Kelab Greenboc |
- Chua Soi Lek Melenting ADUN UMNO Cadangkan Hudud
- Jefrydeen Terima Geran di Kampung Melayu Subang Setelah 10 Tahun Menunggu
- [BERGAMBAR] Macam Dalam Filem: Rompakan Mesin ATM Di Carrefour Wangsa Maju
- Himpunan Hijau Perlu Diteruskan!
- Imam Muda Digantung Kerana Benarkan TGNA Jadi Imam
- Lelaki Cedera Dibelasah Akibat Cinta Isteri Orang Yang Curang
- [BERGAMBAR] Insiden Serang Guan Eng, Polis Masih Biarkan PERKASA & UMNO
- Terdapat Perbezaan Ketara Diantara UMNO & PAS Menyebabkan ramai Artis Pilih PAS
Chua Soi Lek Melenting ADUN UMNO Cadangkan Hudud Posted: 02 Jul 2012 12:30 AM PDT Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Grafik: Pencinta keadilan. Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan. "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya. Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu. Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS. Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan). Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam. Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar. MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing. MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP. -mk Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan |
Jefrydeen Terima Geran di Kampung Melayu Subang Setelah 10 Tahun Menunggu Posted: 01 Jul 2012 10:50 PM PDT Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydeen Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini hari ini. Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai. "Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya. Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal," kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu "Kenanganku". Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk kampung tersebut di sini hari ini. Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim. Seorang lagi penerima, Che Nah Salleh, 60, berkata pemberian hakmilik itu adalah bukti Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan kebajikan rakyat di Selangor. Pesara kakitangan kerajaan itu pernah membuat permohonan hakmilik pada zaman pentadbiran Umno-BN tetapi keputusannya menghampakan. "Selepas 2008 barulah segalanya berubah dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Memang saya gembira dengan anugerah ini," kata ibu tunggal lima anak yang kematian suami pada 1981 itu. Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai penduduk di sesuatu kawasan penempatan di Selangor yang masih tidak dapat hakmilik. Ini kerana mereka adalah terdiri dari penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan tersebut dalam tempoh yang lama. "Oleh sebab itu Kerajaan Negeri telah meminta Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun masanya agak lama untuk selesai, iaitu lebih dari setahun, tetapi saya rasa bila sudah diselesaikan, ia memberikan ketentuan kepada pemiliknya," katanya. -selangorku Terharu Terima Geran Sampai Tak Boleh Tidur Malam |
[BERGAMBAR] Macam Dalam Filem: Rompakan Mesin ATM Di Carrefour Wangsa Maju Posted: 01 Jul 2012 08:51 PM PDT RM1.17 juta dalam empat mesin ATM lesap KUALA LUMPUR - Wang tunai berjumlah RM1.17 juta di dalam empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1 pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, dilarikan penjenayah awal hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata kejadian disedari seorang pengawal keselamatan pada pukul 7 pagi semasa membuat rondaan dan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan mesin ATM itu telah dialihkan. Melihat kesan tebukan pada keempat-empat mesin ATM berkenaan, pengawal keselamatan itu bertindak melaporkan kepada polis. Othman berkata berdasarkan siasatan awal rakaman CCTV, kejadian pada pukul 3.06 pagi itu dilakukan sekumpulan penjenayah yang memakai topeng muka dan menggunakan alat pencair besi (oxy-gas) bagi menebuk keempat-empat mesin ATM itu. "Kami percaya ia dilakukan sekumpulan penjenayah yang cukup profesional dan perancangan mereka amat rapi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Othman berkata polis kini memburu kumpulan penjenayah terbabit berdasarkan rakaman CCTV di tempat kejadian. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat segera menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama
|
Himpunan Hijau Perlu Diteruskan! Posted: 01 Jul 2012 05:30 PM PDT Himpunan Hijau Ke Putrajaya perlu diteruskan sehinggalah pengumuman pilihanraya umum ke 13 dilakukan oleh Perdana Menteri. Ia adalah untuk mengekalkan momentum sambutan rakyat terhadap Pakatan Rakyat amnya dan PAS khususnya di dalam usaha untuk mempastikan bahawa UMNO BN dapat ditumbangkan di dalam PRU yang akan datang ini Setakat ini beberapa buah negeri sudah mengadakan Himpunan Hijau iaitu Kedah, Perak, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Terengganu dimana kehadiran di semua negeri mencecah ke angka 20,000. Satu rahmat dan hikmah yang besa dan nyata apabila Najib tidak jadi untuk membubarkan parlimen di dalam waktu yang terdekat kerana ia memberi ruang dan kesempatan kepada Pakatan Rakyat menggembelengkan seluruh tenaga dan sokongan rakyat bagi memperkukuhkan iltizam untuk menawan Putrajaya. Malah, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini pernah menyatakan, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu. Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ianya disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong Pakatan Rakyat. Mengulas Himpunan Hijau yang berlansung di Johor kelmarin, Tuan Guru menyatakan belum pernah lagi sebegitu ramai menghadirinya di negeri Johor. "Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," tambahnya. GB ingin tegaskan di sini, sekalipun sebelum ini pihak berkuasa menyatakan bahawa perhimpunan aman sering dikaitkan dengan hal-hal yang mencemarkan seperti berlakunya keganasan dan seumpamanya, namun, PAS telah membuktikan di dalam kesemua Himpunan Hijau yang telah dijalankan, tidak ada satu insiden pun yang menunjukkan wujud sebarang kekecohan sekalipun bilangan peserta Himpunan Hijau mencecah angka ribuan rakyat. Ia juga membuktikan bahawa perhimpunan rakyat seperti Bersih dan Himpunan Hijau itu tidak sedikit pun menimbulkan ancaman terhadap keselamatan awam seperti yang digembar-gembur dan di momokkan jika tiada sebarang provokasi dan campurtangan dari mana-mana pihak. Justeru itu tiada sebab untuk kita berhenti dari mengadakan Himpujan Hijau lagi. Malah langkah itu wajar apabila kerajaan memekakkan telinganya terhadap tuntutan-tuntutan yang telah dilakukan untuk pilihaya bersih, telus dan adil melalui siri himpunan BERSIH yang telah kita sertai. Yang takut dengan Himpunan Hijau sekarang ini ialah UMNO dan sekutu-sekutunya! Himpunan Hijau langkah gagah PAS ke Putrajaya |
Imam Muda Digantung Kerana Benarkan TGNA Jadi Imam Posted: 01 Jul 2012 03:48 PM PDT Maklumat terbaru! Imam Muda Masjid Jamek Pasir Gudang, Johor Bharu telah digantung tugas hanya kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi Imam ketika Solat Jumaat minggu lalu di masjid berkenaan. -fb ULASAN GB Jika berita di atas benar, maka UMNO benar-benar sedang menuju kehancurannya bermula di negeri paling selatan semenanjung. Ini bererti UMNO menggunakan segala caranya untuk menyekat dan menghalang umat Islam yang berlainan parti politik untuk mengimamkan solat dan sifat munafiq UMNO juga menjadi semakin jelas lantarannya. Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk Imam Muda tersebut yang lebih memuliakan dan menghormati ulamak dan kehancuran untuk UMNO lantaran menjadikan "rumah Allah" itu hanya untuk golongan mereka. |
Lelaki Cedera Dibelasah Akibat Cinta Isteri Orang Yang Curang Posted: 01 Jul 2012 06:37 AM PDT Besut - Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung. Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang ke rumah daripada menjala udang. Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut. Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi. Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan. Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya. Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya. Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis. Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka. Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah. Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya. Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi. Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat. -SH |
[BERGAMBAR] Insiden Serang Guan Eng, Polis Masih Biarkan PERKASA & UMNO Posted: 01 Jul 2012 05:07 AM PDT Tiba-tiba ahli Perkasa menyerang saya – Guan Eng GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR. Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN. Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka. "Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya. "Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis. "Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas," ujarnya. Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum. Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan. "Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri," katanya. -HD Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang dicemari insiden kekecohan Ulasan GB UMNO=PERKASA=BERNAMA=UTUSAN Mereka saban waktu menyerang Lim Guan Eng. Mereka yang rasis tetapi yang dituduhnya Guan Eng. Mereka menggunakan "rasisma" sebagai talian hayat terakhir mereka tatkala nazak. Mendukacitakan tindakan-tindakan mereka didiamkan oleh pihak polis seolah-olah merestui hal tersebut terjadi. Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Yang bersalah PASTI akan menerima akibat dan hukuman setimpal. |
Terdapat Perbezaan Ketara Diantara UMNO & PAS Menyebabkan ramai Artis Pilih PAS Posted: 01 Jul 2012 02:54 AM PDT Alhamdulillah, ramai artis berhijrah PETALING JAYA: "Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan," kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT. "Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya. "Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah," katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini. Kelmarin Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di Johor Baharu. Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah. Di antara mereka ialah selebriti seperti Bob Lokman, penyanyi Aishah, pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze dan Raja Dangdut Iwan Syahman yang kembali ke pangkal jalan dan mengenal siapa diri mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya. Insaf Kebanyakan artis yang telah insaf memilih pentas PAS untuk menceritakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama berjuang untuk menegakkan kalimah Allah melalui parti Islam itu. Artis seperti Abby Abadi sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Perjuangan PAS yang mengadunkan kerja-kerja dakwah untuk melaksanakan hukum Allah dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti politik adalah bersesuaian dengan jiwanya. Apatah lagi PAS dipimpin oleh para ulama' seperti Nik Aziz dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan kenegaraan menurut acuan Islam. Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini. Budaya rasuah, samseng, adu dumba, memfitnah, video lucah, senaman buntut dan berbagai penyelewengan dalam Umno selama ini adalah tidak lagi dipandang sesuai dan relevan pada masa ini. Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam. Dekatkan diri dengan Allah Dalam gerakerja dan aktiviti PAS, terdapat pengajian ilmu agama, usrah, tamrin, halaqah termasuk penganjuran ibadat-ibadat khusus seperti solat berjemah, berdoa, bermunajat yang bertujuan untuk mendapat pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah. Memandangkan terdapatnya perbezaan yang ketara ini di antara Umno dan PAS maka ramai artis mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS yang menerima Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan yang tertinggi seperti tercatat dalam perlembagaan PAS. Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri." Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur. Abby Abadi merupakan contoh seorang artis yang memahami hakikat bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah….. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan