Rabu, 25 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Jawapan 'Cerdik' Khairy Tentang PR Nak Turun Harga Kereta

Posted: 24 Jul 2012 09:25 PM PDT

KJ: Kereta import murah akan jejas Proton

Hazlan Zakaria

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bimbang janji PKR untuk menjadikan harga kereta lebih murah akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan.

Langkah itu walau diakuinya akan memberi keuntungan kepada jutaan rakyat, namun dasar seperti itu akan memberi kesan kepada puluhan ribu pekerja Proton dan juga golongan yang terlibat dalam industri automotif, katanya.

"Bukan saya nak maksudkan kita nak lindungi Proton selama-lamanya, ..tapi jika tiada perancangan rapi alamatnya adalah malapetaka dari segi ekonomi," katanya lagi ketika bercakap kepada pemberita di Bangsar malam tadi.

Katanya lagi, tindakan menghapuskan duti eksais dan import itu akan menjejaskan sehingga RM4.6 bilion pendapatan kerajaan persekutuan.

"Walau dasar ini baik, tapi kena (Pakatan Rakyat) kena jelaskan bagaimana hendak bayar janji tersebut," katanya lagi.

Beliau mengulas rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Nak Tengok Keadaan Semasa Saham Felda Global Ventures Holding? Mari Kami Tunjuk!

Posted: 24 Jul 2012 07:36 PM PDT




klik kat link atas tu. kami malas nak tunjuk gambar, nanti puak umno cakap kami menipu :)

UMNO untung jual tanah Melayu Pulau Pinang

Posted: 24 Jul 2012 07:29 PM PDT

GEORGE TOWN, 24 JULAI: Pekung pemimpin UMNO Pulau Pinang terdedah apabila didapati mengaut keuntungan peribadi sebanyak RM5 juta dalam tempoh tiga bulan sahaja hasil jualan 10 ekar tanah milik 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pemimpin UMNO yang dikaitkan ialah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan pengarah pilihan raya BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar.

Demikian kenyataan media, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memetik pendedahan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain minggu lepas.

"Walaupun tindakan kedua-dua pemimpin UMNO ini tidaklah haram, tindakan mereka sebagai broker tanah menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus mengarahkan mereka untuk memulangkan keuntungan RM5 juta sebagai broker tanah atau 57% keuntungan yang dikaut dalam 3.5 bulan tersebut," tambah beliau.

Jelas Guan Eng, tanah bernilai RM8.6 juta tersebut dipindah milik daripada 31 pemilik tanah Melayu kepada Maison Heights Sdn Bhd pada 31 Januari 2012 lalu.

Maison Heights Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 6 Mac 2009 untuk tujuan pembinaan, tanah, pelaburan dan pemajuan hartanah serta perdagangan am dan mempunyai modal berbayar RM1 juta dan dimiliki oleh Musa dengan saham bernilai RM500,000, Omar dengan RM499,999 sementara adik Omar, Harun mempunyai saham RM1.

Maison Heights Sdn Bhd telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd pada 16 Mei 2012 dengan harga RM13.5 juta.

Keuntungan RM5 juta daripada pelaburan asal RM8.6 juta, jelas Guan Eng, bermaksud margin keuntungan adalah 57% dalam masa 3.5 bulan sahaja. Ia adalah satu keuntungan yang luar biasa dalam masa yang singkat.

"Adakah ini caranya pemimpin UMNO mempertahankan hak Melayu dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa?

"Sehingga sekarang, mereka belum lagi menjelaskan bagaimana keuntungan RM5 juta itu boleh membawa manfaat kepada 31 pemilik tanah Melayu tersebut," ujar beliau lagi.

Menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dahulu, kedua-dua pemimpin UMNO tersebut telah mengkritik kerajaan negeri kerana ingin mengambil tanah Melayu demi menghalau keluar orang Melayu dari Pulu Pinang.

"UMNO juga telah mengkritik kerajaan negeri kerana ingin memperoleh tanah 100 ekar di kawasan lain di Balik Pulau untuk tujuan pendidikan dengan mendirikan Asian Women Leadership University (AWLU).

"Kerajaan Pulau Pinang telah dimangsakan dengan serangan rasis UMNO walaupun 60% tanah tersebut dimiliki bukan Melayu dan hanya 40% dimiliki Melayu," jelasnya.

Malah katanya, AWLU telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pada 10 Februari 2012 sebagai projek utama pendidikan dalam usaha mentransformasikan Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi.

"Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Idris Jala pada 12 Jun 2012 telah meminta kerajaan negeri untuk memulakan proses pemindahan milik tanah 100 ekar kepada AWLU.

"Selepas kerajaan negeri berjaya memujuk AWLU untuk memilih kawasan lain, proses pemerolehan tanah telah dibatalkan."

Menurutnya, perkara tersebut bukan sahaja telah melumpuhkan serangan rasis UMNO tetapi juga telah membuktikan bahawa kerajaan negeri hanya memperoleh tanah untuk tujuan awam yang berdasarkan cadangan yang kredibel daripada institusi yang boleh dipercayai.

Berbalik kepada skandal terbaru melibatkan pimpinan UMNO negeri itu, Guan Eng berkata, pendedahan skandal tanah oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini membuktikan hipokrasi UMNO yang menguar-uarkan pertahanan hak Melayu tetapi sebenarnya menggadaikan hak Melayu.

"Ia jelas bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Datuk Musa dan Datuk Omar yang telah menggadaikan tanah Melayu.

"Jika mereka adalah broker tanah yang tulen, mereka berhak untuk mendapat komisyen pada kadar pasaran iaitu 2% ataupun RM270,000, dan bukan RM5 juta ataupun kadar komisyen 57%!" ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Khalid Samad: Isu Air di Selangor

Posted: 24 Jul 2012 07:17 PM PDT

BN Selangor sudah ketandusan isu untuk menyerang PR. Oleh itu direka kisah yang kononnya air sudah mula habis dan catuan oleh Syabas terpaksa dilakukan. Air habis pula, adalah angkara PR yang degil, tidak mahu dengar nasihat kerajaan Pusat dengan membenarkan pembinaan Langat II!

Sebenarnya bekalan air yang tidak terawat dan yang terawat adalah lebih dari apa yang digunakan penduduk Negeri Selangor. Loji pembersihan air mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dari permintaan dan oleh itu, pada hakikatnya terowong untuk membawa air tidak dirawat dari Pahang dan pembinaan loji pembersihan air baru iaitu Langat II adalah perkara yang tidak diperlukan. Yang perlu adalah pengurusan bekalan air yang lebih cekap supaya ketirisan dan kebocoran dapat diatasi. Sambil itu saluran paip baru juga perlu dipasang.

Malangnya, rakyat Selangor tidak nampak kesungguhan SYABAS dalam menangani masalah ini semua dan sebaliknya hanya ingin untuk memenangkan BN dalam PRU ke-13. Dengan itu akan kekal kedudukannya sebagai syarikat kroni yang akan dibenarkan menaikkan tarif air. Oleh yang demikian ini, maka 'krisis' bekalan air direka untuk mengelirukan rakyat.

Pada masa yang sama, penyokong dan kroni BN amat sangat teringin untuk diluluskan projek Langat II supaya melalui projek yang bernilai berbillion ringgit itu, semua akan mendapat komisyen dan habuan mereka!

Maka, di atas kesedaran inilah maka PAS Selangor menyokong penuh usaha pengambilalihan Syabas oleh kerajaan negeri Selangor.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Skandal KGT:Polis tutup kes

Posted: 24 Jul 2012 07:13 PM PDT

NURRUL HUDA AHMAD LUTFI

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan.

Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT.

Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Tindakan tersebut dibuat setelah pihak polis mengkaji ke semua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan.

(Konsep) Logo Kemerdekaan Ke-55 Oleh Perekabentuk Bebas

Posted: 24 Jul 2012 05:00 PM PDT

Kehadiran logo kemerdekaan ke-55 telah memberikan kesan yang serius kepada ramai perekabentuk tempatan, yang mana membuatkan ia dibincangkan dengan hangat di pelbagai media sosial sepanjang hari ini. Dan menariknya, beberapa perekabentuk turut sama hadir dengan beberapa lakaran konsep untuknya yang kelihatan lebih menarik.
Lakaran konsep pertama ini adalah oleh @abdusfauzi, mengikut kepada tradisi logo-logo kemerdekaan sebelum ini, membawakan rekabentuk yang ringkas dan cantik. Ia juga menyertakan pelbagai perkara yang disertakan oleh logo kemerdekaan yang ke-55 yang dikritik ramai.
Lakaran kedua ini dibawakan oleh @abelljeffry, yang mana memfokuskan kepada rekabentuk seumpama doodle, turut sama menyertakan pelbagai elemen, termasuk angka satu yang popular akhir-akhir ini.
Rekabentuk ketiga ini dibawakan oleh Kukubesi Manipulasi, dimana merupakan rekabentuk ringkas yang dilakukan bersempena dengan pertandingan cipta logo hari Merdeka yang dikendalikan mereka.
Rekabentuk ke-4 oleh saudara Mohamad Atif Mohamad Nadzir.
Rekabentuk ke-5 oleh saudara Afiq Nadzir.
Rekabentuk ke-5 oleh saudara Razman Naim.
Mungkin terdapat lebih ramai perekabentuk yang turut mempunyai rekabentuk konsep mereka tersendiri untuk kemerdekaan ke-55 tahun ini. Sekiranya ya, jangan lupa berkongsi bersama kami melalui ruangan komen dibawah.

http://amanz.my/2012/07/konsep-logo-kemerdekaan-ke-55-oleh-perekabentuk-bebas/

Tiada ulasan: