apabila PRU12 lalu, Jamaluddin terus memperoleh undi majoriti mudah dengan menewaskan pencabar daripada Pas, Mazlan Mohd. Yassin dengan majoriti lebih besar iaitu 10,679 undi. Situasi itu membuktikan bahawa Jamaluddin atau ada yang memanggil dengan nama singkatan JJ dianggap sebagai calon paling sesuai bagi kerusi Parlimen Rompin, namun adakah percaturan itu dilihat berkesan untuk PRU kali ini yang dikatakan lebih mencabar. Persoalannya adakah beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu atau akan ada perubahan di peringkat Parlimen dengan meletakkan Jamaluddin untuk bertanding bagi kerusi Dun serta meletakkan calon lain bagi kerusi Parlimen? Spekulasi calon MB 'UMUM mengetahui, Jamaluddin antara nama yang disebut sebagai calon paling sesuai menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob selain dianggap sebagai orang paling rapat dengan Perdana Menteri. Difahamkan Jamaluddin yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan sudah tentu menjadi orang kepercayaan Najib untuk menduduki jawatan nombor satu di peringkat Negeri itu. Sepanjang menjadi menteri kabinet pula, Jamaluddin boleh dianggap sebagai 'bapa sains Malaysia' kerana menunjukkan prestasi kerja cemerlang dalam misinya menghantar seorang warga Malaysia ke angkasa lepas melalui projek 'Angkasawan Negara'. Projek angkasawan itu memperlihatkan satu fenomena baru dalam dunia pendidikan negara ini apabila rakyat mula dahagakan cinta ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains selepas negara menobatkan, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai Angkasawan Negara yang pertama pada 2007. Atmosfera itu memberi nafas baru dan satu suntikan kepada pelajar serta ibu bapa untuk mendalami bidang sains. Hal ini kerana mereka boleh melihat dan meraikan kehebatan sains melalui Angkasawan Negara. Jamaluddin yang pernah 'direhatkan' dalam barisan kabinet kerajaan selepas PRU12 bagaimanapun diberi kepercayaan semula oleh Najib pada 4 Ogos 2009 sebagai Duta Besar Malaysia ke\ Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Jamaluddin telah melaksanakan tugasnya dengan baik bagi memperkukuhkan hubungan lebih akrab antara Malaysia yang diketuai Najib dan Amerika yang dipimpin Presidennya, Barack Obama. Mungkin atas faktor pengalaman luas, Jamaluddin dalam kancah politik selain pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002 memungkinkan beliau diberi kepercayaan untuk menduduki jawatan nombor satu dalam negeri ini. Bagaimanapun Sinar Harian pada 25 Mac lalu melaporkan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno, itu menafikan 'khabar angin' yang kini bertiup kencang mengaitkannya sebagai calon sesuai untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob. Jamaluddin berkata, terdapat sesetengah pihak atau blog-blog tertentu milik parti pembangkang yang cuba melaga-lagakan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan isu jawatan nombor satu di Negeri itu tidak pernah ditimbulkan Umno. Menurutnya, beliau sungguh kesal dengan laporan blog-blog milik pembangkang kerana berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada di dalam Umno itu sendiri. "Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang bertujuan mahu melaga-lagakan perpaduan dalam Umno dan saya nasihatkan semua ahli Umno agar lebih berhati-hati dengan isu ," katanya. | ||||||||||||||
Chua Soi Lek Melenting ADUN UMNO Cadangkan Hudud Posted: 02 Jul 2012 01:59 AM PDT Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA KELAB GREENBOC Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Grafik: Pencinta keadilan. Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan. "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya. Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu. Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS. Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan). Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam. Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar. MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing. MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP. -mk Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan | ||||||||||||||
Hudud di Johor: Nik Aziz sokong sepenuh hati Posted: 02 Jul 2012 01:56 AM PDT Adun Umno kawasan Kemelah Datuk Ayub Rahmat mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan sokongan penuh cadangan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud mengatasi Kelantan. Ini berikutan cadangan Adun Umno kawasan Kemelah Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Berbeza dengan Kelantan, Ayub mahu hukum hudud di Johor itu dilaksanakan secara adil terhadap semua termasuk kepada masyarakat bukan Islam. Cadangan itu dibangkitkan Ayub semasa mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12 pada 20 Jun lalu. Nik Aziz bagaimanapun berkata, Ayub tidak perlu mencabar PAS supaya menyokong hudud kerana cadangan hudud itu pastinya disokong penuh. "Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati. Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. "Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah. "Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga," katanya dalam satu kenyataan hari ini. MCA bantah Menghargai keberanian Adun Umno itu, Menteri Besar Kelantan itu berharap agar cadangan hudud di Johor tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan. "Harapan saya agar cadangan ini tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan. Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. "Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya," katanya. Bagaimanapun, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membantah cadangan itu dengan menyifatkan cadangan Ayub itu sebagai 'hilang akal'. Chua dalam laman sosial twitter semalam berkata MCA pasti akan menentang usaha tersebut. | ||||||||||||||
Bagaimana seharusnya menanggapi "Indeks Penyelidikan"? Posted: 02 Jul 2012 01:50 AM PDT Zhu Jingyi, He Chenhong, Mou Zhongyuan, Sun Yihan Nota penterjemah: Gejala penarafan universiti (university ranking) semakin menghantui warga akademik institut pengajian tinggi di Malaysia kebelakangan ini, terutamanya empat buah universiti awam yang dinobatkan sebagai universiti penyelidikan (RU). Demi mengejar apa yang dikatakan kecemerlangan akademik, staf akademik disasar menerbitkan makalah dalam terbitan CIJ (Citation Indexed Journal) ataupun jurnal yang tersenarai dalam ISI Web of Science/Scopus kononnya ia memberi Impact Factor (IF) / Research Perfomance Index (RPI) yang tinggi tanpa memikirkan gerhana yang lebih besar ke atas etika penyelidikan serta tujuan hakiki penyelidikan itu sendiri. Berikut disajikan terjemahan kenyataan terbuka Ketua Majlis Sains Negara, Taiwan, dalam akhbar China Times pada 25 Jun 2012 berkaitan isu yang sama. Sama-sama kita renungi apakah tidak pengalaman teman kita di seberang sana bisa dijadikan iktibar dan peringatan? Beberapa tahun kebelakangan, pelbagai anugerah individu dan penilaian ke atas penarafan universiti di dalam negara rata-rata tidak terlepas daripada beberapa Indeks Penyelidikan. Indikator-indikator tersebut ada yang secara kasar ada juga secara terperinci. Indikator secara kasar hanyalah dilakukan melalui pengkategorian terbitan jurnal. Umpamanya jurnal yang termasuk dalam senarai SCI (Science Citation Index) tergolong dalam satu kategori manakala yang tak termasuk dalam senarai SCI digolongkan dalam kategori lain. Indikator secara rinci pula adalah memperkasakan kewibawaan sesuatu jurnal SCI dengan memberikan Impact Factor (IF), malah purata nilai Impact Factor tersebut dikira dengan formula tertentu dan kemudian diberikan nama RPI (Research Performance Index). Pelaksanaan sistem Indeks Penyelidikan sangat berleluasa dalam lingkungan akademik di Taiwan. Namun, masih terdapat pelbagai suara bantahan daripada kalangan akademia sendiri. Ada pendapat menyatakan bahawa universiti yang benar-benar terulung seperti Harvard University dan Stamford University, tidak pernah dimaklumi bahawa IF dan RPI digunakan bagi mengukur keupayaan seseorang pensyarah. Begitupun, ada pandangan mengatakan pelbagai Indeks Penyelidikan akan menginduksi dan menyasarkan matlamat kumpulan penyelidik bekerja semata-mata untuk mengejar indeks dan bukannya kecemerlangan akademik. Selain itu, disebabkan kriteria penilaian Majlis Sains Negara (National Science Council) lazim digunapakai oleh universiti-universiti dalam proses pengukuran kenaikan pangkat maupun penganugerahan, oleh demikian reka bentuk dan penstrukturan mana-mana indeks dan sistem penilaian harus mengambil kira pelbagai kesan berlarutan (consequence). Di sini, kami ingin mengemukakan beberapa pandangan dan persepsi tentang Indeks Penyelidikan seperti berikut. Pandangan dan persepsi kami barangkali tidak semuanya tepat, namun kami percaya ia mempunyai nilai panduan kepada teman-teman dan komuniti penyelidik: 1. Segala jenis indeks hanyalah sekadar alat, bukan matlamat akhir. Penyelidikan ilmiah tidak lain tidak bukan adalah mencari kebenaran, menerobos amalan lazim mencipta inovasi, bersifat kritikal dalam penyampaian. Kajian cemerlang seseorang penyelidik sudah tentu kadar citation ke atas hasil penyelidikannya tinggi, angka RPI meningkat dan IF tinggi. Walaupun demikian, dalam penyelidikan ilmiah, kecemerlangan akademik seharusnya adalah sebab manakala indeks yang menyerlah adalah hasil. Kita tidak boleh sesekali menterbalikkan kedudukan hasil dengan sebab, menjadikan mengejar Indeks Penyelidikan sebagai matlamat penyelidikan ilmiah. Malahan mengejar Indeks Penyelidikan secara membuta-tuli, kadang-kala menyebabkan satu pasukan penyelidikan maupun penyelidik individu "menghantar makalah atau menyelidik semata-mata untuk meningkatkan indeks", sehingga dedikasi dan keupayaan diri mengejar kecemerlangan akademik luntur dan hilang. 2. Apakah sebenarnya fungsi Indeks Penyelidikan? Indeks memanglah bukan matlamat penyelidikan, tetapi ini tidak bermakna ia tiada langsung fungsinya. Contohnya, penyelidik muda (junior) masih tidak dapat memastikan setakat mana keupayaan diri. Pada ketika inilah penyelidik senior lazimnya akan menggalakkan mereka mengirimkan makalah kepada jurnal yang ulung. Dengan cara ini, selain dapat berinteraksi dengan penilai jurnal yang berimpak tinggi, pada masa yang sama dapatan kajian lebih mudah dikongsi bersama sarjana peringkat antarabangsa. Justeru, kendatipun Indeks Penyelidikan sendiri bukanlah matlamat, tetapi ia sebetulnya mengumpulkan banyak informasi berkaitan kecemerlangan akademik. Janganlah sesekali kita membawa tujuan tertentu lalu mentafsir, malah menyimpang dalam proses kita menangani informasi tersebut. Tetapi, tidak perlu kita mengambil sikap "kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar" atau menolak mentah-mentah nilai informasi tersebut. 3. Di Taiwan, ramai teman akademia yang pernah mencanangkan Indeks Penyelidikan pada suatu ketika dahulu, menegaskan indeks tersebut mempunyai fungsi membezakan antara yang palsu dan asli. Umpamanya, sesetengah penyelidik hanya mampu menerbitkan makalah kurang bermutu dalam jurnal kelas ketiga, tetapi sering cuba memutarbelit dengan mendakwa bahawa makalah yang diterbitkan dalam jurnal kelas tiga itu setara dengan makalah dalam jurnal berimpak tinggi. Berikutan dengan itu, lingkungan akademia pun meluahkan suara bantahan agar mewujudkan Indeks Penyelidikan yang objektif bagi melawan dakwaan yang mengelirukan itu. Menurut apa yang kami fahami, bidang-bidang tertentu di Taiwan yang memperkenalkan Indeks Penyelidikan sebelum ini semuanya mempunyai latar belakang melaksanakan amalan Indeks Penyelidikan bagi menolak langkah pemalsuan tersebut. 4. Kita fahami fungsi Indeks Penyelidikan dalam menolak gejala pemalsuan yang tersebut di atas, tetapi perlu ditegaskan ialah: Fungsi sebegini membawa makna pemeringkatan masa, bila tiba masanya maka perlulah ia diubah. Kami berpendapat, kebanyakan bidang penyelidikan di Taiwan sudah maju dan kini memasuki tahap check and balance antara kuantiti dan kualiti. Dan atas dasar inilah, kecenderungan yang terlalu lunak dengan pengukuran Indeks Penyelidikan dalam lingkungan akademia perlulah dibendung sewajarnya. 5. Barangkali teman-teman akademik akan risau jikalau presentasi indeks penyelidikan tidak diwajibkan, apakah tidak mungkin panel penilai akan kehilangan kriteria untuk mempertimbangkan sesuatu permohonan geran? Berkenaan perkara tersebut, kami menurunkan penerangan tambahan seperti berikut. Pertama, Majlis Sains Negara tetap akan mengenalpasti penilai yang sesuai dan berkredibiliti. Bagi penilai yang berkredibiliti, walaupun tidak dimaklumkan impact factor sesuatu jurnal, mustahil mereka tidak boleh membezakan antara jurnal yang baik dan kurang baik, begitu juga antara makalah yang baik dan kurang baik. Kedua, mulai dari sekarang, penilaian bagi semua anugerah penting anjuran Majlis Sains Negara, ketua bahagian akademik akan diminta menyertakan surat iringan (cover letter) kepada panel penilai, menyatakan kriteria penilaian yang diharapkan daripada panel. Ketiga, buat masa akan datang, bahagian akademik akan memantapkan fungsi penilai kedua. Panel diminta membincang dan membahas dengan lebih mendalam dan terperinci untuk menggantikan kelemahan masa lalu yang terlalu memudahkan pengukuran tahap ilmiah berpandukan indeks yang bersifat mekanikal. Keempat, dalam keadaan yang istimewa dan jarang-jarang diketemu, andaikata ketua bahagian akademik mendapati Indeks Penyelidikan bidang tertentu mempunyai nilai rujukan yang sangat tinggi, mereka dibenarkan menyaran kepada panel penilai. Tetapi ia adalah penghakiman mereka dan ini bukanlah matlamat dan strategi tersalah tempat yang berlaku dalam kelaziman lingkungan akademik. 6. Apa yang dibincangkan di atas lebih cenderung kepada bidang sains, kejuruteraan, biologi dan sebagainya. Penyelidikan di bidang ilmu kemanusiaan, sastera dan sains sosial mempunyai ciri-ciri kedaerahan yang ketara, cara penyampaiannya tidak terhad kepada makalah dalam jurnal. Aplikasi dan keterbatasan penggunaan Indeks Penyelidikan dalam bidang ilmu kemanusiaan, sastera dan sains sosial, logik yang digunapakai juga agak berbeza. Tentulah Majlis Sains Negara menghormati logika dan sifat-sifat kerencamannya. Secara keseluruhannya, pengukuran Indeks Penyelidikan secara kurang anjal, mengakibatkan bidang-bidang tertentu dalam lingkungan akademik berlaku kelemahan penyeragaman (unification) dan normalisasi, gejala ini tidak menguntungkan usaha berinovasi apatah menerobosi amalan lazim. Bermula dari bulan Julai tahun ini, kami berharap penilaian Majlis Sains Negara dapat menjangkau kekangan Indeks Penyelidikan, menuju ke suatu tahap yang benar-benar dapat meningkatkan kecemerlangan akademik. Kenyataan terbuka ini mencerminkan keyakinan kami, juga membuka harapan untuk kita memburu kecemerlangan akademik di masa mendatang. *Zhu Jingyi adalah Ketua Majlis Sains Negara Taiwan, manakala tiga yang lain adalah timbalan beliau. Diterjemah oleh Chong Fah Hing, Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau juga menulis di ruangan pojok MerdekaReview edisi Bahasa Cina. | ||||||||||||||
20 Ribu Di Himpunan Hijau Sambut Kepulangan Salahuddin Posted: 02 Jul 2012 01:42 AM PDT MSO Kunjungan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Johor Jumaat lalu penuh bermakna dan membawa pengertian tersendiri. Kunjungan itu ada dua misi untuk menghadiri himpunan hijau ke 2 peringkat negeri Johor dan menghantar secara rasmi Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pulang ke Johor. Kehadiran Nik Aziz itu memberi makna tersendiri kepada rakyat Johor teristimewanya rakyat Kelantan yang berada di Johor. Walaupun sudah lama diketahui Salahuddin akan meninggalkan Kelantan dan rakyatnya di Kubang Kerian untuk berkhidmat di negeri sendiri tetapi tidak ada acara rasmi sebagai simbolik menghantar Salahuddin pulang. Jadi kunjungan Tokguru di Johor itu adalah sebagai simbolik penghantaran Salahuddin pulang ke tanah tumpah darahnya.
Walaupun Nik Aziz tidak berapa sihat (sehingga terpaksa membatalkan niat untuk ke Kempas bagi berjumpa rakyat Kelantan di situ), tetapi beliau mengagahkan juga diri untuk ke Johor. Itulah Nik Aziz komited dengan tugas dan tanggungjawabnya. Beliau merasa bersalah kalau tidak mengiringi Salahuddin pulang kerana Salahuddin hampir 10 tahun berkhidmat untuk Kelantan sebagai ahli Parlimen Kubang Kerian. Bagi Nik Aziz selaku pesuruhjaya Pas Kelantan Salahuddin dianggap sebagai anaknya sendiri pastilah untuk melepaskan Salahuddin tentu ada rasa sedih di dada. Sebenarnya kepulangan Salahuddin bukan kerana beliau sudah tidak diperlukan di Kelantan lagi seperti mana rakyat Kelantan 'benci' kepada bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa, tetapi ia atas kehendak dan permintaan Pas Johor sendiri. Seperti mana jelas Tokguru, Pesuruhjaya Pas Johor Dr Mahfodz Mohamed sendiri yang datang menemuinya meminta agar Salahuddin dipulangkan ke Johor. Pas Johor sangat-sangat memerlukan tenaga dan idea Salahuddin untuk menghadapi UBN bagi menawan Johor. Permintaan Mahfodz itu memang tepat pada masanya. Dalam keadaan gelombang politik nasional kini dan politik Johor (Umno) bergolak, negeri itu memerlukan tokoh-tokoh beribawa dan berpengalaman persis Salahuddin. Dengan kepulangan itu sudah pasti Salahuddin akan dapat memberi tumpuan untuk membangun Johor dengan Pas dan Islam bersama rakan-rakan pemimpin yang lain. Bagi Tokguru Nik Aziz pula beliau merasa bangga dengan Salahuddin yang kini sudah mengapai tempat paling tinggi dalam Pas, selaku Naib Presiden Pas. Sudah dua penggal Salahuddin menjadi naib presiden. Selama Salahuddin berada di Kelantan dengan menjadi wakil rakyat Kubang Kerian sudah penuh ilmu di dada untuk Salahuddin praktikan dalam hidupnya terutamanya membantu Johor. Tentulah bagi Nik Aziz amat berat untuk beliau melepaskan Salahuddin pulang maklumlah ahli parlimen Kubang Kerian itu dianggap sebagai anda sendiri, namun beliau kena akur juga kepada permohonan Pas Johor yang memerlukan Salahuddin. Rasa berat Tok Guru ini dijelaskan dalam ucapan ringkas di majlis makan malam dan penyerahan dana pilihan raya Pas di hotel penginapannya di Johor Bharu. "Saya datang sini menyerah YB Salahuddin kepada rakyat Johor... ia boleh dianggapkan penghantaran menantu ke tok besannya di sini (Johor...) jadi selepas ini saya akan balik dan meninggalkan menantu (anak) disini. Jadi saya harap orang Johor akan bergembira dan kepulangan YB Salahuddin ini akan disokong sepenuhnya," begitulah ujar Tok Guru. "Saya tidak sedia melepas YB Salahuddin kalau bukan atas permohonan dan permintaan Datuk Dr Mahfodz Mohamed," tegas Tok Guru Nik Aziz membuka rasa hatinya. Semasa beliau membuat penyerahan itu dapat dirasakan nadanya agak bergetar menjelaskan perasaannya untuk melepaskan Salahuddin. Ertinya Salahuddin adalah salah seorang kesayangan Tokguru Nik Aziz di Kelantan. Seharusnya orang Johor khasnya orang Pas menerima baik dan kesedihan Nik Aziz itu perlu dibalas dengan kejayaan besar dalam pilihan raya nanti. Sementara itu kepulangan Salahuddin ternyata disambut baik oleh rakyat Johor. Pas Johor sendiri seperti mendapat semangat tambahan dengan kepulangan Salahuddin itu. Semasa menghadiri majlis "Bertemu Mata" dengan anak-anak Kelantan di Kempas, Salahuddin pula berjanji akan membawa sesuatu perubahan ke atas Johor dalam pilihan raya nanti. "InsyaAllah harapan saudara semua akan saya laksanakan dan menghargai," kata Salahuddin. Kegembiraan rakyat Johor dengan kepulangan naib presiden Pas itu jelas terbukti dengan jumlah kehadiran orang ramai di Himpunan Hijau 2 yang diadakan di Taman Dahlia. Menurut maklumat setempat itulah himpunan paling ramai. Dalam hitungan saya dianggarkan kehadirannya tidak kurang 20,000 di mana angka itu berkali ganda dengan himpunan pertama yang dihadiri presiden parti Abdul Hadi Awang beberapa minggu lalu. Menurut mereka, jarang sekali malahan boleh dikatakan tidak pernah berlaku jumlah orang ramai yang hadir pada majlis Pas. Malam itu saya lihat yang datang sanggup mengalahkan kepada keadaan dan rela duduk di atas rumput. Keadaan atau lokasi himpunan itu tidak begitu kondusif bukan menjadi masalah. Walaupun tidak selesa tetapi tidak menjadi masalah, ada yang meriba anak kecil mendengar pidato para pemimpin Pas. Selain yang menjadi host pada malam itu dan menyampaikan ceramah ialah Salahuddin Ayub sendiri, Mahfodz, Husam Musa, Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hasan dan penceramah jemputan Tamrin Ghafar. Turut berucap pada malam itu ialah pelakon Hairie Othman yang baru menyertai Pas. Melihat kepada sambutan dan kesediaan rakyat Johor berhimpun malam itu menunjukkan mereka teransang dengan kepulangan Salahuddin untuk bersama mereka. Bagi Salahuddin pula apa yang berlaku itu adalah cabaran besar untuknya. Mungkin dalam masa terdekat Salahuddin yang sudah menimba ilmu politik di Kelantan dapat dipraktikkan pula di Johor demi mengapai perubahan. Semoga. [wm.kl.02/07/12]
| ||||||||||||||
Utusan fitnah lagi, Kit Siang TIDAK pernah jadi Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew Posted: 02 Jul 2012 01:33 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang tidak pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Lee Kuan Yew serta tidak pernah menjadi orang kepercayaan bekas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura itu. Ini adalah fakta. Namun, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, terus mencipta dan menabur fitnah dengan niat mahu membangkitkan kebencian perkauman dengan cara mengaitkan DAP dengan PAP tanpa perlu fakta dan kebenaran. Dalam ruangan Awang Selamat di akhbar Mingguan Malaysia semalam, kolum pojok itu mendakwa: "Lim Kit Siang adalah antara orang kepercayaan Kuan Yew ketika dalam PAP. Beliau juga adalah bekas Setiausaha Akhbar Kuan Yew sewaktu zaman mudanya." Menurut Kit Siang selaku Ketua Parlimen DAP, tulisan pojok yang tidak berfakta, tidak bertanggungjawab serta menampilkan kedangkalan penulis itu adalah bohong dan fitnah semata-mata. "Saya tidak pernah sekali pun terlibat dengan PAP dalam tempoh saya memegang jawatan sebagai wartawan di Singapura dari tahun 1961-1964, walau pun saya aktif dalam Singapore National Union of Journalists, sebagai Setiausaha Agung pada 1962-1963. "Tambahan pula, saya tidak pernah sekali pun menjadi Setiausaha Akhbar kepada Kuan Yew walau pun saya telah berkhidmat untuk satu tempoh di bahagian media dalam Kementerian Kebudayaan," jelas beliau dalam satu kenyataan. Katanya, kempen fitnah itu bukan sahaja membuktikan Utusan sebagai akhbar karut serta penuh penipuan, ia juga mencerminkan kebimbangan UMNO dan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, selain pembohongan yang sudah menjadi resam dan jati diri Utusan, UMNO-BN juga semakin giat menyebarkan fitnah terhadap DAP dan Pakatan Rakyat melalui kempen di alam maya internet. "Melalui internet, cyber trooper UMNO-BN sedang menyebarkan fitnah dengan niat jahat bahawa saya bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 dan kononnya saya telah melemparkan tohmahan anti-Melayu selepas pilihan raya umum 1969 yang telah mencetus rusuhan itu. "Hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969. Ini boleh disahkan oleh media massa pada masa itu dan dalam rujukan laporan polis. "Pada masa itu, saya sedang bertanding dalam pilihan raya umum di kerusi Bandar Melaka tahun 1969 dan pada pagi 13 Mei 1969, saya telah terbang ke Kota Kinabalu untuk menghulurkan sokongan dan bantuan dalam kempen pilihanraya di Sabah," jelasnya. Pilihan raya Sabah pada masa itu ditangguhkan selama dua minggu selepas selesai pilihan raya umum 1969 di Semenanjung. Kit Siang berkata, selain dirinya yang menjadi mangsa fitnah UMNO-BN, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP serta Ketua Menteri Pulau Pinang juga menjadi sasaran cyber trooper UMNO-BN yang tidak pernah menggunakan fakta dan maklumat tepat untuk menyebar dakyah palsu serta fitnah zalim. Menurutnya, kempen fitnah itu mendakwa kononnya Guan Eng – pada masa itu bersekolah rendah – turut bertanggungjawab mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 kerana Guan Eng yang dikatakan menjadi pemimpin Pemuda DAP (DAPSY) pada ketika itu telah melemparkan kata-kata anti-Melayu.. "Umur Guan Eng pada bulan Mei 1969 baru lapan tahun sahaja! Ini menggambarkan betapa kotor, tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawab politik murahan yang telah dicipta di Malaysia menjelang pilihan raya umum yang akan datang dan bagaimana lemparan fitnah seperti ini boleh dibuat terhadap seorang kanak-kanak lapan tahun!" jelas beliau. Tambahnya, pada Mei 1969, DAPSY belum pun wujud kerana ia hanya ditubuhkan pada 1973 dan ketua pertamanya adalah mendiang P. Patto. Guan Eng dilantik sebagai Ketua DAPSY pada 1989 dan kemudian dipilih untuk jawatan itu pada 1992, iaitu 20 tahun lebih selepas tragedi 13 Mei. Ini bererti para penabur fitnah UMNO-BN semakin hilang kewarasan dan daya intelek mereka. Kit Siang menjelaskan bahawa DAP juga tidak pernah bersikap anti-Melayu, sebaliknya telah memberi komitmen penuh sejak penubuhan parti pada 1966 untuk membela semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. "Bahkan, dalam tahun 1969, beberapa calon Melayu dari DAP telah bertanding kerusi Parlimen dan DUN. Dua orang ADUN Melayu menang di bawah tiket DAP, seorang di Perak manakala seorang lagi di Negeri Sembilan," tambah beliau. Menurutnya, kempen fitnah sama ada melalui Utusan, laman web atau ceramah pemimpin UMNO-BN semakin menjadi-jadi sejak 2008 di mana tuduhan karut dan tidak masuk akal terhadap DAP telah disebarkan, antaranya: • Kononnya DAP mahu mewujudkan Malaysia yang Kristian dan menjadikan agama Kristian sebagai agam rasmi; • Kononnya DAP mahu melantik Perdana Menteri beragama Kristian; dan • Kononnya DAP mahu memansuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan menubuhkan negara republik. Katanya, hanya dengan keberanian rakyat untuk membuat perubahan besar dalam PRU13 dapat memastikan budaya serta kempen fitnah tersebut dapat dihapuskan. – Roketkini.com | ||||||||||||||
Pemuda DAP kutuk keganasan, kebiadapan Perkasa Posted: 02 Jul 2012 01:26 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Pemuda DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan biadap oleh ahli-ahli Perkasa yang cuba mengasari dan menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di pasar Teluk Bahang, Pulau Pinang, kelmarin. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, tindakan ganas oleh ahli-ahli kumpulan pelampau kaum itu semakin keterlaluan berikutan kegagalan polis untuk mengambil tindakan tegas ke atas tindak-tanduk mereka. "Ini menimbulkan persepsi seolah-olah Perkasa mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, tindakan ganas untuk menyerang seorang Ketua Menteri yang sedang membuat lawatan rasmi bersama rakyat adalah sesuatu yang keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional. Tambah beliau, keadaan seumpama itu tidak pernah berlaku terhadap Perdana Menteri, Menteri Besar atau pun Ketua Menteri dari Barisan Nasional kerana mereka sentiasa diberikan perlindungan yang terbaik oleh pihak polis semasa mereka menjalankan tugas di khayalak ramai. "Perlindungan dari pihak polis untuk pemimpin-pemimpin kerajaan memanglah sesuatu yang wajar. Namun Pemuda DAP mempersoalkan mengapakah layanan yang sama tidak diberikan kepada pemimpin kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, khasnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng?" soal beliau. Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah mempersoalkan sama ada keganasan Perkasa mempunyai kaitan dengan saingan sengit di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang semakin tidak memihak kepada BN. "Ia menimbulkan persoalan sama ada Perkasa menggunakan kekerasan dan keganasan untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita dan seterusnya menggagalkan tuntutan perubahan kerajaan oleh rakyat melalui sistem pilihan raya," ujarnya. Justeru, katanya, Ketua Polis Negara perlu segera mengarahkan penangkapan anggota Perkasa yang cuba menyerang Guan Eng untuk siasatan lanjut. Beliau juga mahu Ketua Polis Negara memberi jaminan terbuka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan semua pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat bahawa keselamatan peribadi mereka, terutamanya semasa menjalankan tugas rasmi, akan sentiasa diberikan perlindungan yang terbaik dari pihak polis. – Roketkini.com | ||||||||||||||
“Belok Salah, Tak Belok Salah…..”; Undang-undang ‘Gila Babi’! Posted: 02 Jul 2012 01:19 AM PDT Skuad BO KUALA TERENGGANU – Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan kerajaan yang memperkenalkan peraturan baru undang-undang jalan raya melibatkan pemanduan di hadapan lampu isyarat. Katanya, peraturan itu memberikan laluan untuk pemandu untuk membelok ke kiri, walaupun lampu isyarat merah sedang menyala. Namun katanya, sekiranya seseorang pemandu itu tidak membelok, ia menjadi satu kesalahan yang boleh didenda. Beliau berkata, peraturan baru itu akan menyebabkan para pemandu kenderaan berhadapan dilemma, samada mahu membelok ke kiri atau pun sebaliknya. "Nak belok salah tak belok salah, belok ke kiri sekiranya selamat, tetapi lampu merah sedang menyala, kalau langgar lampu merah salah dan kalau tak belok ke kiri juga salah, "ni peraturan apa…peraturan gila babi…. Bukan sahaja gila babi….babi pun jadi gila dengan peraturan macam tu,"tegasnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen pokok Sena berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pra program PAS Ganti Umno Kali Ke empat (PGU04) dan Himpunan Hijau Terengganu yang diadakan di Kampung Padang Mengkuang, Marang pada 29 Jun. Beliau turut membantah perlaksanaan sistem baru lalu lintas yang memasang kamera di lokasi tertentu bagi menggantikan tindakan saman ekor. Katanya, perkara tersebut dibawa ke Parlimen setelah Kempen Anti saman Ekor (KASE) yang dipimpin beliau berjaya menyedarkan masyarakat. Menurutnya, tindakan membantah saman ekor dan sistem baru yang diperkenalkan bukanlah bertujuan menggalakkan rakyat melanggar peraturan jalan raya. Namun katanya, sebarang tindakan kerajaan mestilah memberikan keadilan kepada rakyat dan bukannya menzalimi rakyat. Ikuti ucapan penuh datuk Mahfuz melalui rakaman video di Buletinonline Channel | ||||||||||||||
MB : Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Berkebolehan Tinggi Posted: 02 Jul 2012 01:05 AM PDT SHAH ALAMI : Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (UNISEL) terdiri daripada mereka yan berkelayakan dan berkebolehan walaupun mereka datang dari ahli politik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan tersebut berdasarkan kelulusan dan bebas dari pengaruh kepartian meskipun orang itu dari kalangan orang politik. Menurutnya, Kerajaan Negeri mementingkan kualiti dan sumbangan yang mampu diberikan mereka yang dilantik demi kemajuan UNISEL. Katanya, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negeri lain juga melakukan perkara yang sama. "Kita lihat banyak universiti ada wakil kerajaan. Saya wakil kerajaan Selangor dan biasanya Pengerusi UNISEL adalah wakil kerajaan Selangor. "Saya pilih Dr Che Rosli Che Mat. Walaupun Dr Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat tetapi dia mempunyai kelulusan Sains Nuklear untuk menolong membina pusat atom. "Kalau itu kita bangkang, maknanya kita tidak pilih orang yang baik,"Abdul Khalid berkata di dalam satu sidang media di sini hari ini selepas upacara penyerahan surat hak milik kepada penduduk Kampung Subang Tambahan. Abdul Khalid memberi respons terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Umno-BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mempersoalkan perlantikan ahli politik di dalam lembaga pengarah UNISEL. Noh mempersoal mengapa tiga daripada 10 ahli lembaga itu adalah ahli politik. Selain Dr Che Rosli, mereka adalah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin. "Jadi kalau Noh Omar ada orang yang setaraf dengan Dr Che Rosli maka dia boleh cadangkan kepada saya. "Maknanya dia adalah mereka yang akan memberi nama baik kepada negeri Selangor." | ||||||||||||||
Penyanyi Antara Penerima Geran di Kampung Melayu Subang Posted: 02 Jul 2012 01:02 AM PDT SHAH ALAM: Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydeen Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini hari ini. Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai. "Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya. Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal," kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu "Kenanganku". Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk kampung tersebut di sini hari ini. Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim. Seorang lagi penerima, Che Nah Salleh, 60, berkata pemberian hakmilik itu adalah bukti Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan kebajikan rakyat di Selangor. Pesara kakitangan kerajaan itu pernah membuat permohonan hakmilik pada zaman pentadbiran Umno-BN tetapi keputusannya menghampakan. "Selepas 2008 barulah segalanya berubah dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Memang saya gembira dengan anugerah ini," kata ibu tunggal lima anak yang kematian suami pada 1981 itu. Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai penduduk di sesuatu kawasan penempatan di Selangor yang masih tidak dapat hakmilik. Ini kerana mereka adalah terdiri dari penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan tersebut dalam tempoh yang lama. "Oleh sebab itu Kerajaan Negeri telah meminta Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun masanya agak lama untuk selesai, iaitu lebih dari setahun, tetapi saya rasa bila sudah diselesaikan, ia memberikan ketentuan kepada pemiliknya," katanya. | ||||||||||||||
Posted: 02 Jul 2012 12:57 AM PDT Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan TadikaPosted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Berita, Exco, Fokus Rakyat, Kebajikan Rakyat, Kerajaan Selangor, Pendidikan, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Tayangan, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan 321 views – July 2, 2012SHAH ALAM: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam. RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472. Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini. Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam. Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan. "Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat," ujar Dr Halimah. Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor. "Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini. "Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit. "Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini," katanya lagi. Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012. "Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti," kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut. Satu 'road show' juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan. 'Road show' itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini. Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor. "Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim "Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran." Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini. "Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor," kata Khatijah. Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN. | ||||||||||||||
Agih projek kepada ahli keluarga perbuatan curi wang rakyat Posted: 02 Jul 2012 12:48 AM PDT Sidiqin Omar MELAKA : Sesebuah kerajaan bukan dilantik untuk mencuri wang rakyat melalui pengagihan kontrak dan tender runding sesebuah projek terus kepada kroni dan ahli keluarga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kamu (kerajaan) tak dilantik untuk curi wang kami. Saya boleh senaraikan 100 hal (tentang anugerah kontrak kerajaan kepada kroni dan keluarga) "Tanah Sungai Besi, projek LRT Ampang, semua beri pada kroni. Raja Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC), semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak senang? ""Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China. MRT kita ada emaskah?" kata Anwar dengan nada menyindir. Siapa yang tak tahu tentang menteri beri projek kepada anak mereka?" katanya depan kira-kira 2,000 hadirin di jamuan makan malam KEADILAN di Dewan Pay Fong, Melaka, malam tadi. Sepanjang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998, Anwar berkata, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam perbelanjaan negara. "Sekarang, hutang negara RM538 bilion. Ketua Audit Negara lapor, kebocoran belanja tahunan negara sehingga RM20 bilion. "Apa beza Pakatan dengan BN? (Umno bila) ada kuasa, hanya hendak cari wang. Saham Bumiputera pun dia(Umno) sapu. "Macam mana negeri Pakatan kumpul duit? Sebab ada prinsip. Saya sokong orang Cina yang baik dalam kepimpinanan Pakatan. Sebab itu saya pertahankan. "Bila kita jawab, Umno kata Anwar alat Cina. Politik tak boleh macam itu. Kalau orang Melayu kena pukul, sakit. Kalau orang India kena pukul pun, sakit juga. Negeri ini bukan gangster punya," katanya. | ||||||||||||||
Tahanan ISA didera, isteri mangsa ditipu polis Posted: 02 Jul 2012 12:45 AM PDT Aedi Asri KUALA LUMPUR: Nunur Heni Onim, isteri kepada seorang tahanan ISA Razali Kassan kesal kerana suaminya dibelasah pegawai Kem Kamunting walaupun beliau tidak mengadu kepada mana-mana pihak luar. Sambil menangis teresak-esak, ibu kepada dua anak itu berkata, polis yang hanya dikenali sebagai Tuan Ayub memberi jaminan keselamatan suaminya jika beliau tidak menghubungi peguam, media atau badan bukan kerajaan (NGO). "Saya terperanjat bila dengar cerita sebenar suami yang dia dibelasah (ketika melawatnya) semalam. Suami beritahu saya, pegawai kem memukulnya kerana marah lantaran mereka mengadakan mogok lapar. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya dibelasah berkali-kali selama ini," katanya. Beliau berkata demikian pada penyerahan memorandum Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Jalan Raja Laut pagi tadi. Beliau berkata, keadaan suaminya lemah dan pucat ketika melawatnya semalam. "Tuan Ayub juga pernah kata, tahanan sentiasa dijaga baik dan kezaliman ISA hanyalah cerita pembangkang," katanya yang menyara hidup dengan mengambil upah menjahit. Nunur Heni berasal dari Jawa Barat, Indonesia dan berhijrah ke sini selepas mengahwini Razali enam tahun lalu dan menetap bersama ibu Razali di Felda Ulu Tebrau, Johor. Turut hadir ialah peguam dari Lawyers for Liberty (LFL), Muhammad Afiq Noor dan Mohd Harris Idaham, Ahli Jawatankuasa GMI, Aliza Jaafar. Memorandum tuntutan diserahkan wakil GMI, Ahmad Syukri Abdul Razab kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani pada jam 12.07 tengah hari. Antara tuntutan ialah menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil tindakan terhadap tahanan yang menyertai mogok lapar dan jaminan tidak menghalang peguam, doktor dan keluarga berjumpa dengan tahanan. | ||||||||||||||
BERSIH: Lantik pemerhati p'raya hanya langkah pura-pura Posted: 01 Jul 2012 05:23 PM PDT MALAYSIA KINI Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH menyifatkan pelantikan lima NGO sebagai pemerhati dalam pilihan raya ke-13 sebagai tindakan berpura-pura oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Satu kenyataan oleh BERSIH hari ini menyebut demikian dengan membangkitkan kriteria pemilihan dan sekatan yang dikenakan ke atas NGO terbabit. "BERSIH menuntut supaya pemerhatian pilihan raya dibuat sebagai hak mengikut undang-undang supaya semua pihak yang berkepentingan boleh memohon untuk mendapatkan tauliah berdasarkan kriteria objektif. "Pemerhati pilihan raya harus mendapat kebebasan yang luas untuk menjalankan tugas mereka," kenyataan tersebut dipetik. Malah, badan pemerhati pilihan raya Malaysian Election Observers' Network (MEO-Net) yang mendedahkan tindakan membeli undi ketika pilihan raya Sarawak juga dikecualikan daripada senarai pemerhati SPR, menurut BERSIH. Selain, itu, gabungan NGO itu turut mempertikaikan sekatan yang dikenakan SPR ke atas pemerhati yang disenaraikannya, termasuk: a) Sekatan daripada memerhati proses mengira undi b) Sekatan daripada merakam foto kejadian penipuan, tanpa kebenaran pegawai berkenaan c) Sekatan daripada bercakap dengan ejen parti dan kakitangan pusat mengundi d) Sekatan daripada bercakap kepada media e) Pemerhati perlu berada di pusat mengundi sama sepanjang hari pengundian f) Sekatan daripada mengeluarkan maklumat kepada pihak ketiga sebelum melaporkan kepada SPR | ||||||||||||||
Tulisan di blog Uncle Seekers didakwa aib Sultan Johor Posted: 01 Jul 2012 05:21 PM PDT Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut. "Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini. "Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.- Bernama | ||||||||||||||
Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM Posted: 01 Jul 2012 05:18 PM PDT
BANDAR JENGKA: Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pada satu ketika propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU). (Gambar: Mohamad merasmikan Pejabat PAS Kuala Krau disaksikan Tuan Ibrahim.) "Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran sesat, kebal dan sebagainya. "Propaganda dibuat termasuk menyiarkan drama cerita Guru Yahya yang sesat dan disamakan dengan ajaran Ibrahim Libya. Apabila Umno guna melalui RTM sangat hebat tiap-tiap malam hinggakan PRU selepas itu kita hanya menang satu kerusi parlimen di Pengkalan Chepa. "Bersih 3 macam itulah juga Rais Yatim nak buat, ditunjukkan perusuh himpunan mengganas termasuk peserta himpunan menterbalikkan kereta polis tapi tak cerita kereta polis sebelum itu langgar empat orang. Bila anak-anak muda tengok Youtube tiada siapa lagi yang percayakan RTM," katanya. Tambah Mohamad, itulah nasib Rais yang masih main lagu lama pada tahun 2012 sehingga klip rakaman video polis yang dijanjikan terus tidak disiar setelah sedar peranan media baru. Mohamad berkata demikian ketika berceramah di Rantau Perintis dekat sini, semalam. Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim. Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baru PAS Kawasan Kuala Krau. | ||||||||||||||
Rakyat beri mandat kepada Abdullah, bukan Najib Posted: 01 Jul 2012 05:15 PM PDT
KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu. Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan. "Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat. Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut. "Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi. Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan. Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu. "Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz. Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen. "Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini. Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008. | ||||||||||||||
Sepanyol 4-0, juara Euro kali ke-3 Posted: 01 Jul 2012 05:13 PM PDT [DIKEMAS KINI JAM 5 PAGI] Sepanyol mencipta sejarah dengan memenangi tiga gelaran utama berturut-turut termasuk kejuaraan Euro buat kali kedua. Sepanyol mengatasi Itali 4-0 untuk mengekalkan gelaran Euro di Stadium Kiev, Ukraine sebentar tadi menerusi jaringan yang berkualiti dan menarik serta menghiburkan para penontotn di arena itu dan seluruh dunia. Kemenangan ini juga bermakna kerana Sepanyol muncul juara Kejohanan Eropah buat kali ketiga. Pada 2010, Sepanyol muncul juara Piala Dunia. Trofi disampaikan oleh Presiden Uefa, Michel Platini di Stadium Olimpik, Ukraine yang menghimpunkan 65,000 penonton. Ukraine dan Poland menganjurkan secara bersama edisi Euro kali ini. Euro 2016 akan berlangsung di Perancis. Kejayaan berpesta gol ini juga mengikis kritikan dan kecaman bahawa Sepanyol gagal menyajikan persembahan yang menghiburkan kali ini. Itali dan Sepanyol telah pun bertemu pada perlawanan peringkat kumpulan, tetapi bilangan gol pada hari ini sesuatu di luar dugaan ketiga ramai meramalkan Itali akan mengatasi Sepanyol. Bilangan gol itu juga dilihat sesuatu 'yang malang' apabila Itali bermain 10 orang selepas Thiago Motta terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dialaminya. Ketika itu Itali sudah pun membuat tiga pertukaran. Itali menggantikan Chiellini dengan Balzaretti pada minit ke-21, Cassano (Di Natale, 46) dan Montolivo (Motta, 56). Sepanyol juga menggunakan tiga pemain gantian iaitu Iniesta digantikan oleh Mata (87). Sebelum itu,. Fabregas digantikan oleh Torres (75) dan Silva (Pedrito, 59). Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 dan disusuli jaringan Jordi Alba pada minit ke-41. Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi Juan Mata. Sepanyol turun untuk mencipta nama sebagai negara yang memenangi tiga gelaran antarabangsa berprestij secara berturut-turut - Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 serta Euro 2012. Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan di samping memasang impian untuk mengulangi sejarah 1968. Senario di arena: 90+4: Sepanyol lakar sejarah dengan mempertahankan kejuaraan edisi kali ini. Juara 2008 dan 2012. 90: Sepanyol terus melakukan serangan. Itali semakin hilang semangat dalam mencipta jaringan. 89: Stadium semakin riuh dengan sorokan penyokong Sepanyol. Itali kelihatan kecewa apabila terus gagal menjaringkan gol. 88: Juan Mata menjaringkan gol keempat Sepanyol 84: Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres. 75: Francesc Fabregas digantikan oleh Fernando Torres. 74: Perlawanan semakin rancak - Itali terus terdesak mencari gol manakala Sepanyol hampiri pertahankan kejuaraan 73: Gawang Itali cemas apabila sepanyol hampir melebarkan jurang mata-berjaya dipatahkan 71: Penyokong sepanyol terus bersorok riang 70: Tinggal lagi 20 minit perlawanan - kedudukan masih 2-0. 69: Sepanyol mengawal bola - cuba mencari peluang melakukan asakan 67: Itali semakin terdesak mencari gol - terus melakukan serangan. 65: Serangan Sepanyol berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali. 64: Handball oleh Mario Balotelli. Gerard Pique sempurnakan 'direct free kick' 62: Itali tidak berputus asa untuk menjaringkan gol. Tendangan cuma Itali gagal disempurnakan. 61: Kedudukan gol Sepanyol (2) - Itali (0). 58: Rodriguez Pedro menggantikan David Silva (penjaring gol pertama Sepanyol). 57: Tendangan percuma kepada Itali berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol. 56: Thiago Motta dibawa masuk menggantikan Ricardo Montolivo 55: Serangan Sepanyol berjaya dihalang pertahanan Itali 54: Penyerang Itali, Mario Balotelli nyata kecewa apabila pengadil menyatakan mereka dalam keadaan ofsaid 53: Sepanyol mula melakukan asakan untuk terus selesa di depan, namun dihalang oleh pemain-pemain Itali 51: Itali terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan ke gawang Sepanyol 50: Statistik perlawanan: 47 peratus dikuasai Sepanyol, 53 peratus oleh Itali. 50: Itali hampir menjaringkan gol pertama namun diselamatkan oleh Iker Casillas 49: Mario Balotelli cuba menyerang tapi dihalang oleh dua pemain Sepanyol 48: Jurulatih Itali, Cesare Prandelli kelihatan gelisah di luar padang 47: Sepanyol hampir menyumbat gol ketiga tetapi dapat diselamatkan oleh pemain pertahanan Itali. Tendangan sudut kepada Sepanyol. 46: Itali melakukan serangan ke atas Sepanyol-gagal membolosi gawang 46: Cassano diganti oleh Di Natale. 45: Perlawanan separuh masa pertama sudah berakhir. 44: Andrea Barzagli dilayang kad kuning. 41: Gol kedua Sepanyol menerusi Jordi Alba. Itali terus tersentak dengan dua jaringan Sepanyol. Peminat Itali nyata kecewa apabila pasukannya ketinggalan di belakang. Kedudukan menjadi Sepanyol 2 di depan. 38: Perlawanan terus rancak-sepanyol selesa di depan manakala Itali terus mencari peluang menjaringkan gol 37: serangan Itali berjaya dipatahkan sepanyol-hampa untuk mencari gol penyamaan. Tendangan kencang Mario Balotelli melambung tinggi. 35 - Statistik perlawanan: 48% dikuasai Sepanyol, 52% Itali. Ada perubahan berbanding minit ke-30. Kedudukan masih sama 1-0, Sepanyol di depan. Sasaran ke gawang, 6 di pihak Sepanyol dan 5 oleh Itali. 30: Statistik perlawanan: 54% dikuasai Sepanyol, 46% Itali. Kedudukan masih sama 1-0, Sepanyol di depan. 29: Serangan Itali gagal mencari gol penyamaan apabila di selamatkan penjaga gol Sepanyol. 26: Itali cuba mencari gol penyamaan tapi gagal apabila serangan dipatahkan pertahanan Sepanyol 25: Sepanyol melakukan asakan namun pertahanan rapuh Itali berjaya menyelamatkan daripada dibolosi kali kedua 24: Kedua-dua pasukan terus mengasak kubu masing-masing 20: Kedudukan masih kekal 1-0 19: Gawang Itali cemas apabila terus di asak oleh Sepanyol-berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali. 18: Perlawanan semakin rancak dari kedua-dua pasukan 17: Itali menemui rentak-terus melakukan serangan ke atas Sepanyol. Tendangan sudut kepada Itali-berjaya diselamatkan penjaga gol Sepanyol 15: Tendangan percuma dari Itali-gagal membolosi gawang sepanyol kerana tersasar 14: Gol pertama oleh sepanyol oleh David Silva. Kedudukan sepanyol mendahului 1-0 12: Sepanyol mempamerkan aksi cemerlang-terus mendominasi perlawanan dengan asakan ke gawang Itali 11: Kedudukan masih 0-0 9: Sepanyol melakukan percubaan pertama di dalam kotak penalti tapi gagal menjaringkan gol awal 7: Sepanyol terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertubi-tubi 7: Statistik perlawanan: Penguasaan permainan / bola 50:50 setakat ini 6: Sepanyol terus mengasak tetapi dikekang pertahanan Itali 5: Tendangan percuma kepada Sepanyol 3: Sepanyol melakukan serangan balas ke arah gawang Itali - berjaya dipatahkan pertahanan The Azzuri 1: Serangan awal dilakukan Itali ke gawang Sepanyol - tapi tendangan melambung tinggi 00.1: Pperlawanan bermula-sepak mula oleh Sepanyol Statistik perlawanan (Separuh masa kedua): - Kedudukan gol: Sepanyol (4) - Itali (0) - Penguasaan bola: Sepanyol (51%) - Itali (49%) - Sasaran ke gawang: Sepanyol (14) - Itali (11) - Sepakan penjuru: Sepanyol (3) - Itali (3) - Kad kuning: Sepanyol (1) - Itali (1) Barisan pemain Sepanyol: 1 Iker Casillas 17 Alvaro Arbeloa 15 Sergio Ramos 18 Jordi Alba 8 Xavi Hernandez 16 Sergio Busquets 14 Xabi Alonso 21 David Silva 10 Cesc Febregas 6 Andres Iniesta Barisan pemain Itali 1 Gianluigi Buffon 6 Federico Balzaretti 15 Andrea Barazagli 19 Leonardo Bonucci 3 Giorgio Chiellini 8 Claudia Marchisio 18 Ricardo Montolivo 16 Daniele De Rossi 21 Andrea Pirlo 9 Mario Balotelli 10 Antonio Cassano | ||||||||||||||
Himpunan Sedar ikut arahan polis Posted: 01 Jul 2012 05:09 PM PDT KOTA BHARU - Majlis Tindakan Rakyat Negeri Kelantan (MTRK) menjelaskan peserta badan bukan kerajaan (NGO) kumpulan mereka mematuhi permit dan arahan yang ditetapkan pihak polis ketika Himpunan Sedar 26 Jun lalu. Presidennya, Azmi Ali berkata, sehari sebelum perhimpunan itu, mereka mengadakan perjumpaan bersama Ketua Polis Daerah, Asistent Komisioner Azham Othman dan tempoh berhimpun ditetapkan bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang. Menurutnya, waktu berkenaan adalah serentak dengan kumpulan Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) berhimpun di hadapan Kompleks Kota Darul Naim. "Peserta NGO kami mematuhi arahan yang ditetapkan dengan berada di kawasan Jalan Kuala Krai seperti persetujuan mengikut permit dan tidak sewenang- wenangnya memasuki kawasan pihak satu lagi," katanya kepada media ketika ditemui di sini, semalam. Oleh itu, Azmi jelasnya, tuduhan pihak tertentu yang mendakwa peserta MTRK datang lebih awal mengganggu perhimpunan aman dengan mengatakan permit berhimpun sepatutnya jam 10 pagi adalah tidak benar. Berhubung dakwaan seolah-olah wakil NGO Himpunan Sedar memulakan provokasi sehingga berlaku pergaduhan katanya, beliau tidak mengetahui secara jelas individu mahupun pihak tertentu yang mencetuskan kekecohan tersebut. "Ketika pergaduhan kecil berlaku polis mengeluarkan arahan supaya bertenang dan saya sendiri bersama ahli-ahli lain berusaha meminta individu berkenaan beredar, saya juga tidak tahu siapa yang memulakan tumbukan sehinggalah kekecohan itu ditenteramkan oleh pihak berkuasa," katanya. Azmi yang mengetuai Himpunan Sedar itu juga turut mengingat blogger mahupun individu tertentu supaya menghentikan dakwaan yang memburukkan imej MTRK dan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Demi Rakyat (Tukar) kerana perhimpunan berkenaan dirancang sebulan yang lalu dan mendakwa ada pihak cuba menggagalkannya. "Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tertentu dan berharap perbuatan tidak bermoral dengan meletakkan gambar individu sebagai dikehendaki di facebook kononnya terlibat dalam pergaduhan dihentikan segera," katanya. Sambil menafikan dakwaan yang mengatakan NGO Himpunan Sedar ditaja pihak tertentu, beliau juga bangga dengan ketangkasan polis dalam mengawal perhimpunan aman berkenaan daripada berlaku perkara tidak diingini. Sementara itu, Pengerusi Gerakan Tukar, Kamaruddin Mohd Kasim mendakwa himpunan diadakan oleh NGO Royalti tersebut adalah untuk menutup isu masalah air yang dihadapi oleh rakyat seperti diperjuangkan Himpunan Sedar. "Sepatutnya isu yang diketengahkan oleh Himpunan Sedar dalam memperjuangkan nasib rakyat mendapat respons pihak tertentu dan bukannya ada yang cuba untuk menuduh kami sebagai penderhaka," katanya. Perhimpunan aman yang disertai dua kumpulan NGO di hadapan bangunan SUK baru-baru ini disertai kira-kira 5,000 wakil kedua-dua NGO untuk menyuarakan hak rakyat. | ||||||||||||||
Posted: 01 Jul 2012 05:07 PM PDT SUBANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi maklum balas berkenaan dengan cabaran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi tempoh seminggu kepadanya agar mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel). Menurut Menteri Besar Selangor, maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Noh mengenai Unisel hanya khabar angin semata-mata. "Beliau (Noh Omar) harus belajar perakaunan daripada saya kerana kebanyakan yang diketahui mengenai Unisel hanya khabar angin sahaja," kata beliau mengulas cabaran Noh di sini, hari ini. Terlebih dahulu Noh mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Unisel. Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian. "Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada Pas dan PKR. Beliau berkata, kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu. Dalam ulasannya, Khalid juga berkata, tindakan meletakkan wakil Kerajaan Negeri dalam Unisel tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia amalan biasa kebanyakan universiti dalam negara. Abdul Khalid berkata, kebanyakan universiti di negara ini mempunyai wakil daripada pihak kerajaan termasuk beliau sebagai wakil kerajaan dalam universiti milik Kerajaan Selangor itu. Menurutnya, kebiasaan Pengerusi Unisel adalah daripada kerajaan negeri Selangor dan pihaknya memilih orang-orang berkelayakan untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengarah universiti itu. "Misalnya saya memilih Dr Che Rosli Che Mat, meskipun dia Ahli Parlimen Hulu Langat, namun beliau mempunyai kelulusan dalam Fizik yang dapat membantu membina pusat Atom, kalau itu kita bangkang dalam pemilihan, maknanya kita tidak pilih orang yang baik. "Kalau Noh Omar ada orang yang setaraf dengan Che Rosli, beliau boleh cadangkan kepada saya, kerana pemilihan penting bagi memberi nama baik kepada negeri Selangor," kata beliau yang turut mengulas kenyataan Noh yang mendakwa Abdul Khalid rakus mempolitikkan pentadbiran Unisel apabila melantik ketiga-tiga mereka. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menjelaskan pemilihannya bukan disebabkan kepentingan politik tetapi kerana faktor keupayaan dari segi mentadbir syarikat korporat. Katanya, yang penting adalah bagaimana universiti itu dijaga dan dakwaan dibangkitkan dianggap terlalu kecil serta tidak memberi tambah nilai ke atas kritikan itu. | ||||||||||||||
Noh cabar MB dedah kewangan Unisel Posted: 01 Jul 2012 05:03 PM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel). Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian. "Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada Pas dan PKR. Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu. "Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu," katanya. Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah BN dan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel. Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor. "Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan," katanya. - Bernama | ||||||||||||||
Parlimen atau Dun: Tunggu dulu, kata Nik Aziz Posted: 01 Jul 2012 04:58 PM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berteka teki ketika ditanya ura-ura mengatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, spekulasi itu akan terjawab setelah pembubaran Parlimen. "Parlimen atau di mana-mana... nanti tengoklah esok (kemudian hari), (lagi pun Parlimen) tidak bubar lagi," katanya selepas merasmikan Hari Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) ke-34 di Padang Perdana di sini, hari ini. Sebelum ini, sebuah akhbar menyiarkan laporan mengenai spekulasi berhubung kemungkinan Nik Aziz akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada PRU-13 ini. | ||||||||||||||
Kelantan akan terus terajui perubahan - Nik Aziz Posted: 01 Jul 2012 04:55 PM PDT
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat negeri itu agar kekal memberi mandat kepada PAS pada pilihan raya akan datang supaya nilai dan budaya Islam dapat terus disuburkan. Menurutnya, sejak PAS mentadbir negeri itu pelbagai perkara baru diperkenalkan kerajaan negeri untuk memberi kebaikan rakyat yang selari dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Beliau memberi contoh sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang bukan sahaja bebas riba malah memberi keadilan kepada rakyat dan kini ditiru pula pihak lain. Selain itu banyak lagi perkara lain yang Kelantan menjadi perintis perubahan termasuk peraturan papan iklan yang mensyaratkan wanita menutup aurat. "Kelantan boleh buat macam itu kerana ada kerajaan. Kenapa ada kerajaan? Kerana ada undi. "Bila orang undi kita parti PAS yang dasar kita Islam, maka kita boleh buat banyak lagi benda-benda baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam. Gambar: YAB Tuan Guru sejurus tiba di Dewan Orkid, WISMA PKPS, Seksyen 14 Shah Alam. Sejak memerintah negeri pada tahun 1990, lebih 100 perubahan besar telah dilakukan kerajaan negeri khususnya program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Sehubungan itu katanya, rakyat Kelantan perlu terus bersama kerajaan negeri bagi membolehkan banyak lagi perkara-perkara baik dicetuskan pada masa akan datang. "Orang lain tiru benda baik yang kita buat, dapat pahala. "Kerajaan dapat pahala, orang yang undi kerajaan yang buat baik itu pun dapat pahala," katanya. Dalam pada itu lebih 200 anak Rantau Panjang di perantauan hadir dalam majlis pertemuan itu semalam. Selain Tok Guru, turut hadir adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron. Zailah ketika mengulas program semalam mengucapkan tahniah atas kehadiran anak-anak Rantau Panjang ke program itu. "Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada yang hadir. Rata-rata yang saya jmpa itu saya kenal keluarga mereka dan majoriti di sini anak Rantau Panjang. "Ramai antara mereka ini beritahu saya dah tak sabar nak mengundi," katanya. Terdahulu pelbagai aktiviti dijalankan pada sebelah paginya termasuk perlawanan futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Rantau Panjang. Pasukan 'IR Land' menjadi juara apabila menewaskan pasukan 'Tepi Sungai' 2-0. Pasukan 'Suara Anak Muda RP' pula di tempat ketiga menewaskan pasukan 'Batu 10B' untuk tempat keempat. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala, tempat kedua RM500, ketiga RM300 dan keempat RM100. Turut menarik perhatian semalam pertandingan memakai serban ala ulama tersohor Kelantan, Tok Kenali. Uniknya, pertandingan itu dimenangi seorang anak muda yang hanya berbaju t-shirt dan berseluar jeans yang mengenakan serban paling menyerupai serban Tok Kenali. Pemenang adalah dipilih sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. | ||||||||||||||
Mukhriz: Langkah Marina mungkin beri kesan Posted: 01 Jul 2012 04:47 PM PDT SUNGAI PETANI – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan penglibatan kakaknya, Datin Paduka Marina dalam Bersih 2.0 memberi kesan terhadap kepentingan politik beliau. Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengakui teguran bapanya ada kebenaran kerana hubungan persahabatan Marina dengan Datuk Ambiga menimbulkan kebimbangan dan tidak puas hati penyokong kerajaan. "Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan Bersih sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik," katanya, semalam. Baru-baru ini, Dr Mahathir dipetik berkata, beliau berharap Marina tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya. Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya. Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil. | ||||||||||||||
Tokoh pembangunan tanah sertai PAS di Pahang Posted: 01 Jul 2012 04:40 PM PDT
TEMERLOH: Memandangkan Pahang penuh dengan kawasan peneroka, PAS Pahang berjaya menarik seorang tokoh pembangunan tanah iaitu Datuk Ramli Buyung, bekas Naib Presiden Kanan Felcra Berhad menyertainya. (Ramli [kanan sekali] berada di pentas bersama Datuk Fauzi dan Tuan Guru Abdul Hadi) Penyertaan Datuk Ramli diumumkan pesurujaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Hijau Pahang malam ini. Ramli menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan puluhan ribu rakyat Pahang yang memenuhi Dataran Kerdau. Tuan Ibrahim ketika mengumumkan penyertaan Ramli berkata, PAS Pahang mempunyai 10 tokoh yang ingin menyertai PAS. "Malam ini kita umumkan satu dahulu," Tuan Ibrahim dengan disambut teriakan takbir dan kibaran bendera PAS. (Puluhan ribu yang memenuhi Dataran Kerdau dalm Himpunan Hijau peringkat negeri Pahang) Kibaran bendera di majlis anjuran PAS merupakan fenomena baru. Ia bermula di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Setar sebelum ini. Ramli dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Temerloh sebelum melanjut pelajaran ke universiti dalam bidang ekonomi. Beliau merupakan tokoh teknokrat terbaru yang menyertai PAS menjelang pilihanraya umum ke 13 ini. Hak demokrasi Turut berucap dalam himpunan kali ini adalah Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Dalam ucapannya, Fauzi menyeru rakan sepasukannya sebelum ini sebagai pihak pelaksana undang-undang memberikan keadilan kepada semua. Beliau juga menyeru semua pihak agar melaksanakan sepenuh tuntutan Islam dan bersabar dalam menghadapi kerenah semua pihak dalam menyeru ke arah kebaikan. "Bila saya isytihar masuk PAS, ada orang tuduh saya pengkhianat kepada negara. Suka saya tegas saya tidak khianat. Kalau sebelum ini saya menjalankan tugas setimpal dengan gaji yang saya terima. Sekarang saya menjalan tugas dan hak demokrasi saya untuk menyuarakan pandangan saya," kata Fauzi. Pada sebelah petang, dalam majlis Ekpresi Hijau Anak Muda, penyanyi yang baru menyertai PAS, Aishah turut memberikan ucapan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan