Kelab Greenboc |
- Benarkah Wang Kertas Baru Ciplak Duit Iringi Orang Cina Mati?
- Pengerusi SYABAS Sepatutnya Sudah Lama Dipecat
- Berikan Statistik Jenayah Sebenar, Jangan Sembunyi Fakta
- Kalau Menteri KDN Sendiri Tak Tahu, Tangkap Segera SB Itu!
- Saintis Amerika Mendapati Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut!
- Aisyah: Saya Pilih Pas Kerana Islam
- Papagomo Kena Lepuk Dengan Ulama Muda UMNO
- Gril Besi Halang Lelaki Selamatkan Kekasihnya Semasa Kebakaran
- Polis Mengamuk Bebas Walaupun Didakwa Hari Ini
Benarkah Wang Kertas Baru Ciplak Duit Iringi Orang Cina Mati? Posted: 21 Jul 2012 12:55 AM PDT Menurut rakan fb yang bernama Ima Nas, duit baru kita sama dengan duit yang dibakar mngiringi orang2 Cina yang meninggal. Apa komen anda? Duit baru kita about the same..mcm duit neraka, yg dibakar for the dead to use in the "other world" (chinese culture), also known as HELL BANK NOTES. KEPADA YG TAK PAHAM BAHASA!!! INI bukan menghina, ini pon gambar frm kawan i, CHINESE yg ambil. TEPULANG KEPADA PERSEPSI. ISU DI SINI KENAPA PERLU HAMPIR SAMA DESIGNNYER?? najib menteri kewangan buat ape? photo credit to my friend "L.Y.L" |
Pengerusi SYABAS Sepatutnya Sudah Lama Dipecat Posted: 20 Jul 2012 10:34 PM PDT Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya. Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri. "Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Berikut kenyataan penuh Khalid: Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS. Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS. Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut: 1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan; 2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang; 3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS; 4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir); 5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ; 6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW; 7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air; 8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan 9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS. Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa: 1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun. 2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta. Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi. Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat. - mk Ulasan GB Selain dari meminta Kerajaan Selangor bertegas mengambil-alih SYABAS, GB juga pernah meminta kerajaan Selangor bertegas memotong gaji Pengerusi/CEO SYABAS. Walau apa pun teruskan tindakan tegas tersebut sekalipun agak terlewat. Its better late than never! Entri bi bawah ini bertarikh 3 Disember 2010. klik untuk baca |
Berikan Statistik Jenayah Sebenar, Jangan Sembunyi Fakta Posted: 20 Jul 2012 08:48 PM PDT Kuala Lumpur: Orang ramai bimbang dan keliru dengan sikap pihak berkuasa yang didakwa masih menyembunyikan statistik sebenar tentang jenayah yang berlaku di negara. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, apabila pihak polis hanya memberikan statistik yang menyenangkan hati orang ramai, rakyat yang menyedari tentang jenayah yang sedang berlaku, sukar mempercayai statistik yang diberikan oleh polis, PEMANDU dan Kementerian Dalam Negeri. "Saya percaya ada menteri yang terlibat untuk memastikan statistik yang tepat tidak dikeluarkan, terutamanya selepas Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) diwujudkan pada tahun 2009. "Jangan beri statistik yang menyenangkan hati orang ramai tapi tidak beritahu statistik yang sebenar," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Pua, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa 'persepsi' rakyat mengenai keselamatan lebih penting daripada kejadian jenayah yang sedia ada. Justeru, beliau meminta Kementerian Dalam Negeri lebih telus ketika mengeluarkan statistik kadar jenayah serta membuat perubahan yang drastik agar dapat mengubah persepsi dan keyakinan rakyat terhadap keselamatan mereka. "Sehingga hari ini saya masih belum menerima apa-apa jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai statistik jenis jenayah dan mengikut pecahan daerah yang telah diminta semasa sesi Parlimen yang lepas," katanya. Pua menyarankan PDRM agar mencontohi sikap profesional polis di United Kingdom dengan mengemaskinikan statistik di setiap kawasan agar orang ramai dapat berjaga-jaga semasa berada di tempat berkenaan. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, untuk mencapai ke tahap sepertimana yang dilakukan oleh polis di United Kingdom, polis Malaysia perlu menyiarkan semua data statistik jenayah yang berlaku sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tambah beliau, statistik sedemikian perlu menyertakan kategori mengikut jenis jenayah, bulan serta daerah yang juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang kerajaan. – Roketkini |
Kalau Menteri KDN Sendiri Tak Tahu, Tangkap Segera SB Itu! Posted: 20 Jul 2012 07:03 PM PDT Kit Siang bidas Najib dan Hishammuddin, persoal mengapa SB dibenar sebar berita karut KUALA LUMPUR, 20 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti memberi penjelasan mengapa polis Cawangan Khas (Special Branch) diberi imuniti dan kebenaran untuk menyebarkan berita 'karut' bahawa pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresap masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Semalam laporan Bernama melaporkan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen, telah mendakwa elemen JI sedang meresap kedalam PAS sementara elemen komunis sedang cuba untuk meresap kedalam DAP. "Ini dapat dilihat sebagai satu lawak politik yang sememangnya jijik kalau bukan keseriusan idea-idea seperti ini yang berputik daripada akal yang tidak berakhlak yang menentukan polisi yang diimplementasikan oleh kerajaan dan bagi tujuan keselamatan dinegara ini. "Apakah isu kebangkitan semula pengganas Islam dan momok komunis yang sedang meresap kedalam parti-parti Pakatan Rakyat, akan dijadikan satu alasan yang baru untuk melaksanakan satu operasi khas terhadap parti-parti PR untuk mengeluarkan anasir-anasir yang kononnya tidak berdemokrasi dan menggugat keselamatan awam oleh Pakatan Rakyat supaya UMNO/Barisan Nasional akan kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke-13?" soal Kit Siang. Menurut timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, JI dan komunis dikaitkan dengan PR agar rakyat takut untuk memilih pakatan pembangkang itu dalam pilihan raya akan datang. "SB bekerja untuk Umno, kalau ada unsur komunis atau JI yang memilih perjuangan bersenjata, mereka tak akan pilih 'election' (pilihan raya) sebagai wadah. "Kerja SB hanya 'create fear' (wujudkan ketakutan) di kalangan rakyat supaya Umno - BN terus menang election," kata Mohamad dalam kiriman mesej kepada The Malaysian Insider sebentar tadi. Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan SB yang menuduh PR mempunyai kaitan dengan JI dan komunis adalah taktik lama dan kenyataan seperti ini adalah kenyataan kitar semula yang telah digunakan secara berulang-ulang. Dakwa Adun Seri Setia itu lagi, jika benar dakwaan SB - JI dan komunis menyusup dalam PR dan akan bertanding pilihan raya, mereka perlu membuktikannya. "Saya cabar Hishammuddin Hussein dan polis untuk menamakan pemimpin PR yang dikaitkan dengan JI dan komunis dan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. "Pemuda Umno lebih komunis kerana mempunyai hubungan langsung dengan sayap pemuda Parti Komunis China," kata Nik Nazmi. Menjelang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai 2011, momok komunis dimainkan apabila pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di tahan di bawah undang-undang Darurat (EO) kerana dikatakan menyebarkan dakyah komunis ke dalam perhimpunan Bersih. -TMI JI-Komunis: Hishammuddin belum terima maklumat Ulasan GB Sesuatu kenyataan yang menggugat ketenteraman awam perlu diambil tindakan segera. Tetapi nampaknya pihak polis boleh sesuka hti mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan untuk membantu UMNO BN dengan cara menyebarkan maklumat provokasi yang memfitnah pembangkang dan boleh mencetuskan suasana panik seluruh negara. Justeru itu, tangkap segera SB yang buat kenyataan palsu itu! |
Saintis Amerika Mendapati Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut! Posted: 20 Jul 2012 04:58 PM PDT Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser. Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula. Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan. Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki). Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol 'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson. Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu. Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya. Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. – Agensi |
Aisyah: Saya Pilih Pas Kerana Islam Posted: 20 Jul 2012 11:31 AM PDT di Dataran Al-Ikhwan, Air Mawang, kelmarin. JOHOL- "Saya memilih Pas kerana Islam. Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan Pas." Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah 'Bilo Selebriti Dah Join Pas' di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin. Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT. "Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam. "Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya," katanya. Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam. "Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam. "Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya," katanya. Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli. Sementara itu, bekas kumpulan XPDC, Azua Md Tasi berkata, dia memilih Pas kerana mahu berhijrah. "Dulu saya lalai dengan duniawi semata-mata tetapi sejak awal 90-an, saya sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan. "Saya sering bertemu imam dan pendakwah. Dari situlah, hati saya mula terbuka untuk memilih Pas. Kita mestilah berhijrah daripada tidak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik," katanya. Menurutnya, jika mahu berubah, ia bermula dari diri sendiri. "Jangan salahkan bidang nyanyian jika kita lalai, sebaliknya diri sendiri perlu berpendirian teguh. "Bila waktu solat, kita solat. Jadi tiada masalah untuk kita meneruskan profesion dalam dunia nyanyian," katanya. |
Papagomo Kena Lepuk Dengan Ulama Muda UMNO Posted: 20 Jul 2012 07:56 AM PDT Ulama Muda Umno tolak fitnah blogger Umno SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo. Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi. "Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan. "Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian. Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan memberitahu mewujudkan budaya debat seperti ini adalah satu budaya yang sihat. "Untuk buat budaya baru seperti debat ia perlu ada keberanian kerana politik tanah air bermula pertembungan yang sangat sengit. "Walaupun kami berbeza pandangan dalam dunia politik kami tetap saling hormati menghormati," katanya. Katanya lagi, budaya debat walaupun hujah itu kadang kala hangat serta tajam namun ia tetap menunjukkan satu kebaikan dalam mencari penyelesaian dalam setiap pandangan. "Dengan debat secara terbuka kita dapat mengurangkan budaya lempar batu sembunyi tangan. "Menuduh seseorang dengan pelbagai fitnah tanpa fakta tetapi tidak mahu bertanggungjawab terhadap tuduhan yang dilakukan itu," sambung beliau lagi. Dalam pada itu, Fathul Bari memberitahu beliau telah menasihati blogger pro Umno yang telah menyebarkan fitnah tanpa asas terutamanya penyebaran video yang mengaibkan seseorang individu. "Perkara yang melangkaui persepsi fitnah seperti penyebaran video yang mengaibkan memang kami tidak bersetuju. "Yang salah tetap salah dan kami sentiasa membuat teguran," jelas beliau lagi. Sebelum itu kedua-dua mereka telah bersama-sama dalam program debat yang bertajuk 'PRU13: Orang Muda Pilih Siapa' anjuran Sinar Harian yang dimoderatorkan oleh Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya. -HD |
Gril Besi Halang Lelaki Selamatkan Kekasihnya Semasa Kebakaran Posted: 20 Jul 2012 06:03 AM PDT Johor Bahru - Seorang pemuda 24 tahun hanya sekadar mampu melihat apabila teman wanitanya terperangkap mati kerana terhidu asap, apabila sebuah rumah dua tingkat di Taman Pelangi Indah telah dimusnahkan oleh kebakaran. Mangsa, Loh Hui Jin, 24, dipercayai sedang tidur di tingkat atas apabila dia terbangun kerana merasa haba kebakaran. Difahamkan Loh menghubungi teman lelakinya, Kee Yung Ywe yang sudah berada di tempat kejadian apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jaya Johor tiba selepas menerima panggilan dari Loh pada 8.18 pagi. Ketua operasinya, Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata Kee telah memanjat ke balkoni dan mencuba untuk memecahkan tingkap dalam usaha untuk menyelamatkannya. Kee dapat bercakap dan cuba untuk menenangkannya tetapi gril besi tingkap telah menghalangnya daripada mendapatkan Loh. Syed Nasir berkata pasukan yang terdiri daripada 10 anggota bomba telah memecahkan tingkap kaca sebelum memotong gril untuk mengeluarkan Loh daripada banglo yang terbakar. Loh meninggal duniakemudiannya akibat lemas ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail. Kee yang sesak nafas juga dirawat di hospital kerana terhidu asap. Keadaannya dilaporkan stabil. Syed Nasir berkata selepas bomba berjaya mengeluarkan Loh, seorang jiran memberitahu bahawa terdapat dua lagi mangsa iaitu adik lelaki yang berumur 9 dan 14 tahun di dalam rumah. "Kami masuk kembali dan cuba untuk mencari dua lagi mangsa dalam asap tebal tetapi tidak menemui sesiapa," katanya. Mereka segera menghubungi ibu bapa mangsa di Ipoh, Perak, dan mendapat bahawa kedua kanak-kanak berada di sekolah pada masa itu. "Ibu mereka terus menghubungi sekolah dan mengesahkan mereka berada di sekolah." Ibu bapa mangsa terlibat di dalam industri kecantikan dan Loh yang bekerja sebagai pekerja kecantikan, membantu dalam perniagaan keluarga. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.32 pagi dan punca kebakaran masih disiasat. Kredit : NST/Pulakdah |
Polis Mengamuk Bebas Walaupun Didakwa Hari Ini Posted: 20 Jul 2012 04:12 AM PDT Seremban – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan. "Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis. "Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita semalam. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis. "Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit. "Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga," katanya. Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan. "Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol. "Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol," katanya. Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban. "Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun. "Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi," katanya. Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar. -SH CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan