Biaqpila |
- GEMPAR! LAJIM UKIN JUMPA NIK AZIZ
- UMNO HINA ARTIS?
- Hebat Abe Soh!!! 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
- PENGENDALI BLOG TUNTUT TUNGGAKAN GAJI
GEMPAR! LAJIM UKIN JUMPA NIK AZIZ Posted: 23 Jul 2012 05:25 AM PDT Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Menurut Harakahdaily, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu mengunjungi pejabat menteri besar Kelantan itu pagi tadi.Pertemuan di Kota Bharu itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Lajim akan menyertai Pakatan Rakyat.Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu. Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Nik Aziz. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Nik Aziz. Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Nik Aziz ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil. "Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya. kl-today KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 23 Jul 2012 12:00 AM PDT 'Tuduhan Umno bagai menghina artis' SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis. Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah. "Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu. "Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Hebat Abe Soh!!! 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu Posted: 22 Jul 2012 09:00 PM PDT Che Soh bahagia bersama isteri-isterinya ketika ditemu bual petang semalam. Sebahagian ahli keluarga Che Soh. KOTA BHARU- "Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu." Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai 'Abe Soh Bini Ramai' atau 'Abe Soh Silat'. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi. "Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia," katanya. Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52, turut serta semasa Sinar Harian ke kediaman keluarga besar itu. Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini. "Anak-anak hasil bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya," katanya. Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun. Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka. "Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit," katanya. Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT. Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil. "Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami," katanya. Dalam pada itu, Che Soh berkata, dia lebih gemar mempraktikkan komunikasi efektif dalam kalangan ahli keluarganya bagi menguruskan hal rumah tangga. "Saya akan bertindak menjadi sebagai penasihat dalam keluarga dengan menggunakan pendekatan agama seperti digariskan dalam Islam. "Di samping itu, saya mengajar isteri-isteri agar berterus-terang jikalauada tidak puas hati dan jangan simpan dalam hati jika tidak suka," katanya. Che Soh berkata, kebijaksanaan mengendalikan masalah yang timbul juga penting dalam menguruskan keluarga yang besar. Katanya, tiga anak lelakinya iaitu Che Azman, 35; Che Azwadi, 31, dan Che Azizul, 28 turut mengikut jejak langkahnya beristeri lebih daripada satu. Sementara itu, isteri keduanya, Mariam berkata, suaminya itu seorang yang manja dan mudah dijaga serta adil kepada semua isterinya. Mariam menyifatkan suaminya seorang yang bijak menyelesaikan masalah berbangkit antara dia dengan dua orang madunya yang lain. "Kami sesama isteri tidak pernah menaruh perasaan dendam mahupun marah dan hubungan kami rapat seperti kawan-kawan serta tidak pernah bergaduh besar. Kalau ada apa-apa masalah yang timbul, kami akan terus bagi tahu suami dan biar suami selesaikan," katanya. Menurutnya, antara daya tarikan suaminya ialah keistimewaan memiliki kemahiran seni mempertahankan diri. "Sebelum saya mengenali suami, saya sudah pun bertunang dan selepas berjumpa dengan suami, saya tertarik dengannya dan keluarga pun menyukainya dan merestui perhubungan ini," katanya. Anak gembira keluarga besar "Saya sebagai anak rasa gembira ditakdirkan lahir dalam keluarga yang besar," kata anak perempuan Che Soh, Rabiaahtun Adawiah, 23, Anak ke-23 Che Soh itu berkata, kegembiraan dirasai ketika musim perayaan kerana disambut dalam suasana yang begitu meriah dengan kehadiran kesemua adik-beradik. Menurutnya, biarpun berlainan ibu, tetapi tidak menghalang mereka adik-beradik menjalinkan hubungan kekeluargaan yang rapat. "Setiap kali hari raya kami akan mempunyai tema warna baju raya dan kami tidak pernah mempunyai rasa cemburu antara satu sama lain. Cuma kalau ada perselisihan faham itu perkara biasa, tetapi dapat diselesaikan dengan baik sebab abah pandai selesaikan," katanya. Rabiaahtun Adawiah berkata, ayahnya itu manja dengan anak-anak sekiranya sakit, ayahnya menuntut kesemua 46 anaknya balik menziarahinya walaupun sekejap. "Saya sendiri yang telah kahwin ini pun ada dua anak masih tidur atas riba abah lagi sekarang ini, begitu juga dengan anak-anak yang lain," katanya. Bagi Rabiaahtun Adawiah, ayahnya itu seorang yang tegas dengan anak-anak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
PENGENDALI BLOG TUNTUT TUNGGAKAN GAJI Posted: 22 Jul 2012 05:40 PM PDT [SH] AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370. Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog. Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000. Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan. Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji. "Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam. Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan. "Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300. "Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya. Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil. "Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya," katanya. DCM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan