DIALOG RAKYAT |
- Dah nak tergolek baru panggil kami
- Talam: Terima kasih kepada MB Selangor
- Petronas sebagai 'Kantung Peribadi' Malaysia
- Sanggup buang bayi di rumah usang
- Pas tampil 60 peratus muka baru bertanding PRU13
- Yahya dan Hasnah sedia rujuk kembali
- Kelantan muncul kuasa baru dalam olahraga
- Orang kanan Khalil ditahan reman
- Rafizi ancam dedah kaitan Talam-MCA
- Noh: BN sedia beri air percuma di Selangor
- Selangor didakwa ubah status tanah pendidikan kepada perindustrian
- Rafizi: Saya akan jawab perkara OSA di mahkamah
- Kes Mat Sabu ditangguh hingga Selasa
- Cuepacs: Bonus Aidilfitri kakitangan awam dibincang Isnin ini
- Ahmad Maslan: 'Himpunan Oren gimik PRU'
- Pengerusi Umno Pulau Pinang nikah hari ini
- Polis tahan pengurus peribadi Uncleseekers bantu siasatan
- PKR dakwa George Kent 'perantara' PM, Thales
- Polis benar Himpunan Oren berarak esok
- Lagi MP PKR ditawar lompat parti
- Skandal Noh Omar Terbongkar: Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang
- 55 Ahli MIC Serah Borang DHPP
- Usaha BN Takutkan Kaum Cina Terhadap Hudud Gagal
Dah nak tergolek baru panggil kami Posted: 13 Jul 2012 04:15 AM PDT
Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti 'alternative' dalam PRU akan datang ini. Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. "Dah nak tergolek baru panggil kami," kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu. "Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang 'dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja," kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu. Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, "Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup," katanya kepada saya. Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada 'moral standing' untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit. Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan 'consultant-consultant' politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata. Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. "Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. "Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara," kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu. "Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. "Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak," Sambungnya lagi. Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja. Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan 'supervision' terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan. Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara. Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS. Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi. Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, "Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!" kata beliau marah-marah. | ||
Talam: Terima kasih kepada MB Selangor Posted: 13 Jul 2012 04:10 AM PDT
KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional. Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya. Oleh itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja. Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu. Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut: 1. RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung 2. RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan. Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank. Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta. Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan. Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation. Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta. Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan. Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian. Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat. Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat. | ||
Petronas sebagai 'Kantung Peribadi' Malaysia Posted: 13 Jul 2012 04:09 AM PDT
KUALA LUMPUR: Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada awal bulan Jun lepas di Persidangan Gas Dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas ketika berucap dipentas berkata bahawa dasar kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah salah. Di bawah, bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang duduk di barisan hadapan. Kemudian, apabila Najib mengambil podium, beliau mengingatkan bahawa subsidi - yang di sumbang Petronas mempunyai - "objektif sosio-ekonomi". Beliau menekankan, rakyat Malaysia membayar kadar elektrik & petrol yang terendah di Asia. Walaupun kerajaan telah berikrar untuk merasionalisasikannya. Ianya kelihatan amat mustahil untuk berlaku sebelum pilihan raya yang dijangka dalam beberapa bulan lagi. Kekesalan Petronas ditegaskan lagi oleh persepsi umum bahawa Perdana Menteri seolah-olah menggangap Petronas sebagai "Kantung Bank Peribadi" bagi menyelamatkan projek-projek kesayangannya, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974. Temubual dengan pegawai-pegawai yang terdahulu dan terkini juga pemeriksaan dokumen Petronas, membangkitkan persoalan: berapakah jumlah sebenar yang telah disumbang Petronas kepada kepada kerajaan dalam bentuk subsidi minyak, dividen dan cukai. Data kewangan yang dikaji oleh Reuters menunjukkan kerajaan sangat bergantung kepada pembayaran Petronas - melalui 'dividen' kepada pemegang saham tunggal (kerajaan) - untuk mengekang defisit fiskal yang telah mula membangkitkan persoalan dari agensi penilaian dan penganalisis. Data juga menunjukkan bayaran ini meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila harga minyak dunia melonjak, turut melonjak bersama-sama adalah perbelanjaan kerajaan. Tetapi akaun rasmi Malaysia tidak menunjukkan bagaimana wang itu dibelanjakan dan kerajaan enggan mendedahkan apa-apa butiran mengenai itu. "KAMI PERLUKAN TUNAI" Petronas adalah pembayar cukai tunggal yang terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi sebanyak 45 peratus daripada bajet kerajaan. Tidak seperti negara-negara lain yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Norway atau Brazil, Malaysia semakin kronik. Belanjawan Defisit yang besar dan semakin berkembang walaupun hasil minyak meningkat. Jurang fiskal tahun lepas, pada 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), diikuti negara India untuk perbezaan, ini adalah mencemaskan di sebalik "Ekonomi Besar" yang baru muncul di Asia, dan ia mungkin bertambah meluas tahun ini. "Subsidi kepada sebahagian besar defisit. Ianya mempunyai kelemahan lain juga," kata Shamsul dalam ucapannya kepada persidangan gas. "Subsidi menghalang ketelusan, mengurangkan persaingan dan menghalang pelaburan baru," katanya, sambil menambah bahawa Petronas membayar antara RM18 bilion dan RM20 bilion ringgit (US$ 5.75-6.35) setahun untuk subsidi penggunaan gas. Malaysia tidak menghadapi krisis fiskal. Pelabur asing tidak sabar membeli bon kerajaan Malaysia, yang yakin rizab negara minyak, gas dan mata wang asing adalah cukup untuk memastikan hutang-hutang akan dibayar. Namun, ianya akan diuji dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kejatuhan harga minyak dan gas, akan mengekang keuntungan 2012 Petronas, dan krisis zon euro 1 semakin teruk boleh menjejaskan eksport negara. Pengecilan pembayaran Petronas dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan. Shamsul berpendapat kini adalah masa yang sesuai untuk meneruskan pemerolehan syarikat luar sebagai "backup" akibat bekalan tenaga domestik Malaysia yang akan mengurang. Pada Khamis, syarikat itu mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat "Joint-Venture" Kanada nya, Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan lebih banyak lagi selepas ini. "Untuk melakukan itu, kita perlukan tunai," kata Shamsul dalam ucapannya. "Masalahnya ialah, kerajaan perlu tunai, juga". MENARA DI MALAYSIA Petronas, satu-satunya Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Menara kembar 88-tingkatnya, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, menguasai latar langit Kuala Lumpur. Rizab Minyak Petronas dan gas berada di rangking ke-28 di dunia, menurut data daripada PetroStrategies di Plano, Texas, di hadapan beberapa pemain utama (main-player) yang lebih dikenali seperti Norway Statoil dan CNOOC (ChinaNational Offshore Oil Corp). Ianya luar biasa untuk syarikat milik negara, hutang Petronas dinilai lebih besar daripada sebuah kerajaan negeri. Syarikat itu mempunyai pinjaman kira-kira $15.6 billion pada Mac 31. Dan syarikat US, U.S. insurer Aflac Inc di kalangan pemegang hutang. CEO Petronas dan Ahli Lembaga, dilantik setelah diperkenan Perdana Menteri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Perdana Menteri menyalurkan dana Petronas untuk membina projek-projek impian mereka dan menyelamatkan kesilapan-kesilapan mereka(bailout). Pemimpin-pemimpin politik telah digunakan untuk berurusan dengan Pegawai "yes sir!" dalam Petronas, yang pada carta organisasinya di Malaysia adalah sebahagian daripada mereka di Pejabat Perdana Menteri. Kini Petronas cuba untuk mengatakan "tidak!". Seperti semua syarikat minyak milik negara, Petronas dijangka mengistiharkan bersama bahagian keuntungan kepada kerajaan, Ianya sama seperti syarikat minyak sektor swasta membayar dividen kepada pemegang saham. Angka Petronas menunjukkan, dividen baru ini menetapkan sehingga hampir 55% daripada keuntungan bersih dalam tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2011, jauh melebihi purata 38% yang dibayar oleh syarikat-syarikat minyak nasional di seluruh dunia. Termasuk cukai, duti eksport dan dividen, Petronas menganggarkan jumlah bayaran kepada kerajaan Malaysia sehingga RM65.7 billion (US$21.10 billion) dalam tahun fiskal. MELUASKAN DEFISIT Petronas telah menolak dasar dividen baru yang akan menetapkan pembayaran tahunan kepada kerajaan pada 30 peratus daripada keuntungan dan bukannya kadar rata RM28 billion (US$ 8.75) seperti yang akan dibayar tahun ini. Pembayaran yang lebih rendah akan membolehkan Petronas menyimpan wang untuk melabur semula dalam industri global, untuk mengimbangi penurunan bekalan domestik. Analisis Reuters terhadap data kewangan menunjukkan Petronas akan membayar hampir kepada RM17 bilion dalam tahun fiskal Mac 2011, jika dividen 30% digunakan. Pembayaran dividen yang lebih kecil akan meluaskan defisit fiskal Malaysia, melebar kira-kira 6.5 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peratusan itu hampir tiga kali ganda purata di kalangan Negara Ekonomi Baru Muncul di pasaran dunia, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF). Dengan wang yang kurang daripada Petronas di bawah formula baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan mempunyai tiga pilihan yang tidak popular: pemotongan perbelanjaan, meningkatkan cukai atau mengekang defisit. Semakin teruk kewangan awam boleh menggoncang pelabur asing, yang memegang kira-kira 39% daripada hutang mata wang tempatan kerajaan, antara yang tertinggi di rantau Asia. Ketua Pegawai Eksekutif Petronas meletakkan wajah yang berani apabila Reuters bertanya kepadanya jika formula baru mungkin akan dimasukkan ke dalam tahun ini, dengan pilihan raya kini dijangka secepat September. "Kerajaan cukup sedar akan keperluan kami mempunyai dana sendiri untuk pertumbuhan Petronas," Shamsul berkata selepas syarikat itu mengumumkan keputusan kewangan pada 31 Mei. "Mereka menghormati dan mereka akan bersetuju dengan permintaan kami." Bagimanapun Pejabat Najib enggan mengulas. RANGSANGAN PILIHANRAYA? Najib, yang mengambil alih kepimpinan negara, tetapi masih belum lagi menerima mandat pilihanraya sebagai perdana menteri. Beliau telah menaikkan gaji penjawat awam dan pembayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan rendah - yang dilihat lebih untuk memenangi undi - dilihat Petronas mempunyai bahagian dalam dana program tersebut. Agensi Penilaian Fitch memberi amaran pada Februari, bahawa bajet Malaysia adalah terlalu bergantung pada hasil petroleum, dan pilihan raya boleh meningkatkan perbelanjaan dan meluaskan defisit bajet. "Jika langkah-langkah rangsangan yang agresif dilaksanakan dan ini membawa kepada peningkatan yang berterusan dalam nisbah hutang awam (public debts ratio), ia akan menjadi negatif untuk rating penilaian," tulis Fitch. Ianya mungkin sudah berlaku. Kerajaan pada Jun lalu telah membentangkan di parlimen untuk perbelanjaan tambahan berjumlah RM13.8 billion - lebih daripada separuh untuk subsidi makanan dan bahan api yang akan meluaskan defisit fiskal kepada 6% daripada KDNK. Petronas hanya mula memperincikan sumbangan kepada kerajaan 2 tahun lalu - sementara mula melobi untuk perubahan di dalam polisi dividen. Malah, perkataan "dividen" tidak pernah muncul dalam laporan tahunannya bagi tahun 2001 hingga 2009. Reuters juga memperincikan kajian untuk tahun-tahun sebelumnya, bermula 1976 mendapatkan angka-angka daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang kini penasihat kepada Petronas. Tetapi Petronas enggan untuk mengesahkan ketepatan tersebut. TIADA PENDEDAHAN AWAM Data Mahathir menunjukkan Petronas membuat pembayaran kepada negara lebih daripada dua kali ganda antara tahun 2005 dan 2011 kerana harga minyak yang melonjak tinggi. Dalam pada itu, Perbelanjaan Negara juga turut berkembang, melebarkan defisit bajet walaupun pendapatan meningkat. Tetapi Malaysia tidak akan mendedahkan untuk apa wang Petronas dibelanjakan. Reuters membuat permintaan rasmi bagi mendapatkan data dari pejabat Audit Negara Malaysia, tetapi Agensi Audit berkata ia boleh memberikan angka belanjawan untuk segala-galanya, kecuali sumbangan Petronas. Tanpa akses kepada perangkaan rasmi, ia adalah sukar untuk menentukan bagaimana kerajaan membelanjakan wang Petronas. Mahathir berkata kepada Reuters beliau mengeluarkan data tambahan Petronas di laman blognya sebagai "penjelasan" untuk maklumat lanjut, mengenai ke mana wang "pergi" setelah beliau berundur pada tahun 2003. "Sebahagian besar untuk perbelanjaan operasi, termasuk kenaikan gaji untuk 1.4 juta penjawat awam yang kebanyakannya etnik Melayu," Mahathir berkata. Sejak Najib mengambil alih jawatan pada tahun 2009, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak hampir 16 %. Sementara perbelanjaan pembangunan, termasuk pendidikan, keselamatan dan kesihatan, adalah sama. Menaikkan gaji memerlukan kos tinggi, Dr Mahathir berkata dalam satu temu bual dari pejabatnya di tingkat 83 Menara Berkembar Petronas. Sekali gaji naik, beliau berkata, ia adalah sukar untuk memotong pada tahun-tahun berikutnya. "Jadi, hasilnya, anda mengambil lebih dari perbelanjaan pembangunan kerana perbelanjaan pembangunan tidak merupakan satu keperluan wajib," katanya. "Anda boleh memotong dari situ!" MENGEMBANGKAN OPERASI LUAR NEGARA Dengan bekalan minyak domestik menurun, Petronas telah berkembang di luar negara, melabur di Sudan, stesen petrol di Afrika Selatan dan Industri Gas Asli Cecair di Eropah. Peta Korporatnya menunjukkan operasi Petronas di lima benua. Tetapi 29% daripada pengeluaran antarabangsa syarikat itu tertumpu di Sudan dan Selatan Sudan, dan pertempuran di sepanjang sempadan Sudan menyebabkan kebanyakan saluran paip ditutup. Shamsul memberi amaran bahawa terhentinya pengeluaran di Sudan akan menelan kos kepada syarikat sebanyak RM3 bilion. Itu adalah salah satu sebab di sebalik pembelian Syarikat Canada's Progress Energy. Shamsul berkata perjanjian-pembelian itu akan meningkatkan sumber gas syarikat di rantau "geopolitik yang tidak stabil". Pengambilalihan seperti ini memerlukan banyak wang, dan Petronas berpendapat ia tidak memenuhi "misinya" apabila menyerahkan lebih daripada separuh keuntungan kepada kerajaan. Menurut kabel diplomatik yang dikeluarkan oleh Wikileaks dalam bulan Jun tahun lepas. Ahli Lembaga Petronas , Mohammed Azhar Osman Khairuddin berkata kepada Diplomat AS yang tidak dikenali bahawa Petronas "merasakan tekanan yang besar untuk mengembangkan perniagaannya, di samping untuk mengekalkan status politik Malaysia." Azhar berkata Petronas mahu wang dilaburkan dalam aset minyak dan gas "untuk menggalakkan keuntungan pada masa depan, lebih daripada utama dari dibelanjakan sekarang untuk program domestik mendapat, demi keuntungan politik". Azhar mahupun Petronas tidak memberi maklum balas bila ditanya mengenai hal ini. Isu pembayaran kepada kerajaan dan pelaburan korporat adalah masalah bagi syarikat-syarikat minyak milik negara yang lain juga. Petronas dilihat menghadapi dilema yang sama dihadapi oleh syarikat minyak negara Mexico, Pemex. Kerajaan Mexico, mengambil tunai begitu banyak daripada perniagaan Pemex, Syarikat mempunyai masalah melabur dalam pengeluaran. Firma Fitch memberikan penarafan "BBB" kepada penerbitan hutang terbaru syarikat itu, memetik beban cukai yang besar dan "pendedahan kepada risiko campur tangan politik." Dengan permintaan tenaga global dijangka meningkat sebanyak kira-kira 30% pada tahun 2050 dan penduduk pula dijangka meningkat kepada 9 bilion, para Eksekutif bertanya sama ada kerajaan adalah halangan utama dalam memastikan bekalan masa depan pada tahap yang berpatutan. Ketua Eksekutif Exxon Mobil, Rex Tillerson berkata di Persidangan Gas Dunia bahawa peraturan, cukai dan subsidi meletakkan risiko kepada projek-projek yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan global. Jika keadaan ini berterusan, kerajaan akan melihat ekonomi mereka "berjalan ke belakang," katanya. Petronas mempunyai empat projek minyak di Iraq, yang dijangka mencapai pengeluaran komersial tahun ini. Anggaran Shamsul bahawa output Operasi Petronas akan memuncak pada 800,000 tong minyak sehari pada tahun 2015 - kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran minyak mentah tahunan Malaysia. Syarikat itu tidak mendedahkan berapa banyak melabur di Iraq, tetapi dianggarkan sebanyak US$8 billion dilaburkan di satu medan, Gharf Oilfield, di mana Petronas membangunkan bersama Jepun petroleum exploration Co. "Sebab (Petronas) tidak mahu memberikan wang kepada kerajaan kerana ia memerlukan wang untuk melabur semula," kata Mahathir. "Ini adalah perniagaan yang sangat mahal seperti yang anda tahu. Semuanya berjalan di atas angka berbilion-bilion dolar. " TADBIR-URUS BAIK Sebagai syarikat minyak negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011 Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global. Tetapi ia telah membiayai beberapa projek yang boleh dipersoalkan, kedua-dua di bawah Najib dan pemimpin sebelumnya. Dua kali pada tahun 1984 dan 1989 - Mahathir meminta Petronas untuk menyelamatkan (Bailout) Bank Bumiputra Bhd dari keruntuhan akibat beberapa skandal. Dalam kedua-dua penyelamatan (bailout) tersebut, Petronas telah menyuntik sejumlah RM3.3 bilion ringgit ke dalam bank. Mahathir juga telah menarik kritikan umum apabila menggunakan dana Petronas menyelamatkan (bailout) Syarikat Perkapalan anak sulung beliau, Mirzan yang dibebani hutang. Dan sekali lagi dana digunakan untuk "menyokong" Syarikat Proton (pembuat Kereta Malaysia), yang menaja Pasukan Lotus dalam Formula Satu. Mahathir menafikan beliau menyelamatkan anaknya. Petronas "telah ditawarkan dengan tawaran yang agak berisiko dan ianya berakhir dengan keuntungan dengan tawaran itu!," beliau menegaskan. Petronas bagaimanapun telah berulang kali menolak untuk membincangkan tentang hal penyelamatan (bailout) itu. Krisis antara Petronas dan kerajaan menjadi perhatian umum selepas Najib mengambil alih jawatan pada 2009. Hassan Marican (gambar), Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pada masa itu, tidak bersetuju dengan Najib mengenai isu-isu siapa yang patut dinamakan sebagai Ahli Lembaga Petronas sehinggalah kepada Pasukan Formula Satu mana untuk ditaja. Reuters difahamkan bahawa Najib memberi notis 6 hari kepada Hassan bahawa kontrak beliau tidak akan diperbaharui pada tahun 2010, berakhirnya kerjaya 21 tahun beliau. Tiga orang yang mempunyai pengetahuan langsung tentang keadaan ini berkata Hassan telah melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat "bersama-menuruti" Najib. "Hanya enam hari notis untuk kerjaya yang merangkumi lebih dua dekad bersama Petronas," kata orang yang rapat kepada Hassan. Hassan, kini merupakan ahli lembaga di syarikat minyak utama Amerika, ConocoPhillips dan pengerusi syarikat Singapore Power Utility, tidak memberi repon di atas permintaan temubual. Dilantik oleh Mahathir, Hassan Seorang Akauntan berusia 59 tahun, mempunyai kebebasan yang agak besar di Petronas sebelum pertempuran dengan Najib. Mahathir berkata Hassan sering berkata "tidak" kepada cadangan-cadangan beliau, walaupun beliau tidak bersetuju untuk menyelamatkan syarikat kereta nasional yang merupakan kebanggaan negara dan syarikat yang dimiliki oleh anak Mahathir. Hassan enggan untuk menggunakan syarikat Malaysia yang tidak berpengalaman untuk membangunkan industry minyak dan gas, atau meneruskan operasi mahal membangunkan lapangan minyak kecil di negara ini, kata sumber yang rapat kepada Hassan. Kedua-dua projek itu adalah sebahagian daripada cita-cita tinggi Najib bernilai US$444billion (RM1.42 Trillion), lebih dikenali Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada September 2010 - hanya 7 bulan selepas penyingkiran Hassan. ($1 = 3,1985 Ringgit Malaysia) (Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterjemah oleh Hasani Mohamed) | ||
Sanggup buang bayi di rumah usang Posted: 13 Jul 2012 04:05 AM PDT GEORGETOWN - Seorang wanita tergamak membuang bayi lelakinya di rumah usang berhampiran Jalan Lorong Kulit, petang semalam. Bayi malang itu dipercayai baru seminggu dilahirkan kerana masih bertali pusat di badannya. Bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Jeffri Sabaruddin, 27, yang kebetulan melalui di hadapan rumah lamanya yang ditinggalkan sejak beberapa tahun lalu kira-kira jam 1.20 petang. Jefri berkata, dia melihat kehadiran seorang wanita berbaju biru di rumah itu dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, setelah melihat kehadirannya, perempuan itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan rumah itu dan terus menaiki sebuah bas. Dia cuba mengekori wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu hingga ke susur keluar kawasan perumahan terbabit tetapi gagal menjejakinya. "Wanita yang disyaki seorang warga Indonesia itu terlalu pantas berlari menaiki bas ke arah Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) sehingga saya tidak sempat mengejarnya. "Sebaik pulang semula ke rumah ini, saya terpandang kelibat seorang bayi lengkap berpakaian yang diletakkan di atas simen berlapikkan guni dan apabila diperiksa bayi malang itu masih mempunyai tali pusat," katanya. Selain itu, satu botol susu dan payung ditemui berhampiran bayi itu. Jeffri kemudian memaklumkan perkara itu kepada jiran terdekat dan polis mengenai kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil siasatan mendapati bayi itu berusia kurang dari seminggu dan berada dalam keadaan normal. "Bayi itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk siasatan lanjut. "Lakaran fotofit akan dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima daripada saksi kejadian," katanya. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. | ||
Pas tampil 60 peratus muka baru bertanding PRU13 Posted: 13 Jul 2012 04:01 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - PAS akan menampilkan sekurang-kurangnya 60 peratus muka baru sebagai calon parti untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata 60 peratus muka baru itu kesemuanya terdiri daripada Pemuda dan Muslimat parti. "Muka-muka baru ini adalah 40 peratus dari kalangan Pemuda dan 20 peratus Muslimat. Bagaimanapun, keputusan muktamad siapa calon-calonnya untuk bertanding masih belum dapat disahkan. "Senarai kesemua calon parti sudahpun diteliti oleh Majlis Syura dan sekarang ia berada di peringkat parti untuk kita teliti siapa yang akan dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata PAS hanya akan mengumumkan senarai calon parti selepas Parlimen dibubarkan. Ditanya mengenai jumlah kerusi Parlimen yang disasarkan PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Tuan Ibrahim berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya akan bertanding 70 kerusi Parlimen berbanding 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008. "Bagaimanapun, jumlah kerusi ini masih belum dimuktamadkan dan kita masih lagi dalam proses perbincangan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya. Pada 1 Julai lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor berkata parti itu berhasrat untuk bertanding 88 kerusi Parlimen pada PRU-13. - Bernama | ||
Yahya dan Hasnah sedia rujuk kembali Posted: 13 Jul 2012 04:00 AM PDT PASIR MAS – Sehari selepas penceraian ada sinar baru buat pasangan warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dan bekas suaminya, Yahya Ibrahim, 78, apabila masing-masing menyatakan kesediaan untuk kembali bersama. Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri. Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar. "Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas). "Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia," katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa. Semalam, Sinar Harian melaporkan, bekas suaminya, memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 24 Jun lalu dan menjatuhkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud. Sementara itu Yahya berkata, perceraian ini bukanlah berpunca daripada perbezaan politik, sebaliknya ia membabitkan kekuatan agama masing-masing. Bekas anggota keselamatan ini juga menafikan punca perceraian disebabkan tindakan bekas isterinya itu menghadiri ceramah dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali. Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan. "Saya harap kedua-dua pihak berbaik semula terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi," katanya. | ||
Kelantan muncul kuasa baru dalam olahraga Posted: 13 Jul 2012 03:58 AM PDT SINAR HARIAN KUANTAN - Kelantan muncul sebagai kuasa baru dalam acara olahraga pada hari ke-12 temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 apabila menggondol empat butir emas menerusi acara jarak jauh di Stadium Darul Makmur di sini hari ini. Atlet Nik Norzilawatie Nik Wil menjadi wirawati bagi kontinjen Kelantan apabila meraih dua emas menerusi acara 3,000m lari berhalangan dan 800m. Manakala atlet lelaki Mohamed Baihaqi Razlan menguasai acara 400m lari berpagar dan Nik Hafiz Nik Mohamad dalam acara 800m. Semalam, pingat emas pertama Kelantan diperolehi menerusi Muhammad Khairil Harith Harun dalam acara 10,000m. Ketua jurulatih Kelantan Mohmood Deraman bagaimanapun percaya anak didiknya mampu menambah kilauan emas pada hari penutup acara olahraga esok. Beliau berkata kebangkitan skuad Kelantan tersebut adalah hasil usaha gigih semua atlet yang menjalankan latihan sejak awal tahun ini serta berdisiplin dan bersemangat kental. Katanya skuad olahraga negeri itu telah mencapai sasaran lima butir emas pada temasya sukan kali ini. Kelantan, yang menghuni tangga ke-14 semalam, naik dua anak tangga untuk menduduki tangga ke-12 dalam senarai pungutan pingat dengan lima emas, tiga perak dan tujuh gangsa. Bagaimanapun, Terengganu bangkit untuk memberi saingan sengit kepada pendahulu Selangor apabila terikat 39 emas untuk menduduki tangga kedua. Selangor hanya berjaya mengutip tiga pingat emas menerusi perenang wanita Kok Cher Ling dalam acara 50m gaya bebas, Hay Cheng Feng dalam acara memanah compound 90m lelaki dan pasukan menembak wanita dalam acara 25m pistol. Selangor mendahului kutipan pingat keseluruhan dengan 39 pingat emas, 37 perak dan 41 gangsa. Pahang turun satu anak tangga dengan kutipan 28 pingat emas, 29 perak dan 18 gangsa dan Brunei masih tercorot dalam kedudukan pungutan pingat dengan sebutir gangsa. - Bernama | ||
Orang kanan Khalil ditahan reman Posted: 13 Jul 2012 03:56 AM PDT SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan. "Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian. Akhbar ini semalam melaporkan perihal seorang lelaki yang namanya disebut berulang kali dalam laman blog dan Facebook milik Khalil sebagai orang kanan yang sentiasa bersama lelaki amuk itu dalam perjuangannya. Malah, lelaki itu sendiri dalam salah satu blog Khalil mengaku secara terbuka dalam kenyataan yang dipaparkan bersama nombor kad pengenalannya bahawa mereka akan sentiasa bersama. Mengikut catatan yang dipercayai dibuat Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan menawan negara dan dunia. | ||
Rafizi ancam dedah kaitan Talam-MCA Posted: 13 Jul 2012 03:55 AM PDT Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengancam untuk mendedahkan kaitan parti BN dengan syarikat Talam Corporation sekiranya timbalan menteri daripada parti itu, Datuk Chua Tee Yong terus menyerang Pakatan Rakyat Selangor. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi mendakwa mempunyai fail transaksi melibatkan Talam dan pemimpin MCA. "Sekiranya dia teruskan, minggu depan saya akan panggil satu lagi sidang media untuk tunjukkan siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada Talam," katanya. Katanya, beliau sanggup menggali setiap fail mengenai semua usaha sama demi menujukkan setiap pemimpin MCA yang mendapat keuntungan daripada Talam. Beliau sanggup berbuat demikian kerana tugas itu tidak sepatutnya dibuat oleh menteri besar Selangor, kata Rafizi. Katanya lagi, Chua terlupa bahawa Talam menghasilkan berjuta ringgit semasa pentadbiran BN. | ||
Noh: BN sedia beri air percuma di Selangor Posted: 13 Jul 2012 03:49 AM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat. Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya. "Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini. "Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini hari ini. Beliau berkata, BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan seperti golongan kaya. Turut hadir Menteri KeTTHA Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan iimbalannya Datuk Noriah Kasnon serta Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail. Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan, isu pokok kerajaan BN masa ini ialah bagi memastikan bekalan air mencukupi selari dengan keperluan rakyat. "Apapun kita mesti ingat kalau nak buat dasar (air percuma), air mesti ada... kalau isytihar air percuma sekalipun kalau tidak ada air tidak guna dasar itu kerana tidak mungkin dapat dilaksanakan," katanya. Ketika diajukan soalan sama ada beliau sedia berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu air, Noh berkata, perkara itu hanya akan membuang masa. Beliau berkata, situasi pada masa kini jelas menunjukkan bekalan air di negeri itu semakin berkurangan sehingga boleh menyebabkan berlakunya krisis air. "Buat dulu Langat 2, ada air baru kita debat tentang siapa nak uruskan dan tarif air baru. Tindakan debat semua buang masa dan politik murahan kerajaan negeri, bukan untuk kepentingan rakyat," katanya. - Bernama | ||
Selangor didakwa ubah status tanah pendidikan kepada perindustrian Posted: 13 Jul 2012 03:46 AM PDT SINAR HARIAN Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ada kawasan di tanah tersebut penting untuk tujuan pembinaan sekolah rendah dan sekolah agama bagi penduduk kawasan Putra Perdana. "Pelan asal pembangunan ini telah diubah baru-baru ini dan kami mahukan penjelasan berhubung perkara ini. "Pelan asal adalah membina kompleks pendidikan berdekatan tanah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tanah tersebut hari ini. Beliau difahamkan, kerajaan Selangor juga telah membeli empat plot tanah tersebut dari sebuah syarikat dengan harga RM87.7 juta walaupun 80 peratus tanah adalah di bawah air. Mohd Zin turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri membazirkan wang sehingga terlebih bayar sebanyak RM57 juta dari harga asal dan pada pendapatnya, kesemua wang tersebut boleh digunakan untuk membina 2,500 unit rumah mesra rakyat golongan miskin dan memerlukan. "Apakah motif sebenar pembelian tanah dari syarikat tersebut sehingga dinilaikan begitu tinggi untuk sebuah tasik yang perlu ditimbus sekiranya ingin dimajukan?" katanya. Sementara itu Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana Rushdan Mohamed berkata terdapat aduan kepadatan murid sekolah sehingga melebihi kuota yang ditetapkan dan masalah ini boleh diatasi jika pembinaan kompleks pendidikan diteruskan. "Kami akan buat laporan polis dan bawa perkara ini untuk perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. - Bernama | ||
Rafizi: Saya akan jawab perkara OSA di mahkamah Posted: 13 Jul 2012 03:40 AM PDT Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau hanya akan menjawab persoalan berhubung dokumen didakwa rahsia yang didedahkannya berhubung projek sambungan LRT Ampang di mahkamah. Katanya, beliau enggan menjawab soalan daripada polis yang menyiasatnya berhubung dokumen berkeanaan ketika memberi keterangan kepada pasukan hari ini. Rafizi berkata, beliau menggunakan haknya untuk tidak menjawab sekiranya jawapan itu akan menyabitkan kesalahannya. "Ini bermakna polis boleh menghantar notis saman kepada saya untuk menyerahkan dokumen terbabit," katanya. Polis boleh menggeledah premisnya sekiranya beliau gagal berbuat demikian, katanya ketika dihubungi selepas disiasat polis hari ini. Terdahulu, Rafizi mendakwa dokumen terbabit menunjukkan bahawa firma Perancis, Thales International menggunakan syarikat tempatan, George Kent sebagai "perantara" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan projek tersebut. | ||
Kes Mat Sabu ditangguh hingga Selasa Posted: 13 Jul 2012 03:39 AM PDT BUTTERWORTH - Kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung isu Bukit Kepong dan komunis tahun lalu ditangguhkan sehingga Selasa ini. Prosiding ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan rayuan berkenaan kes itu di Mahkamah Rayuan, Isnin ini. Hakim Ikmal Hishan Ahmad Tajuddin menetapkan satu tarikh lain untuk perbicaraan selepas beliau menerima surat penangguhan daripada pihak peguam bela mewakili Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu sementara menantikan keputusan rayuan kes berkenaan yang telah difailkan sebelum ini. Rayuan dikemukakan selepas permohonan Mat Sabu untuk mengenepikan kes ini ditolak oleh Mahkamah TInggi Pulau PInang pd 22 Februari lalu. Bagaimanapun Ikhmal menetapkan 17 Julai ini sebagai tarikh baru sama ada untuk meneruskan kes itu atau menggugurkanya sementara menanti keputusan rayuan berkenaan.habis | ||
Cuepacs: Bonus Aidilfitri kakitangan awam dibincang Isnin ini Posted: 13 Jul 2012 03:37 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini. Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran. Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan. "Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya. Katanya keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini. Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai. Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.- Bernama | ||
Ahmad Maslan: 'Himpunan Oren gimik PRU' Posted: 13 Jul 2012 03:36 AM PDT KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Himpunan Oren Selamatkan Felda yang hendak diadakan di ibu negara esok hanya satu "gimik politik" pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Katanya, beliau tidak nampak adanya apa-apa isu, yang mendesak perhimpunan sedemikian diadakan kecuali pihak penganjur sengaja mahu mengada-adakan isu bagi mencari sokongan. "Saya tak nampak kecualilah mereka ini sengaja mereka ini, mereka isu yang pada pandangan mereka, kalau tidak dibuat, maka mereka akan rugi ketika pilihan raya (nanti). "Jadi, (perhimpunan ini) lebih kepada gimik politiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online. "Ya, ya gimik untuk pilihan raya, bagi kita, tak ada pa yang ruginya peneroka ini, yang rugi adalah pembangkang," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Umno. Sejak awal minggu ini, beberapa pertubuhan politik dan bukan politik membuat laporan menggesa perhimpunan itu dibatalkan. Difahamkan satu perhimpunan balas juga akan diadakan esok. Terbaru hai ini, sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung hasrat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mahu mengadakan Himpunan Oren di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini dan kemudian bercadang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, petang esok. Naib Presiden Badan Generasi Prihatin 3R 1Malaysia, Fidel Firaidi Mustafa berkata, laporan polis itu dibuat kerana mahu menjaga kepentingan awam dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Pertubuhan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. Berdasarkan laporan media sebelum ini, Himpunan Oren Selamatkan Felda, yang menyasarkan 20,000 orang, diadakan sebagai kemuncak kepada tuntutan agar kerajaan membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau tidak nampak adanya apa-apa perkara lagi yang masih belum memuaskan hati penganjur perhimpunan. "Saya tidak nampak apa lagi perkara yang mereka tidak puas hati, ini adalah kerja-kerja pembangkang yang ingin memutarbelitkan isu dan segalanya kita sudah jawab, apa lagi mereka tak puas hati? Apa lagi mereka inginkan? "Perkara ini menimbulkan sesuatu perkara yang amat tidak baik di kalangan orang umum. Apa lagi yang tak cukup di Felda ini? Apa lagi yang tak kena lagi di Felda ini, mana ada kita gadai tanah di Felda ni, tak ada siapa yang tanah mereka tergadai, tanah peneroka tak tergadai, tanah peneroka tak tergadai, tak ada apa harta yang hilang, apahal mereka sibuk-sibuk sangat ini," katanya lagi. | ||
Pengerusi Umno Pulau Pinang nikah hari ini Posted: 13 Jul 2012 03:34 AM PDT NIBONG TEBAL - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini. Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23. Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru. Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin. Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak. Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar. | ||
Polis tahan pengurus peribadi Uncleseekers bantu siasatan Posted: 13 Jul 2012 03:32 AM PDT MALAYSIA KINI Polis menahan dua lagi individu untuk membantu siasatan membabitkan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas berhubung entri dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenaya Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata lelaki berusia 39 tahun dan wanita berumur 27 tahun terbabit ditahan di ibu negara pada pukul 9.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan. Lelaki itu yang dipercayai pengurus peribadi Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers kini ditahan reman tiga hari, manakala wanita tersebut direman sehari bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, katanya. Terdahulu, pasangan terbabit dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman yang dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa. Sementara itu, Mohd Akhir berkata dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah, dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis selepas ditahan sejak 9 Julai lepas di Tanjung Kling, Melaka. Syed Abdullah yang ditahan semula semalam bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Hasutan 1948, sebelum itu disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan pada 4 Julai lepas di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan. Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog berkenaan yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama | ||
PKR dakwa George Kent 'perantara' PM, Thales Posted: 13 Jul 2012 03:31 AM PDT PKR hari ini mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa Thales International, syarikat yang didakwa terbabit dalam urusniaga Perancis-Malaysia dalam pembelian kapal selam, akan memenangi bidaan untuk projek sambungan LRT Ampang. Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa dokumen tersebut menunjukkan bahawa Thales menggunakan syarikat tempatan George Kent sebagai "perantara" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau merujuk kepada laporan didakwa sebagai penilaian teknikal oleh Halcrow untuk projek tersebut, beliau mendakwa Thales akan memenangi bidaan berkenaan. Thales terlibat dalam tiga usahasama yang membida untuk projek berkenaan, dakwanya. Tiga firma usahasama itu termasuk konsortium George Kent-Wijet-Thales yang dinyatakan akan dipertimbang walau gagal dalam penilaian teknikal, dakwa Rafizi yang merujuk laporan penilaian teknikal Halcrow. Rafizi mendakwa, kesemua peraturan telah dilanggar untuk memberi kelebihan kepada Thales. "Siapa lagi yang boleh membuat arahan ini melainkan ia berada bawah naungan perdana menteri?," soalnya. Projek berkenaan berada bawah skop Kementerian Kewangan yang diketuai perdana menteri. | ||
Polis benar Himpunan Oren berarak esok Posted: 13 Jul 2012 03:25 AM PDT Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok. Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara. Mazlan berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini. Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara. GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. | ||
Lagi MP PKR ditawar lompat parti Posted: 12 Jul 2012 09:50 PM PDT Mereka ditawarkan di antara RM5 juta hingga RM20 juta seorang. Sekitar Dun Selangor SHAH ALAM: Beberapa Ahli Parlimen PKR hari ini mendedahkan mereka menerima tawaran di antara RM5 juta hingga RM20 juta seorang untuk melompat parti sama seperti yang dialami rakan sejawat mereka, Azan Ismail dari Indera Mahkota. Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya), yang turut serta dalam pertemuan bersama Azan di sebuah hotel mendakwa beliau menerima pelbagai tawaran untuk melompat parti dan ini termasuk wang sebanyak RM5 juta. "Kami dan Azan turut menerima lebih dari satu tawaran dan mereka mahu kami melompat parti. "Saya juga menghadiri beberapa mesyuarat dan menerima tawaran kontrak untuk ditandatangani," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini hari ini. Bagi Ahli Parlimen Ketereh Abdul Aziz Abdul Kadir, beliau tidak memandang serius tawaran daripada Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim dan tidak menghadiri mesyuarat seperti dua rakannya yang lain (Loh dan Azan) di sebuah hotel. "Saya dihubungi individu bernama Zamil dari Kedah. Tapi saya tidak anggap serius dan tidak pernah bagi komitmen apa-apa kepadanya. "Dia (Zamil) tawar untuk melompat parti dan bukannya menyertai mana-mana parti atau Umno, tapi duduk dalam konsensus bebas. Saya ditawarkan RM5 juta," katanya menceritakan pengalaman beliau itu. Berbeza pula dengan situasi yang dialami Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abd Ghani yang mendakwa percubaan membeli beliau berlaku ketika Datuk Seri Najib Tun Razak masih Timbalan Perdana Menteri dan sedang berusaha untuk merampas kembali Perak. Beliau mendakwa tawaran tersebut adalah dalam bentuk pakej untuk lapan orang ahli parlimen dan setiap seorang akan menerima RM10 juta seorang dan kemudian dipersetujui pada kadar RM20 juta seorang. "Tawaran mereka menarik kerana tidak perlu duduk dalam Barisan Nasional dan menjadi wakil Bebas tetapi perlu sokong kerajaan," kata Amran. | ||
Skandal Noh Omar Terbongkar: Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang Posted: 12 Jul 2012 09:42 PM PDT KELAB GREENBOC Shah Alam : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995. Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd. Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu. Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim. Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011. "Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS. Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck. Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995. "Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu. "Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya. Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri. Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas. -selangorku | ||
Posted: 12 Jul 2012 09:38 PM PDT KELAB GREENBOCAMPANG: Penyerahan borang keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) oleh 55 ahli MIC Ampang mem buktikan PAS semakin mendapat sokongan di kalangan masyarakat bukan Melayu. Wakil Belia MIC, Tiru Morty a/l Amasamy telah menyerahkan 55 borang ke ahlian DHPP kepada Ahli Dewan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz dalam majlis minum petangmdi kampung Tasek Permai, dekat sini, baru-baru ini. Menurut Kasim, konsep mesra rakyat yang diamalkan wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa mengira waktu menjadi faktor orang bukan Melayu memberi sokongan kepada PAS. Sebelum Pakatan Rakyat mentadbir Selangor katanya, Ampang mempunyai wakil rakyat Melayu daripada BN yang meminggirkan masyarakat India. Ini katanya, berbeza dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang membela semua kaum tanpa mengira agama dan status. "Ada kampung di Ampang yang wakil rakyat dahulu tidak pernah masuk sehingga masalah banjir tidak dapat diselesaikan," katanya. Bagaimanapun tambah beliau, setelah Pakatan Rakyat mentabdir masalah banjir dihadapi penduduk berjaya diselesaikan dengan menaik taraf saliran. "Apa yang kita buat ini bukan untuk memancing undi tetapi kita lakukan perkhidmatan terbaik untuk keselesaan rakyat," tegasnya. Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua DHPP Ampang, Kalaimani, Ketua DHPP Selangor, Letchumanan dan Adun Teratai, Jenice Lee. | ||
Usaha BN Takutkan Kaum Cina Terhadap Hudud Gagal Posted: 12 Jul 2012 09:35 PM PDT KELAB GREENBOC Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak semestinya mengikut hukum akal manusia yang serba lemah. Apabila parti komponen BN samada UMNO atau MCA memainkan isu Hudud dengan harapan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, ternyata usaha itu gagal. Didapati lebih ramai masyarakat bukan Islam yang memahami dan menyokong perjuangan PAS. Mereka sudah muak dan mual dengan agenda penyelewengan dan rasuah pemimpin BN dan sudah siap sedia untuk menobatkan Pakatan Rakyat menggantikan BN sebagai kerajaan baru di negara ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan