. |
- Saya Setuju Degan Mahathir Tetapi Dia Tetap Jahat
- Dalam AKSB Ada G10?
- Selepas Kuning Hijau Dan 14 Julai Ini Oren
Saya Setuju Degan Mahathir Tetapi Dia Tetap Jahat Posted: 05 Jul 2012 10:41 PM PDT Ulasan Jumaat Saya bersetuju dengan pandangan Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan Lim Kit Siang sampai terasa hati iaini mengenai orang Cina akan jadi 'kingmaker' di dalam pilihan raya akan datang. Sara raya pandangan Mahathir itu tepat, munasabah dan perlu diberi perhatian serius oleh orang Melayu, kalaulah orang Melayu ingin bersuci hati dalam politik. Tetapi saya tidak setuju dengan Mahathir kalau dia tidak tahu kenapa Lim Kit Siang benci sangat kepadanya.
Keparahan politik Melayu ini dapat dibaca oleh orang Cina baik DAP, MCA maupun Gerakan dan juga yang tidak berparti. Di sinilah mereka mencelah untuk mendapat apa yang mereka inginkan selama ini. Orang Cina hatta 'little India' juga gembira dengan apa yang berlaku di antara Melayu sesama Melayu ini. Formula mudah yang saya bentangkan, sekiranya Melayu Pas dan bangsa Umno tidak mendapat mandat penuh katakan dalam keduduka 50 -50 ketika inilah orang Cina akan mengambil kesempatan menjual dirinya. Dalam menjual diri ini mereka akan melihat kepada pihak mana yang akan membida dengan harga yang mahal. Apa yang saya jangka satu kecelakaan besar terjadi kalau keadaan ini berlaku, orang Cina pasti akan berada setanding dengan orang Melayu di mana-mana institusi yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan dan kelulusan (perkenan) raja-raja Melayu. Salah satu tempat yang saya kira ialah selaku timbalan perdana menteri dan kouta kabinet, kedudukan dalam GLC, agensi kerajaan dan sebagainya. Mereka akan tenguk pihak mana yang sedia memenuhi tuntutan mereka, mereka akan bersama. Ketika itu konsensus awal sudah tidak penting lagi kerana sifat politik itu sendiri tidak tetap. Perjanjian di dalam politik bukan untuk disetai tetapi untuk dimungkiri. Dalam politik tidak ada kejujuran dan keikhlasan, kerana itu adalah umpan untuk dikhianti. Sebab politik tidak mengambil Quran dan Hadith menjadi saksi dan panduan. Bak ini (orang Cina akan jadi kingmaker) saya sependapat dengan Mahathir. Namun apabila beliau mengakui beliau ada pengalaman kerana menjadi PM 22 tahun dan selepas itu menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana gagal memperkukuhkan kedudukan orang Melayu dan Umno, saya jadi berang dan nampak Mahathir sebagai angkuh dan sombong. Perasaan atau nafsu inilah bagi saya menjadikan Mahathir sehuduh-huduh manusia yang pernah diberikan kuasa oleh Tuhan di bumi Malaysia ini. Benarkah beliau sayangkan kepada negara dan keadaan Melayu tidak akan jadi bagaikan telor di hujung tanduk seperti hari ini? Benarkah Abdullah telah mejahanamkan institusi yang beliau bina seperti mana didakwa Mahathir? Mahathir selamanya tidak pernah mengaku kalah dan melihat orang lain bagaikan tahi cicak di celah syiling sahaja. Dia tetap merasa dialah pemimpin yang sempurna dan perfect, najis busuknya sama besar dengan gajah. Barang kali kerana terlalu berperasaan dia lupai bahawa dialah yang menjadi pengkhianat dan pemecah belah kepada Melayu (Umno dan Pas). Mahathirlah syaitan di dalam hal ini? Kenapa saya berkata begitu, selama 22 tahun Mahathir tidak pernah cuba membawa Pas bersama Umno? Sepatutnya beliau berusaha merapatkan hubungan orang Melayu dan menebalkan keimanan dan ukhawah orang Melayu. Dia boleh buat kerana dia berkuasa. Tetapi kerana ketika itu, rambutan, durian, duku, langsat dikebunnya semua berbuah manis, Mahathir lupa kepada buah binjai di pagar Pas yang pahit. Dia tidak tahu binjai yang pahit itu akan menjadi penawar kepada segala macam buah-buahnya yang manis itu. Hari ini sesudah beliau diserang dibetis kronik baru dia meraba-raba mencari ubah dengan menyalah orang itu dan orang ini. Cis... Sepanjang 22 tahun tidak ada usaha dan pendekatan dibawa oleh Mahathir untuk memadukan Melayu Pas dengan bangsa Umno. Dia lebih seronok dengan pujian bangsa lain terhadap pengembangan pembangunan dibuatnya. Seronok dengan KLIA, seronok dengan KLCC, terhibur dengan Proton dan lain-lain. Keseronokan ini menyebabkan beliau terlupai kepada Melayu Pas. Dalam perhimpunan agung Umno setiap kali dia membentangkan ucapan dasar 1/4 dari ucapan itu diambil untuk menghentam Pas. Teks ucapan beliau boleh digali dan dibaca untuk mengsahihkan dakwaan saya ini. Berani saya mengatakan tidak ada satu pun usaha atau simbol yang boleh kita melihat Mahathir melakukan ikhtiar untuk memadukan Melayu. Konsep atau kepercayaan teori pecah dan perintah diamalkan tanpa mengira batas-batas bangsa dan kaum juga agama. Diawal pemerintahan Pas di Kelantan, Mahathirlah orang yang mengancam kerajaan Tokguru Nik Aziz bila mana Kelantan bercadang hendak melaksanakan hudud. Beliau memberi warning apa-apa yang terjadi ekoran perlaksanaan hudud beliau tidak akan bertanggungjawab. Kalau Mahathir ikhlas, benar dan jujur beliau tidak akan tergamak membuat ancaman demikian. Beliau perlu menyokongnya dari jauh menandakan keperihatinan dan juga tanda kasih sesama sendiri. Beliau perlu menghormati kalaupun dia tidak yakin dengan Quran yang menjelaskan mengenai hudud. Mahathir jahat dan beliau kena bertanggungjawab atas tahi kejahatan yang beliau tinggalkan itu. Beliau jangan cuba mengelak dan terus merasakan dirinya hebat dan dewa suci. Umno punah ranah sehinggakan hampir berkubur dalam pilihan raya 2008 lalu puncanya dari Mahathir juga. Beliau tidak boleh mencampakkan kekalahan dan kedukaan atas batu jemalan Abdullah. Kecelakaan menimpa Umno menyebabkan Abdullah telah dijadikan kambing hitam yang tidak ada seurat pun bulu putih oleh Mahathir. Mahathir lupa ketika dia memberi Umno kepada Abdullah, Umno dalam keadaan berpenyakit dan lemah. Semua ini kerana kekejaman dan kerakusan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. Beliau bertindak memecat Anwar kerana yakin Umno jadi lebih kuat. Namun hakikat ini tidak pernah diakui oleh Mahathir. Sekiranya pilihan raya 2004 masih dipandu oleh Mahathir mungkin Umno sudah tewas dan kerajaan UBN sudah jadi gemulah. Jadi Abdullah lah yang cuba menguatkan semula Umno menerusi wibawa dan syaksiah yang ada kepadanya. Ternyata Abdullah mampu memulihkan keyakinan rakyat kepada Umno. Mana-mana orang Umno yang tidak dapat menerima sikap kejam dan zalim Mahathir kepada Abdullah, membuat mahasabah semula dan terus bersama Umno. Pilihan raya umum ke 12 adalah pilihan raya bersejarah buat UBN apabila parti itu mendapat undi popular hampir 60% di mana angka ini tidak pernah dicapai di zaman Mahathir. Manakala kemuncak kebaikan dan tindakan mendamaikan perasaan orang Melayu dilakukan Abdullah ialah dengan terbebasnya Anwar setelah setahun beliau menjadi PM. Pembebasan ini yang dibuat menerusi mahkamah dilihat sebagai budi Abdullah kepada Anwar dan penyokong bekas TPM itu tetapi didedanmi ke tulang hitam oleh Mahathir. Sayang hakikat itu tidak difahami oleh Mahathir. Sebaliknya timbul rasa cemburu dan irihati dengan kejayaan Abdullah itu. Mahathir mengambil kesempatan atas kelemahan dan sikap diplomasi Abdullah sebagai orang Islam sebagai satu kesalahan dan liabiliti buat Umno. Mahathir mengkritik Abdullah habis-habisan. Bagi beliau tidak ada satu pun polisi, dasar dan pendekatan Abdullah dapat diterimanya. Apa jadi... akhirnya serangan penuh dendam kesumat itulah menyebabkan Umno kembali menjadi lemah. Umno lemah bukan berlawan dengan musuh, Pas dan Anwar... tetapi lemah kerana Abdullah hilang paksi apabila diserang bertubi-tubi kali oleh Mahathir dan anasir dalaman sendiri. Sikap Abdullah pula tidak akan berlawan dan sedia menyerahkan dirinya kepada keadaan. Grand design dilakukan untuk menjatuhkan Abdullah dan menaikkan Muhyuddin Yassin (Udin anak Yassin) benar-benar melemaskan Abdullah. Ia ditambah pula oleh kumpulan Najib yang memakan Abdullah dalam senyum dan menikam dalam gelap. Semua aksi dan konspirasi ini menyebabkan Abdullah akhir berundur dan melepas jawatan kepada Najib. Perletakan jawatan itu ....telah diambil kesempatan oleh Mahathir untuk menyusun semula Umno kononnya. Walhal para pemerhati dan pakar politik sedar tindakan Mahathir itu kerana mahu memastikan kuasanya masih ada dalam Umno. Dalam masa sama, beliau mencaturkan bagaimana untuk meletakkan pesaka politiknya di dalam Umno. Akhirnya agenda itu berjaya juga. Hari ini Mukhriz bin Mahathir telah menjadi timbalan menteri, menjadi timblaan pengerusi Umno Kedah yang mana dicanang-canangkan pula bakal menjadi MB Kedah. Memerhati kepada game politik yang dimainkan Mahathir tidak salah kalau Lim Kit Siang menyebut Mahathir cuba hendak menghidupkan semula Mahathirlisme kerana parti itu sudah terdesak dan nazak. Kejahatan berterusan Mahathir itu juga tidak salah bagi saya kalau beliau digelarkan sebagai Mahafiraun. [wm.kl.12:43 t/hari 06/07/12] | ||
Posted: 05 Jul 2012 08:38 AM PDT Sinopsis Malam Isu atau masalah yang bergeliwat dalam Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tampaknya masih belum selesai dan ada tanda-tanda ia akan melerek menjadi sebuah hikayat baru di Kelantan. Apakah ia akan jadi sepanjang Sungai Kelantan atau tidak? Kena tunggu sampai habis. Berita terbaru saya terima malam ini seramai 10 orang kakitangan AKSB telah diberikan tunjuk sebab. Kenapa? Atas sebab apa tidak pula diketahui. Tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan jenayah ceroboh bilik seorang pengurus AKSB minggu lepas. Mungkin juga pencerobohan itu bertujuan membawa lari dokumen tertentu dan ianya ada kaitan dengan pemberian surat tunjuk sebab itu. InsyaAllah saya akan balik ke Kelantan esok untuk meninjau dan merisik khabar apa yang sudah berlaku sebenarnya. Apakah kejadian di pejabat syarikat itu berpunca dari masalah air yang tidak laju, atau pun masalah-masalah lain yang tidak diselak ke luar dan masih menjadi rahsia di AKSB saja. Saya yakin masalah sebenar akan terdedah juga nanti. Paling saya ingin tahu kenapa ada Geng 10 (G10) dalam AKSB. Macam geng 501 hantu Nipon dalam filem P Ramlee Pendekar Bujang Lapok pula. Apakah peranan G10 dan apakah tindakan mereka. Dan siapakah pula yang menjadi mandor kepada G10 ini? Dalam pada itu ada pula timbul cerita ada beberapa orang wakil rakyat terlibat sama dalam kancah berlaku di AKSB sekarang ini. Kononnya ada kemasukan kakitangan yang tidak wajar atau pun tanpa melalui prosuder biasa? Ini melibatkan wakil rakyat. Sejauh mana benarnya? Untuk malam ini cukup setakat ini saya akan sambung semasa berada di Kota Bharu nanti. Saya mahu pergi ke pejabat AKSB dan membuat penilaian dari luar bangunannya. Selama ini pun saya tidak tahu di mana pejabat AKSB dan siapa pengurusnya. Ingin juga rasanya nak berkenalan dengan pengurus besar. Saya ingin mengesahkan ada satu maklumat mengatakan ada sesuatu yang disembunyikan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu atau masalah yang berlaku di ASKB. Apakah masalah itu dan apakah masih ada sikap tidak jujur atau memberi laporan kurang tepat dan kurang betul kepada Tokguruku Nik Aziz? Kalau benar berlaku begitu bermakna MB akan membuat keputusan yang tidak betul dan tidak tepat juga. Tunggulah. [wm.kl.8:32 pm 05/07/12] | ||
Selepas Kuning Hijau Dan 14 Julai Ini Oren Posted: 05 Jul 2012 05:19 AM PDT Lintasan Senja Tanggal 14 Julai ini satu lagi himpunan rakyat akan diadakan di ibu negara yang bakal menggemparkan dan memeningkan kepala pemerintah hari ini. Himpunan dimaksudkan itu ialah himpunan bagi menyelamatkan Felda ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di brusa Saham Malaysia. Himpuan itu adalah simbolik kepada kemarahan di atas tindakan penyenaraian FGVH yang dibuat dalam keadaan tempang dan cacat.
Justeru beberapa pihak bimbang nasib buruk bakal menimpa peneroka di mana gara-gara dipaksa menyebabkan Felda akan menanggung kerugian dan bebannya akan dipukul oleh peneroka. Katanya peneroka tanpa pengetahuan mereka yang diberi pinjaman bank untuk membeli saham berkenaan telah mengadaikan harta benda mereka termasuk tapak rumah. Jika perkara ini menjadi kenyataan sudah tentu kedudukan dan nasib peneroka parah, apa lagi kedudukan untung rugi saham itu tidak menentu. Titik peluh mereka mengumpul wang dan harta sejak lebih 40 tahun lalu akan hangus begitu saja. Inilah yang dibimbangi oleh banyak pihak. Bagaimana pun pihak kerajaan pula bermati-mati mempertahankan tindakan mereka dan mendakwa balik usaha pihak yang tidak setuju itu sebagai alasan politik sahaja. Disebabkan peneroka ada yang haus wang menerima bulat-bulat apa yang pihak 'majikan' mereka katakan. FGVH yang disenaraikan minggu lepas jauh meleset daripada jangkaan awalnya di mana peremimunya (untung) diramalkan melebehi RM1.50 tetapi apa yang berlaku hanya sekitar 50 hingga 80 sen saja. Tidak sampai 24 jam saham itu disenaraikan katanya peneroka telah diarah agar menjualnya kerana mengelakkan menanggung kerugian. Penjualan segera itu secara tidak langsung menolak dan menafikan pembelian saham itu bakal mengubah nasib peneroka seperti mana diuar-uarkan. Diyakini tidak ada seorang peneroka pun mendapat RM100,000 hasil penjualan saham itu melainkan pengerusi, para pengarah tertentu yang diberikan nilai saham sampai 500,000 hingga 800,000 unit. Sebelum langkah menyenaraikan FGVH itu berbagai pihak memberi pandangan dan nasihat agar ia dibatalkan hasrat penyenaraian saham itu kerana kesan buruknya akan dihadapi peneroka. Bantahan itu termasuklah membawa kes itu ke mahkamah tetapi tidak berjaya dan pihak berkuasa di Felda tidak peduli langsung. Himpunan 14 Julai ini dinamakan Himpunan Oren adalah kemuncak kepada bantahan terhadap penyenaraian saham itu. Himpunan juga nanti akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong. Pihak penganjur menganggarkan seramai 20,000 akan menyertai himpunan berkenaan di mana sebahagian besarnya dari kalangan para peneroka. Badan yang bertanggungjawab menganjurkan Himpunan Oren ini adalah Gerakan Selamatkan Felda di mana ia terdiri dari beberapa Ngo dan individu politik yang prihatin terhadap nasib dan masa depan peneroka. Pas secara rasmi telah mengarahkan para pemimpinnya hadir dalam himpunan berkenaan dengan mengenakan pakaian berwarna kuning. Satu surat penjelasan dan jemputan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Mustapa Ali yang memaklumkan Pas dalam mesyuarat jawatankuasa agungnya telah mengambil keputusan menyokong himpuann berkenaan. Abdullah dan Tengku Razaleigh turut hadir. Menariknya dalam beberapa banner, flyers yang diedarkan kepada umum termasuk media massa terdapat dua wajah pemimpin Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah kedua pemimpin Umno itu yang dilihat kurang senang dengan penyenaraian FVGH benar-benar akan hadir atau pun ia sebagai gimik. Sebelum ini Presiden Anak, Mazlan Aliman ada membuat kenyataan ia Anak akan mengundang Abdullah menghadiri himpunan berkenaan. Cuma agak sayang sedikit saya tidak berkesempatan menghadiri satu lagi himpunan bersejarah ini kerana pada tarikh itu saya tidak tidak ada dalam negara? [wm.kl.8:09 pm 05/07/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan