Kelab Greenboc |
- Orang Selama Bersuara: Nak Turunkan Bendera PAS, Turunkan Bendera UMNO Sekali!
- Cerai Isteri Kerana Dengar Ceramah Hassan Jati?
- Selangor Bakal Negeri Pertama Sediakan WIFI Untuk Seluruh Masjid Dan Surau
- Hubungan Khalil & Mudahlina Masih Misteri
- [IKTIBAR] Pemuda Yang Tak Jadi Diambil Nyawanya Oleh Malaikat...
- Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upacara Pengebumian Khalil Afandi
- "Imam Mahadi" Yang Mengamuk Bukan Ahli PAS
- Khalwat: Bekas Pelajar IPTA Didenda RM1,800
Orang Selama Bersuara: Nak Turunkan Bendera PAS, Turunkan Bendera UMNO Sekali! Posted: 12 Jul 2012 01:01 AM PDT Orang Selama turun berramai-ramai pertahankan bendera PAS dari diturunkan oleh petugas Majlis Daerah dan polis, sedangkan bendera Umno bersepah-sepah merata tempat. Orang kampung berkata, kalau nak turunkan juga bendera PAS, turunkan sekali bendera Umno.. Akhirnya mereka akur dengan desakan orang kampung... Memang terbaeklah orang Selama, tabik spring rakan-rakan kita di Perak.. Diharap tempat lain mencontohi semangat rakan-rakan kita di Selama ni! |
Cerai Isteri Kerana Dengar Ceramah Hassan Jati? Posted: 12 Jul 2012 12:35 AM PDT Cerai isteri hadir ceramah Hasan Ali KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam. Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah. Gambar: Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah, semalam. Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka. Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami. "Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah. "Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut," katanya. Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka. Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama. Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu. Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak. Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas. Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka. Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah. Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman mereka. Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik. "Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami. "Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri," katanya. -SH Bercerai angkara fahaman politik Ulasan GB Ini apa punya berita da? Apakah sekadar nak memburukkan PAS kononnya mencampur adukkan politik dengan rumahtangga? Atau nak suruh orang datang ramai-ramai dengar ceramah Hassan Jati yang dah takda sambutan tu? Ketara sangat wartawan yang cuba menggembar-gemburkan isu ini jahil dan tidak mengetahui ajaran dan hukum Islam. Isteri kalau ingin berpuasa sunat pun jika suami tak bagi tak boleh dilakukan... Inikan pula keluar rumah pergi ceramah! Ini sudah dikategorikan sebagai NUSYUZ. Nusyuz membawa maksud suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira durhaka. Cuba membuat berita yang karut-marut tetapi mendedahkan pekung kejahilan sendiri. Bodoh! (pinjam perkataan Ahmad Nisfu) |
Selangor Bakal Negeri Pertama Sediakan WIFI Untuk Seluruh Masjid Dan Surau Posted: 11 Jul 2012 10:05 PM PDT Shah Alam 11 JULAI : Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan kesemua masjid dan surau di negeri ini mendapat kemudahan wifi percuma. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan. "Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak," katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri (DNS). Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan. "Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan," katanya. Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria. Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej. "Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi," katanya. -selangorku |
Hubungan Khalil & Mudahlina Masih Misteri Posted: 11 Jul 2012 08:00 PM PDT AKeluarga Dakwa Wanita Bersama Lelaki Mengamuk Mungkin Dipukau PUTRAJAYA: Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau. Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini. "Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog," katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit. "Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau," kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini. Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang. Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis. Gambar kanan: Adam, bapa Muhdalina Bapanya, Ahmad Adam, penjual nasi lemak berkata keluarganya tidak percaya apa yang Muhdalina lakukan, sambil menambah Muhdalina adalah seorang anak yang baik. "Walaupun dia merupakan graduan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), pengetahuannya tentang Islam adalah seperti orang biasa. Kami juga tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu sehingga dia menjadi tajuk utama dalam akhbar. "Saya rasa anak perempuan saya telah terpengaruh dengan lelaki yang mendakwa dirinya Imam Mahadi itu," kata bapa berusia 55 tahun, sambil menambah Muhdalina, anak kedua daripada empat adik-beradik, telah berhenti bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat swasta tanpa memberitahu mereka. "Saya tidak sangka ini boleh berlaku. Anak perempuan saya menjalani kehidupan yang biasa. Mungkin ini berlaku kerana dia suka melayari internet," katanya. "Saya minta maaf di atas apa yang dia lakukan," katanya, sambil menambah bahawa beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas diminta untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya. -mstar Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya 'gila Internet' Jiran terkejut tindakan Khalil Afandi klik untuk baca |
[IKTIBAR] Pemuda Yang Tak Jadi Diambil Nyawanya Oleh Malaikat... Posted: 11 Jul 2012 05:20 PM PDT Kematian adalah hak Allah Swt, tanpa mampu kita menolaknya secara apapun jika Allah berkehendak, dan juga maju mundurnya kematian adalah hak Allah Swt. Tetapi, ada satu perkara yang mampu membuat kematian di tunda oleh-Nya. Lalu bagaimana caranya dan mengapa itu boleh terjadi? Berikut ini sebuah contoh kisah yang benar - benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim as. Suatu hari, Malaikal Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, "Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?" "Yang anak muda tadi maksudnya?" tanya Ibrahim. "Itu sahabat sekaligus muridku." "Ada apa dia datang menemuimu?" "Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi." "Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi." Habis berkata seperti itu, Malaikal Maut pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim. Hampir saja Nabi Allah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini itu juga dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Allah Ibrahim memilih 'kematian' tetap menjadi rahasia Allah. Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya. Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikal Maut, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu menyampaikan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi? Malaikal Maut menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya. "Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?" "Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup." Kematian memang di tangan Allah. justru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad Shallahu `Alaih bahwa sedekah itu bisa memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahwa ada sesuatu yang bisa menunda kematian, itu adalah…sedekah. Maka, tengoklah kanan - kiri anda, lihat - lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemukan ada satu - dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu menghulurkan pertolongan. Karena siapa tahu kesusahan itu ditampakkan oleh Allah untuk memanjangkan umur anda. Apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur anda. Lihatlah betapa mulia hati si pengemis ini. Kita pula bagaimana? Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah. Mudah - mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar ampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian yang pasti datang. |
Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upacara Pengebumian Khalil Afandi Posted: 11 Jul 2012 10:01 AM PDT Polis Urus Jenazah Blogger Serdang: Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlansung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut. "Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya. Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM. Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM. Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi. Polis Kenal Pasti Individu Hantar "Imam Mahadi" Ke Bangunan JPM |
"Imam Mahadi" Yang Mengamuk Bukan Ahli PAS Posted: 11 Jul 2012 05:33 AM PDT Khalil 'Imam Mahadi' bukan ahli PAS PETALING JAYA: Khalil Afandi Abd Hamid yang mendakwa beliau "Imam Mahadi' yang ditembak mati di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu bukan ahli PAS. "Saya sudah periksa namanya, tidak ada dalam senarai ahli PAS Petaling Jaya Selatan," kata Yang Dipertua PAS kawasan, Ghazali Shaari. "Orang Taman Medan ramai yang tidak mengenali beliau jarang bercampur dengan orang ramai. "Setahu saya, Khalil jarang ke masjid atau surau. Dia membawa diri sendiri," kata Ghazali lagi. Menurut Ghazali, Khalil berasal dari PJS 4 tetapi telah berpindah ke Puchong sejak berusia tujuh atau lapan tahun. Katanya, rumah asalnya itu kini didiami oleh adik lelakinya. "Kalau tidak salah ingatan saya, ibu Khalil telah meninggal dunia," tambah Ghazali. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ghazali memberitahu, tidak ada kumpulan ajaran sesat di Taman Medan. Bagaimanapun, katanya berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penduduk setempat ada guru yang mengajar agama secara sembunyi di rumah pengikut kumpulan itu. "Tetapi pengaruhnya tidak besar. Saya tidak tahu sama ada Khalil terbabit dengan kumpulan tersebut. "Yang saya tahu beliau jarang datang ke masjid," kata Ghazali yang juga Pengerusi Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. PAS desak kerajaan jelaskan isu lelaki ditembak mati di JPM Sudah Ada Darah Luruh Di Putrajaya |
Khalwat: Bekas Pelajar IPTA Didenda RM1,800 Posted: 11 Jul 2012 04:31 AM PDT Dungun - Kemeriahan sambutan tahun baru buat tiga remaja bertukar detik hitam apabila mereka dicekup pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat bersama pasangan bukan muhrim dalam sebuah rumah. Gambar: Remaja lelaki dan pasangannya yang dituduh berkhalwat keluar dari kamar bicara selepas perbicaraan selesai sebelum masing-masing menjelaskan denda yang dikenakan. Kejadian dua tahun lalu itu juga menjadi pengajaran berharga buat remaja terbabit apabila turut diberhentikan daripada pengajian selepas mereka bertiga mengaku melakukan kesalahan tidak bermoral itu. Lebih mendukacitakan apabila mereka turut dibawa ke muka pengadilan berikutan kesemua bekas pelajar pusat pengajian tinggi awam itu berjaya disabitkan atas kesalahan dilakukan. Remaja terbabit, Mohamad Izzul Hafez Amin Jusoh, 18, Nor Azira Che Ngah, 19, dan seorang lagi rakannya, Shahrul Muzammir Salleh @ Abdullah, 18, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah atas satu kesalahan khalwat yang dilakukan pada malam tahun baru dua tahun lalu. Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di dalam ruang bicara mahkamah, ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Taman Intan, Mukim Sura pada jam kira-kira 10.30 malam, 31 Disember 2010 lalu. Ketika ditahan, dua remaja lelaki dan remaja perempuan yang tidak mempunyai hubungan muhrim itu berada di dalam rumah berkenaan sehingga boleh menimbulkan syak wasangka. Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mendengar hujah pendakwaan dan rayuan daripada ketiga-tiga tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal berbuat demikian. Kesemua tertuduh berasal dari Manir dan Besut Terengganu itu menjelaskan denda untuk membolehkan mereka terlepas daripada menjalani hukuman di sebalik tirai besi. Pendakwaan dilakukan Pendakwa raya Syarie, Mustafar Hamzah, ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. Kesalahan khalwat itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ulasan GB Sekalipun kes tersebut telah selesai, kita berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pelajar IPTA/IPTS yang lain. Pelihara dan jagalah kehormatan diri, kerana itulah hartamu yang tak ternilai. Ingat: sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan