Jumaat, 20 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


LIVE: KELANTAN VS QPR

Posted: 20 Jul 2012 06:00 AM PDT


PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA
TAMAT: KELANTAN 0-5 QUEENS PARK RANGERS

SILA KLIK DI SINI



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kait pembangkang dengan pengganas, JI diselar

Posted: 20 Jul 2012 05:25 AM PDT


DAP menyelar kerajaan BN yang didakwa tiada idea dengan mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim sehubungan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai.

NONE"Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya.

Lim berkata, laporan itu hanya menjadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara.

Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Malah, katanya, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand, dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

INFO PENTING IBADAH PUASA

Posted: 19 Jul 2012 09:00 PM PDT


Dalil Diwajibkan Puasa


Firman Allah Ta'ala :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ



Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ". (Surah Al-Baqarah Ayat 183)



Pengertian Puasa


Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Hukum – Hukum Puasa



  1. Wajib

  2. Sunat

  3. Makruh

  4. Haram


Puasa Wajib :


Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada' puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.


Puasa Sunat :


1) Puasa dalam bulan Sya'ban


2) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal


3) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah


4) Puasa hari Tasu'a dan 'Asyura pada 9 & 10 Muharram


5) Puasa pada hari Isnin & Khamis


6) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15


7) Puasa satu hari berbuka satu hari


8) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.


9) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab


Puasa Makruh :


1) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja


2) Berpuasa sepanjang tahun


Puasa Haram :


1) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya


2) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya'ban


3) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik


4) Puasa perempuan haid & Nifas


5) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa


Syarat-syarat Puasa Terbahagi kepada 2 :


1) Syarat-syarat wajib


2) Syarat-syarat sah


Syarat wajib


1) Islam


2) Baligh


3) Berakal


4) Berupaya(sihat)


5) Bermukim


Syarat Sah


1) Islam


2) Berakal


3) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari


4) Niat


Rukun Puasa


a) Niat

b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya


Masa Puasa


Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari


Faedah Puasa


1) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin


2) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan


3) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin


4) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah


5) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji


6) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri


7) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan


8) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia


Sunat-sunat puasa


1) Makan Sahur serta melambatkannya


2) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis


3) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa


4) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar


5) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan


6) Membaca Al-Quran


7) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan


Perkara Makruh Ketika Berpuasa


1) Berbekam


2) Mengeluarkan darah


3) Berkucup


4) Merasa makanan


5) Bersugi selepas gelincir matahari


6) Mencium wangian


Perkara Yang Membatalkan Puasa


1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa


2) Makan dan minum sepanjang hari


3) Muntah dengan sengaja


4) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja


5) Keluar darah haid & nifas


6) Gila


7) Pitam atau mabuk sepanjang hari


8) Murtad


Keuzuran Yang Mengharuskan Berbuka Puasa


1) Musafir


2) Sakit


3) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak


4) Tua


Keistimewaan Bulan Ramadhan


1) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan


2) Allah merahmati orang yang mengimaninya


3) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini


4) Iblis dipenjarakan


5) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.


6) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.


Menghormati Bulan Ramadhan


a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.


b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.


Niat Puasa dan Qadha' Puasa Ramadhan


1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


2) Lafaz niat puasa Qhada' Ramadhan :


نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.


Doa Ketika Berbuka Puasa


اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.


Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Qada' Puasa Ramadhan


Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara'


Hukum Qada' Puasa Ramadhan


Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran


Firman Allah Ta'ala :


أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ



Maksudnya : "(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ". (Surah Al-Baqarah Ayat 184)



Waktu Qada' Puasa Ramadhan


- Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada' puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.


- Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada' Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada' dan membayar fidyah.


Kifarah Puasa


Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima' maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada' puasa yang terbatal kerana jima' walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada' puasa yang terbatal.


Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :


1) Membebaskan seorang hamba yang beriman


2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut


3) Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.


Fidyah


Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada' Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.


Hukum Fidyah


Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta'ala :


أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ



Maksudnya : "(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ". (Surah Al-Baqarah Ayat 184)



Sebab-Sebab Wajib Fidyah


1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa


2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh


3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu


4) Mengakhirkan qada' Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.



irfanirsyad

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

“Raja Komando” Mahu Saman Umi Hafilda

Posted: 19 Jul 2012 06:00 PM PDT


KLANG 19 JULAI : Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai "Raja Komando" mendakwa aktivis Umno-BN Ummi Hafilda Ali menuduhnya sebagai menerima ganjaran daripada kerajaan Selangor.

Raja Kamaruddin berkata beliau akan juga memfailkan saman terhadap portal Umno Online dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, Ummi Hafilda mendakwa beliau dilantik pengerusi syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) selepas menjadi saksi dalam kes Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Katanya, beliau tidak pernah 'menadah tangan' untuk meminta apa-apa projek pengurusan pasir di Selangor.

"Saya ikut saluran yang betul. Dia (Ummi) kata saya dapat imbuhan dari Pakatan Rakyat. Dia tuduh saya kata saya dilantik sebagai KSSB sebagai satu 'ganjaran' untuk menguruskan semua projek pasir di Selangor.

"Tunggu satu atau dua hari lagi, saya akan saman Ummi dan Umno Online. Kita tengok dia berani atau tidak. Ini janji seorang reformasi," katanya ketika berucap di ceramah Merdeka Rakyat di Jalan Kebun, semalam.

Ummi sebelum ini mendakwa jawatan Raja Kamaruddin sebagai Pengerusi KSSB adalah 'ganjaran' selepas menjadi saksi kes Anwar pada tahun 1998.

selangorku

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: