WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
TIBA-TIBA UMNO MAHU HUDUD DI JOHOR? Posted: 01 Jul 2012 09:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MAKA, tiba-tiba ada ADUN Umno dari Johor berminat untuk berbicara soal Hudud setelah Umno berkuasa lebih 50 tahun. Mengapa? Adakah beliau ini baru memeluk Islam atau baru sehari dua ini telah menemui ayat tentang Hudud di dalam Al-Quran? Baca di SINI. Peliknya, beliau berkata Hudud yang beliau mahu Umno Johor laksanakan di Johor itu tidak sama seperti yang ingin dilaksanakan oleh PAS. Ertikata lain, ini Hudud Umno agaknya. PAS dari awal tidak sebut Hudud itu adalah Hudud PAS tetapi hukum tersebut adalah seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran. Sebab itulah sejak berzaman lagi Umno tidak pernah berani menyahut seruan dan cabaran PAS untuk berdebat mahupun untuk bermuzakarah tentang isu Hukum Hudud ini kerana mereka tahu PAS sememangnya berpandukan kepada Al-Quran, sedangkan Umno berpandukan akal dan lojik mereka semata-mata. Mana mungkin akal yang sedikit yang dicipta oleh Allah untuk manusia itu boleh melawan Al-Quran Kalamullah? Hujah Adun Umno yang jahil ini, Hudud yang beliau mahu Johor laksanakan itu akan merangkumi semua termasuk bukan Islam. Justeru itu katanya, orang-orang bukan Islam harus diberi kefahaman terlebih dahulu tentang hukum ini. Bagi PAS, memang benar, adalah penting untuk memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum Hudud dan ini lah yang sudah lama dilakukan oleh PAS. Tetapi, memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum ini bukan bererti memaksa mereka menerima hukum Hudud. Ini lah beza Umno dan PAS. Umno berpendapat bukan Islam hendaklah diberi kefahaman kepada mereka tentang Hudud kerana Hudud akan dikenakan kepada bukan Islam juga. Ini lah yang dikatakan hukum akal. Sebagai contoh, kita memberi kefahaman kepada rakan kita tentang berpuasa agar mereka memahami apa itu berpuasa bagi umat Islam dan mereka boleh menghormati kita sewaktu kita berpuasa umpamanya mereka tidak akan makan minum di hadapan kita. Adakah kita perlu paksa kawan kita bukan Islam ini untuk berpuasa? Apa pun, benarkah Umno ikhlas dengan hukum Allah ini? Jika hukum menutup aurat pun pemimpin Umno gagal mahu perintahkan kepada isteri masing-masing, lojik kah pada akal pemimpin Umno mahu laksanakan Hudud? Ini semua politik Umno yang mahu menjual agama semata-mata takut akan kebangkitan PAS di Johor, itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com |
TAMPIL BERSAMA WARGA TENTERA DI PORT DICKSON Posted: 01 Jul 2012 10:40 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PADA 30hb Jun baru-baru ini, sejarah tercipta buat aku apabila tampil di pentas ceramah umum di Batu 4, Port Dickson iaitu tempat di mana aku dilatih di dalam bidang ketenteraan dahulu. Sasaran program tersebut sudah pastinya adalah warga tentera sekitar Port Dickson dan bekas-bekas tentera yang menetap di sana. Atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) yang diwujudkan di dalam PKR Pahang, diasaskan oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman maka aku penuh yakin bahawa kali ini di dalam PRU akan datang, undi majoriti warga tentera akan berpihak kepada PR. Kehadiran malam itu, majoritinya adalah warga tentera dan bekas-bekas tentera kerana telah diwar-warkan bahawa program malam itu memang khusus untuk golongan ini. Malang sedikit, program malam tersebut tidak dapat menyaksikan kemunculan Brig Jen (B) Hadi, bekas Panglima dari TUDM yang ada kaitan dengan isu kontroversi kehilangan injin pesawat TUDM. Beliau tidak dapat hadir di saat-saat akhir kerana keuzuran. Namun, program malam tersebut dipanaskan oleh seorang tokoh muda yang hebat iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat. Aku beranikan diri di pentas untuk bercakap berkaitan isu-isu tentera. Di antara yang aku sebut adalah mengapa warga tentera mesti berpolitik. Mengapa politik itu penting untuk warga tentera walaupun mereka dilarang untuk menyertai mana-mana parti politik. Mengambil tahu tentang politik akan dapat memastikan bahawa warga tentera tidak boleh diperdayakan sesuka hati oleh pemimpin-pemimpin politik. Aku juga menyentuh beberapa isu berkaitan aspek keselamatan dengan membawa kisah atau peristiwa Sauk (Al-Maunah) yang terjadi pada tahun 2000 yang lalu. Terbaru, peristiwa pencerobohan kem tentera di Melaka. Sesuai dengan tempatnya, aku juga menyentuh tentang janji-janji Isa Samad (Adun Bagan Pinang) sewaktu beliau berkempen di dalam PRK Dun Bagan Pinang sebelum ini. Sdr Rafizi menambahkan lagi panas ceramah malam itu apabila beliau turut mendedahkan betapa Najib adalah pengkhianat negara kerana sanggup menjual rahsia keselamatan negara di dalam isu pembelian Scorpene. Dan, banyak lagi isu-isu berkaitan dengan tentera disentuh malam itu bukan sahaja oleh KOBAT tetapi juga oleh Sdr Rafizi. Aku merasa program malam itu sangat berjaya kerana bukan mudah untuk mengumpulkan warga tentera dan bekas-bekas tentera untuk hadir di dalam program ceramah seumpama ini. Syabas pihak penganjur dan terima kasih kepada warga tentera serta bekas-bekas tentera yang sudi hadir./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan