Jumaat, 13 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Denda RM5000 Bukan Penghapus Dosa Khalwat Atau ****

Posted: 13 Jul 2012 05:00 AM PDT

Pasangan kekasih yang dimaksudkan.

[SH] DUNGUN – Sepasang kekasih yang menghadapi pendakwaan di mahkamah nyaris bermalam di sebalik tirai besi apabila mereka dijatuhkan hukuman denda atau penjara, selepas kedua-duanya didapati bersalah oleh mahkamah atas pertuduhan yang dikenakan.

Proses pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun itu dibuat susulan satu tangkapan ke atas pasangan terbabit ketika mereka berada di sebuah chalet berdekatan simpang ke kampung Durian Mentangau, dekat sini awal Jun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.20 pagi, 4 Jun 2012 di bilik penginapan Chalet Jalan Paka itu, kedua-duanya didapati berada di dalam bilik tersebut sehingga boleh menimbulkan syak wasangka.

Ketika serbuan, pintu dikunci dari dalam menyebabkan pegawai penguat kuasa syariah terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu bilik.

Setelah pintu berjaya dibuka, pemeriksaan mendapati pasangan lelaki sedang berbaring di atas tilam manakala pasangan perempuan pula bersembunyi di dalam bilik air.

Tertuduh lelaki, Asmiezal Ismail, 31, seorang buruh kontrak dan pasangannya, Noor Fatimah Yahya, 28, bagaimanapun mengaku bersalah dan kedua-duanya didenda RM2,500 atau dua tahun penjara jika gagal menjelaskan denda.

Asmiezal yang beralamat dari Jalan santong Paka dan pasangannya dari Kota Tinggi itu bagaimanapun menjelaskan denda.

Pendakwaan dilakukan pendakwa raya syarie, Mustafar Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Pengerusi UMNO PP Nikahi Gadis Berusia 23 Tahun

Posted: 13 Jul 2012 03:00 AM PDT


[SH] NIBONG TEBAL - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.

Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.
 
Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.

Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.



P/s: Tuah badan!

 

Penternak Udang Mengaku Sewa Tanah Noh Omar

Posted: 13 Jul 2012 01:32 AM PDT


[MK] Pengarah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa beliau bekerjasama dengan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam perusahaan menternak udang.

Chu ketika dihubungi malam tadi berkata, Noh hanyalah pemilik kepada sebahagian daripada tanah 100 ekar yang menjadi tapak projek ternakan udang di Tanjung Karang itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Chu berkata syarikatnya merupakan penyewa tanah berkenaan.

Katanya, beliau terkejut apabila syarikatnya diheret ke dalam kancah politik di antara ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan Noh yang merupakan MP Tanjung Karang dan juga menteri pertanian dan industri asas tani.

"Saya tidak faham mengapa (Ng) kata perkata seperti itu dalam DUN. Saya terkejut. Kenapa dia buat begitu? Ini (kerja) gila," katanya.


P/s:  Sebelum ini Selangorku melaporkan pendedahan skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995 di Dewan Negeri Selangor (DNS). 

Dalam sidang DUN, ADUN DAP mendakwa Noh memulakan projek ternakan udang di tanah seluas 30 ekar itu bersama-sama dengan Syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelolakan industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding dengan harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu.

Selanjutnya, baca di sini.



P/s: SPRM bila nak siasat Noh Omar dan kerajaan BN?




DBP Bidas Dong Zong

Posted: 13 Jul 2012 01:19 AM PDT

DBP: Tuntutan Dong Zong 'cauvinistik'

[MK] Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Awang Sariyan menyifatkan tuntutan Dong Zong agar pelbagai bahasa pengantar diperkenalkan dalam sistem pendidikan bersifat cauvinistik dan menyalahi Perlembagaan.

"Ini adalah satu cabaran (bahasa) yang bersifat cauvinistik. Inilah satu-satu negara yang ada kebebasan, kelenturan dengan aliran akademik.

"Kalau ada suara, Dong Zong mengatakan bahasa Mandarin setara dengan bahasa Melayu sebagai perantara itu menyalahi Perlembagaan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta menjelaskan ucapannya terdahulu yang antara lainnya menyebut: "...kian nyaring suara yang mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama sistem pendidikan kebangsaan."

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan DBP.

Mengulas lanjut ucapannya itu, Awang berkata tindakan beliau membangkitkan peruntukan perlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu bukanlah satu kritikan kepada golongan Cina.

"Saya bercakap tentang Perlembagaan bukan mengkritik orang Cina sebab rakan Cina saya pun ramai yang faham.

"Dari segi setara, bahasa Mandarin juga bahasa dunia tetapi negara ini bahasa utama bahasa Melayu yang merupakan milik orang Melayu, Cina, India, Kadazan milik semua," katanya.

Beliau seterusnya menggesa supaya Dong Zong mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Menurutnya, Dong Zong perlu hormat dan patuh kepada Akta Pendidikan 1996 Perkara 13 (1) yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama sistem pendidikan.

"Jadi kita akurlah. Kedudukan bahasa-bahasa lain itu ada tempat-tempatnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di Kuala Lumpur pagi tadi.

Jelasnya, tuntutan untuk mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar itu tidak bermaksud menyekat pengajaran bahasa Mandarin dalam bahasa tersebut.

"Kalau mengajar Mandarin tentulah dalam bahasa Mandarin. Kita tidak suruh pun mengajar Mandarin dalam bahasa Melayu," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar pula menyifatkan tuntutan Dong Zong itu sebagai "pelik" kerana kumpulan itu sepatutnya maklum bahawa ia bertentangan dengan Perlembagaan.

"Dia (Dong Zong) hendak supaya dasar monolingual menjadi multilingual yang jelas bertentangan dengan (dasar) bahasa kebangsaan.

"Perlembagaan meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.

"Kita juga ada dasar pendidikan kebangsaan yang meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam sidang media sama.



 P/s: Cuba tanya ahli Dong Zong, adakah mereka fasih berbahasa kebangsaan (fahami maksud "fasih"). Seterusnya tanya, layakkah seseorang menjadi warganegara jika tidak fasih berbahasa kebangsaan?

Orang ini lupa peribahasa: "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, "di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung"


Bukan Cakap Kosong Tetapi...

Posted: 12 Jul 2012 11:00 PM PDT



Baca:

Bukan cakap kosong
[HM] SELAMA: "Kita (kerajaan) bukan hanya sebut atau umumkan, tetapi kita laksanakannya," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas pemansuhan Akta Hasutan 1948, selepas melancarkan Pusat Mini Transformasi Luar Bandar (Mini RTC) di Sungai Siputeh di sini, semalam Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akta berkenaan dimansuh dan bakal diganti dengan akta baru dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional bertujuan mencari mekanisme baru menentukan keseimbangan kebebasan bersuara setiap rakyat di negara ini.

Muhyiddin berkata, langkah pemansuhan itu membuktikan kerajaan bukan sekadar bercakap kosong sebaliknya menepati janji melaksanakan transformasi nasional, sekali gus menangkis persepsi pihak tertentu bahawa kerajaan menggunakan akta berkenaan terhadap pihak tertentu.

"Kerajaan prihatin dengan perkembangan dan perubahan dalam masyarakat yang memerlukan satu sistem lebih telus dan terbuka selari amalan demokrasi serta tuntutan hak asasi manusia.

"Saya percaya pembangkang juga tidak menjangka langkah berani kerajaan terutama meneruskan transformasi nasional termasuk membabitkan politik," katanya...
 
Tetapi:
 
Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan

  [SH] JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.

Polis hari ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya selama tiga hari sehingga Sabtu ini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit," katanya.

Ismail berkata teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
 
 
P/s: Video kain rentang Muhyiddin diturunkan oleh Majlis Daerah Selama di sini.
 
 

Bapa Altantuya Mahu Seret Che Det ke Mahkamah, Mengapa?

Posted: 12 Jul 2012 09:10 PM PDT



[KD] KUALA LUMPUR 13 Julai: Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya.

"Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini," kata Setev dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.

Ia merupakan keterangan Setev di Mahkamah Perancis pada Jun lalu.

Setev berkata, beliau sanggup menunjukkan bukti bahawa anaknya, Altantuya ke Perancis menggunakan pasport dengan nama Aminah Abdullah.

"Ingin sekali saya ulangi bahawa anak perempuan saya, pergi ke Perancis dan beberapa negara menggunakan pasport Aminah Abdullah.

"Kami ada bukti bahawa dia (Altantuya) ke Perancis dan akan tunjukkan bukti itu jika perlu. Walaupun laporan Imigresen Perancis melaporkan tiada rekod Altantuya ke Perancis antara 1999 hingga 2007," jelas Setev.

Kata Setev, bagi meneruskan pembongkaran misteri kematian anaknya itu, sekumpulan penyiasat daripada Mongolia akan datang ke Malaysia pada Ogos ini.

"Saya harap dapat pengadilan dan atas dasar hubungan dua negara, harap kerajaan Malaysia boleh memberikan bantuan secara ikhlas kepada kumpulan dari Mongolia itu," katanya.
 
 

Skandal Tanah, Kolam Udang Noh Omar Terbongkar

Posted: 12 Jul 2012 08:40 PM PDT


[Selangorku] SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

(Kolam ternakan udang di atas tanah milik Noh Omar)

"Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.

Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995.

Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

"Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

"Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya.


Beli tanah kerajaan

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal.

Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas.
 
 
 

Kadar Jenayah MENINGKAT- Musa Hassan

Posted: 12 Jul 2012 08:22 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

"Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

"Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'.

"Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

"Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

"Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta," kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

"Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

"Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, 'especially' dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

"Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara," kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada 'intelligence procurement' atau 'perolehan risikan'.

"Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

"Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

"Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni," kata bekas KPN itu lagi.
 
 
P/s: TM setuju!
 
 
 

[Gambar] Terima Kasih Pencacai UMNO

Posted: 12 Jul 2012 05:33 PM PDT



P/s: Patutlah banyak blog mengucapkan terima kasih kepada Tun Faisal, rupa-rupanya dia membuka jalan kepada Dr Asri menentang UMNO. Syabas kepada Dr Asri dan Tun Faisal. 

Tiada ulasan: