Blog-list Malaysia |
- Kerja Gila Dan Tak Masuk Akal Kaitkan PR Dengan JI Dan Komunis
- Syabas akan naikkan tarif air hingga 70 %, Selangor perlu ambil alih
- Video - Abby Abadi Rasmi Sertai Pas
- Pas Komunis.. Habis Laa PR Lepas Nie..
- Lynas Ragut Mangsa Pertama Hari Ini
- Papagomo Gagal Di Mahkamah. Disaman RM10 Juta
Kerja Gila Dan Tak Masuk Akal Kaitkan PR Dengan JI Dan Komunis Posted: 20 Jul 2012 12:07 AM PDT DAP menyelar kerajaan BN yang didakwa tiada idea dengan mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang. Lim sehubungan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai. "Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya. Lim berkata, laporan itu hanya menjadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara. Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. Malah, katanya, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand, dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM). - mk |
Syabas akan naikkan tarif air hingga 70 %, Selangor perlu ambil alih Posted: 19 Jul 2012 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR 20 Julai: Pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diusahakan kerajaan Selangor bertujuan mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus. "Ia berbeza dengan cadangan Datuk Seri Noh Omar yang tawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta," kata Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu juga menyifatkan air sebagai khazanah bumi yang tidak wajar dijadikan barang dagangan hingga membebankan rakyat. "Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan Syabas kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender," katanya. Anwar merujuk usaha delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui pada 18 Julai lalu. Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena program 'Wacana Pencerahan Bersama Dr Tariq Ramadan: Islam dan Reformasi Pemikiran Ummah' di rumahnya malam tadi. Pada 18 Julai lalu, delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bagi memaklumkan hasrat itu. Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan solat hajat. Dr Tariq memulakan syarahan sebaik selesai solat Isyak dan tamat kira-kira pada jam 11 malam. Turut hadir Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty; Pengerusi Islamic Rennaisance Front, Dr Farouk Musa, selain pimpinan parti, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33055 |
Video - Abby Abadi Rasmi Sertai Pas Posted: 19 Jul 2012 07:25 PM PDT Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan mengisytihar masuk PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri. Makin ramai orang menyertai PAS sekarang dengan rasa segan dan silu.. bukti PAS makin relevan di kalangan masyarakat. Pas ganti umno dan PAS FOR ALL. Takbir..... |
Pas Komunis.. Habis Laa PR Lepas Nie.. Posted: 19 Jul 2012 07:41 AM PDT Polis: JI, bekas komunis dikesan resapi Pakatan Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. "Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. "Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini. Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen. Mohd Sofian berkata tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara. "Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya. "Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya. Beliau berkata perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang. "Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"katanya. - Bernama |
Lynas Ragut Mangsa Pertama Hari Ini Posted: 19 Jul 2012 03:21 AM PDT Panas: Dua "Kakitangan Lynas" Meninggal Dunia Akibat Terkena Bahan Kimia Kilang Itu Hari Ini !! KUANTAN, 19 Julai - Berita panas yang baru kami terima daripada beberapa orang sahabat dan pembaca setia Pahang Daily Online (PDO) yang bertugas di kilang memproses Rare Earth milik Lynas Corporations dari Australia mengatakan terdapat dua orang pekerja kilang tersebut dipercayai "meninggal dunia" di kilang itu hari ini. Menurut sumber, kedua-dua pekerja terbabit adalah berasal dari Sabah dan mereka dipercayai meninggal akibat terhidu bahan kimia yang terdapat di kilang tersebut hari ini. Walau bagaimana pun pihak Lynas terpaksa merahsiakan info ini untuk mengelakkan mereka mendapat malu selepas dua hari lalu portal Free Malaysia Today (FMT) baru saja memohon maaf atas banyak artikel mereka tentang kilang terbabit. Difahamkan, pekerja yang lain telah menguji tahap keselamatan kilang itu selepas insiden ini dengan meletakkan seekor "anjing" sebagai bahan ujikaji. Hasilnya, binatang terbabit juga dipercayai telah mati akibat masalah yang sama. Tahun lalu, seorang pekerja Lynas mati di biliknya dekat Hotel Hyatt gara-gara kes yang sama agaknya. Awal Februari lalu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel menarik diri dari projek tersebut. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Mereka tarik diri kerana tidak yakin dengan risiko keselamatan kilang terbabit. Makanya, kenapa ada pihak yang masih lagi beriya-iya benar mahu mengatakan Lynas selamat?. Pihak kami sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk mengesahkan maklumat dalaman ini. Jika ia benar, maka insiden ini merupakan kematian kedua selepas kes pertama dulu. Pihak Lynas juga digesa agar tidak menyembunyikan maklumat ini demi keselamatan seluruh rakyat Kuantan hendaknya. [Laporan seterusnya menyusul dan PDO sedang menghubungi beberapa orang pegawai Lynas yang mempunyai hubungan erat dengan krew-krew kami di Kuantan. Apapun, semua pihak tidak perlu panik kerana laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya. Tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan laporan ini kerana ia diperolehi daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai. Apapun, diharapkan agar ianya tidak benar kerana jika terbukti sah sudah pastilah rakyat Kuantan akan terus bangun memberontak dan mendesak kilang itu ditutup dengan segera. Bayangkan, belum pun beroperasi sepenuhnya sudah ada kematian demi kematian yang berlaku terhadap kilang memproses rare earth yang mendapat bantahan majoriti rakyat Kuantan itu sebenarnya. Nantikan info lanjut]. Berita dipetik dari Pahang Daily |
Papagomo Gagal Di Mahkamah. Disaman RM10 Juta Posted: 19 Jul 2012 01:32 AM PDT KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya. Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan. Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan. Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011. Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif. Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan. Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana. Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail. "Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan," kata Hisham.[HD] |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan