Isnin, 2 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Chua Soi Lek Berang ADUN UMNO Cadangkan Johor Laksana Hudud

Posted: 02 Jul 2012 12:50 AM PDT

Berani MCA keluar daripada BN?
Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA

[MK] Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Grafik: Pencinta keadilan.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).

Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.

MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.

MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP.
Berkaitan:

Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan

[HD] KUALA LUMPUR: "Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.

"Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

"Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.

Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

"Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

"Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya," ujarnya lagi.



P/s: Hanya orang yang bergelumang dengan maksiat dan salah laku moral sahaja takut akan hudud!



Lelaki "Romen" Nenek yang Disangka Cucunya

Posted: 01 Jul 2012 06:50 PM PDT



KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek.

Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.

Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"

Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.

Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.

Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

"Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol," katanya.

Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah.

"Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna," katanya.
 
 
P/s:  "Tak kerja ka?"...amboi suspek cabul ini seolah-olah mesra dengan cucu mangsa cabul. Selidiklah hubungan si cucu dengan lelaki tersebut. Rasanya....

Aduhai!


 

Isu UniSel: "Noh harus belajar perakaunan daripada saya." - Tan Sri Khalid Ibrahim

Posted: 01 Jul 2012 05:51 PM PDT


[SH] SUBANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi maklum balas berkenaan dengan cabaran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi tempoh seminggu kepadanya agar mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Menurut Menteri Besar Selangor, maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Noh mengenai Unisel hanya khabar angin semata-mata.

"Beliau (Noh Omar) harus belajar perakaunan daripada saya kerana kebanyakan yang diketahui mengenai Unisel hanya khabar angin sahaja,
" kata beliau mengulas cabaran Noh di sini, hari ini.

Terlebih dahulu Noh mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Unisel.

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada Pas dan PKR.

Beliau berkata, kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

Dalam ulasannya, Khalid juga berkata, tindakan meletakkan wakil Kerajaan Negeri dalam Unisel tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia amalan biasa kebanyakan universiti dalam negara.

Abdul Khalid berkata, kebanyakan universiti di negara ini  mempunyai wakil daripada pihak kerajaan termasuk beliau sebagai wakil kerajaan dalam universiti milik Kerajaan Selangor itu.

Menurutnya, kebiasaan Pengerusi Unisel adalah daripada kerajaan negeri Selangor dan pihaknya memilih orang-orang berkelayakan untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengarah universiti itu.

"Misalnya saya memilih  Dr Che Rosli Che Mat, meskipun dia Ahli Parlimen Hulu Langat, namun beliau mempunyai kelulusan dalam Fizik yang dapat membantu membina pusat Atom, kalau itu kita bangkang dalam pemilihan, maknanya kita tidak pilih orang yang baik.

"Kalau Noh Omar ada orang yang setaraf dengan Che Rosli, beliau boleh cadangkan kepada saya, kerana pemilihan penting bagi memberi nama baik kepada negeri Selangor," kata beliau yang turut mengulas kenyataan Noh yang mendakwa Abdul Khalid rakus mempolitikkan pentadbiran Unisel apabila melantik ketiga-tiga mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menjelaskan pemilihannya bukan disebabkan kepentingan politik tetapi kerana faktor keupayaan dari segi mentadbir syarikat korporat.

Katanya, yang  penting adalah bagaimana universiti itu dijaga dan dakwaan dibangkitkan dianggap terlalu kecil serta tidak memberi tambah nilai ke atas kritikan itu.


 

Tiada ulasan: