Khamis, 12 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Usaha Jahat Umno Cuba Gagalkan Ceramah Ustaz Azhar Di Grik

Posted: 11 Jul 2012 10:04 PM PDT

Ini kisah sedih idola gua Ustaz Azhar Idrus sewaktu beliau hendak buat program di Grek baru-baru ni.Punyalah susahnya nak dapat kelulusan daripada peguasa sekular ala Hosni Mubarah ni..

Kisahnya bermula..(Macam cite Hikayat Sang Merong lak beb..ha3 ) apabila permohonan untuk mengadakan ceramah di Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek dilakukankan,maka bermulalah detik-detik mengerikan dan menggeramkan..


Kalau nak ikutkan..segalanya berjalan dengan izin Allah,seperti apa yang dirancang..mengikut maklumat Majlis Daerah Grek,Pihak Polis,Pejabat Agama Grek dan penjaga Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek pun semuanya memberikan isyarat "Line Clear"...Alhamdulillah dan bersyukurlah penganjur kerana segalanya berjalan lancar.

Namunnnn..apabila tinggal lagi 2 hari saja beb program nak on..maka puak-puak keris tak bersarung ni mulalah gatal pungkok tak boleh nak tenang jiwa apabila difikirkan puluhan ribuan manusia akan hadir dalam program UAI nanti..sudah pasti ini akan menggugat sokongan masyarakat kepada puak keris telanjang ni..maka kepala puak ni pun dah jadi biul dan masuk angin...

Maka dipanggillah Ketua Polis Grek dan dipertikaikan mengapa boleh bagi kelulusan??Maka..jalan terakhir kut-kut boleh sangkut program ni,Pihak polis diarahkan untuk mendapatkan kelulusan pemilik sebenar Tanah Lapangan Terbang dan Kebenaran bertulis dari Pejabat Mufti Perak.

Fuhhh..Penganjur pening kepala beb..cuma tinggal 2 hari program nak On..Maka pergilah penganjur ke Ipoh mencari siapa tuan punya Padang yang sebenarnya..Maka berjumpalah pihak penganjur dengan tuan punya Tanah..dengan bicara yang santun kerana agama Allah..Pihak tuan tanah dengan berbesar hati membenarkan pihak penganjur untuk mengadakan progran UAI tersebut...Semasa hendak pulang,salah seorang AJK penganjur bertanya kepada tuan yang diamanahkan menjaga tanah itu..

"Apakah sebelum ini setiap program seperti konsert atau karnival perlu memohon kebenaran daripada pihak tuan..??"

Jawab yang punya tanah,"Dah Puluhan Tahun pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program di tanah tersebut tak pernah sama sekali mereka dikehendak meminta kebenaran seperti hari ini.."katanya dengan senyum sinis.

Kemudian pihak penganjur terpaksa pulak mengadap Pak Mufti di pejabatnya..namun malang Pak Mufti tidak ada...kebenaran akan hanya diberikan oleh Pejabat Mufti keesokan harinya..iaitu hari akhir sebelum program bermula..fuhh..suspen habis beb..Esok paginya sampailah kebenaran dari mufti melalui faks seperti yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Islam Grek..Benarlah kata Allah "Kamu merancang tipudaya,sesungguhnya tipu daya Allah Maha Hebat."..Rupanya hebat sungguh Insan yang bernama UAI di mata musuh-musuh Islam..Takbirrrrr..

http://karatijau.blogspot.com/2012/07/panassusaha-jahat-kantoikan-ustaz-azhar.html


Mukhriz Semakin Rakus Untuk Menjadi MB Kedah

Posted: 11 Jul 2012 06:57 PM PDT

Aku ingatkan hanya Najib dan dan Muhyiddin yang terpaksa mengeluarkan pekeliling untuk mengerah seramai mungkin kakitangan kerajaan ke majlis-majlis mereka.. anak Mahathir ni pun sama jugak..

Terdesaknya si Mukhriz ni nak jadi MB Kedah nampaknya..

Setelah dilakukan perjumpaan secara sulit dengan Ketua-ketua Kampung dari Majlis Ketua-ketua Kampung Kedah (MKK) di Parit Buntar bulan lepas.. semalam berjumpa pula dia dengan anak-anak Kedah di UiTM Pulau Pinang.


Perjumpaan sulit itu telah dilakukan disebuah Hotel, di Parit Buntar, Perak, luar dari negeri Kedah kononnya untuk mengelakkan dari dihidu oleh Mat Bashah yang juga nak jadi MB Kedah.

Dengar cerita ada habuan yang dijanjikan untuk Ketua-ketua Kampung itu yang majoritinya dari PAS agak lumayan juga dan status rundingan masih belum diputuskan berapakah jumlahnya..

Jika dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dari MKK itu mereka ditawarkan imbuhan untuk menyokongnya.. dengan pelajar ini pula tiada imbuhan tapi paksaan tengok kat bawah ni..



Apa yang tertulis ialah satu kenyataan berupa amaran iaitu " Pelajar yang lahir di Kedah DIMESTIKAN hadir pada hari tersebut, tindakan akan diambil sekiranya pelajar tidak hadir tanpa sebab"

Dan ini yang Admin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang tulis..

Assalamualaikum,, updated terbaru anak-anak kedah daripada HEP,, kepada semua yang tersenarai dalam 17 helai nama2 anak2 kedah mesti hadir pada rabu ini seperti yang telah ditetapkan,,

Seramai 632 nama telah dihantar ke koordinator setiap fakulti untuk memberi kebenaran kepada sesiapa yang ada kelas/Lab/test atau quiz,, Sila maklumkan kepada LECT anda,, Kepada yang praktikal digalakkan hadir sahaja,, Pemakaian adalah "FORMAL",, :),,

Bukan saja pelajar yang menjadi mangsa malah para pensyarah juga dipaksa memberi kebenaran kepada pelajar untuk hadir..

Kalau pelajar yang tak hadir akan dikenakan tindakan.. Pensyarah pun sudah pasti tak akan terlepas dari tindakan..

Tapi dengar cerita ramai juga yang tak hingin nak hadir dengar kempen si Mukhriz tu…

Kenyataan di atas tu aku ambil dari FB Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang.. tengok di bawah ni..



Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang

Kesian dia.. terdesak sungguh naj jadi MB Kedah nampaknya..

Kalau bukan nak berkempen.. apa guna seorang Timbalan Menteri Perdagangan berjumpa dengan Mahasiswa..

Eh?? sejak bila Mahasiswa dibenarkan berpolitik ni?

Sayangnya YB yang aku minta tolong hantar orang pergi monitor perjumpaan Mukhriz dengan Ketua-ketua Kampung dari MKK tu cuma jawab... 'Noted' kat aku.. tapi tak ada action.. kalau tidak kan lebih meriah..

Woit YB!! lepas PRU13 ni hang tak mau jadi YB dah ka? Orang mintak tolong sikitpun tak boleh?


Jom Boikot Petron

Posted: 11 Jul 2012 04:38 PM PDT

ASAL BUKAN UMNO, ASAL BUKAN PETRON

MAKA apabila panjang usia Mahdey Kutty maka terdirilah PETRON, syarikat minyak yang dibeli oleh anak Mahdey Kutty dengan menggunakan duit jual arak di Syarikat San Miguel di Filipina. PETRON ini hasil dari pertukaran nama yang asalnya Esso Malaysia, maka membeli minyak di PETRON bererti berbelanja untuk anak Mahdey Kutty.



Begitulah hebatnya Mahdey Kutty mengawal negara ini setelah Najib kehilangan 'telor' sebagai pemimpin yang bukan sahaja takut untuk berdebat dengan DS Anwar, malah untuk mengawal si tua Mahdey Kutty pun beliau tidak terdaya lagi. Bala menimpa Najib kerana di rumah beliau dikawal oleh Bik Mama, di pejabat pula Mahdey Kutty memegang `remote control'nya. Sebab itulah agaknya Mahdey Kutty amat takut jika DS Anwar menjadi PM kerana akan kehilangan segala-galanya.





Paling menarik, Syarikat MAS juga `terpaksa' menandatangani perjanjian dengan PETRON pada 29 Jun yang lalu bagi membekal dan membeli bahanapi Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama 6 bulan mulai 01 Jul yang lalu. Ertikata, dalam tempoh tersebut MAS tidak boleh membeli minyak dari syarikat lain kecuali dari PETRON iaitu syarikat anak Mahdey Kutty ini. Satu cara urus niaga yang paling bangsat demi keluarga Mahdey Kutty.

Apakah itu Sun Miguel? Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak terbesar di Filipina. Syarikat ini menyumbang 95 % penjualan arak di Filipina. Anak Mahdey Kutty, Mirzan telah membeli saham syarikat ini dengan harga RM 2.9 Bilion. Beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat menjual arak ini. Mungkin bagi Mahdey Kutty, ini lah anak beliau yang paling `Soleh'.

Dan, tahukah anda apa itu PETRON? Minyak dan gas PETRON ini dimiliki 100 % oleh San Miguel, syarikat arak tersebut. Asalnya Esso Malaysia, dibeli oleh San Miguel dengan pemilikan saham 65 %. PETRON ini telah mengambil alih syarikat Esso Malaysia Sdn Bhd, Exxon Mobil Malaysia Sdn Bhd dan Exxon Mobil Borneo Sdn Bhd.

Persoalannya, wajarkah kita membantu stesen minyak PETRON yang kini mempunyai 560 buah stesen runcit di negara ini hanya kerana ia dimiliki oleh syarikat menjual arak (San Miguel)? Apatah lagi ianya dibawah anak Mahdey Kutty yang bapanya siang malam menuduh DS Anwar itu rendah moral? Tinggi sangatkah moral jutawan arak iaitu anaknya itu? Bermoral sangatkah dengan mengenepikan syarikat lain untuk berurusniaga dengan MAS dan menaikkan syarikat anak sendiri?

Kesemua fakta yang saya sebutkan itu adalah merujuk kepada fakta yang didedahkan oleh Malaysian Insider serta akhbar Suara Keadilan yang terbaru hari ini. Marilah kita sama-sama menolak PETRON, tolak Umno/Bn yang tidak lagi mampu untuk mengawal kerakusan Mahdey Kutty dan keluarganya. Kita boikot PETRON kerana kenderaan kita boleh berjalan tanpa minyak yang diisi dari stesen tokey arak ini.

/wfauzdin.blogspot.com


Abdullah Antong Ikrar Tumbangkan Umno/BN Perak

Posted: 11 Jul 2012 06:06 AM PDT

Seawal pagi tadi Abdullah Antong hantar mesej "jangan percaya sangat dengan berita ms 14 berita harian hari ini. Itulah mesej ringkas. Saya masih tidak faham, sebab belum baca berita tersebut. Tak lama kemudian Abdullah Antong telepon dan bersembang mengenai berita tadi.
Menurutnya ada wartawan berita harian datang ke rumahnya tanpa diundang. Sebagai tetamu, beliau tetap melayannya.

Beliau menjawab soalan wartawan dengan jujur, memang beliau belum jadi ahli PAS secara rasmi. Tapi penjelasan mengenai mengapa dia bersama PAS, sebab apa sokong PAS dan berkerjasama untuk tumbangkan BN tak pula keluar dalam berita tersebut. Dan banyak kekeliruan yang ditulis oleh wartawan.


Beliau menyakinkan saya, bila sampai masanya yang sesuai pasti beliau akan membuat pengisytiharan rasmi menyertai PAS, namun hatinya sudah dan tetap bersama PAS. Malahan berazam dengan kuat akan membantu PAS dan PR dalam PRU akan datang bagi menumbangkan UMNO BN sekalipun belum rasmi jadi ahli PAS.

Kisah Abdullah Antong

Saya antara yang tidak pernah kutuk Abdullah Antong ketika krisis Perak begitu hebat bergolak, saya kenal beliau. Beliau beritahu, sebagai pegawai kerajaan dia tertekan antara mengikut kehendak kerajaan yang haram atau kerajaan yang dirampas. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang diarahkan.

Sepanjang 11 bulan PR memerintah, beliau banyak memberi kerjasama yang cukup baik. Beliau rajin berjamaah Zohor yang diimami oleh Hj Nizar, dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Hj Nizar. Beliau sering ke pejabat saya dan berbincang banyak perkara. Sebelum PR memerintah, saya tidak pernah mengenali beliau pun, hanya setelah masuk pejabat, beliaulah antara pegawai kerajaan yang awal masuk pejabat MB dan tanya siapa Setiausaha Politik MB, dan beliaulah yang keluarkan surat perlantikan saya atas nama YAB MB Perak, dan ucap tahniah kepada saya.

Apabila Sivakumar, selaku speaker yang sah melantik saya sebagai SU DUN Perak, sidang DUN pertama yang kecoh itu (Speaker diusung keluar), Abdullah Antong setuju, sayalah yang akan menjalankan tugas sebagai SU Dewan, saya sudah bersiap pagi itu, tetapi dipintu pagar lagi sudah dihalang oleh polis sebab tidak ada pas masuk. Pengawal Keselamatan tidak ada masalah untuk membenarkan saya masuk, hari itu yang ambil tugas menjaga pintu pagar pihak polis. Saya tidak dapat masuk dan Abdullah Antong pun menjalan tugas seperti biasa.

Beliau dipindahkan ke Jabatan lain (PTG) beberapa bulan selepas BN merampas kerajaan. Beberapa tahun kemudian beliau bersara.

Saya dapat maklumat beliau berhasrat untuk bersama dengan PAS dan membantu PAS dalam PRU akan datang. Alhamdulillah,saya dapat bersembang dan bersarapan pagi dengan beliau bersama YDP Gopeng. Saya ajak beliau untuk hadir dalam program Himpunan Hijau bersama Tok Guru Mursyidul Am di Bagan Serai, beliau setuju hadir tetapi pada hari tersebut, beliau tidak berapa sihat badan. Saya diberitahu, beliau baru sahaja menjalani operation rupanya. Saya memahami masalahnya.

Sekali lagi saya jemput beliau untuk menjadi salah seorang tetamu dalam program Hi Tea bersama Mat Sabu dan pimpinan PAS Perak yang lain. Alhamdulillah, beliau tidak menghampakan jemputan dan hadir pada petang Sabtu 7hb Julai. Turut hadir, Datuk Bahari Jabar, bekas Timbalan Pengarah PTG negeri Perak, dan ramai lagi yang hadir.

Abdullah Antong turut diberi peluang berucap bersama rakan-rakan tetamu yang lain. Ucapannya cukup menyentuh dan diberi laungan takbir oleh orang ramai. Menurutnya, pengalaman berkhimat dengan MB Hj Nizar dan kerajaan PR walaupun 11 bulan tetapi jauh lebih baik, selesa, seronok berbanding dengan kerajaan terdahulu.

Banyak perubahan yang dibuat walaupun baru 11 bulan, beliau yakin PR mampu buat lebih baik lagi kalau lebih lama memerintah. Beliau juga menyatakan kalaulah UMNO BN baik dan tidak menyeleweng, mengapa perlu bersama PAS. Beliau bersama dengan PAS kerana UMNO BN sudah tidak betul lagi, dan beliau lebih yakin dengan PAS.

Saya diberitahu, selepas desas desus beliau akan meyertai PAS dan hadir dalam program bersama Tok Guru 16 Jun lalu, beliau dikunjungi oleh bekas pegawai tinggi kerajaan Perak seminggu selepas program 16 Jun. (beliau tidak dapat hadir sebab faktor kesihatan). Dalam kunjungan ke rumahnya hampir 1 jam itu, lebih kurang kesimpulannya beliau dinasihati oleh orang itu untuk tidak bersama dengan PAS.

Tetapi tekad dan semangatnya kuat, beliau hadir ke majlis jamuan teh bersama Mat Sabu dan menyampaikan ucapan.

Selepas berita kehadirannya tersiar dalam blog, ramai yang memuji dan ucap tahniah, yang kutuk dan ugut pun ada juga. Beliau juga menyedari pasti akan ada tekanan dan ugutan ke atas dirinya dan isteri beliau yang masih lagi berkhidmat sebagai guru.

Namun katanya, beliau tetapi istiqamah dan akan bersama dengan PAS untuk tumbangkan UMNO BN pada PRU akan datang. Doakan semuga beliau kekal istiqamh dalam perjuangan


Bajet SPR RM405 juta tidak masuk akal

Posted: 11 Jul 2012 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertambahan bajet sebanyak RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam peruntukan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) disifatkan tidak masuk akal, tegas Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat.

Senator Dr Syed Husin Ali berkata, kos tambahan untuk pilihan raya hampir setengah billion yang diluluskan merupakan kos yang paling tinggi setakat ini.

Katanya, bajet awal yang dikemukakan sebelum ini adalah RM45 juta kemudian ditambah sebanyak RM360 juta bagi persediaan dan pengendalian pilihan raya umum nanti.


"Jadi peruntukan ini sebanyak RM405 juta.Tidak masuk akal! Jumlah yang besar tetapi belum tentu memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Katanya, persediaan yang baik salah satu perkara utama untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan licin dan diterima rakyat khususnya daftar pemilih.

"Banyak persoalan yang telah ditimbulkan dalam soal ini dan saya rasa kita tidak boleh mengenepikannya umpamanya sindrom menafikan.

"Kita mahu bila berlaku pilihan raya, rakyat betul-betul percaya akhirnya dunia menghormati keputusan itu, " katanya yang turut membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Perbekalan Tambahan semalam.

Tarikh PRU


Sementara itu, Senator Muhamad Yusof Husin (gambar) menegaskan satu peraturan dibuat agar tarikh pilihan raya hendaklah diadakan setelah genap lima tahun dan tarikhnya diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13.

"Pengumuman itu agar semua rakyat Malaysia tahu bila tarikh pilihan raya umum berikutnya diadakan di samping memudahkan rakyat mengatur program mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh berkenaan," katanya.

Beliau berpendapat mandat lengkap lima tahun parlimen adalah idea yang baik cuma tarikh PRU diadakan perlu disesuaikan juga supaya tidak jatuh pada bulan Ramadan atau musim haji.

Beliau juga mempersoalkan jika ada negeri-negeri yang mengambil sikap untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu berasingan, tidakkah SPR terpaksa berbelanja lebih besar?

Yusof yang juga membangkitkan perkara ini di dalam ucapan penangguhan semalam meminta kerajaan memberikan perhatian serius dalam perkara ini kerana amalan merahsiakan tarikh PRU tidak berlaku di lain-lain negara kecuali Malaysia.

Turut bersama dalam sidang media itu, Senator Khairiah Mohamed, Senator Dr Ariffin Omar, dan Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, perbelanjaan sebanyak RM360 juta yang diperuntukkan kepada SPR adalah bagi menampung keperluan persediaan serta pengendalian Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11605--bajet-spr-rm405-juta-tidak-masuk-akal


Blogger Milo Suam Ditahan Polis Berhubung Amuk Iman Mahadi??

Posted: 11 Jul 2012 03:02 AM PDT


Ini SMS yang sedang menjalar bertalu-talu di dalam telefon Cucu Tok Wan! Semuanya mempunyai ayat yang sama atau dengan kata lain, dari satu sumber....

Blogger Pro Pakatan Milo Suam telah ditahan oleh pihak berkuasa sebentar tadi kerana disyaki terlibat dengan insiden AMOK Pedang Samurai Jaya Negara di JPM Putrajaya.


Harap-harap tidak ada blogger yang terbabit dalam kegiatan subversif sebegini rupa. Cukuplah blogger sebagai tukang tulis dan tukang propaganda, bukannya menjadi kagum dengan idealistik di hujung jari masing-masing.

HARAP-HARAP SMS YANG DITERIMA SEMENJAK PAGI TADI, BUKANLAH SESUATU YANG BENAR DAN HANYA BERSIFAT KHABAR-KHABAR ANGIN!!!

Sumber - Blogger Penchahai


PANAS - MARA batal pinjaman pelajaran pada anak pemimpin PKR

Posted: 11 Jul 2012 02:41 AM PDT


Tawaran pinjaman pelajaran kepada anak seorang pemimpin PKR ditarik balik apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempertikaikan status bapanya sebagai seorang Melayu.

Menurut pemimpin PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.


"Saya berusia 69 tahun dan itu sebelum Merdeka. Jiran kami telah
mendaftarkan kelahiran saya, jadi mesti dia telah mengandaikan kerana nama saya Syed, maka saya adalah Arab.

"Saya telah mendaftarkan sendiri kelahiran anak saya dan dalam sijil kelahirannya, dinyatakan bapanya adalah Melayu," katanya.

Syed Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier pada 23 Jun.

Sebahagian daripada surat itu, yang disiarkan Syed Hamid di laman Facebook beliau, menyatakan seorang atau kedua-dua ibu bapa pemohon penerima pinjaman pelajaran Mara mestilah Melayu atau bumiputera.

"Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tawaran saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana tidak memenuhi syarat seperti di atas," nyata surat tersebut.


Tiada ulasan: