Isnin, 2 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Khalid Ibrahim Nak Beri Tuisyen Matematik Percuma Untuk Noh Omar

Posted: 02 Jul 2012 12:07 AM PDT

MB: 'Noh harus belajar perakaunan dari saya'

SUBANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi maklum balas berkenaan dengan cabaran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi tempoh seminggu kepadanya agar mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Menurut Menteri Besar Selangor, maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Noh mengenai Unisel hanya khabar angin semata-mata.


"Beliau (Noh Omar) harus belajar perakaunan daripada saya kerana kebanyakan yang diketahui mengenai Unisel hanya khabar angin sahaja," kata beliau mengulas cabaran Noh di sini, hari ini.

Terlebih dahulu Noh mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Unisel.

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada Pas dan PKR.

Beliau berkata, kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

Dalam ulasannya, Khalid juga berkata, tindakan meletakkan wakil Kerajaan Negeri dalam Unisel tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia amalan biasa kebanyakan universiti dalam negara.

Abdul Khalid berkata, kebanyakan universiti di negara ini mempunyai wakil daripada pihak kerajaan termasuk beliau sebagai wakil kerajaan dalam universiti milik Kerajaan Selangor itu.

Menurutnya, kebiasaan Pengerusi Unisel adalah daripada kerajaan negeri Selangor dan pihaknya memilih orang-orang berkelayakan untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengarah universiti itu.

"Misalnya saya memilih Dr Che Rosli Che Mat, meskipun dia Ahli Parlimen Hulu Langat, namun beliau mempunyai kelulusan dalam Fizik yang dapat membantu membina pusat Atom, kalau itu kita bangkang dalam pemilihan, maknanya kita tidak pilih orang yang baik.

"Kalau Noh Omar ada orang yang setaraf dengan Che Rosli, beliau boleh cadangkan kepada saya, kerana pemilihan penting bagi memberi nama baik kepada negeri Selangor," kata beliau yang turut mengulas kenyataan Noh yang mendakwa Abdul Khalid rakus mempolitikkan pentadbiran Unisel apabila melantik ketiga-tiga mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menjelaskan pemilihannya bukan disebabkan kepentingan politik tetapi kerana faktor keupayaan dari segi mentadbir syarikat korporat.

Katanya, yang penting adalah bagaimana universiti itu dijaga dan dakwaan dibangkitkan dianggap terlalu kecil serta tidak memberi tambah nilai ke atas kritikan itu.

Sinar Harian



Isteri: Tahanan ISA dakwa dipukul pegawai kem

Posted: 01 Jul 2012 11:47 PM PDT

Isteri kepada salah seorang tahanan ISA yang mengadakan mogok lapar di Kem Tahanan Kamunting Nunurheni@Aini Onim berkata suaminya tidak pernah mengadu dipukul ketika dalam tahanan, tetapi lain halnya ketika beliau menemui lelaki itu semalam.

Nunurheni (kiri) berkata, pada pertemuan itu barulah suaminya itu, Razali Kassan menceritakan kejadian menyayat hati yang berlaku di dalam kem tersebut.


Dalam pertemuan tersebut, Razali yang dilihatnya berada dalam keadaan lemah dan pucat menceritakan betapa beliau dipukul oleh pegawai kem, kata Nunurheni.

"Dia biasanya tak mengadu macam itu. Dia tak pernah mengadu dia kena pukul ke. Dari mula ditahan, dia tak pernah cakap apa-apa. Dia cakap ISA baik, pembangkang yang burukkan ISA kata teruk.

"(Tetapi) semalam dia cakap dia dipukul. Macam mana, saya tak dapat membayangkan. Alasannya (dipukul) cuma (kerana) tak ikut arahan, menyusahkan kerana perlu hantar ke hospital dan tak makan bila diberi makan," kata Aini dengan sebak.

Isteri kepada seorang lagi tahanan yang menyertai mogok lapar tersebut turut menyatakan perkara sama.

Khairunniza Mohd Khir (kiri) berkata suaminya, Mustawan Ahbab turut menceritakan bahawa Razali bukan sahaja dipukul malah turut diludah oleh pegawai tersebut.

"Saya jumpa (Mustawan) dalam 30 minit sahaja. Suami saya beritahu yang Razali memang kena pukul, dibelasah, diludah kerana masih mogok lapar.

"Dia (suami) beritahu saya orang atasan yang buat. Dia tak tahu pangkat tapi dia kata, bukan orang bawahan tapi orang itu pegawai tinggi di KemTa," kata Khairunniza, 36.

Wanita berkenaan berkata demikian dalam satu program dialog di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.

Razali yang berasal dari Johor ditahan di bawah ISA pada Januari 2011 kerana disyaki menyeludup senjata.

Mustawan pula ditahan pada Oktober 2010 kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan.

Razali dan Mustawan merupakan antara tahanan yang mengadakan mogok lapar kerana masih belum dibebaskan walau ISA sedang dalam proses untuk dimansuhkan.

http://www.malaysiakini.com/news/202480


Umno Kedah Berkubur Tanpa Nesan

Posted: 01 Jul 2012 07:38 PM PDT

Parti Gerakan ganti Umno di Kedah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah yang diterajui PAS sudah memasuki tahun kelima. Namun kelibat Umno sebagai pembangkang adalah pasif sepanjang hampir satu penggal pilihanraya ini. Ada pihak dalam Umno menyalahkan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai punca kelembapan Umno sebagai pembangkang, mahupun sebagai penggerak Umno Kedah.

Tangapan tersebut tidak betul kerana sepanjang tempoh masa lebih empat tahun sebagai pembangkang, Kedah pernah dipimpin oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid dan Dato' Shafie Afdhal sebagai pemimpin nombor satu Umno Kedah tapi Umno Kedah 'sunyi sepi' juga. Umno Kedah lemah bukan kerana pemimpin tetapi ahli bawahan sudah hilang daya juang.



Hanya ahli parti gerakan yang simpati terhadap perjuangan UMNO sedangkan ahli UMNO pun tak kelapaq dah kat UMNO.. bendera sendiri pun depa cucuh


Mungkin ada yang bertanya, apa yang perlu dirisaukan jika Umno Kedah pasif? Baguslah bagi PAS. Politik Kedah tidak begitu. PAS akan bekerja dua kali ganda jika musuh utamanya, Umno tunjuk kuat.

PAS mampu membangunkan kompleks pendidikan terbesar iaitu Muassasah Darul Ulum sewaktu jadi pembangkang apabila tanah muassasah tersebut dirampas oleh kerajaan negeri. Ada yang sanggup bertindak agresif sehingga merengkok dalam tahanan ISA.

Sebelum era Datuk Seri Azizan sekarang, PAS paling kuat dalam sejarah Kedah ialah selepas PRU 1999 apabila berkaya memenangi 12 dari 36 kerusi DUN. Lawan utamanya pada masa itu ialah Tan Sri Sanusi Junid yang menyerang PAS dengan penuh keceluparannya. PAS pernah diancam dengan 'mandi darah' apabila membawa masuk Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom berceramah di Kedah.

Selepas itu PAS kurang 'bernasib baik' apabila Umno dipimpin oleh Dato' Syed Razak Syed Zain yang tidak tahu mengkritik PAS. PAS memperolehi hanya lima kerusi di Kedah semasa beliau menjadi Menteri Besar mungkin juga kerana faktor nasional di mana rakyat tengah ghairah dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi tetapi bagi PAS Kedah sendiri pada masa itu cukup sukar berhadapan dengan BN yang semacam tidak ambil peduli dengan PAS sebagai pembangkang.

Di Selangor dan Pulau Pinang Umno begitu rakus menyerang kerajaan negeri. Di Kedah kerajaan negeri cuma diserang oleh NGO yang disertai tidak sampai 100 ahli. Orang yang sama menubuh beberapa buah NGO untuk menyerang kerajaan negeri dalam pelbagai isu. Umno hilang entah ke mana.

Tempat Umno sebagai pembangkang utama (sepatutnya) di Kedah telah diambilalih oleh parti Gerakan. Parti Gerakan muncul hampir dalam kebanyakan isu cuba menjadi juara rakyat tetapi kebanyakannya membidas ke muka sendiri.

Baru-baru ini parti Gerakan muncul membidas kerajaan negeri kerana membenarkan perumahan awam flet Seri Gemilang diduduki pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Menurut Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang permahan awam itu sepatutnya dihuni oleh rakyat berpendapatan rendah yang tidak berumah tetapi disalahguna untuk diberi kepada pelajar.

Bayangkan jika isu seperti ini dimainkan oleh DAP, maka riuhnya media talibarut BN terutamanya Utusan Malaysia akan menggerakkan sentimen perkauman kononnya DAP menentang tindakan kerajaan mengutamakan aspek pendidikan dari perkara lain. Tetapi kerana yang membawa isu tersebut Gerakan dan pihak yang diserang ialah kerajaan negeri Pakatan, maka media talibarut BN pun menyepi macam kura-kura menyorokkan kepala dalam cengkerangnya.

Pendudukan pelajar KUIN di flet tersebut hanya sementara kerana kampus induk KUIN di Kuala Ketil sedang disiapkan. Selepas semua pelajar berpindah ke sana maka flet itu akan dikosongkan dan bolehlah diduduki rakyat berpendapatan rendah tiada berumah.

Menjelang hampirnya bulan Ramadhan kali ini, mengingatkan kita kepada isu pusat hiburan di Kedah setahun lalu. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Ken Liang ugut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri kerana menghalang hak bukan Muslim menjalankan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan apabila timbul ura-ura ia cuba dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.

Peraturan tidak membenarkan pengusaha pusat hiburan menjalankan operasi di bulan Ramadhan dibuat pada tahun 1997 sewaktu Tan Sri Sanusi Junid menjadi Menteri Besar dan diwartakan pada 12 Febuari 1998 tetapi tidak dikuatkuasakan kerana ditentang oleh Gerakan dan MCA pada masa itu.

DAP Kedah yang tidak mengulas apa-apa mengenai isu ini mendapat kecaman dari media-media talibarut Umno tapi Gerakan yang mahu menyaman kerajaan negeri tidak diganggu oleh para pemuka perkauman Melayu.

Gerakan juga membangkitkan isu kononnya rumah kos rendah yang dilancarkan di Pokok Sena dua tahun lalu belum dimulakan pembinaan. Walhal ia sudah dibina dan fasa pertama melebihi 100 unit sudah habis dijual. Tapak kosong yang ditunjukkan oleh Tan Keng Liang adalah tapak perasmian projek dahulu bukan tapak pembinaan untuk fasa pertama.

Seterusnya Gerakan menyerang kerajaan negeri kerana kononnya masih tidak dapat memulakan projek rumah kos rumah di Kubang Pasu walaupun pelancaran telah dibuat. Sebenarnya kelewatan berlaku disebabkan pemaju mengubah pelan asal, maka permohonan terpaksa melalui proses dari mula kembali. Semua maklum bahawa jabatan kerajaan akan melalui kerenah birokrasinya tersendiri demi mengambil jalan selamat. Tidak guna projek dipercepatkan macam yang berlaku di Terengganu, asyik runtuh sana sini.

Gerakan adalah pihak yang paling lantang menentang perobohan pusat pemotongan babi yang terletak di kampung Melayu di awal pentadbiran kerajaan Pakatan dahulu.

Gerakan mengkritik kerajaan negeri kerana tidak membuat tender terbuka untuk pelabur walhal kerajaan bukan pembiaya kepada para pelabur.

Gerakan juga membangkitkan isu kuota perumahan 50-50 untuk Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping).

Di mana saja ada isu atau dirasa boleh dijadikan isu, Gerakan Kedah akan muncul cuba menjuarainya tidak kira sama ada isu kecil atau besar, penting atau tidak, betul cara menanganinya atau tidak.

Secara peribadi saya suka kalau Umno yang berperanan sebagai pembangkang utama di Kedah bukan Gerakan. Seranglah kerajaan negeri atas apa jua isu. Sekurang-kurangnya ia akan membakar semangat para petugas PAS untuk bekerja lebih kuat dan mengatur serangan balas.

http://kedahla.blogspot.com/2012/07/mana-pi-umno-kedah-mampoih-ka-apa.html


Seorang Lagi Orang Besar Sertai Pas Di Pahang

Posted: 01 Jul 2012 04:24 PM PDT

TEMERLOH: Memandangkan Pahang penuh dengan kawasan peneroka, PAS Pahang berjaya menarik seorang tokoh pembangunan tanah iaitu Datuk Ramli Buyung, bekas Naib Presiden Kanan Felcra Berhad menyertainya.

Ramli [kanan sekali] berada di pentas bersama Datuk Fauzi dan Tuan Guru Abdul Hadi

Penyertaan Datuk Ramli diumumkan pesurujaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Hijau Pahang malam ini.


Ramli menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan puluhan ribu rakyat Pahang yang memenuhi Dataran Kerdau.

Tuan Ibrahim ketika mengumumkan penyertaan Ramli berkata, PAS Pahang mempunyai 10 tokoh yang ingin menyertai PAS.

"Malam ini kita umumkan satu dahulu," Tuan Ibrahim dengan disambut teriakan takbir dan kibaran bendera PAS.


Puluhan ribu yang memenuhi Dataran Kerdau dalm Himpunan Hijau peringkat negeri Pahang

Kibaran bendera di majlis anjuran PAS merupakan fenomena baru. Ia bermula di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Setar sebelum ini.

Ramli dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Temerloh sebelum melanjut pelajaran ke universiti dalam bidang ekonomi.

Beliau merupakan tokoh teknokrat terbaru yang menyertai PAS menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

Hak demokrasi

Turut berucap dalam himpunan kali ini adalah Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dalam ucapannya, Fauzi menyeru rakan sepasukannya sebelum inin sebagai pihak pelaksana undang-undang memberikan keadilan kepada semua.

Beliau juga menyeru semua pihak agar melaksanakan sepenuh tuntutan Islam dan bersabar dalam menghadapi kerenah semua pihak dalam menyeru ke arah kebaikan.

"Bila saya isytihar masuk PAS, ada orang tuduh saya pengkhianat kepada negara. Suka saya tegas saya tidak khianat. Kalau sebelum ini saya menjalankan tugas setimpal dengan gaji yang saya terima. Sekarang saya menjalan tugas dan hak demokrasi saya untuk menyuarakan pandangan saya," kata Fauzi.

Pada sebelah petang, dalam majlis Ekpresi Hijau Anak Muda, penyanyi yang baru menyertai PAS, Aishah turut memberikan ucapan.


Mentaliti Bodoh Noh Omar..

Posted: 01 Jul 2012 09:31 AM PDT

Wai bonggok..! Kalau laporan kewangan tu dah ada dalam tangan ko.. Ko dedahkan ajelah.. Buat apa nak cabar2 pulak.. Kalau main cabar2 ni kompom lah ko cakap kosong.. Sudah-sudahlah bodohkan diri sendiri...

MB Selangor Dicabar Dedah Kedudukan Kewangan Unisel

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.


"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Ahad.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

"Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu," katanya.

Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah B Ndan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel.

Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.

"Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan," katanya.- Bernama


Amaran Keras Perkasa Kepada Kaum Cina Di Johor

Posted: 01 Jul 2012 06:43 AM PDT

AMARAN BODOH.. MACAM BUDAK-BUDAK TADIKA.. HEHEHE...


Kini poster yang dipercayai dikeluarkan oleh Perkasa Negeri Johor memberi ugutan kepada kaum Tionghua.

Para peniaga diminta jangan naikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya dan pengundi Cina kena pastikan calon Melayu dari BN menang.

Kalau calon Melayu dari BN beerti calon-calon UMNO lah..

Dahsyat punya beri amaran.

Ugut kaum Cina dalam masa yang sama mohon undi sampai beri kemenangan kepada calon UMNO.

Sumber di sini



Imam Muda Digantung Kerana Benarkan TGNA Jadi Imam

Posted: 01 Jul 2012 05:22 AM PDT


Berita terkini: imam muda masjid jamek pasir gudang telah di gantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz sembahyang jumaat dan menjadi iman di masjid jamek pasir gudang johor...nie la politik kotor yg di buat oleh puak2 yg sggup m'gadaikn agama demi politik di malaysia.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150873441736008&set=a.346841511007.161225.342823946007&type=1&theater

Penjawat Awam Perlu Taat Kepada Raja Dan Negara Bukan Pada BN

Posted: 01 Jul 2012 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan 1.4 juta kakitangan awam bahawa mereka seharusnya "taat kepada negara, Raja, dan Perlembagaan, bukannya kepada parti memerintah,"dengan peningkatan berat sebelah oleh penjawat kanan kerajaan.

"Mereka perlu ingat kerajaan boleh berubah. Parti politik yang membentuk negara boleh datang dan pergi.

"Jika parti yang memerintah, jadi liar, adakah kita akan jadi seperti mereka? Tidak. Kita perlu kekal sebagai penjawat awam dan berkhidmat untuk rakyat," kata Timbalan Pengerusi Nasional DAP Dr Tan Seng Giaw (left) kepada The Malaysian Insider.


Ketua Setiausaha yang dilantik Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah mengingatkan orang bawahannya supaya "lebih tahu" dan tidak mudah mempercayai "janji kosong" dibuat oleh pembangkang..

Kecewa dengan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan Ali telah memulakan kedudukannya itu dengan "permulaan yang teruk.".

"Ia sudah melampau. Ini kali pertama KSN melakukan perkara seumpama itu. Permulaan yang teruk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung DAP itu yang juga merupakan ahli Parlimen mengingatkan Ali seharusnya, sebagai pegawai tertinggi penjawat awam, beliau perlu menghormati Perlembagaan.

"Dan pembangkang, yang dikatakan kepada orang bawahannya supaya tidak mempercayai mereka, perlu mendapat penghormatan sama seperti parti memerintah. Kami adalah pembangkang yang setia kepada Raja," jelas Lim.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata politik perlu dipisahkan dengan tugas penjawat awam dan menolak kenyataan Ali yang ketaatan penjawat awam bergantung kepada kerajaan hari ini.

"Kita perlu taat kepada negara, Perlembagaan, dan Raja. Kita tidak perlu taat kepada parti. Pada masa sama, mereka tidak boleh campur adukkan dengan politik," katanya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut bersetuju dengan Lim, menambah "ketaatan kepada negara" tidak boleh disamakan dengan "ketaatan kepada Umno dan BN."

Beliau turut memuji tugas dan tanggungjawab penjawat awam terhadap kerajaan hari ini, kerana mematuhi arahan pemimpin, namun beliau mengingatkan tugas mereka adalah untuk berkhidmat dengan "professional."

"Mereka bukan alat dan hamba kerajaan ... terutamanya bila mereka bukanlah kepentingan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Mereka perlu menjalankan polisi dengan terurus, efektif, dan telus - itu yang penjawat awam perlu lakukan," turut dipersetujui oleh Dr Tan.

Sejumlah 1.4 juta penjawat awam adalah peti undi untuk BN namun kontroversi berkenaan skim bayaran gaji dan isu utama mungkin memberikan harapan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Namun, sejak akhir-akhir ini, kakitangan atasan penjawat awam dilihat menjangkaui batas untuk melindungi BN.

Lim bagaimanapun percaya mesej-mesej sedemikian mungkin tidak diendahkan mereka.

"Saya tidak rasa kita perlu memandang rendah keupayaan penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Mereka terikat untuk melakukan tugas kerana menjalankan tanggungjawab mereka. Bila mereka bersaraan kita akan lihat mereka menyertai pembangkang," tambahnya lagi.

Lim menjelaskan bukan mudah untuk penjawat awam mengingkari arahan yang diterima dari atas jika mereka rasakan ianya salah.

"Juga sukar untuk mereka meletak jawatan. Itu periuk nasi mereka," katanya.

Namun jelasnya, ia tidak bermakna bila mengundi mereka akan memangkah BN.

"Jangan memperlekehkan kepandaian mereka," tambahnya lagi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taat-kepada-raja-dan-negara-bukan-bn-kata-pakatan-kepada-penjawat-awam/


Polis Tak Bersikap Profesional Hadapi Tindakan Ganas Perkasa

Posted: 01 Jul 2012 02:47 AM PDT

PERKASA KIAN MELAMPAU, ADAKAH MEREKA KEBAL DARI UNDANG-UNDANG?

GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.



Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.

"Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya.

"Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.

"Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas," ujarnya.


Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.

Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan.

"Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri," katanya.

Lim Guan Eng



Tiada ulasan: