Biaqpila |
- Bongkar!! Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting
- Nurul Izzah: Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Papagomo?
- Leka mandi berbogel
- Kantoi! Tujuan Papa Gomo cipta fitnah liwat 3 terbongkar!
Bongkar!! Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Posted: 18 Jul 2012 07:49 AM PDT Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting? Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL. Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut. Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri. Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli. Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah. Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat. Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad. Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong. Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la. Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la. Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong? Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin). Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia. Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll. Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun. Najib Razak pewaris Genting Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong. Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi. Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut. Profail: Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf -Anak -Rahah -Suhaila -Fakhriah -Abu Rais -Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976) -Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981). Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 . Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib Umno dan Genting Berhad Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad. Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah Sumber lain ; My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting UMNO dan kegiatan judi Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya.. NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya.. Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. - Pencacai SeMalaysia azmieyusoff KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Nurul Izzah: Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Papagomo? Posted: 18 Jul 2012 01:00 AM PDT Balik Pulau - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini. Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan. "Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadairi jamuan teh di sini petang ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Nurul Izzah berkata, sampai bila pimpinan PR termasuk bapanya, Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas. "Awak tahu siapa dia, sampai terpaksa dijemput oleh Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan dan masuk ke dalam kapal selam. "Kerajaan wajib melakukan sesuatu secepat mungin dan tidak membiarkan perkara seperti itu berlarutan. Jika tidak nampak sangat blogger seperti ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pimpinan pembangkang," katanya. Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menganggap dirinya sebagai askar dan akan patuh kepada arahan parti. "Jika mereka arah saya bertanding, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akan patuh apa sahaja keputusannya," katanya. Ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai atau beralih kepada Dewan Undangan negeri (Dun), beliau berkata, tunggulah keputusannya nanti. "Tak payah tanya banyak-banyaklah. Mari kita makan durian," katanya. -SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 17 Jul 2012 08:00 PM PDT Antara 20 tukang urut yang ditahan dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin. PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin. Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air. Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang. Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks. Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri. Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup. Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu. "Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa," katanya.-SH GILA!!! MAKSIAT MAKIN BERLELUASA UNDANG-UNDANG MANUSIA TERBUKTI GAGAL UNTUK MEMBENDUNG KEGIATAN TIDAK BERMORAL HARI NI DISERBU ESOK ADA LAGI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Kantoi! Tujuan Papa Gomo cipta fitnah liwat 3 terbongkar! Posted: 17 Jul 2012 06:32 PM PDT SEJAK kelmarin ramai yang membicarakan tentang isu liwat terbaru mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya dengan seorang Mahasiswa dari Utara. Gosip sampah ini disebarkan oleh blogger ikon fitnah 1 Malaysia, Papa Gomo melalui blognya. Namun sebelum ini ReJaM© sengaja tidak mahu membicarakan isu ini kerana faham benar tujuan Papa Gomo merekacipta kisah sampah ini. Meskipun kita tahu dan sedar selama ini blogger gerombolan songkok tinggi, memang gemar menggunakan isu lucah untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional. Namun ada kisah peribadi dalam isu liwat direkacipta oleh Papa Gomo ini, dan telah ReJaM© dedahkan dalam Twitter sebelum ini.
Isu liwat terbaru ini sebenarnya direkacipta oleh Papa Gomo untuk menaikkan rangking blognya yang saban hari semakin menjunam. Kenapa Papa Gomo begitu beriya-iya menaikkan kembali rankingnya? Masih ingat kisah seorang blogger Pro BN berusia 53 tahun yang ditumbuk mukanya oleh Papa Gomo sebelum ini? Rujuk sini [Papa Gomo tumbuk blogger]. Blog tersebut sebelum ini mengekori rapat di belakang Papa Gomo dari segi kedudukan ranking pengunjung blog pro BN, namun kini blog beliau sudah merampas tahta nombor 1 yang selama ini dipegang oleh Papa Gomo rujuk sini [APA]. Sebab itulah Papa Gomo meroyan merekacipta fitnah baru untuk menaikkan ranking blognya. Kalau dilihat, taktik ini saling tak tumpah seperti yang dilakukan oleh seorang lagi blogger pro BN sebelum ini. Blogger itu sengaja merekacipta fitnah gambar aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS untuk menaikkan traffic rujuk sini [Aksi Seks]. Blogger itu begitu seronok sehingga tahap meroyan apabila MiLo SuaM mendedahkan fitnahnya dan secara tidak langsung mempromosikan blognya. Siap berterima kasih kepada MiLo SuaM kerana mempromosikan cerita fitnahnya [Twitter]. Baca juga pendedahan sahabat MiLo SuaM tentang hal ini klik sini [ASD] milosuam KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan