Jumaat, 20 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lelaki Saudi dipancung kerana merempit

Posted: 20 Jul 2012 04:09 AM PDT

Gara-gara merempit dengan keretanya, seorang lelaki Saudi dijatuhi hukuman mati dengan dipancung kepalanya selepas disabit menyebabkan kematian dua orang.

Pemandu yang dalam pertengahan berumur , menerima hukuman mati selepas membunuh dua orang apabila keretanya berputar liar berhampiran ibu kota Riyadh, menurut Reuters.

Pemandu tersebut yang dikenali hanya sebagai "Muttanish," atau "Yang Mengabaikan" - telah mengambil bahagian dalam hobi aneh tempatan yang dikenali sebagai 'drifting'.

Dengan memandu laju dan menekan brek mereka untuk membuat kereta mereka berputar dan tergelincir untuk menggembirakan orang ramai yang berada di sepanjang tepi jalan.

Arab Saudi menganggap kematian akibat 'drifting' seumpama itu sebagai bersamaan jenayah bunuh dan cuai.

Lihatlah keadaan yang mengerikan apabila pemandu hilang kawalan dan kereta mereka menuju kearah orang ramai.

Tiada ulasan: