Khamis, 5 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Uncleseekers Ditahan Dibawah Akta Rahsia Rasmi

Posted: 05 Jul 2012 01:23 AM PDT

Penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers ditahan polis di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Kami menahan seorang lelaki dipercayai pemilik laman blog Uncle Seekers (www.uncleseekers.blogspot.com). Dia ditahan pada pukul 9.45 malam, 4 Julai (semalam).


Katanya lagi, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan pada petang ini.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.

Dalam operasi di Senawang pada malam tadi, polis turut menahan seorang wanita berusia 26 yang berada bersama lelaki berkenaan, tambahnya.

Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.

Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.

Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

Malaysiakini

Apabila Polis Dan Askar Masuk PAS... Apa Bakal Terjadi?

Posted: 04 Jul 2012 09:32 PM PDT

Cuba perhatikan susur-susur perkembangan tentang polis kita dan askar. Setelah BERSIH 3.0, banyak kecaman terhadap polis oleh rakyat mengenai keganasan mereka.

Tetapi jika melihat perkembangan terkini, seolah ada "cahaya " di hujung sana !
Pertamanya, orang nombor tiga dalam PDRM dahulu masuk PAS iaitu Dato Fauzi Shaari. Kemudian dua orang "polis lakonan" dalam Gerak Khas iaitu Zulkifli Ismail dan Abby Abadi mula berjinak dengan PAS (nota: Zulkifli telah masuk PAS).


Terkini, TG Presiden minta ahli PAS tidak menjadikan polis sebagai musuh. Satu uslub dakwah meramaikan kawan mengurangkan musuh.
Terakhirnya, Hero askar Melayu " Lt Adnan " Hairie Othman masuk PAS.

Kesannya, Gerak Khas bakal "dipadam" dari RTM jika ada lakonan Zul dan Abby. Jika anggota polis mahu jadi polis mithali, contohilah lakonan "polis baik" Abby dan Zul.

Dan yang harunya, Bulan Kemerdekaan kita bulan depan, bakal diharamkan tayangan filem "Lt Adnan" dalam TV kita. Cuba tanya Pembakar Jambatan Rais Yatim, benarkah begitu?

Jika lagu "Oh Azizah" serta filemnya Penarik Beca P Ramlee pun diharamkan dalam Radio RTM, apa lagi dengan filem Lt Adnan.

Tonton Gerak Khas....terbayang Abby dan Zul dengan PASnya.
Tonton Lt Adnan.....terbayang Hairie dengan PASnya.

Hebat juga pengaruh PAS ! Ada di mana-mana.

http://tokpepijat.blogspot.com/2012/07/apabila-polis-dan-askar-masuk-pasapa.html


Timbalan Menteri MCA Chua Tee Yong silap, kata Talam

Posted: 04 Jul 2012 07:36 PM PDT

Talam Corporation Bhd, yang didakwa telah diselamatkan oleh kerajaan negeri Selangor, menafikan dakwaan MCA itu dan berkata dakwaan Timbalan Menteri Chua Tee Yong itu "membingungkan".

Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Talam berkata ia menangani sendiri hutangnya dan berbuat demikian dengan melengkapkan satu pelan regularisasi yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 1 Julai 2009.


Pengerusi Talam, Tsen Keng Yam berkata, ia dilakukan lama sebelum perjanjian antara negeri dan Talam untuk penyelesaian hutang melalui tanah.

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa terdapat langkah menyelamatkan Talam oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.


PANAS - Akhirnya Uncleseekers Ditahan Polis

Posted: 04 Jul 2012 03:02 PM PDT

Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan.

Update - Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis.

Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang.

kerajaanrakyat

PRU13 - Pas Akan Kalah Semua Kerusi Di Selangor

Posted: 04 Jul 2012 04:38 AM PDT

Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, pertambahan mendadak pengundi baru yang diragui di Selangor memperlihatkan atas kertas tiada seorang pun calon PAS boleh menang dalam PRU-13 ini.

Katanya, maklumat semasa di 20 Dun yang bakal ditandingi PAS, pertambahan pengundi baru sangat ketara dan luar biasa menyebabkan kerusi yang ditandingi sangat tidak selamat.


Keadaan sekarang di Selangor juga katanya mirip apa yang dilakukan terhadap negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS ketika itu jatuh kepada BN.

"Atas kertas satu orang pun calon PAS tak boleh menang sekarang ini dengan kemasukan 600 ribu pengundi baru yang meragukan di negeri ini," katanya dalam rancangan Fokus Isu, Selangorku semalam.

Beliau yang juga pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) berkata demikian ketika diminta mengulas peluang PAS di negeri itu khususnya di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi parti itu.

Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada seluruh jentera parti negeri itu mengadakan solat hajat agar diberi pertolongan oleh Allah menghadapi situasi itu.

"Tahun 2008 siapa boleh jangka kita menang. Sampai Khir Toyo kata nak bagi pembangkang sifar di Selangor.

"Ada kata di Meru, letak katak pun BN boleh menang. Tapi Allah lebih berkuasa menentukan," katanya.

-HarakahDaily


Chua Soi Lek Bangga Dengan Skandal Seks

Posted: 04 Jul 2012 03:56 AM PDT

Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu.

"Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Chua (kiri).


Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.

Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.

Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".

Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.

Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.

"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim.


Tiada ulasan: