Rabu, 11 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Kantoi] Semua Lesen Rumah Urut dan Pusat Hiburan di Selangor Dikeluarkan pada Zaman UMNO/BN

Posted: 11 Jul 2012 02:30 AM PDT


[Selangorku] Shah Alam 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

"Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Kelulusan juga diberi kepada sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah," katanya.

Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu.

Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).

Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23); Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut ( 8), pusat hiburan (13).

Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).

"Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik," katanya.

Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis.

"Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja.

"Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah," jelasnya. 


P/s: Terburai lagi!


 

Ketua Unit Cyber Trooper UMNO Kena "Debik" di Twitter

Posted: 11 Jul 2012 12:55 AM PDT



P/s: Kah kah kah!

Khalwat: Remaja Dibuang IPTA dan Dienda RM1800

Posted: 10 Jul 2012 08:41 PM PDT


[SH] DUNGUN - Kemeriahan sambutan tahun baru buat tiga remaja bertukar detik hitam apabila mereka dicekup pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat bersama pasangan bukan muhrim dalam sebuah rumah.

Kejadian dua tahun lalu itu juga menjadi pengajaran berharga buat remaja terbabit apabila turut diberhentikan daripada pengajian selepas mereka bertiga mengaku melakukan kesalahan tidak bermoral itu.

Lebih mendukacitakan apabila mereka turut dibawa ke muka pengadilan berikutan kesemua bekas pelajar pusat pengajian tinggi awam itu berjaya disabitkan atas kesalahan dilakukan.

Remaja terbabit, Mohamad Izzul Hafez Amin Jusoh, 18, Nor Azira Che Ngah, 19, dan seorang lagi rakannya, Shahrul Muzammir Salleh @ Abdullah, 18, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah atas satu kesalahan khalwat yang dilakukan pada malam tahun baru dua tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di dalam ruang bicara mahkamah, ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Taman Intan, Mukim Sura pada jam kira-kira 10.30 malam, 31 Disember 2010 lalu.

Ketika ditahan, dua remaja lelaki dan remaja perempuan yang tidak mempunyai hubungan muhrim itu berada di dalam rumah berkenaan sehingga boleh menimbulkan syak wasangka.

Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mendengar hujah pendakwaan dan rayuan daripada ketiga-tiga tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal berbuat demikian.

Kesemua tertuduh berasal dari Manir dan Besut Terengganu itu menjelaskan denda untuk membolehkan mereka terlepas daripada menjalani hukuman di sebalik tirai besi.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa raya Syarie, Mustafar Hamzah, ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesalahan khalwat itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.



Tiada ulasan: