Rabu, 18 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Xavier: Semua kakitangan Syabas dikekalkan bila kerajaan Selangor "step in"

Posted: 18 Jul 2012 07:47 AM PDT

Kerajaan Negeri membidas saranan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.

Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.

Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.

Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.

Kita juga ingin menegaskan di sini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.

Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran).

Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.

Lanjutan kepada pengumuman oleh Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk "step in" dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Lantaran itu, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :

Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses "step-in" Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi.

*Kenyataan media oleh Xavier Jayakumar (gambar kanan) selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor. merdekareview

Bolehkah Anda Bantu Wanita Ini?

Posted: 17 Jul 2012 11:10 PM PDT

Seorang wanita Singapura yang mempunyai nafsu seks yang aktif berkata kadangkala dia akan tidur dengan empat lelaki dalam satu hari lapor Sin Chew Daily.

Wanita itu, yang dikenal pasti sebagai Connie Chew, 37, mempunyai "foursome" pada satu hari tertentu.

Penagih sex yang mengaku pernah memulakan hari dengan melayan dirinya dalam Cineplex di waktu pagi sebelum mengadakan hubungan seks dengan bekas rakan sekerja di sebelah petang.

Dia kemudian mengadakan hubungan seks dengan tiga lelaki di sebuah hotel bajet.

Chew berkata dia akan memilih lelaki di tempat hiburan malam bagi satu malam pada hujung minggu.

Beliau telah meminta bantuan daripada kaunselor, dan kini hanya mempunyai hubungan seks tiga kali seminggu.

"Saya adalah seorang dara apabila saya berkahwin pada 25. Tetapi saya bercerai dengan suami saya selepas saya mendapati bahawa dia adalah casanova, " katanya. (Gambar sebagai ilustrasi sahaja.) SUMBER

ISA - Penyiksaan Yang Sempurna

Posted: 17 Jul 2012 05:13 PM PDT

Setelah tiga kali protes dilancarkan di hadapan Kemta, tanpa mendapat apa-apa riaksi dari Menteri Dalam Negeri terhadap tuntutan pembebasan segera tahanan ISA, Gerakan mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA yang akan bermula pada 19 Julai ini dan tamat pada 25 Ogos 2012.

Kempen ini akan dilancarkan pada 19 Julai 2012 bersempena dengan penganjuran forum ISA: Penyeksaan Yang Sempurna yang akan diadakan di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Forum akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan membicarakan mengenai trauma rakyat akibat akta zalim ISA dan isu penyeksaan terkini yang masih berlaku terhadap tahanan.

Antara panelis yang bakal membincangkan topik ini ialah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Blogger Tukar Tiub Hishamuddin Rais, Isteri bekas tahanan, Norlaila Othman dan Blogger, Wan Ji Wan Hussin. Forum itu juga bakal menampilkan keluarga tahananan ISA yang akan memberikan perkongsian khas kepada hadirin yang hadir.

Pihak GMI akan mengeluarkan Kad Ucapan dan mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta. Kad Ucapan boleh diperolehi pada majlis forum tersebut dan juga di program-program anjuran GMI.

Seluruh rakyat Malaysia diminta untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA.

Masih terdapat 45 orang baki tahanan ISA dalam tahanan. Bebaskan mereka jika benar Kerajaan telus dalam menunaikan janji .

GMI yakin, sekiranya semua tahanan dibebaskan, lebih banyak cerita di sebalik tembok ISA akan terdedah kepada rakyat. SUMBER

Tiada ulasan: