Jumaat, 13 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Agenda Himpunan OREN Hari Ini

Posted: 13 Jul 2012 02:32 PM PDT

Himpunan Oren bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda berjaya mendapat persetujuan dan kerjasama PDRM.

Untuk makluman para peserta, tatacara himpunan tersebut pada hari ini adalah seperti berikut :

1. 2.00 petang - Peserta berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

2. Ucapan sehingga pukul 3.00 petang oleh wakil peneroka, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik

3. Berarak menuju ke pintu belakang, Pintu3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer.

4. Perarakan akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara.

5. Enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum.Mereka akan berkereta dan diiringi oleh pihak polis.


Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara:

1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut serta Timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain.SUMBER

Himpunan Oren - Video Maklumat Lanjut

Posted: 13 Jul 2012 06:34 AM PDT

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.
Camera/Editing: Fendi Zulkfley
Story: http://www.malaysiakini.com/news/203588

Polis Benar Himpunan Oren Esok - Terima Kasih Polis!

Posted: 13 Jul 2012 04:36 AM PDT

Apa tunggu lagi ? Jom kita berarak esok! Polis sudah beri kita kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.

Kita ucapkan terima kasih kepada polis yang nampaknya akur kepada tuntutan demokrasi yang sepatutnya begitu. Harap kita tidak akan menyalahgunakan keadaan tersebut dan tidak ada mana-mana pihak yang akan mensabotaj program tersebut.

Sama-sama kita buktikan, bahawa kita adalah pencinta keamanan dan memperjuangkan keadilan dan kedaulatan rakyat melalui sistem demokrasi yang sedia ada.

Tahniah kepada Koordinator GSF Mazlan Aliman yang telah berjaya menyakinkan pihak polis untuk membenarkan kita berarak sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

Mazlan (berbaju warna jingga) berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.

Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.

Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara. Baca lagi di sini

Polis Siasat Siapa Cukur Anunya ?

Posted: 12 Jul 2012 11:00 PM PDT

KUCHING (Julai 12, 2012): Seorang pelayan wanita kedai kopi berusia 54 tahun telah berhenti kerja selepas mendapati bulu ari-arinya telah dicukur ketika dia sedang tidur.

Insiden itu berlaku minggu lalu, tetapi beliau hanya membuat aduan polis dengan polis Sibu semalam kerana takut bahawa seseorang mahu mendatangkan kemudaratan kepadanya.

Polis Sibu mengesahkan hari ini bahawa seorang wanita telah membuat laporan, tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Media tempatan memetik beliau sebagai memberitahu polis bahawa dia mendapati bulu ari-arinya telah tiada apabila dia pergi ke tandas, yang terletak di tingkat pertama di atas kedai kopi itu, untuk buang air selepas tidur di dalam biliknya 13:00-05:00 pada hari Rabu minggu lepas.

Wanita itu, yang adalah dari Julau dan merahsiakan kejadian itu kepada dirinya sendiri, tetapi resah dan tidak boleh tidur malam sejak kejadian itu.

Wanita itu, yang hanya bekerja selama dua bulan di kedai kopi itu, tidak mengesyaki mana-mana ahli keluarga majikannya telah mencukur rambut kemaluannya.

Selain daripada majikannya, ahli keluarga yang lain adalah isteri dan dua kanak-kanak berumur dua dan lima tahun.

Wanita itu berhenti kerja, kemudian membuat laporan dengan balai Polis Sibu pusat sebelum pulang ke Julau. SUMBER

Komen alhusseyn : Polis tentu kena siasat dan melihat sendiri ianya benar-benar berlaku .... tentu mengambil masa kerana berkaitan dengan bahan sulit lagi rumit ......

Tiada ulasan: