Sabtu, 30 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WARGA TENTERA DI PORT DICKSON BERSAMA BEKAS PANGLIMA TENTERA MALAM INI

Posted: 30 Jun 2012 12:10 AM PDT


Oleh:  WFAUZDIN  NS

TERUJA untuk aku kembali ke tanah tempat titik peluh aku di Port Dickson, kononnya `Bandar Tentera Darat'.  Tahun 1988, aku melapor diri sebagai warga tentera di sini.  Ketika itu politik aku simpan di dalam stor di Pusat Latihan Rekrut (PLR) yang kini menjadi PUSASDA.  

Tamat latihan selama 6 bulan, aku meneruskan kerjaya ini sehingga 22 tahun.  Tahun 1998, ketika aku masih di dalam tentera, minat untuk berpolitik kembali semula angkara kekejaman Tun Mahathir yang menganiayai Timbalannya DS Anwar ketika itu.  Namun demikian, undang-undang mencegah aku untuk menjadi ahli mana-mana parti politik tetapi aku terus mengikuti perkembangan politik tanahair sehingga aku bersara.

Hari ini aku kembali ke Port Dickson sebagai orang politik sepenuh masa.  Bukan kerana tidak mengenang jasa Kerajaan tetapi untuk memberitahu kerajaan yang memerintah hari ini bahawa hentikan saja kezaliman, hentikan rasuah dan penyelewengan.  

Malam ini (Sabtu - 30 Jun) aku akan tampil di pentas ceramah di Bt 4, Port Dickson di atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera). Paling membanggakan sekali malam ini program akan turut dihadiri oleh bekas Panglima Tentera iaitu Brigadier Jeneral (B) Hadi.  Program juga dihangatkan dengan kehadiran Sdr Rafizi Ramli dan tidak ketinggalan Ahli Parlimen Telok Kemang merangkap Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, YB Dato; Kamarul Baharin serta beberapa pimpinan lain.

Kepada semua warga tentera sekitar Port Dickson dijemput dan digalakkan untuk hadir bagi kita mendapatkan maklumat khususnya berkaitan tentera, begitu juga kepada bekas-bekas anggota tentera.  Orang ramai juga dijemput hadir beramai-ramai malam ini. /wfauzdin.blogspot.com

 

Tiada ulasan: