Jumaat, 20 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gadis Diarah Tanggal Pakaian Kerana...

Posted: 20 Jul 2012 12:27 AM PDT


[SH] BATU PAHAT – "Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.

"Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini," kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya.

Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

"Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan.

"Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati," katanya.

Dia yang bekerja di sebuah farmasi di daerah ini berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja.

"Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406.

"Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit," katanya.

Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui.

"Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut.

"Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan," katanya.

Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90

Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali.

"Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka.

"Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya," katanya.


[Video] Debat PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? - Nasrudin lawan Fathul Bari

Posted: 19 Jul 2012 09:00 PM PDT








P/s: Tanpa didebatkan pun, orang yang menggunakan akal dengan betul mengetahui pihak yang layak diberi undi dalam PRU 13 nanti.

Tahniah Nasrudin!

Anda berjaya dengan hujah yang bernas!



[Video] Polis Mengamuk di Seremban Tidak Guna Senjata? Cuba Perhatikan...

Posted: 19 Jul 2012 07:50 PM PDT


[SH] SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

"Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.

"Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis.

"Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit.

"Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.

"Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol.

"Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol," katanya.

Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.

"Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.

"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi," katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut  Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar.





P/s: GILA!!!

Tidak guna senjata?

Adakah polis buta atau sengaja membutakan mata untuk menutup kesalahan anggota yang lain?

Yang penting, rakyat tidak buta!


Naik Kenderaan Awam Pun Tidak Selamat: Pelajar Kolej Dirogol Pemandu Teksi

Posted: 19 Jul 2012 06:50 PM PDT


[HM] GOMBAK: Lagi pemandu teksi dajal. Kali ini, seorang drebar teksi sanggup mengugut akan menolak seorang penuntut kolej ke dalam gaung sebelum bertindak memperkosanya di kawasan semak di Jalan Lama Gombak, dekat sini, sebelum mengikat tangan dan kaki mangsa, Isnin lalu.

 Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, gadis malang terbabit yang berusia 19 tahun menaiki teksi berkenaan di Batu Caves, sebelum meminta pemandu terbabit menghantarnya ke Taman Batu Muda, Sentul.

Menurut sumber, bagaimanapun ketika dalam perjalanan, pemandu itu memberitahu ingin membuang air kecil dan terus mengubah laluan ke Jalan Lama Gombak sebelum berhenti di tepi kawasan semak.

"Sangkaan mangsa lelaki itu memang ingin membuang air kecil ternyata meleset apabila tiba-tiba lelaki itu membuka pintu penumpang belakang dan mengarahkan mangsa keluar secara paksa.

"Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba melawan namun gagal sebaliknya ditampar beberapa kali sebelum diacukan pisau di leher dan mengarahkan mangsa supaya berdiam diri serta mengikut segala arahannya," katanya. 


P/s: Sudah banyak kali akhbar melaporkan kes pemandu teksi mencabul, merogol atau menyamun pelanggan. Pihak berkuasa masih mahu menyedapkan hati rakyat dengan statistik yang disediakan oleh mereka.




 

Isu Cerai Kerana Ceramah Hasan Ali: Pak Yo Dedah Punca Sebenar Ceraikan Isteri

Posted: 19 Jul 2012 06:24 PM PDT


[SH] PASIR MAS – Selepas mengambil pendekatan berdiam diri, Yahya Ibrahim, 78, bersetuju untuk menceritakan perkara yang tersirat, di sebalik keruntuhan rumah tangganya, dengan seorang guru al-Quran, sejak 14 tahun lalu. Sinar Harian berkesempatan untuk bertemu dengan Yahya atau pun lebih dikenali sebagai Pok Yo untuk mendapatkan reaksinya berhubung isu penceraian yang dikaitkan berpunca akibat ketaksuban dalam politik.

Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?

Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik.

Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini.

Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi.

Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di Kelantan.

Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.

Yahya: Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah saksi itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami setiap tutur kata Mok Yam.

Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?

Yahya: Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah.

Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?

Yahya: Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai seorang isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya, saya yakin perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada persefahaman lagi. Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah, namun dia tetap melihat nasihat saya dari sudut politik.

Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?

Yahya: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

Saya masih sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi.


[Gambar] Abby Abadi Serah Borang Sertai PAS Secara Rasmi

Posted: 19 Jul 2012 05:33 PM PDT




Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.




Kredit gambar: Kelab GB

P/s: Bila debat antara AC Mizal dengan Abby akan dijalankan? Menurut AC, artis UMNO, dia sanggup berdebat dengan Abby secara terbuka tentang isu ISA dan PDRM. Cabaran sudah disahut oleh Abby?  Adakah AC Mizal mencontohi Najib? Kah kah kah!

Tahniah Abby!
 

 

Tiada ulasan: