Khamis, 12 Julai 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Tak tahu malu! Utusan perbodohkan lagi pengguna internet

Posted: 11 Jul 2012 05:10 PM PDT

SEBELUM ini sudah didedahkan di MiLo SuaM, bagaimana Utusan Malaysia memperbodohkan pengguna internet apabila merujuk blog suarapakatanrakyat.com sebagai blog pro pembangkang, rujuk sini [suarapakatanrakyat.com].

Kali ini tanpa segan silu, Utusan Malaysia terus memperbodohkan pembacanya, dan mengulangi lawak bodoh itu serta terus melaporkan kononnya suarapakatanrakyat.com merupakan blog pro pembangkang sedangkan ia adalah blog penyamar. [Utusan]



Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana taktik kotor dan busuk Utusan Malaysia merujuk kepada sumber palsu. Ternyata akhbar Utusan Syaitan ini memang tak tahu malu.

Dia sendiri buat sumber palsu, kemudian merujuk pada sumber palsu yang diciptanya sendiri untuk mengada-adakan propaganda jahat memburukkan Pakatan Rakyat.

ReJaM© "Teringin gua nak ludah muka editor Utusan Syaitan ni... "

Masjid dan surau di Selangor akan dapat Wifi percuma

Posted: 11 Jul 2012 07:55 AM PDT





BERITA baik untuk rakyat negeri Selangor. Dalam perbahasan di Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan semua masjid dan surau di Selangor mendapat kemudahan wifi percuma.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.

"Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak," katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.

"Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan," katanya.

Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.

Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.

"Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi," katanya [Selangorku].

ReJaM© "Lepas ni gua boleh update blog dari surau je yahoo..."

Rampas tanah, kenapa Umno Penang tak jadi mengamuk?

Posted: 11 Jul 2012 05:23 AM PDT

CUBA anda lihat gambar di bawah ini. Ini merupakan satu tunjuk perasaan membantah pembinaan sebuah Universiti di Pulau Pinang baru-baru ini.

Taktik biasa digunakan, mereka menyamar seperti penduduk Melayu yang marah dengan Lim Guan Eng, padahal semua muka-muka ahli Umno yang nak cipta isu untuk dimuatkan dalam Buletin Utama, TV3.

Seperti biasa, gerombolan songkok tinggi memainkan sentimen kononnya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menghalau dan merampas tanah orang Melayu di Pulau Pinang atas alasan pendidikan.



Namun tiba-tiba isu ini senyap, mereka yang berkobar-kobar sampai mata pun keluar api kononnya marah tahap paling tinggi kepada Lim Guan Eng, tiba-tiba senyap jadi ayam berak kapur kenapa?

Rupa-rupanya cadangan pembinaan Asian Women Leadership University (AWLU) adalah hasrat daripada kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Di bawah ini bukti hitam putih yang dihantar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Datuk Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk membina sebuah Universiti Awam.

Sila klik untuk membesarkan imej.




ReJaM© "Pergilah mengamuk depan Jabatan Perdana Menteri kah kah kah... "


Sumber dokumen: Sahabat Blogger [Zainul Faqar]

Tiada ulasan: