DIALOG RAKYAT |
- Kerajaan negeri belanja RM225 juta untuk projek tebatan sungai di Selangor
- Zahid Hamidi tolak dakwaan Umno ada hubungan dengan komunis
- Menteri Umno Ditangkap Kerana Rupanya Komunis.
- K’jaan tolak cadangan S’gor ambil alih Syabas
- Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak maut nahas helikopter
- 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati
- Tok Pa Gelisah Bila Artis Semakin Tinggalkan Maksiat
- Kisah Penghijrahan Nuremy Ramli Bertudung
- Peserta terkulai dicampak ke dalam trak – Saksi
- Rakyat guna RON95, kenapa turun harga RON97?
- Demo lebih besar jika Syabas masih degil – AMK
- Tanah Lembaga Tabung Amanah Warisan DiLelong
- Adun DAP sumbang cek untuk masjid, surau di Subang Jaya
- Jenayah: Kerajaan BN terlepas pandang
- 'Tuduhan Umno bagai menghina artis'
- BN, Pakatan sedang perhalusi senarai calon, ramai muka baru dalam senarai
- 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
- PRU13: Seminar Pas sasar input dasar negara kebajikan
- Jangan cakap tak serupa bikin, Umno nasihat Kit Siang
- Kelantan tubuh pasukan khas cegah aktiviti lombong haram
- PRU13: Umno gerak 6,667 pusat daerah mengundi
- Suspek mangsa bunuh Ketua Wanita Umno ditahan
- Ustaz Persepsi vs Ustaz Perubahan
- Artis perlu ‘berjihad seni’ jatuhkan BN
- UMNO KG NONGKOLUD SERTAI PKR
Kerajaan negeri belanja RM225 juta untuk projek tebatan sungai di Selangor Posted: 23 Jul 2012 01:50 AM PDT PUTRAJAYA— Kerajaan negeri Selangor akan membelanjakan RM225 juta jika kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan enggan memberi dana untuk projek tebatan melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) di loji Sungai Selangor 1 (SSP1) dan loji Sungai Selangor 3 (SSP3) di Sungai Selangor. Menurut Exco Dr Xavier Jayakumar, pemohonan untuk pinjaman bagi projek itu telah dipohon pada awal tahun ini tetapi masih tiada sebarang respon dari Kementerian Kewangan. Dr Jayakumar berkata, projek ini penting untuk memastikan kadar air tidak dirawat (NRW) mesti dikurangkan dan tarif air mestilah adil dan mampu dimiliki oleh rakyat, dan memastikan bahawa kenaikan harga air hanya sekitar 12 peratus sahaja. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas itu lagi, kenaikan harga oleh SYABAS sepanjang satu setengah tahun dari 2010 ialah sebanyak 34 peratus, dan 5 peratus sepanjang tahun ini. Katanya lagi, kerajaan negeri juga bersedia untuk membelanjakan hingga RM300 juta untuk belanja tambahan untuk meningkatkan teknologi untuk meningkatkan pengeluaran air terawat untuk tambahan 100 ke 150 juta liter sehari (MLD). "Sebenarnya tidak ada krisis seperti didakwa oleh pihak SYABAS. Contohnya, menurut angka yang diberikan ABASS (syarikat air negeri) kepada kami, bekalan air dibekalkan ke Seri Kembangan secara berterusan walaupun itu merupakan kawasan bekalan dari pihak SYABAS," katanya dalam sidang media selepas diberi penerangan selama sejam oleh pegawai ABASS di loji rawatan di Precint 19, Putrajaya hari ini. "Keengganan SYABAS untuk berbincang dengan kami juga menyebabkan kesukaran kami untuk menyelesaikan masalah ini. "Oleh itu kerajaan negeri telah bersedia untuk mengambil alih kesemua dari 33 loji rawatan bekalan air di Selangor." Kerajaan negeri melalui ABASS memiliki 4 daripada 33 loji rawatan bekalan air di seluruh negeri Selangor untuk bekalan air di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan negeri juga mahu bertindak membawa SYABAS ke mahkamah kerana melakukan jenayah mengugut rakyat Selangor kerana memberitahu kepada umum terdapat krisis air akan berlaku walaupun angka-angka tersebut tidak mengatakan demikian. "Ini adalah jenayah SYABAS kepada rakyat Selangor dengan menakutkan rakyat Selangor dengan krisis bekalan air seterusnya berlaku catuan." Katanya lagi, projek ini siap pada 2015 agar tidak berlaku krisis air nanti. Beliau juga berkata kerajaan negeri menimbang untuk teknologi membran seperti yang digunakan oleh Wessex Waters di United Kingdom. "Satu kebaikan teknologi ini, ianya mudah digunakan tanpa mengganggu bekalan air semasa penambahbaikan nanti," kata beliau. | |||||||
Zahid Hamidi tolak dakwaan Umno ada hubungan dengan komunis Posted: 23 Jul 2012 01:45 AM PDT Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis. KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis. Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis. "Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini. Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin. Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP.- Bernama | |||||||
Menteri Umno Ditangkap Kerana Rupanya Komunis. Posted: 23 Jul 2012 01:40 AM PDT TUKANGLAWANG.BLOGSPOT Puak Umno dan kuncu-kuncunya sibuk menggunakan SB untuk menakutkan rakyat lagi. Semua dah tahu ia merupakan taktik terdesak umno untuk menang pilihanraya yang akan datang, jika dulu taktik melaga-lagakan satu kaum dengan kaum yang laian diguna pakai, jika tidak berjaya taktik biasa permusuhan agama digunakan, pun jika tidak berjaya Raja pula diusung ke lembah hina fitnah dan jahat umno. Tapi rakyat hari ini dah bijak, ini zaman internet, maklumat pantas. Ini zaman melayu tidak lagi bercampur hanya dengan melayu, cina kini duduk satu meja dengan melayu dan india, gelak ketawa dan kutuk mengutuk dah tak lagi simpan dalam hati, jadi taktik busuk dan jahat umno tak boleh pakai lagi, sudah tak laku. Maka cara baru dibuat, apa lagi selain menakut-nakutkan rakyat, kata mereka habislah jika Pakatan Memerintah, Jemaah Islamiah nak serap dalam PAS, taliban, yale.. yale.. nanti potong tangan... Komunis pun jadi cerita hangat, kata mereka DAP mahu diserapi oleh komunis, semua orang nanti kene duduk dalam hutan dan pegang senjata. Tak payah la bodoh sangat, Negara komunis Russia pun dah tumbang , dah maju sekarang, negara komunis cina pun dah bukak pasaran , mitos komunis yang nak diguna pakai buat rakyat gelak. Tapi umno tak sedar, SB pulak lupa sejarah... Komunis bukan dah menyerap dalam umno ke? lama dulu. dan bukan Khairy nak jalin kerjasama dengan Komunis ke ( baca sini) Jadi siapa yang komunis, Umno ke Pakatan Rakyat? Jawapannya mudah, otak karat umno masih komunis. sekarang zaman global, cuba la orang umno ni jangan bodoh sangat. puiii Ni bukti Menteri umno dulu diresapi komunis. puak umno sila komen kalau berani. | |||||||
K’jaan tolak cadangan S’gor ambil alih Syabas Posted: 23 Jul 2012 01:32 AM PDT KEADILAN DAILYIni kerana kerajaan negeri tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air. PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor hari ini menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu berkata soal pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana kerajaan negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air. "Ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan (membabitkan) prosedur yang tidak boleh dipenuhi kerajaan negeri Selangor dan Syabas. "Kita akan meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan muktamad," katanya pada sidang media di sini. Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala. Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor bertanggungjawab meneliti isu-isu berkaitan industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan menetapkan keutamaan untuk diselesaikan serta melaporkan keputusan-keputusan jawatankuasa kepada Jemaah Menteri. Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Projek Langat 2 diteruskan Muhyiddin berkata pada mesyuarat hari ini, jawatankuasa juga memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan diteruskan dan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang. Beliau berkata Peguam Negara akan mengkaji undang-undang tanah agar Langat 2 yang akan mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari (MLD) dapat diteruskan untuk membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. "Mesyuarat hari ini berpendapat walau apa keadaan sekali pun, projek ini (Langat 2) perlu diteruskan. Walaupun kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan, namun sampai hari ini kerajaan negeri (Selangor) tidak memberi kebenaran. "Saya telah mengarahkan Peguam Negara segerakan perkara ini. Peguam Negara akan bermesyuarat petang ini untuk meneliti perkara ini," katanya. Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan Pusat akan memastikan projek pembinaan Langat 2 ditawarkan kepada syarikat yang berupaya dan berharap ia boleh bermula pada tahun ini. "Jawatankuasa berpendapat ini merupakan satu perkara yang penting dan kalau ia tidak dilaksanakan mengikut pandangan kita (kerajaan pusat), situasi (masalah air) akan bertambah buruk. "Kita mahu menentukan syarikat yang ditawarkan boleh memulakan kerja sebaik kerajaan negeri memberi kebenaran," katanya sambil menambah projek Langat 2 akan mengambil masa tiga setengah tahun untuk siap. Catuan air Mengenai cadangan Syabas pada 14 Julai lalu untuk mengadakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Muhyiddin berkata ia belum perlu dilaksanakan buat masa kini namun beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah air. "Pada masa ini, kawasan-kawasan tertentu yang dikategorikan merah (kawasan yang sering menghadapi masalah air dan bekalan air bersih) akan menghadapi masalah air dan Syabas akan menyediakan bekalan air di kawasan tersebut," katanya sambil menambah antara kawasan berkenaan termasuk Kapar, Klang, Taman Indah Seputeh, Pandan Indah dan Pandan Perdana di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata jawatankuasa juga memutuskan Syabas dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyediakan pelan kontingensi dalam beberapa hari ini sekiranya catuan air perlu diadakan. Sementara itu, ketika ditanya sebab wakil kerajaan negeri Selangor tidak dijemput dalam mesyuarat hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana mesyuarat adalah di peringkat persekutuan dan mahu meneliti daripada "sudut kita". "Perkara-perkara tertentu nanti, kerajaan negeri Selangor akan terlibat. Di peringkat itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka," katanya.- Bernama | |||||||
Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak maut nahas helikopter Posted: 23 Jul 2012 01:24 AM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR : Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Peter Ato Mayau, 53, meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter milik Sebiro Holdings di Sungai Triso, Sri Aman Jumaat lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee How berkata, mendiang yang juga jurutera maut ketika dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit atas tuntutan tugas dan mayat beliau bersama dua lagi ditemui Ahad kira-kira jam 2.00 petang. "Kita kehilangan seorang pemimpin berjiwa rakyat, kurang bercakap tetapi kerja aktif dan konsisten membantu rakyat," kata Chee How yang kali terakhir bersama mendiang dalam sebuah program di Parlimen Mambong seminggu sebelum kejadian. Menurut Chee How, mendiang adalah calon berpotensi untuk menang dan sudah disahkan mewakili KEADILAN bagi Parlimen Mambong pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau pernah bertanding sebagai calon KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri 2011 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat, namun tewas kepada calon BN dalam saingan tiga penjuru. Chee How menyifatkan mendiang sebagai seorang yang mempunyai sentuhan peribadi istimewa dan sangat rajin. Malah bapa kepada tiga anak itu sudahpun turun padang dalam Parlimen Mambong sejak Oktober tahun lalu. "Ato Mayau seorang yang tahan lasak dan mempunyai tahap kesihatan baik. Mendiang juga merupakan pemimpin mudah mesra dan sangat disenangi ramai. "Walaupun beliau berketurunan Bidayuh, namun salasilah keluarga sangat unik dan beliau memiliki darah campuran Melayu, Cina dan Bidayuh," katanya yang masih bersedih dengan kehilangan mendiang. Mayat Ato Mayau kini berada di Kuching dan dijangka dikebumikan esok. Sementara itu, Bernama melaporkan, semua yang meninggal dunia itu menaiki helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang menyaksikan juruterbang berbangsa Jerman, Rico Steger, 35, selamat bersama Adun Pelagus, George Lagong. | |||||||
55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati Posted: 23 Jul 2012 01:22 AM PDT Dr.Afif Bahardin Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri, Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retorik transformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri - negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Jika "Janji Ditepati" menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" - itu masalah! "Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana? Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020? Janji yang mana yang eksekutif hari ini maksudkan yang telah mereka penuhi dan tepati? Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat. Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair. Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka. Maka tiada "janji-janji" lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai "Janji" melainkan teks keramat - Pemasyhuran Kemerdekaan. Ketika Pemasyhuran ini mula diperkenalkan, seluruh rakyat diminta membaca dan menghayatinya. Rakyat ketika itu rata-rata menyebut bahawa isi kandungan pemasyhuran tersebut sebagai sesuatu yang amat bernilai, sesuatu yang diibaratkan sebagai "sijil kelahiran" negara merdeka. Malangnya, berbeda dengan dokumen penting negara lain seperti "Sumpah Pemuda 1928" di Indonesia, pidato "Tryst with Destiny" oleh Jawaharlal Nehru, Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dikarang Thomas Jefferson; pemasyhuran negara ini telah karam hampir tidak dibaca, apatah lagi diwacanakan secara serius. Apa yang penulis paling khuatiri adalah dengan pudarnya dakwat pemasyhuran, maka semangat idealismenya juga turut terhakis. Apa yang disebut di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan, "Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen." - Pemasyhuran Kemerdekaan, 31 Ogos 1957 - Jelas Pemasyhuran Kemerdekaan menyebut akan prinsip asas pembentukan negara bangsa Malaysia ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, amalan demokrasi berparlimen dengan penekanan khusus diberikan dalam menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini terpelihara. Sekali lagi kita tertanya, apakah 55 tahun merdeka, pemerintah UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya memenuhi atau menjunjung prinsip asas yang termaktub ini? Amalan demokrasi yang matang dan baik haruslah mempunyai beberapa asas yang penting seperti suruhanjaya pengendali yang bebas dari segala bentuk tekanan politik, akses kepada media yang adil dan bebas, gelanggang politik yang sama "luas" dan "rata" untuk semua pihak serta punya usaha yang efektif dan berterusan untuk melibatkan seluruh rakyat di dalam proses itu. Perbedaan pendapat atau pandangan politik juga diraikan di dalam amalan demokrasi yang matang, dan lebih penting perdebatan mahupun wacana serius dan berterusan adalah penting dalam menjelaskan kebijakan atau apa jua agenda yang ingin dibawa oleh sesiapa dapat diketengahkan kepada umum dan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak. Dalam amalan demokrasi di Malaysia, adalah salah apabila rakyat masih dimomokkan dengan hujah bahawa setiap lima tahun kita mengundi, membuktikan amalan demokrasi sudah terlaksana. Walhal proses demokrasi itu harus berterusan sehari-hari dan menjadi amalan kerajaan untuk melibatkan rakyat secara aktif di dalam proses itu. Lebih malang apabila amalan pilihanraya setiap lima tahun itu juga turut dinodai dengan penyelewengan dan penipuan yang melampau. Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan daftar pemilih dikemaskini dan bersih dari pengundi dicurigai, amalan politik wang yang membarah, "gelanggang" yang tidak sama rata antara parti pemerintah dan parti pembangkang, serta kebebasan media yang disekat - sekat; menunjukkan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang telah memerintah sejak 55 tahun lepas gagal untuk menepati "janji" yang dimeterai bersama Pemasyhuran Kemerdekaan yang dilafaz Tunku Abdul Rahman. Bagaimana pula dengan "janji" untuk menjunjung hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat seperti yang termaktub di dalam Pemasyhuran dan juga Perlembagaan negara? Saat artikel ini ditulis, mereka yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting masih lagi tidak dibebaskan, bahkan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan pun masih tidak dibuat lagi. 55 tahun merdeka, kita dihantui undang - undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta dan juga Peraturan Polis. Perdana Menteri, Najib Razak menjuarai transformasi, retorik pemansuhan akta seperti ISA, Akta Darurat dan juga beberapa akta lain. Malangnya transformasi yang dijanjikan masih tidak terlaksana dan sekadar indah khabar dari rupa. Dengan kesedaran ini, tatkala slogan sambutan Kemerdekaan tanah air kali ke-55 diumum sebagai "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati", tiada kata-kata yang lebih memualkan yang pernah lahir daripada UMNO dan Barisan Nasional, setakat hari ini. Retorik politik sebegini rupa; mempergunakan sambutan nasional negara, sambutan yang sepatutnya menjadi hak milik seluruh rakyat, sebagai alat untuk parti pemerintah melaungkan "pujuk-rayu", bukan itu saja, bahkan dengan berani melaungkan bahawa inilah masa untuk segenap rakyat membalas budi. Tindakan UMNO dan Barisan Nasional, mempergunakan sambutan Kemerdekaan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai alat kempen, adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab, memalukan dan memualkan. Strategi terbaru UMNO dan Barisan Nasional ini membuktikan betapa mereka terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat. Konotasi seolah-olah rakyat terhutang budi kepada UMNO dan Barisan Nasional, maka, bagi mengenang jasa, rakyat perlulah meneruskan kesinambungan kepimpinan kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional. Rakyat diminta untuk tidak merenung jauh dan terima sahaja bahwa janji sudah dilaksana, oleh itu teruskan saja mengundi mereka menjadi kerajaan. Perdana Menteri hari ini masih melaungkan Transformasi. Banyak wang dibelanjakan untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), dengan berbagai bentuk laporan dikeluarkan. Hakikatnya rakyat sedar. "Janji" asas yang terkandung di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan, sehingga hari ini gagal ditepati oleh UMNO dan Barisan Nasional. Melihat retorik politik terbaru yang dilaungkan Umno dan Barisan Nasional hari ini (baca:55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati), rakyat harus faham bahawa sebenarnya ini sajalah yang termampu dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kerajaan autokratik ini sudah tiada kemampuan dan iltizam untuk meneruskan atau menjuarai apa yang kita panggil perubahan. Pada mereka, semuanya sudah tepu, maka rakyat terimalah seadanya. Mana-mana suara yang menentang atau tidak senada dengan mereka, maka orang-orang ini adalah pengkhianat. Rakyat harus jelas akan "janji" yang kita wajib tuntut. Rakyat perlu kembali menoleh ke masa lampau - 55 tahun lalu. Generasi pendiri negara bangsa Malaysia yang merdeka ini berdiri di atas "janji" yang sama. "Janji" Yang dibacakan pertama kalinya oleh Tunku Abdul Rahman. "Janji" yang diwar-warkan ke seluruh negara. "Janji" yang menjadi tiang seri tertegaknya negara kita ini. "Janji" yang termaktub di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan. "Janji" yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan. "Janji" yang mutakhir ini kelihatan jarang-jarang sekali meniti di bibir, bukan hanya dikalangan rakyat terbawah, bahkan cuba ditepis jauh-jauh oleh mereka yang telah kita amanahkan dengan kuasa dan masa depan negara kita. Selagi "janji" ini tidak ditepati, jangalah sesiapapun tanpa segan melaungkan bahawa tugas mereka sudah selesai. "Janji" ini akan terus kita tuntut, kerana saya dan anda semua tahu, "janji" yang ini masih lagi belum terlaksana; "....dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa." - Pemasyhuran Kemerdekaan, 31 Ogos 1957 – *Dr.Afif Bahardin ialah Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang. | |||||||
Tok Pa Gelisah Bila Artis Semakin Tinggalkan Maksiat Posted: 23 Jul 2012 01:15 AM PDT KELEAB GREENBOC Orang Kuat Umporno Kelantan yang asyik kempunan mahu jadi MB Kelantan, Tok Pa jadi pening apabila golongan artis mula berebut-rebut untuk bersama PAS dan PKR. Paling memeningkan beliau, setelah para artis ini menyertai PAS dan PKR, mereka pasti akan berubah daripada keadaan yang "tidak senonoh" kepada yang lebih senonoh dan bermoral. Berbeza dengan artis yang berebut masuk Umporno. Tiada beza langsung, daripada keadaan "tidak senonoh" dilihat lebih "tidak senonoh", cuma bezanya mereka apabila masuk Umporno poket mereka mungkin agak "kembung" sedikit. Memang pun Umporno parti untuk para `peminta sedekah' yang selalu beranggapan rezeki datangnya dari parti sekutu Apco ini. Maka, Tok Pa pun berkata bahawa PAS `terpaksa' memerlukan kerjasama artis kerana tertekan dengan kejayaan Umporno mendekati golongan muda. Orang muda mana yang semakin mendekati parti lembu kondo itu, wahai Tok Pa? Apatah lagi di Kelantan, Umporno langsung tiada di fikiran anak-anak muda Kelantan. Tok Pa tidak sedar bahawa semangat anak-anak muda di Kelantan kini meresapi semangat anak-anak muda di negeri-negeri lain yang bakal menumbangkan Umporno di dalam PRU akan datang. Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk Dikir Barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. "Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya lagi. Kenyataan Tok Pa terlalu cetek dan dangkal sekali. Tok Pa lupa bahawa Dikir Barat dahulunya dilarang di Kelantan kerana semua tahu bahawa di dalam persembahan Dikir Barat ketika itu banyak adegan yang berunsur maksiat. Penyanyi wanita dan kadangkala `pondan' menyanyi sambil menggoyang-goyangkan punggung mereka di khalayak ramai serta lirik lagu dikir yang kadangkala lucah amat bertentangan dengan hukum Islam. Bahkan, sehingga kini persembahan Dikir Barat yang mempunyai unsur-unsur maksiat sedemikian terus dilarang, namun para artis semakin menyokong PAS kerana mereka faham Seni Islam itu bagaimana, kecuali Tok Pa yang masih tergila-gilakan "bapok" beraksi di dalam dikir. Begitu juga dengan Mak Yong yang diharamkan oleh Kerajaan PAS Kelantan kerana terdapatnya unsur-unsur syirik serta khurafat di dalam persembahan tersebut. Sebenarnya, bukan sahaja Dikir Barat atau Mak Yong bahkan persembahan nyanyian biasa juga dikawal oleh Kerajaan PAS Kelantan. Adakah artis menjauhi PAS? Tidak, kebanyakan artis memahaminya kerana artis tersebut berugama Islam, tidak tahu lah kalau Tok Pa berugama `Tok Cha" kerana gagal memahami hukum Islam. Kita semua dapat lihat mana-mana artis yang menyertai PAS terutamanya akan lebih baik penampilan mereka daripada sebelumnya. Justeru itulah Umporno amat merasa cemburu dengan kejayaan PAS sehinggakan mereka tidak pernah terfikir bagaimana seorang artis yang selalunya `meminta sedekah sesuap nasi' dengan mereka sanggup menyertai PAS yang belum pun menjadi kerajaan yang memerintah Pusat seperti mereka. Mereka lupa, hasil tarbiyah PAS iaitu rezeki bukan di tangan Umporno, tetapi di tangan Allah, itulah penyebab semakin ramai artis menyertai PAS atau PKR. Cuma segelintir artis yang masih meletakkan maruah mereka setaraf dengan peminta sedekah dan pelacur jalanan sahaja yang masih mengampu dan membodek Umporno. Hakikatnya, PAS dan PKR tidak 'memburu' artis, sebaliknya artis yang kini berbaris menanti giliran untuk bersama PR. Jika mereka mahu hidup mewah dan senang lenang, lojikkah pada akal mereka akan senang lenang bersama PR yang sekarang ini hanya sebagai Pembangkang di Pusat? -wfauzdin Mustapa dijangkiti penyakit 'denial syndrom' | |||||||
Kisah Penghijrahan Nuremy Ramli Bertudung Posted: 23 Jul 2012 01:14 AM PDT KELAB GREENBOC Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai artis-artis di Malaysia nie yang terbuka hati untuk menuju ke arah hidup yang lebih baik. Terbaru, bintang filem X dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Nuremy Ramli pulak membuat keputusan untuk tampil dengan imej bertudung. Mengikut apa yang diceritakan Nuremy, mimpi Nuremy berjumpa arwah bapanya adalah antara punca mengapa Nuremy mengambil keputusan untuk bertudung. "Saya bermimpi bertemu arwah ayah saya beberapa kali cuma yang peliknya, arwah ayah tak tersenyum bila melihat saya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. Saya tak nafikan memang saya ada rasa serba tak kena, sehinggalah saya membuat keputusan untuk bertudung, alhamdulillah, saya berasa lebih tenang dan selesa," -blog bulanpurnama Ulasan GB Semuga Allah memberikan kekuatan iman kepada artis berkenaan untuk terus beristiqamah dengan perubahan yang dilakukan. Tahniah dan syabas dari kami. | |||||||
Peserta terkulai dicampak ke dalam trak – Saksi Posted: 23 Jul 2012 12:56 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Seorang lagi saksi, Hanif Ahmad Zainuddin, 36, memberitahu, beliau sempat menyaksikan seorang peserta himpunan dibelasah hingga terkulai sebelum dibaling ke dalam trak oleh polis. "Dalam perjalanan saya dibawa polis ke trak, saya sempat menyaksikan seorang peserta dalam usia 20 an dibelasah sehingga tak mampu bangun, tapi masih ditendang dan dipijak polis," katanya. "Kemudian, bila peserta tersebut terkulai, polis bertindak membaling mangsa begitu saja ke dalam trak," sambung beliau. Hanif merupakan saksi pertama sidang keempat pendengaran awam perhimpunan Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini. Menurut Hanif, sewaktu sedang duduk menunggu LRT dibuka semula, sekumpulan polis datang mengetuk kepala dan membelasah beliau. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Badan Peguam Malaysia dan polis turut hadir sebagai pemerhati. | |||||||
Rakyat guna RON95, kenapa turun harga RON97? Posted: 23 Jul 2012 12:54 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang terlalu berkira untuk membantu rakyat bagi mengurangkan perbelanjaan petrol ditempelak Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Abdul Rahman Yusof. Menurut beliau, sikap hipokrit kerajaan itu membuktikan mereka tidak ikhlas membantu rakyat, sebaliknya hanya menjaga periuk nasi kroni. "Kenapa mahu jadikan alasan untuk turunkan minyak RON95, sedangkan rata-rata rakyat menggunakannya berbanding RON97. "Kalau peruntukkan subsidi kepada kroni tidak pula berkira sebaliknya berbilion ringgit disalurkan kepada mereka," katanya dihubungi. Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilapor berkata, walaupun melakukan pengapungan petrol RON97 bagi mengekalkan subsidi RON95 tetap tidak membantu kerana mendakwa sebilangan golongan berpendapatan tinggi turut menggunakannya. Akibatnya, kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan besar kira-kira RM30 bilion setahun manakala RM20 bilion daripada itu bagi tujuan subsidi minyak dan gas, kata beliau. "Kalau beliau (Awang Adek) sudah tahu rakyat banyak menggunakan RON95, kenapa diturunkan RON97, lepas itu dicanangkan kata harga minyak dunia naik dan pelbagai alasan. "Kenapa hanya mahu beritahu subsidi yang diberikan kepada rakyat, tapi tidak pula beritahu berapa kos subsidi yang diberikan kepada IPP (Penjana Tenaga Bebas) dan kroni," tegas beliau. | |||||||
Demo lebih besar jika Syabas masih degil – AMK Posted: 23 Jul 2012 12:51 AM PDT Oleh Sidiqin Omar SHAH ALAM : Lebih 100 peserta berhimpun di hadapan Wisma Rozali dekat sini bagi menyatakan sokongan kepada langkah kerajaan Selangor untuk mengambil alih pegangan konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Antara yang hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei; Timbalan Pengerusi KEADILAN (AMK) Selangor yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Selangor, Azmizam Zaman Huri. Turut serta, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita Pusat, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau dikenali Dayangku Intan. Himpunan bermula jam 12.00 tengah hari dan mereka berarak kira-kira 100 meter dari pintu masuk pasaraya Giant menuju pintu hadapan Wisma Rozali. Peserta turut melaungkan slogan 'Kembalikan air kepada rakyat', 'Hentikan catuan air', 'Pecat Tan Sri Rozali dan 'Syabas jadi alat Umno. Selain itu, kain pemidang tertera kenyataan 'Kerajaan Selangor segera ambil alih Syabas', 'Syabas peras ugut rakyat Selangor', 'RM8.65 bilion terlalu mahal' dan 'Rakyat Selangor hilang air percuma' turut dinaikkan. Selepas berunding selama 15 minit, memorandum mengandungi tujuh tuntutan yang didraf AMK Selangor berjaya diserah kepada Ismail Hashim, Pengarah Eksekutif & Pentadbiran Sumber Manusia Syabas. Antara tuntuan tersebut adalah membantah catuan bekalan air di Selangor oleh Syabas dan menyerahkan operasi air terawat kepada kerajaan negeri. Memorandum turut membantah pembinaan Loji Langat 2 yang menelan belanja RM8.65 bilion. Azmizam berkata, jika pentadbiran Syabas tidak mendengar suara mereka dan Rozali masih tidak meletakkan jawatan, satu himpunan lebih besar akan diadakan sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut. Awal minggu lalu, Syabas mengumumkan Selangor kini berdepan krisis bekalan air dan menyatakan hasrat untuk mencatu bekalan air di negeri itu, jika kerajaan negeri menolak pembinaan Loji Langat 2 . Bagaimanapun, keputusan itu mendapat tentangan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menegaskan bekalan air di Selangor masih mencukupi. Khalid yang ragu dengan keputusan Syabas mengumumkan penstrukturan semula bagi mengelakkan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kenaikan tarif air sebanyak 50 peratus. | |||||||
Tanah Lembaga Tabung Amanah Warisan DiLelong Posted: 23 Jul 2012 12:46 AM PDT Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU – Tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar terletak di Mukim Kerteh dekat sini telah di lelong ekoran kegagalan membayar pinjaman bank. Tanah tersebut telah digadaikan kepada Eon Bank pada 17 Februari 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai Bandar Baru Kerteh Jaya. Hong Leong Bank yang telah mengambil alih Eon Bank apabila bank tersebut ditutup operasinya, telah melelong Tanah LTAWNT melalui satu lelongan awam pada hari Rabu, 18 Julai, 2012. Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Hartanah tersebut berada dalam kawasan perumahan terbengkalai Bandar Baru Kerteh Jaya, di tepi jalan utama menuju Batu Putih, lebih kurang 4km dari Bandar Baru Kerteh. Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai telah dilelong dengan harga rezab RM 5, 594,000.00. Menurut sumber, lelongan itu telah disambut oleh pembida sebuah syarikat yang dikenali Alam Sierra Development Sdn Bhd dari Taman Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang di milik seorang peniaga berbangsa Cina. | |||||||
Adun DAP sumbang cek untuk masjid, surau di Subang Jaya Posted: 23 Jul 2012 12:43 AM PDT Roketkini.com PETALING JAYA: Enam masjid dan 16 surau di Subang Jaya dan kawasan di sekitarnya menerima sumbangan RM28,000 sempena bulan Ramadan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh, di Dewan Muslimat Masjid Darul Ehsan Subang Jaya semalam. Majlis ini telah dihadiri oleh nazir-nazir dan wakil-wakil masjid serta surau untuk menerima cek sumbangan melalui peruntukan ADUN kepada semua masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor di kawasan DUN Subang Jaya. Setiap masjid menerima sumbangan RM2,000 manakala setiap surau masing-masing RM1,000. Menurut Hannah Yeoh, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan kos masjid dan surau dalam bulan Ramadhan. "Ini adalah kali keempat majlis ini dilakukan dan bagi DUN Subang Jaya, sumbangan kepada masjid dan surau merupakan paling tinggi di Selangor," katanya di majlis itu. Sementara itu, selepas majlis tersebut, Yeoh dalam satu sidang akhbar mendedahkan mengenai bahaya yang dihadapi oleh penduduk sekitar Jalan 5/46 Bukit Gasing akibat pembangunan oleh pemaju Gasing Meridian Sdn.Bhd. berdekatan kawasan tersebut. "Masalah utama projek ini ialah mengenai jalan masuk ke kawasan yang dibangunkan tersebut. Lori-lori besar keluar masuk hanya menggunakan satu laluan sahaja iaitu Jalan 5/46. "Pihak Pusat Khidmat DUN telah pun melakukan tinjauan jalan tersebut bersama unit penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya. Menurutnya, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Datuk Bandar MBPJ pada Jumaat lalu memohon MBPJ bekerjasama dengan DBKL menghalang lori-lori tersebut dari menggunakan jalan tersebut. "Kita mahu agar satu laluan keluar masuk yang lain disediakan dan tindakan tegas dari pihak DBKL dan MBPJ sendiri," ujarnya. Tambah beliau, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur agar bertindak segera untuk menangani masalah ini untuk mengelak kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. – Roketkini.com | |||||||
Jenayah: Kerajaan BN terlepas pandang Posted: 23 Jul 2012 12:37 AM PDT Roketkini.com Dalam satu jawapan bertulis Parlimen kepada Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Liew Chin Tong pada tahun lalu, laporan Statistik dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan sehingga bulan Januari 2011, hanya 9,346 pegawai polis daripada 105,929 pegawai polis seluruh negara terlibat dalam penyiasatan kes jenayah. Ini bermakna, bagi setiap orang anggota polis yang menguruskan kes jenayah, enam anggota yang lain ditugaskan untuk menguruskan kes bukan jenayah. Rata-rata kalangan masyarakat sivik dan NGO berpendapat, ia merupakan satu fakta yang menyedihkan malah mengejutkan. Persoalan yang timbul ialah, bagaimana hanya 8 peratus sahaja dari 105,929 anggota polis seluruh negara ditempatkan jabatan siasatan jenayah? Memberi respon kepada statistik kementerian tersebut, Liew berkata, "Tidak hairanlah kalau kita merasa tidak selamat." Secara keseluruhannya jika dijumlahkan kesemua jabatan yang berkaitan dengan jenayah, ia merangkumi 14 peratus dari 105,929 anggota polis meliputi bahagian narkotik dan jenayah komersial. Statistik dibawah akan memberikan gambaran yang lebih jelas apa yang mungkin menjadi penghalang pasukan polis dari membuatkan kita berasa selamat. Menurut Liew, data tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai jawapan Parlimen semasa sesi Parlimen Mac hingga April 2011. Akan tetapi menteri berkenaan enggan untuk menjawab persoalan yang hampir sama pada sesi Parlimen baru-baru ini. Peruntukan besar untuk polis tetapi… Pada tahun 2010 sebanyak RM4.5 bilion diperuntukkan kepada polis, meningkat kepada RM5.8 bilion pada 2011 dan terus ditambah menjadi RM6.3 bilion pada tahun 2012. Terdapat peningkatan sebanyak RM1.8 bilion atau 40 peratus di antara 2010 dan 2012. Dari sudut peruntukan kewangan, ia menggambarkan bahawa kerajaan memberi komitmen kepada keselamatan awam dan negara. Persoalan yang timbul ialah, mengapa kerajaan gagal menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa di negara ini atau sekurang-kurangnya; kejadian kes jenayah yang berlaku saban hari cukup untuk menggusarkan kita semua. Jawapan bertulis Parlimen tersebut turut merumuskan bahawa 86 peratus anggota polis terlibat dalam sektor bukan jenayah seperti pengurusan (management), keselamatan dalaman dan ketenteraman awam (internal security and public order), logistik, cawangan khas (special branch) dan tugas-tugas khas (special task force). Sila rujuk carta di bawah. Dengan bilangan yang tinggi anggota polis terlibat dalam sektor bukan jenayah, Liew menimbulkan persoalan adakah ia disebabkan kerajaan begitu obses dengan pengawasan musuh politik mereka dan "mengejar bayang-bayang sendiri" seperti pendedahan 'cerita mengarut' berkenaan penyusupan elemen Jemaah Islamiah (JI) dan komunis ke dalam Pakatan Rakyat seperti didakwa oleh Cawangan Khas tempoh hari? Rakyat diancam jenayah setiap hari Di mana jua kita berada, adakah kita berasa selamat? Kita sentiasa dihantui dengan kes pecah rumah ketika meninggalkan rumah untuk bercuti, golongan wanita sering sahaja dilaporkan diragut ketika di jalanan, kes kecurian motor juga sering berlaku dimana-mana, kita juga sering diberitakan dengan kes samun bersenjata di tempat awam, ini tidak termasuk dengan jenayah seksual dan penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak yang saban hari kedengaran. Kes pecah rumah bukan sahaja melibatkan rakyat biasa seperti kita tetapi baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian yang sama berlaku ke atas rumah orang kenamaan mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik sendiri. Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaidin 2005 Pada tahun 2005, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis dipengerusikan oleh Tan Sri Dzaidin telah membuat beberapa cadangan untuk mentransformasikan pasukan Polis di Malaysia kepada lebih efisyen, professional dan bertaraf dunia. Antara fokus kearah mencapai matlamat ini ialah menurunkan kadar jenayah, membasmi rasuah dan mendukung hak asasi manusia. Adakah objektif ini telah tercapai? Jenayah yang berlaku di sekeliling kita bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Kajian umum menunjukkan banyak kejadian jenayah berlaku didorong oleh faktor ekonomi dan persekitaran. Pengangguran dan tekanan hidup merupakan salah satu punca utama berlakunya jenayah. Malah, tekanan hidup sering juga dikaitkan dengan merebaknya gejala mental yang membimbangkan. Semakin pesat dan membangunnya sesebuah negara, semakin ramai kalangan kelompok masyarakat akan tertindas dan ketinggalan sekiranya langkah serius tidak diambil pihak kerajaan. Dalam pada itu, kerajaan harus mengkaji semula dasar dan penguatkuasaan mereka terhadap beberapa cabang lain seperti isu gaji dan bantuan kebajikan yang tidak setimpal, kebajikan pekerja yang tidak terjamin, masalah kemasukan pendatang tanpa izin yang tinggi dan banyak lagi. Selain struktur pasukan polis yang tidak seimbang, kejadian jenayah yang semakin membimbangkan ini membawa kita untuk berfikir, apakah ia juga kerana kegagalan pihak kerajaan memperkasa ekonomi rakyat serta melaksanakan polisi dengan telus dan berintegriti? -Roketkini.com | |||||||
'Tuduhan Umno bagai menghina artis' Posted: 22 Jul 2012 05:17 PM PDT SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis. Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah. "Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu. "Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu. | |||||||
BN, Pakatan sedang perhalusi senarai calon, ramai muka baru dalam senarai Posted: 22 Jul 2012 05:16 PM PDT Oleh Jahabar Sadiq KUALA LUMPUR — Muka baru dijangkan akan mendominasi senarai calon pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua ingin mendapatkan undi 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang yang dijadualkan paling cepat pada September ini, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, BN sedang mengambil golongan profesional dari beberapa agensi seperti dari Pemandu sebagai langkah untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di parlimen dan negeri-negeri yang diambil oleh PR pada PRU 2008. Sementara parti-parti komponen dalam PR pula, telah menerima beratus Cv dari mereka yang merasakan boleh menjadi wakil rakyat. "Datuk Seri Najib Razak (gambar) menyemak senarai calon beberapa kali. "Setiap kerusi sekurang-kurangnya terdapat empat nama dan dia mahukan yang terbaik dan boleh menang," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider dengan menggunakan istilah 'calon boleh menang' yang dipopularkan oleh perdana menteri (PM). Najib yang mempengerusikan 13 parti dalam BN telah memberitahu parti komponen tentang pembahagian kerusi sekarang akan berdasarkan calon boleh menang berbeza dengan formula sebelum ini yang menyaksikan MCA, MIC dan Gerakan kalah teruk dalam PRu 2008. Diantara perubahan adalah, pengerusi BN sendiri akan memilih calon yang dicadangkan oleh parti selain Umno, terutamanya yang dapat menarik undi orang muda. PM telah melancarkan beberapa program seperti perjumpaan dengan pengguna Twitter dan minggu lalu 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) di ibukota untuk mempengaruhi generasi muda untuk bersamanya. Najib menyeluruh. "Dia sudahpun mengintai calon dari Pemandu, dan kita tidak bercakap tentang Idris Jala, untuk mendapatkan lebih banyak sokongan," kata sumber lain merujuk kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang diketuai oleh menteri di jabatan perdana menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala. Idris adalah senator, tetapi bukan ahli kepada mana-mana parti dalam BN. The Malaysian Insider melaporkan semalam, pentadbiran Najib bercadang untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan September sebelum Hari Malaysia jika rancangan untuk membubarkan parlimen pada bulan hadapan menjadi. Sumber memberitahu pembantu Najib telah memberi taklimat kepada beberapa orang berkenaan rancangan untuk mengadakan pilihan raya antara Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Ogos 19 dan Hari Belanjawan yang dicadangkan September 28. Hari Malaysia adalah pada 16 September. Akan tetapi, PM yang memerlukan mandatnya sendiri itu berkata Sabtu lalu bahawa BN masih lagi belum selesai dengan senarai calon untuk PRU akan datang. Senarai ini akan muktamad apabila tiba masanya. "Selain itu adalah spekulasi." Katanya apabila ditanya tentan kebenaran dakwaan beliau mengugurkan separuh daripada senarai nama yang dihantar. Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam berkata parti tersebut telah mengaktifkan 6,667 pusat daerah mengundi di seluruh negara untuk mengukuhkan jentera pilihan raya itu sebagai persediaan pilihan raya yang semakin hampir. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut telah menjangkakan pilihanraya selepas Aidilfitri, katanya BN berkemungkinan akan mengambil peluang kerana ramai pengundi tidak sempat pulang ke daerah mengundi mereka, selepas perayaan besar umat Islam itu. Kebiasaanya, semasa Aidilfitri ramai yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Sumber dari PR pula berkata setiap parti — PKR, PAS dan DAP — sudah menghantar beberapa nama kepada pemimpin mereka untuk disaring. "Setiap pimpinan parti sudah ada senarai calon ditangan dan sedang mengkajinya. "Hanya beberapa kerusi yang perlu ditukar dan itu akan selesai saat parlimen dibubarkan," kata Sumber kepada The Malaysian Insider. Sumber dari DAP pula mengesahkan beberapa muka baru akan bertanding PRU akan datang walaupun beberapa ahli politik veteran telah menyatakan hasrat untuk kekal. "Memang wajar kerana kemenangan 2008 telah memberikan keyakinan kepada ramai," katanya. The Malaysian Insider difahamkan, pembahagian kerusi parlimen PR adalah 66 kerusi untuk PAS, 47 untuk DAP dan selebihnya kepada PKR termasuk juga kepada sekutu di Sabah dan Sarawak. "Kita akan bekerjasama dengan parti-parti tempatan di Borneo, oleh itu aka nada kerusi untuk mereka," kata sumber PKR. Hampir 13 juta pengundi layak untuk mengundi pada PRU akan datang. Melibatkan 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun di 12 negeri. Walaubagaimanapun, empat negeri PR belum tentu akan mengadakan PRU serentak kerana mandat hanya akan berakhir pada April depan. Sarawak sudah pun menjalankan pilihan raya negeri mereka tahun lalu. | |||||||
19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu Posted: 22 Jul 2012 05:10 PM PDT KOTA BHARU- "Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu." Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai 'Abe Soh Bini Ramai' atau 'Abe Soh Silat'. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi. "Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia," katanya. Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52, turut serta semasa Sinar Harian ke kediaman keluarga besar itu. Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini. "Anak-anak hasil bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya," katanya. Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun. Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka. "Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit," katanya. Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT. Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil. "Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami," katanya. Dalam pada itu, Che Soh berkata, dia lebih gemar mempraktikkan komunikasi efektif dalam kalangan ahli keluarganya bagi menguruskan hal rumah tangga. "Saya akan bertindak menjadi sebagai penasihat dalam keluarga dengan menggunakan pendekatan agama seperti digariskan dalam Islam. "Di samping itu, saya mengajar isteri-isteri agar berterus-terang jikalauada tidak puas hati dan jangan simpan dalam hati jika tidak suka," katanya. Che Soh berkata, kebijaksanaan mengendalikan masalah yang timbul juga penting dalam menguruskan keluarga yang besar. Katanya, tiga anak lelakinya iaitu Che Azman, 35; Che Azwadi, 31, dan Che Azizul, 28 turut mengikut jejak langkahnya beristeri lebih daripada satu. Sementara itu, isteri keduanya, Mariam berkata, suaminya itu seorang yang manja dan mudah dijaga serta adil kepada semua isterinya. Mariam menyifatkan suaminya seorang yang bijak menyelesaikan masalah berbangkit antara dia dengan dua orang madunya yang lain. "Kami sesama isteri tidak pernah menaruh perasaan dendam mahupun marah dan hubungan kami rapat seperti kawan-kawan serta tidak pernah bergaduh besar. Kalau ada apa-apa masalah yang timbul, kami akan terus bagi tahu suami dan biar suami selesaikan," katanya. Menurutnya, antara daya tarikan suaminya ialah keistimewaan memiliki kemahiran seni mempertahankan diri. "Sebelum saya mengenali suami, saya sudah pun bertunang dan selepas berjumpa dengan suami, saya tertarik dengannya dan keluarga pun menyukainya dan merestui perhubungan ini," katanya. Anak gembira keluarga besar "Saya sebagai anak rasa gembira ditakdirkan lahir dalam keluarga yang besar," kata anak perempuan Che Soh, Rabiaahtun Adawiah, 23, Anak ke-23 Che Soh itu berkata, kegembiraan dirasai ketika musim perayaan kerana disambut dalam suasana yang begitu meriah dengan kehadiran kesemua adik-beradik. Menurutnya, biarpun berlainan ibu, tetapi tidak menghalang mereka adik-beradik menjalinkan hubungan kekeluargaan yang rapat. "Setiap kali hari raya kami akan mempunyai tema warna baju raya dan kami tidak pernah mempunyai rasa cemburu antara satu sama lain. Cuma kalau ada perselisihan faham itu perkara biasa, tetapi dapat diselesaikan dengan baik sebab abah pandai selesaikan," katanya. Rabiaahtun Adawiah berkata, ayahnya itu manja dengan anak-anak sekiranya sakit, ayahnya menuntut kesemua 46 anaknya balik menziarahinya walaupun sekejap. "Saya sendiri yang telah kahwin ini pun ada dua anak masih tidur atas riba abah lagi sekarang ini, begitu juga dengan anak-anak yang lain," katanya. Bagi Rabiaahtun Adawiah, ayahnya itu seorang yang tegas dengan anak-anak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. | |||||||
PRU13: Seminar Pas sasar input dasar negara kebajikan Posted: 22 Jul 2012 05:00 PM PDT Seminar anjuran Pusat Penyelidikan Pas (PPP) dilihat lanjutan kepada ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti itu Jun 2011 dan pelancaran buku Negara Kebajikan akhir tahun lalu. Idea beliau itu telah dikecam oleh parti pesaingnya atas alasan Pas sudah berubah dasar perjuangan dan Barisan Nasional (BN) telah pun menitikberatkan soal dan aspek kebajikan dalam setiap dasar dan programnya. Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, seminar ini akan memberi peluang kepada kepimpinan Pas di peringkat pusat dan wakil-wakil rakyat parti itu serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk duduk berbincang mengenai polisi dan cabaran apabila berjaya membentuk kerajaan. "Seminar ini juga memberi peluang kepda kepimpinan Pas untuk mendapat input, sumbang saran dan pandangan daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan taraf hidup," kata beliau dipetik Harakahdaily. Menurut beliau, seminar sehari itu juga berperanan sebagai medium bagi kepimpinan Pas menyampaikan pandangan kepada masyarakat secara perbincangan dua hala. Tambah Mohd Zuhdi, PPP akan mengumpul data dan bahan yang diperoleh daripada seminar ini untuk didokumentasikan, seterusnya dijadikan bahan rujukan untuk merangka dan membentuk dasar-dasar berkaitan implementasi Dokumen Negara Berkebajikan kelak. Dirasmikan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, katanya, seminar ini terbahagi kepada tiga wacana iaitu Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri?, Implementasi Sistem Percukaian Di Malaysia – Satu Kajian Semula, dan Sukan dan Hiburan Di kalangan Belia dan Anak Muda. Antara ahli panel ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama, Nik Mohd Zawawi Salleh yang juga Setiausaha Majlis Syura Pas; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Razak, bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob dan Pengarah dan Penerbit Drama/Filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzzri. Katanya, program ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Pembentukan dan Penilaian Polisi Awam pada 8 Julai lalu yang memberi pengenalan kepada ahli-ahli Pas yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk merangka dan membentuk polisi-polisi awam. | |||||||
Jangan cakap tak serupa bikin, Umno nasihat Kit Siang Posted: 22 Jul 2012 04:57 PM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu pemimpin pakatan pembangkang khususnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang pada masa akan datang. Beliau berkata, BN tidak mahu sejarah hitam pada 1969 itu berulang dan mengugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati sekarang. "Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran Umno Bahagian Putrajaya di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur semalam bahawa pakatan pembangkang sedia member kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang. Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak keluar secara beramai-ramai untuk meraikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua pihak. Beliau yang tinggal di Kampung Baru ketika kejadian 1969 itu berkata kejadian rusuhan kaum pada ketika itu adalah berpunca daripada segelintir pemimpin dan penyokong pembangkang yang keluar berarak beramai-ramai untuk meraikan kemenangan di beberapa kerusi parlimen. "Sesiapa yang menang, perlu bersabar, tenang dan tidak terlalu teruja. Apabila (dalam keadaan) terlalu teruja, ia akan naik ke kepala dan anda akan cenderung melakukan tindakan yang tidak elok. Akhirnya ia akan menjejaskan masyarakat berbilang kaum," katanya. – Bernama | |||||||
Kelantan tubuh pasukan khas cegah aktiviti lombong haram Posted: 22 Jul 2012 04:55 PM PDT KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menubuhkan pasukan khas yang dilengkapi senjata bagi menangani aktiviti perlombongan haram termasuk perlombongan emas, yang menjadi kontroversi baru-baru ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pasukan itu akan ditempatkan di markas sekitar Gua Musang dan Jeli, yang dikenal pasti sebagai lokasi yang sering kali berlaku aktiviti haram. "Penubuhan pasukan ini berkuat kuasa serta-merta, ia akan melakukan risikan, rondaan, pemantau dan tindakan diambil sejurus aktiviti itu dikesan," kata beliau kepada pemberita, di Kota Darul Naim, hari ini. Sebelum ini akhbar melaporkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram yang dikenal pasti di negeri ini dan ia berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Susulan itu, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat serbuan ke atas tapak perlombongan itu diancam oleh lapan lelaki bersenjatakan objek keras dan tajam yang cuba menghalang operasi tersebut. Ahamd yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah berkata, pasukan khas itu akan dianggotai oleh 22 kakitangan Jabatan Hutan, enam dari Pejabat Tanah dan Galian dan seorang dari pejabat daerah. Ditanya adakah penguatkuasaan sebelum ini tidak berkesan sehingga aktiviti haram itu gagal dibanteras, Ahmad berkata, anggota penguat kuasa yang tidak berada dalam satu pasukan menyebabkan tindakan untuk mengawal aktiviti itu perlahan. "Sebelum ini pegawai penguat kuasa hanya ada jajahan masing-masing, dengan adanya markas kita dapat bertindak dengan segera," katanya. Mengulas mengenai kenyataan terdapat unsur rasuah membabitkan segelintir pegawai, Ahmad berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut dan mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti wujudnya pegawai yang melakukan tindakan tersebut. | |||||||
PRU13: Umno gerak 6,667 pusat daerah mengundi Posted: 22 Jul 2012 04:54 PM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Umno telah mengerakkan kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mengaktifkan PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan 20,000 cawangan di seluruh negara. "Kita telah memberi taklimat kepada semua Ketua Penerangan Umno Negeri untuk mengadakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini. Umno pusat akan menyalurkan peruntukan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti termasuk berbuka puasa dan bersahur. "Jentera bahagian Umno telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sehubungan itu Umno mengaktifkan PDM sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Nur Ramadan di kediamannya di Presint 10 di sini. Kira-kira 100 anak-anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih, Hulu Kelang, Rumah Anak Yatim, Miskin, Shifa, Setapak dan Rumah Kebajikan Al-Nasuha, Gombak hadir pada majlis tersebut. Ahmad berkata setiap bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengambil satu PDM sebagai anak angkat untuk memastikan jentera parti mendekati pengundi di peringkat akar umbi.- Bernama | |||||||
Suspek mangsa bunuh Ketua Wanita Umno ditahan Posted: 22 Jul 2012 04:52 PM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam. Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, katanya. Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66. Katanya suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas rumahnya dipecah masuk melalui pintu belakang. Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital. - Bernama | |||||||
Ustaz Persepsi vs Ustaz Perubahan Posted: 22 Jul 2012 04:47 PM PDT
"Syabas diucapkan kepada ketua pemuda pas Ustaz Nasaruddin kerna beliau berjaya menyampaikan debat dengan benar-benar segar, bersifat baru dan mewakili suara anak muda. Begitu banyak fakta yg diberikan malah menjawab soalan pihak lawan dengan begitu baik sekali. Beliau berjaya mencerminkan diri beliau sebagai pemimpin pemuda yg disegani dan harus diikuti. Pasti ramai anak muda yg teruja dengan kata-kata nya,anak muda inginkan perubahan. Ustaz Fathul Bari dilihat terperangkap dengan persepsi negatif yg mungkin beliau kutip dari akhbar utusan atau tv3. Beliau setuju dengan dasar pas Islam, Al Quran dan Hadis. Buktinya beliau sendiri menggunakan elemen tersebut. Beliau menekankan soal nasihat. Beliau juga mengkritik anak muda dengan mengatakan mereka golongan yg mudah bertindak melampaui batas. Kedua belah pihak bercakap dengan begitu baik dan pantas,setiap saat digunakan sebaik mungkin. Namun isu yg lebih penting adalah hujah siapa yg lebih bernas untuk kita analisis dan memahami sebagai rujukan hidup khususnya anak muda masa kini. Mari kita letak ke tepi pihak mana yg mereka wakili sebagai permulaan untuk kita mendalami fakta masing-masing. Maka di penghujung nanti seharusnya kita melihat secara kesuluruhan iaitu ahli kumpulan masing-masing dan juga dasar parti. Ustaz Fathul Bari tidak layak bergelar pemimpin kerana gagal memahami bahawa mangsa persepsi negatif no 1 negara adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini dapat dilihat melalui di seluruh media tanah air kita baik televisyen, akhbar,media cetak, radio,video dan juga internet. Ini menunjukkan beliau kurang bijak dalam melakukan penilaian terhadap senario semasa. Dari mula hingga ke akhir debat beliau kerap kali menekankan soal persepsi yg boleh mengundang fitnah malah menjatuhkan reputasi seseorang individu. Apakah beliau kuno,tidak menonton berita semasa? dan membaca akhbar?Bukankah Anwar ibrahim difitnah setiap hari, siang dan malam begitu juga dengan pemimpin pakatan yg lain termasuk yg bertaraf ulama. Semua itu datang dari ahli kumpulan Ustaz Fathul Bari sendiri,yaitu UMNO dan BARISAN NASIONAL. Adakah beliau menasihati semua rakan-rakan beliau yg membuat sesuatu melampaui batas? Persepi sentiasa timbul,bagaikan pohon yg sentiasa bergoyang ditiup angin. Islam telah meletakkan hukum bagi mengawalnya baik dari segi individu,keluarga,dan negara. Sebagai contoh hukum tutup aurat, hukum cerai,dan sifat adil dalam memerintah mampu mengelak fitnah atau persepsi buruk. Contoh terbaik kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Perlu diingatkan disini, persepsi ada yg benar ada yg salah faktanya.Maka hukum islam dan juga bukti harus digunakan untuk mendapatkan jawapan yg relevan dan praktikal. Sebagai contoh, akhlak,pemikiran dan sifat peribadi seseorang yg mengeluarkan hujah harus diambil kira. Begitu tegas sekali Ustaz Fathul Bari berhujah tentang nasihat demi membawa kebaikan. Persoalan yg timbul disini, apakah beliau menasihati Dato Seri Najib soal aurat isterinya?Ini kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan persepsi buruk,aurat hukum penting dalam Islam.Sekiranya perkara asas beliau gagal menasihati,bagaimana pula tentang hukum hakam Islam yg lain. Apakah perkara sebenar yg dilakukan beliau sebagai ulama muda Umno?Bagaimana dengan hukum ekonomi Islam dan undang-undang Islam seperti hudud? Ustaz Fathul Bari juga berhujah bermati-matian bahawa Islam tidak mengajar semuannya boleh diperolehi percuma.Bukankan sedekah, hadiah,zakat,wakaf dan harta faraid diperolehi percuma? Ustaz Fathul cuba menjadi hero dalam isu pendidikan percuma ptptn. Kredibilitinya sebagai ulama muda jatuh tergolek apabila mempermainkan isu anak muda dalam soal pendidikan. Beliau mengabaikan perjuangan mahasiswa. Ustaz Nassaruddin memberi contoh di serata dunia arab tentang golognan muda yg menentang pemerintah zalim.Ini menunjukkan beliau mengikuti dan bergerak mengikut aliran semasa. Beliau juga mempamerkan bukti melalui audit negara bahawa pas parti Islam mampu mentadbir dengan baik sekali. Beliau memuji peranan anak muda yg lebih pantas,berani dan proaktif dalam perjuangan malah mendominasi lanskap politik. Kepada Ustaz Fathul anda disarankan bertanding dalam pilihan raya,bermain secara lebih gentleman bukan sekadar mengkritik apa sahaja yg dilakukan pemimpin pas dan pakatan rakyat. Anda belajar tentang Islam tapi memilih kumpulan yg salah, bagaimana anak muda ingin menyokong anda? | |||||||
Artis perlu ‘berjihad seni’ jatuhkan BN Posted: 22 Jul 2012 04:31 PM PDT PADA September ini akan ditayangkan sebuah filem mengenai kesakitan yang dideritai oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein menjelang tempoh akhir pemerintahannya. Turut disebutkan perihal kesakitan yang dialami oleh pembantunya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Tetapi, kedua-dua mereka dengan bijaknya menutup kelemahan diri. Tiada yang mengetahui hal kesakitan kedua-dua mereka itu. Jelas kepada kita, walaupun Tun Abdul Razak meninggal dunia oleh kesakitannya tetapi kisahnya masih diabadikan dalam bentuk lakon layar. Dengan cara ini, sama ada filem itu benar-benar mencerminkan usaha Tun Abdul Razak atau pun tidak, maka kesan baiknya tetap tercurah kepada anaknya, PM Najib Razak. Demikianlah bagaimana Najib mempelbagaikan jalur warna kebaikan ke atas diri. Beliau tidaklah hanya mengguna berita propaganda, malah filem turut berkempen secara tersirat. Seolahnya, Najib memperalat kisah ayahnya bagi meletak dirinya bagai perwira. Itulah cerita mengenai bagaimana Najib berkempen untuk meletakkan dirinya ke dalam hati dan jiwa setiap ahli masyarakatnya dalam pelbagai bentuk, kaedah dan cara. Dan baru-baru ini pula Najib turun berkempen di KLCC. Beliau meletakkan dirinya yang menjadi watak penyatu segala bangsa di Malaysia. Seruan yang digunakan adalah IM4U. Begitu kental jiwa Najib ke atas bahasa penjajah. Tiada badanbadan bahasa dan persuratan yang berani tampil melaungkan 'jihad bahasa', bertujuan mengembalikan Najib ke jalan kebahasaan kebangsaan yang sebenar. Badan-badan persuratan ini mungkin masih hidup dibuai leka ke atas perkara lain. Maka, menjadi tanggungjawab kalangan rakyat yang sedar untuk menegur Najib. Suara-suara keras badan persuratan sudah tenggelam kritik mereka ke atas Najib. Entah mereka mungkin sudah pun dibeli dan jadi takut-takut, kalau peruntukan itu ditarik balik seandainya dilemparkan teguran keras berhubung kepenggunaan bahasa oleh Najib itu. Dalam menempuh zaman-zaman terakhir Najib ini, kita mesti menyedari, bahawa saluran teguran terhadap beliau kali ini mestilah hadir dalam bentuk pelbagai jua. Kita tidak boleh lagi menjadi setia bermodalkan cuma satu-satunya jalan kritikan seperti ceramah- ceramah politik itu. Kita kena pelbagaikan corak teguran ke atas Najib kali ini. Jika Najib menggunakan filem biografi ayahnya yang bertajuk; 'Tanda Putera' sebagai alat untuk meneruskan kekejamannya dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta akta drakonian lain, maka rakyat perlu menggunakan kaedah yang lebih kurang sama juga. Inilah yang perlu kita bahaskan sekarang dengan lebih teliti. Adakah Pakatan Rakyat ini sudah bersedia membangunkan kritikan serta teguran menggunakan jalur budaya, teknik perfileman dan lain-lain kegiatan kesenian? Dahulu kita berasakan betapa sukarnya hendak terbitkan filemfilem pencerahan dengan sebab ketiadaan barisan pelakon, artis selebriti yang mahu menyertai Pakatan Rakyat. Tetapi, hari ini keadaan sudah jauh berubah. Sudah ramai barisan pelakon, penyanyi, artis selebriti yang menceburi dunia politik kepartian atas nama kebaikan. Amat malang jika segala bakat lakonan mereka terabadi begitu saja selepas mereka telah menemui jalan pulang ke pangkuan Pakatan Rakyat. Kita mestilah memberi jalan keluar ke atas artis ini untuk menegur pentadbiran Najib melalui kegiatan kesenian. Artis yang telah menyampah benar dengan Najib berhak melontarkan teguran dan kritikan ke atas BN lewat jalan-jalan kesenian juga. Pelakon Hairie Othman serta rakan-rakannya masih boleh berlakon untuk menyindir Najib dan mereka boleh mendapat wang dengan jalan kesenian, kebudayaan dan lakonan. Teknik menyampaikan teguran terhadap Najib tidak boleh disamakan antara para pelakon, penyanyi yang sudah berbondongbondong masuk PAS itu dengan orang biasa. Orang awam ini tiada dikurniakan bakat istimewa itu, tetapi insan seni ini sudah pun dikurniakan seni lakon, seni suara untuk mengejar kebaikan. Maka, janganlah dipadam, dipendamkan bakat seni lakonan untuk mengkritik kejahatan Najib dan BN itu. Inilah cabaran dan jihad paling besar bagi para artis dan selebriti itu. Tidak perlu semua mereka melantun kritik ke atas Najib di atas pentas ceramah. Sebaliknya, mereka juga boleh melancarkan perang bertindak lewat jalan kebudayaan dan kesenian. Berjuanglah seperti Najib akan dijatuhkan esok hari, bekerjalah merawat kecederaan Pakatan Rakyat seolah-olah gabungan parti ini akan memerintah untuk 1,000 tahun lagi. | |||||||
Posted: 22 Jul 2012 04:19 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan