Khamis, 12 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Minum Susu Anjing Kerana Kemiskinan

Posted: 12 Jul 2012 05:09 AM PDT


Kanak-kanak lelaki bernama Chotu Kumar begitu selesa dengan sekawanan anjing. Berdasarkan gambar di atas, dia kelihatan memegang kaki belakang seekor anjing lalu menghisap susunya.

Yang menghairankan, anjing itu membiarkan Chotu menghisap susunya. Menurut Chotu, "Keluarga saya sangat miskin, kadang-kadang saya merasa sangat lapar."

"Anjing itu tidak menggigit saya. Anjing itu "melayan" saya seperti salah satu daripada anak-anaknya. Saya suka bermain dengan anjing. Haiwan ini ialah teman saya."
 
Chotu tinggal bersama-sama dengan ibunya Shanichari Devi, 37 tahun, neneknya Amiya Devi, 60 tahun, dan adik-beradiknya, iaitu Bola, 14 tahun, dan Mahesh, tiga tahun di sebuah rumah lumpur di Jharkhand, India Timur.


 
Setelah kematian ayahnya empat tahun lalu, keluarga Chotu hidup dalam kemiskinan.
 
Kakaknya yang terpaksa bekerja di sebuah hotel hanya memperoleh gaji di bawah £20 sebulan.

Ibu dan neneknya pula bertungkus lumus mengumpulkan kayu dan mencari hasil hutan untuk dimasak di rumah.


 
Menurut UNICEF, 90 peratus kanak-kanak di bawah usia tiga tahun mengalami kekurangan gizi di kawasan luar bandar di Jharkhand dan 25 000 kanak-kanak tersebut meninggal dunia setiap tahun.


 
Menurut ibu Chotu, "Saya sangat terkejut apabila melihat dia menghisap susu anjing. Saya berlari dan menariknya pergi. Namun, setiap kali berasa lapar, dia akan menghisap susu anjing itu. Saya membiarkan dia berbuat demikian kerana saya tahu dia sangat lapar."
 
"Anjing itu tidak pernah menyerang dia," kata Shanichari lagi.



Penduduk desa yang bimbang Chotu akan dijangkiti penyakit angjing gila melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa tempatan.
Hasil maklumat itu, Chotu kini dimasukkan ke sekolah dan menerima makan tengah hari percuma.  Pihak berkuasa juga memberi keluarganya kad makanan yang membolehkan mereka mendapatkan bantuan makanan.
 
Walaupun sudah menerima bantuan makanan, namun Chotu masih berkawan dengan anjing, malah masih menghisap susunya.


 
Kata Chotu, "Saya menghisap susu tiga kali sehari dan rasanya manis seperti gula."
 
"Banyak orang kampung tidak suka saya berkawan dengan dengan anjing. Namun, saya suka berkawan dengan haiwan ini. Jika anjing itu tidak datang ke rumah, saya akan mencarinya di pinggir desa." -DCM/internet


P/s: Bersyukurlah kerana kita tidak senasib dengan Chotu!



[Gambar] Tragedi Yue Yue Berlaku di Malaysia

Posted: 12 Jul 2012 01:06 AM PDT


Akhirnya tragedi sedih yang menimpa kanak-kanak malang Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang dilanggar dan dibiarkan kesakitan oleh orang ramai, berulang di Malaysia.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 Julai 2012 lalu apabila seorang warga emas telah diragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terseret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malang apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkannya tanpa menghulurkan bantuan. Wanita malang itu hanya menerima bantuan daripada seseorang yang kemudiannya menghubungi ambulans.

Orang awam yang lalu lalang di situ tidak menghiraukan mangsa.


Selepas seorang awam yang prihatin membantu dan menghubungi ambulans, barulah mangsa dialihkan dari tempat kejadian oleh dua orang penduduk tempatan berbangsa India. 

Hari ini diberitakan bahawa wanita malang itu meninggal dunia 8 jam kemudian selepas dimasukkan ke hospital.

Fakta kejadian:
 - Mangsa ialah Tan Kim Chuan, balu berumur 60 tahun yang baru sahaja dua minggu berpindah ke Rifle Range.
- Mangsa diragut pada pukul 6.02 pagi oleh seseorang yang menunggang motosikal dan kejadian itu dirakam oleh CCTV.
- Sekurang-kurangnya 5 orang awam lalu lalang dan membiarkan mangsa dalam keadaan kesakitan.
 - Mangsa meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi selepas dimasukkan ke hospital kerana kecederaan serius di bahagian kepala.

Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang?



Lokasi kejadian.

Kredit: Artikel ini diedit/diubah suai daripada PulakDah!. 


[Video] Kain Rentang Program Muhyiddin Diturunkan, Mengapa?

Posted: 11 Jul 2012 11:04 PM PDT



Berdasarkan keterangan video, pihak MDS bertindak menurunkan berpuluh-puluh kain rentang milik PAS di Kg Sg Seputeh, Selama, Perak kononnya ada tercetak logo parti walaupun tindakan itu berkemungkinan dibuat bersempena dengan kedatangan Muhyiddin ke situ. Tindakan tersebut menyebabkan Pemuda PAS kampung tersebut menuntut MDS kain rentang program Muhyiddin yang turut dicetak dengan logo UMNO dan BN. 


P/s: Baru adil! 

Walau bagaimanapun perkara ini amat memalukan Muhyiddin. Hal seperti ini tidak pernah berlaku kepada BN sebelum ini. Rakyat semakin berani menuntut keadilan!

Tahniah rakyat, takziah Muhyiddin!


Helah Wanita yang Didakwa Berzina dengan Kekasih Gelap Tutup Aib Diri

Posted: 11 Jul 2012 08:15 PM PDT


[SH] MUAR - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.

Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

"Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.

"Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit," katanya.

Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.

"Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.




Malaysia Negara Paling Selamat? Cuba Baca Berita Ini...

Posted: 11 Jul 2012 07:34 PM PDT

HASRIN menunjukkan bagaimana dia tidur di dalam kereta ekoran bimbang ancaman perompak yang memecah masuk rumahnya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.

Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, (gambar kecil) berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.

"Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya.

"Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara?

Realiti semasa tidak sama dengan propaganda statistik.

Siapa yang buat jadual statistik jenayah? Siapa yang mendapat manfaat daripada statistik itu? 

Kalau DNA boleh direkayasa....anda sambung!

 

Hanya Polis & AJK Masjid UPM Urus Jenazah "Jaya Negara", Tiada Ahli Keluarga, Tiada Sahabat Handai yang Hadir

Posted: 11 Jul 2012 05:38 PM PDT



Polis Urus Jenazah Blogger

Serdang: Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlansung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam.

Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut.

Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan sesiapa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi.


Polis Kenal Pasti Individu Hantar "Imam Mahadi" Ke Bangunan JPM

[Bernama] KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.


P/s: Orang mula mempersoal sama ada kejadian amuk di Putrajaya itu suatu lakonan atau kejadian benar. Banyak sangat perkara pelik. Reaksi suspek dan situasi kejadian, kecederaan dan kematian, blog berusia dua bulan, akaun FB yang mempunyai rakan kurang daripada 20 orang, dan sebagainya.

Lagi pelik apabila dilaporkan tiada ahli keluarga dan sahabat handai yang menghadiri upacara pengebumian "Jaya Negara" hanya kerana tidak diizinkan oleh isteri "Allahyarham"?

Takkan upacara sepenting ini kaum keluarga dan sahabat handai tidak dibenarkan turut serta?



Tiada ulasan: