Isnin, 23 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Dinoda di Butik Pakaian pada Pukul 3 Petang

Posted: 23 Jul 2012 05:00 AM PDT


[HM] SUBANG JAYA: Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum merogol pekerja sebuah butik di Jalan SS 15, Subang Jaya, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 3 petang itu, ketika mangsa berusia 22 tahun bertugas di premis di tingkat satu bangunan tiga tingkat dan suspek berusia 30-an berpura-pura ingin membeli pakaian.

Menurut sumber, suspek mengambil pakaian dalam kuantiti banyak dan terus ke kaunter membuat pembayaran sebelum memberi alasan dia tidak membawa wang tunai.

"Suspek meminta mangsa menunggu kerana ingin mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik. Suspek datang semula 10 minit kemudian dan mangsa menyangka dia ingin membuat pembayaran.

"Bagaimanapun suspek terus menarik tangan mangsa ke dalam stor dan mengugut merogol mangsa biarpun mangsa merayu meminta dilepaskan," katanya.

Menurutnya, selepas suspek melarikan diri mangsa menghubungi rakan lelakinya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan dan usaha memburu suspek giat dijalankan.



P/s: Pukul 3 petang, di butik pakaian, siang hari! Gila!

Malaysia masih lagi negara paling selamat di Asia Tenggara?






Gaji CEO SYABAS Bukan RM1.5 Juta Setahun Tetapi RM...

Posted: 22 Jul 2012 11:40 PM PDT


[KD] SHAH ALAM 21 Julai: Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan Lembaga Pengarah SYABAS untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif nya, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian dan penyiasatan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS selama tiga hari.

"Mereka gagal hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi kerana gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah RM5.1juta setahun.

"Berdasarkan penelitian Jawatankuasa, kita juga bersedia membelanjakan peruntukan untuk membina loji rawatan air baru bagi meningkatkan kapasiti air terawat.

"(Jadi) tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225juta akan dipanggil serta-merta," katanya lagi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatan Kuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ia bertanggungjawab memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan, kedudukan semasa pembekalan air dan meninjau sendiri tapak yang ada masalah kekurangan bekalan air seperti yang dicanang SYABAS.

 
SYABAS juga diminta untuk membentangkan beberapa perkara kepada Jawatankuasa, antaranya pengeluaran air harian bagi setiap loji, permintaan air berdasarkan bil dari Januari 2012, kawasan mengalami masalah gangguan air dan cadangan penyelesaian yang dirancang SYABAS untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu, Khalid menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Pusat tidak akan cuba menyulitkan usaha ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

"Langkah ini diambil bagi melindungi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekal air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi," katanya lagi.


P/s: Sokong 100%!

P/s: Sementara itu, Muhyiddin dilaporkan memberitahu media bahawa kerajaan pusat akan menghalang kerajaan negeri Selangor mengambil alih SYABAS dan akan mempercepatkan pemberian tender untuk Projek Langat 2 yang dilihat oleh banyak pihak bakal mengenyangkan kroni dan merugikan rakyat Selangor. Muhyiddin seperti dijangka menggunakan  alasan "kekurangan bekalan air" yang sedang dimainkan oleh media mesra UMNO. Baca di sini

Mengapa Muhyiddin tergesa-gesa menguar-uarkan hal itu dan mempercepatkan proses penyerahan tender sedangkan banyak lagi isu tertangguh termasuk kes mahkamah masih belum diselesaikan? Ironi apabila kerajaan pusat enggan mendengar cadangan dan memihak kepada kerajaan negeri tetapi menuruti kehendak syarikat swasta yang berpaksikan keuntungan! Jika difikirkan sudah tentu ada udang di balik batu.

Apa hujah Dr Xaxier Jayakumar bahawa Projek Langat 2 akan merugikan rakyat Selangor? Sila baca di sini.



[Video-Panas] Pengakuan Farid Ismeth Emir tentang Isu Perkahwinannya dengan Hajah Rosmah Mansor

Posted: 22 Jul 2012 07:43 PM PDT



Siapa tulis maklumat Wikipedia ini?


Klik pautan untuk bacaan lanjut:  http://en.wikipedia.org/wiki/Rosmah_Mansor

 Farid Ismeth menjelaskan gosip perkahwinannya dengan Hajah Rosmah di bawah ini:



P/s: Empunya diri sudah menjelaskan hal itu. Janganlah menghangatkan perkara yang tidak benar.

Cuma pernyataan bahawa pembangkang memanipulasi isu ini untuk kepentingan politik tidak benar kerana gosip yang sebelum ini bersifat misteri turut diperkatakan oleh orang UMNO. Lagipun isu ini mengundang rasa ingin tahu orang ramai. Oleh itu, banyaklah orang yang membuat andaian walaupun tidak mengetahui hal sebenar. Hal ini tidak akan terjadi jika dijelaskan dari awal.

Apa-apapun, misteri yang menyelubungi majoriti rakyat Malaysia akhirnya terjawab dengan pengakuan Farid Ismeth.



 

[Kemas Kini] UMNO Tiada Hubungan dengan Komunis? Cuba Klik Pautan Ini

Posted: 22 Jul 2012 07:28 PM PDT



Pak menteri yang mengeluarkan kenyataan ini mahu "menggebang" siapa? Orang kampung dan Felda pun sudah celik maklumat.

UMNO tiada hubungan dengan komunis?

Cuba klik sini, sini, sini, sini.

Kemas Kini:










 
 
 

Pengendali Blog Dakwa Parti Tidak Bayar Gaji, Parti Mana? Tengok Baju, Kepala Surat

Posted: 22 Jul 2012 05:20 PM PDT


[SH] AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

"Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

"Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

"Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya," katanya.


P/s: Dulu, kini, dan selamanya!

 

Tiada ulasan: