umNO BN dilihat semakin hari semakin terdesak. Penghujrahan beramai ramai ke dalam PAS dan kompenan Pakatan Rakyat dari kalangan bekas pegawai kerajaan dan artis sedikit menggusarkan. Segala yang dibuat serba tak kena. peluru dan makan tuan. Rakyat sudah mula muak dan jemu dengan kisah seks dan fitnah di luar budaya yang di amalkan umNO Bn.
Kegelisahan ini diterjemahkan melalui penangguhan demi penangguhan pilihanraya. Ia mengatasi kegelisahan menunggu pengumuman hari raya. Kalau dulu , menanti perisytiharan hari raya agak menyesakkan kerana terpaksa menunggu kemunculan penyimpan mohor besar raja melayu sebelum membakar lemang ataau mengacau dodol. Pernah di Perak, saya dibangunkan oleh ayah pada pukul 2 pagi untuk menghabiskan mercun kerana sultan Perak telah mengistiharkan hari raya melalui polis yang masuk ke kampung kampung walaupun penyimpan mohor besar mengistiharkan anak bulan tidak kelihatan.
Najib atas nasihat Rosmah barangkali sangat bimbang untuk mengistiharkan pilihanraya. Beliau tidak punyai keberanian seperti almarhun Sultan Idris mengisytiharkan hari raya walaupun seluruh Malaysia kecuali Johor tidak raya... Menurut baginda, anak bulan kelihatan di Perak. Najib Pulak tak berani nak isytihar Pilihanraya kerana terlalu banyak bulan yang dilihat...bukan lagi anak bulan.
Berbagai janji ditabur Najib. Berbagai projek di sebut. Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang Perdana Menteri menabur duit macam manabur daun getah. Almarhum Ghafar Baba yang terkenal menjanjikan projek pun tak mampu buat seperti Najib. Entah dari mana datangnya duit pun tak tahu. Jika pinjaman, tentunya wajib bayar, Jika "advance" seperti didakwa dilakukan Zamberi Menteri Besar Perak dengan menggali kewangan dari Jabatan Bekalan Air, tentunya menyusahkan pemimpin selepas ini terutama dari Pakatan Rakyat. Jika ia duit bawah tanah dari syarikat, pastinya rakyat yang akan dibelasah jika umNO BN terus diberi mandat selepas PRU 13.
Senjata terakhir umNO, pastinya petanda terlalu hampir PRU adalah tuduhan jahat Polis Cawangan Khas bahawa PR diresapi militan dan komunis. Ia disebut dalam setiap pertemuan dan taklimat cawangan Khas. Seolah cawangan Khas polis adalah sayap gempur umNO BN. Ia bertujuan menakutkan rakyat terutama yang tidak bermaklumat jika berlaku pertukaran kerajaan. Ia juga mungkin sebaai senjata "kamikaze" Najib untuk istihar darurat atau menangguhkan Pilihanraya atas alasan keselamatan negara. Mengharamkan kompenan PR juga satu alternatif luar jangka yang boleh dilakukan Najib!
Bukan pelik bagi parti Islam di seluruh dunia yang diharamkan ketika di ambang kemenangan malah dirampas kuasa dan diharamkan selepas kemenangan oleh kerajaan masing masing. Ia tidak mustahil berlaku di Malaysia kerana penasihatnya adalah sama. Pakatan Rakyat dilihat amat berpotensi untuk mengambil alih pemerintahan dalam PRU 13. Angin perubahan sedang melanda dunia terutamanya yang digerakkan oleh gerakan Islam.
Apa yang paling penting ialah persediaan juga perancangan luar jangka PR bagi menghadapi strategi "gila babi" umNO BN untuk PRU 13 ini. Isu undi hantu memerlukan ketegasan dan keberanian petugas PR terutama "hantu dari ladang" yang sedang giat diberi kad Pengenalan atas alasan dulunya tak sempat memiliki kad pengenalan. Bagi yang bersama perjuangan Islam, kita meyakini, kemenangan mesti dimiliki apabila syarat Allah kita penuhi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan