DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Antara Nizar dengan Hasan Ali
- Kanak-kanak Dilarikan Ibu Tiri Dipaksa Jadi Buruh Kasar dan Hamba Seks(?)
- Remaja Seawal Usia 14 Tahun Lacur Diri Untuk Beli Gajet Telekomunikasi
- Pelajar IPT Disamun, Diikat, dan Di...
- Video Papar Mayat Gadaffi Dipersenda Tersebar
- Gelagat Hasan Ali Melepas Gian...?
[Gambar] Antara Nizar dengan Hasan Ali Posted: 18 Jul 2012 05:13 AM PDT
Gambar awal yang disiarkan oleh DCM di sini. Banyak yang boleh anda komen berdasarkan kedua-dua gambar! | ||
Kanak-kanak Dilarikan Ibu Tiri Dipaksa Jadi Buruh Kasar dan Hamba Seks(?) Posted: 18 Jul 2012 12:26 AM PDT [SH] KUALA LUMPUR - Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, mempunyai bukti berlakunya jenayah pemerdagangan manusia terhadap Siti Norzana Nordi, 12, yang dilarikan oleh ibu tirinya ke Lampung Indonesia, Mei 2010. Pengerusinya, Datuk Khairun Aseh berkata, maklumat ini diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh biro berkenaan. Menurutnya, hasil siasatan itu menunjukkan bahawa Siti Norzana menjadi mangsa pemerdagangan oleh ibu tirinya yang juga warga Indonesia. "Kanak-kanak terbabit dipercayai dijaga seorang lelaki yang telah membelinya dan dipaksa menjadi buruh kasar. "Saya juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu menjadi hamba seks, bagaimanapun kami sedang mengumpul bukti mengenainya," katanya semalam. Sebelum ini, Siti Norzana bersama tiga adiknya iaitu Nurul Safiza Fitri, 11; Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, dibawa ke kampung halaman ibu tirinya, Karsini Chaslam, 25, oleh bapa mereka Nordi Adi, 57. Ketika berada di sana, Nordi ditipu oleh Karsini dan menjadikan anaknya sebagai mangsa ugutan bagi Nordi menyerahkan semua wang simpanannya. Setelah memperoleh wang berkenaan, Karsini membawa empat beradik itu ke Lampung dan meninggalkan mereka di situ. Bagaimanapun tiga adik Siti Norzana berjaya dibawa pulang pada 30 Jun lalu, hasil bantuan Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno. Khairun berkata, pihaknya juga meminta kerjasama daripada Kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana lelaki yang didakwa menjaga Siti Norzana enggan melepaskan kanak-kanak itu. Menurutnya, lelaki ini juga bertindak ganas terhadap dua kakitangan biro yang menemui mereka baru-baru ini. "Kami akan menghantar nota rayuan kepada Kedutaan Indonesia hari ini (semalam), bagi menggesa pihak berkuasa dan kerajaan Indonesia campur tangan dalam isu ini. "Saya juga sudah memaklumkan perkara ini kepada polis antarabangsa (Interpol) bagi tindakan selanjutnya," katanya. Sementara itu, Nordi berkata, perkara terbabit tidak mustahil berlaku ke atas anak sulungnya. Menurutnya, dia mengesyaki sesuatu yang buruk dilakukan ke atas anaknya, namun enggan mendedahkannya selagi Siti Norzana atau lebih mesra dengan panggilan Zana belum kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia. "Saya memang ada terdetik perkara (tidak baik) berlaku ke atas Zana, kerana Nurul Safiza Fitri, (anak kedua) saya ada menceritakan beberapa perkara sekembalinya dia di sini. "Saya tidak mahu mendedahkan perkara ini selagi Zana tidak pulang lagi kerana khuatir Zana akan diapa-apakan atau perkara yang lebih buruk mungkin berlaku. Tapi saya akan mengambil tindakan sepatutnya selepas mendapatkan kepastian apa yang berlaku dan mereka yang (menzalimi) anak saya akan diheret ke muka pengadilan," katanya. Menurut Nordi, dia tidak sabar membawa Siti Norzana pulang dan akan berasa terkilan jika perkara tidak baik ini benar-benar berlaku. "Kekhilafan dua tahun di sana menjerat Zana kepada sesuatu yang tidak baik," katanya kepada Sinar Harian semalam. P/s: TM menyokong usaha Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno untuk membawa pulang Siti Norzana pulang ke tanah air. Namun dalam keghairahan tersebut, janganlah mendedahkan perkara yang boleh mengaibkan kanak-kanak itu. Misalnya dalam berita ini, Khairun Aseh ada menyebut kanak-kanak itu berkemungkinan menjadi hamba seks. Jika benarpun hal itu berlaku, cukuplah hal itu diketahui oleh pihak berkuasa atau bapanya sahaja. | ||
Remaja Seawal Usia 14 Tahun Lacur Diri Untuk Beli Gajet Telekomunikasi Posted: 17 Jul 2012 11:00 PM PDT [HM] JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu. Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit. Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan. Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini. "Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal. P/s: Rosak!!!!! | ||
Pelajar IPT Disamun, Diikat, dan Di... Posted: 17 Jul 2012 09:24 PM PDT [HM] KAJANG: Dua lelaki layak digelar syaitan bertopengkan manusia apabila bertindak kejam mengikat tangan dan kaki seorang wanita berusia 23 tahun di katil serta menyumbat mulut mangsa dengan kain sebelum merogolnya bergilir-gilir ketika merompak rumah mangsa di Semenyih, kelmarin. Malah, perompak itu turut mengambil komputer riba dan telefon bimbit dianggar bernilai RM3,000 sebelum melarikan diri membiarkan mangsa berbogel terikat di katil. Menurut sumber, mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sedang mengulang kaji pelajaran dalam bilik tidurnya ditingkat atas pada jam 1.30 pagi, apabila lampu bilik tiba-tiba terpadam. "Pelik dengan keadaan itu, dia memberanikan diri keluar memeriksa suis utama di tingkat bawah dan terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali menyerbu masuk ke biliknya dengan mengacukan pisau pada leher. "Mereka mengarahkan mangsa jangan menjerit jika tidak mahu dicederakan atau dibunuh. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mendiamkan diri sebelum mereka mengikatnya di katil," katanya. P/s: Berhati-hatilah kerana kenyataan bahawa jenayah di Malaysia ini semakin menurun hanyalah.... | ||
Video Papar Mayat Gadaffi Dipersenda Tersebar Posted: 17 Jul 2012 08:57 PM PDT [HM] TRIPOLI: Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam. Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak. Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi. Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai. Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu. Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing. Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung. Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: "Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar." Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi. Ia disiarkan kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti liberal sekular. Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969. Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. - DM | ||
Gelagat Hasan Ali Melepas Gian...? Posted: 17 Jul 2012 05:45 PM PDT Orang yang melihat gelagat Hasan Ali (HA) di atas mungkin ketawa kecil kerana merasa lucu melihat HA melepas gian bermain karom seorang diri. Namun, TM cukup yakin banyak orang yang menyumpah HA apabila menonton video ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan