DIALOG RAKYAT |
- Kes pembunuhan Altantuya: Wakil Mongolia ke Malaysia Ogos
- Pitam akibat terkena kanister gas pemedih mata
- Warga India disogok RM20 ke pejabat Umno untuk daftar pemilih
- Saksi: Polis rampas telefon bimbit, jam tangan
- Tarikh p’raya: Kerajaan Pusat digesa runding segera dengan Pakatan
- Undi pos luar negara: Pindaan akta ke Parlimen September ini
- Notis Di Pawagam: PAS Pertahan Keputusan MDKS
- Himpunan Oren Di Masjid Wilayah Persekutuan Dilarang
- Selangor Lantik Audit Bebas Kaji Urus Niaga Talam
- Pakatan Rakyat sudah pohon pendaftaran, kerajaan BN takut luluskannya?
- Jaguh sepak takraw negara era 70-an meninggal dunia
- Polis siasat dakwaan tahanan ISA didera
- Murshid gesa kerajaan bebas baki tahanan ISA
- Rekod Dunia ! 3,500 Saman Peneroka Kepada FELDA
- Mahathir. Makin tua makin kuat cemburu buta pulak dah!
- V.JOTHI, JANGAN PARIAKAN MIC!
- 'Buang masa layan Hasan Ali' , kata Pemuda PAS S'gor
- IGP: Polis siasat dakwaan tahanan ISA diseksa
- SPR: Rakyat M'sia luar negara boleh undi melalui pos
- Rayu keputusan bebas Anwar, pendakwa kemuka 10 alasan
- Peserta 'Occupy Pejabat MB' tunggu pendakwaan
- Polis larang berarak dalam demo antipenyenaraian Felda
- Kalau pejabat PM tak selamat, tempat lain...
- SPR belum terima jawapan pemerhati luar negara untuk PRU13
- Fail rayuan kes Anwar sudah dijangka
Kes pembunuhan Altantuya: Wakil Mongolia ke Malaysia Ogos Posted: 11 Jul 2012 06:46 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Sekumpulan wakil rasmi Mongolia yang ditugas untuk mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dijangka hadir ke Malaysia Ogos ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne. "Mereka akan tiba pada bulan Ogos, cuma tarikh yang tepat belum tahu kerana Mongolia baru saja mengadakan pilihan raya dan belum ada kerajaan lagi," jelasnya. "Saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat, sudah enam tahun keluarga mangsa (Altantuya) menanti penyelesaian. Saya yakin bukan hanya saya yang berharap begitu, malah seluruh rakyat antarabangsa yang simpati pada nasib mendiang juga," kata beliau lagi. Menurut Gwo Burne, bapa Altantuya, Setev Shariibuu beberapa kali meminta kerajaan Malaysia menyelesaikan kes itu secepat mungkin, namun tidak mendapat respon apabila kes rayuan ditangguh ke Oktober. "Ada baiknya wakil Mongolia datang sendiri ke sini, kalau harapkan kerajaan Malaysia, lima tahun pun belum tentu boleh selesai," katanya. "Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita patut tunjukkan simpati dan ambil berat untuk membantu mereka mencari keadilan," tambahnya lagi. Sebelum ini, Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag menyatakan bahawa, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendali kes pembunuhan Altantuya. Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia dan didedahkan Gwo Burne dalam satu sidang media 28 Jun lalu. | |||||||
Pitam akibat terkena kanister gas pemedih mata Posted: 11 Jul 2012 06:42 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Peserta Bersih 3.0, Chong Min Shih, 37, memberitahu, beliau pitam akibat terkena tembakan rambang kanister gas pemedih mata di leher pada 28 April lalu. Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa beliau sedang berarak dari Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan tiba di Jalan Tun Perak lebih kurang jam 3.00 petang. Di situ beliau melihat satu objek terbang ke arah peserta. "Orang ramai menjerit 'tepi semua!'. Serta merta saya terasa sakit di leher dan terjatuh ke atas jalan," kata Chong. "Saya tak ada kekuatan untuk bangun. Saya hanya sedar bila ada orang tolong angkat saya ke tepi jalan dan bersihkan luka," jelasnya. Chong memberi keterangan depan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Beliau merupakan saksi pertama pada sidang kedua siasatan awam Bersih 3.0 hari ini selepas tiga saksi memberi keterangan pada 6 Julai lalu. Kecederaan itu meninggalkan kesan parut akibat luka di lehernya yang hanya sembuh selepas sebulan. Pihak polis yang hadir sebagai pemerhati turut bertanya mengapa Chong tidak membuat laporan polis sejurus selepas kejadian itu. "Saya tidak percaya polis waktu itu, sebab itu saya tak buat laporan polis, dan hanya buat laporan beberapa hari selepas kejadian atas nasihat kawan-kawan," katanya lagi. Turut dipanggil sebagai pemerhati wakil dari Majlis Peguam. | |||||||
Warga India disogok RM20 ke pejabat Umno untuk daftar pemilih Posted: 11 Jul 2012 06:37 AM PDT Oleh Aisha GeoffreyAMPANG: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memberitahu, hampir 800 masyarakat India ditawarkan RM20 dan disuruh ke pejabat Umno untuk membuat pendaftaran pemilih. "Kita ada bukti, pada 26 Mei lalu, sekumpulan warga India dalam 600 hingga 800 orang dipanggil ke satu program anjuran Umno dan mereka diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing," katanya. "Jika tertera dalam kad pengenalan orang itu beralamat di Ampang, mereka beri RM20 untuk daftar mengundi di situ. Manakala yang bukan penduduk Ampang tidak mendapat apa-apa," jelas Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN. Ini adalah bukti terbaru berhubung isu pendaftaran pemilih di kawasan itu. Sebelum ini, Keadilan Daily melaporkan, Tengku Arief Tengku Hamid, 29, memberitahu, dia bersama 15 rakannya ke Pejabat Pos Pandan Indah untuk mendaftar sebagai pemilih tetapi disuruh ke Pejabat Umno Bahagian oleh seorang petugas wanita dengan alasan borang sudah habis. Menurut Zuraida, tindakan Umno yang jelas cuba memancing undi di Ampang itu menimbulkan kemarahan mereka yang hadir lantas mengadu kepada beliau. "Isu ini tidak boleh disangkal, kita ada saksi jika mahu beserta kenyataan dari mereka yang hadir sendiri ke program itu," katanya lagi. Beliau mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang menafikan isu petugas kaunter pejabat pos yang menjadi kuda tunggangan Umno seperti didedahkannya Jun lalu. | |||||||
Saksi: Polis rampas telefon bimbit, jam tangan Posted: 11 Jul 2012 06:35 AM PDT Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Saksi pendengaran awam siasatan Bersih 3.0 memberitahu, semua barangan peribadinya yang dibawa sewaktu menyertai himpunan itu dirampas polis. Arshad Abbas, 32, memaklumkan, barangan tersebut termasuk Samsung Galaxy Tab, 'pendrive', 'bluetooth headset' serta jam tangan. "Polis merampas semua barang dalam beg yang saya bawa, sampai sekarang belum pulangkan lagi," kata Arshad. Menurut beliau, sekumpulan enam hingga lapan anggota polis turut membelasah beliau sehingga terpaksa menerima enam jahitan di kening kanannya. "Lebih kurang jam 8.00 malam, pihak sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) bawa semua yang cedera ke hospital untuk menerima rawatan," jelas beliau. Arshad memberi keterangan depan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Beliau merupakan saksi kedua pada sidang kedua siasatan awam Bersih 3.0 hari ini selepas tiga saksi memberi keterangan pada 6 Julai lalu. | |||||||
Tarikh p’raya: Kerajaan Pusat digesa runding segera dengan Pakatan Posted: 11 Jul 2012 06:29 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR 11 Julai: Kerajaan Pusat digesa berbincang dengan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke 13 (PRU 13). Perkara itu disuarakan beberapa anggota Senator Pakatan dalam sidang media di Dewan Negara hari ini. Senator Muhamad Yusuf Husin berkata, perbincangan itu perlu supaya tarikh pilihan raya dapat diketahui lebih awal dan rakyat dapat membuat persediaan sewajarnya. "Kita menyeru Kerajaan Pusat supaya lebih terbuka untuk berunding dengan kerajaan negeri sama ada diperintah Pakatan atau Barisan Nasional (BN) agar tarikh PRU 13 dapat diselaras dan diumum lebih awal," katanya. Hadir sama, Senator daripada KEADILAN; Dr Syed Husin Ali dan Syed Shahir Syed Mohamud. Manakala DAP diwakili Dr Ariffin Omar. Muhamad Yusuf dan Khairiah Mohamed pula mewakili PAS. Sementara itu, Syed Husin menempelak cara Datuk Seri Najib Razak yang sering mengumumkan tarikh pilihan raya secara mengejut dan memberi masa terlalu singkat. Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan tarikh pilihan raya, tidak bermakna beliau boleh melakukannya secara 'serangan hendap'. "Kita perlu menukar sistem ini. Sama ada tarikh ditentukan menerusi mandat kerajaan berakhir atau mengumumkan pada tarikh tertentu lebih awal, bukan secara mengejut," katanya. Sebelum ini, banyak pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh lebih awal seperti yang diamalkan kebanyakan negara demokrasi lain. Di negara-negara serantau seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia, mereka menetapkan tarikh lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pilihan raya berlangsung. Berbeza di Malaysia, setelah Umno BN selesai mengatur penipuan, menaburkan rasuah kepada pengundi, isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan dan fitnah disebarkan, barulah tarikh pilihan raya diumumkan. | |||||||
Undi pos luar negara: Pindaan akta ke Parlimen September ini Posted: 11 Jul 2012 06:24 AM PDT Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang mengkaji keperluan sama ada undang-undang akan dipinda bagi memudahkan semua rakyat Malaysia mengundi secara pos dalam sesi Dewan Rakyat, September ini. Namun demikian, beliau rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali beserta bukti dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. "Kita sedang mengkaji sama ada perlu pinda undang-undang atau tidak semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara undi secara pos," katanya dalam Sesi Khas SPR Bersama Media-Demonstrasi Susun Atur Tempat Mengundi di sini, hari ini. Setakat ini, hanya pelajar sepenuh masa dan pasangan mereka, kakitangan kerajaan dan pasangan saja dan yang layak mengundi secara pos. "Usaha kita ini dilakukan bagi memudahkan rakyat Malaysia seterusnya melancarkan proses pengundian bagi mereka yang tinggal di luar negara dan menambah baik sistem pilihan raya negara ini," tambah beliau. Bagi mereka yang tidak termasuk dalam kategori ini, perlu kembali pulang ke Malaysia untuk mengundi pada hari pengundian. Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana setakat ini, SPR merekodkan hanya 2700 rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi. "Hanya jumlah itu yang berdaftar sedangkan rakyat Malaysia yang berdaftar di kedutaan Malaysia di luar negara berjumlah 20000," katanya. | |||||||
Notis Di Pawagam: PAS Pertahan Keputusan MDKS Posted: 11 Jul 2012 06:23 AM PDT Kata mereka, notis itu penting sebagai peringatan kepada pasangan bukan muhrim agar tidak menjadikan panggung wayang sebagai tempat untuk berasmara dana. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad mengakui ahli-ahli majlis PAS dalam MDKS bertanggungjawab membuat cadangan itu. Bagaimanapun katanya mereka tidak berniat sama sekali untuk melaksanakan nilai-nilai Islam ke atas pelanggan bukan Islam. "Pawagam adalah merupakan tempat awam untuk seisi keluarga menonton filem. Kami menerima aduan daripada keluarga yang membawa anak-anak ke pawagam dan melihat terdapatnya pasangan Islam yang memadu kasih di dalam pawagam dan mereka tidak suka," ujar Khalid. Oleh itu, kata Khalid, PAS hanya sekadar mahu mengingatkan masyarakat agar tidak berkelakuan sumbang di dalam pawagam. "Jangan jadikan pawagam sebagai kelab malam," kata Khalid lagi. Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr Dzukefly Ahmad sementara itu berkata, isu tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat penuh ahli majlis MDKS hujung bulan ini. Semalam, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu telah mengarahkan MDKS supaya membekukan sementara waktu arahan penampalan notis yang melarang pasangan bukan muhrim daripada duduk berdua-duaan di dalam pawagam sehingga perkara ini dikaji secara menyeluruh. Menurut Ronnie pelaksanaan arahan itu dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. Katanya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu pelaksanaan sebarang peraturan baru di peringkat kerajaan tempatan dilakukan tanpa seragam. Sebarang peraturan baru di peringkat negeri mestilah dilakukan secara menyeluruh dan bukannya secara berasingan sepertimana yang berlaku di Kuala Selangor, katanya. Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula berkata, notis yang dilekatkan pada pawagam di Kuala Selangor hanya merupakan satu peringatan untuk pasangan bukan muhrim. Keputusan itu, katanya dibuat oleh Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu. "Ia belum lagi dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis lagi tetapi hanya diputuskan di peringkat perlesenan sahaja," katanya kepada para pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu. Satu-satunya pawagam di Kuala Selangor - Lotus Five Star - dilaporkan telah menaikkan notis peringatan tersebut yang antara lain melarang pasangan bukan muhrim duduk sebelah menyebelah di dalam pawagam. | |||||||
Himpunan Oren Di Masjid Wilayah Persekutuan Dilarang Posted: 11 Jul 2012 06:18 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Polis tidak membenarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Sabtu ini berikutan lokasi itu tersenarai sebagai tempat larangan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, penggunaan Jalan Duta bagi tujuan perarakan menuju ke Istana Negara juga tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan. "Keadaan lalu lintas di jalan ini dilihat boleh mendatangkan risiko yang tinggi terhadap keselamatan peserta dan pengguna jalan raya yang lain. "Penganjur juga telah dimaklumkan bahawa Istana Negara diwartakan sebagai kawasan larangan dan tempat larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu. Zakaria berkata, perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada penganjur dalam dua pertemuan pada Jumaat (6 Julai) dan Isnin (9 Julai) lepas. Penganjur, Gerakan Selamatkan Felda (GSF), berhasrat mengadakan perhimpunan pada pukul 2 petang Sabtu ini dan meminta peserta perhimpunan berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke Istana Negara melalui Jalan Duta. Himpunan Oren itu kononnya bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepadaYang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia. - BERNAMA | |||||||
Selangor Lantik Audit Bebas Kaji Urus Niaga Talam Posted: 11 Jul 2012 06:16 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan melantik lima firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa bagi mengkaji mengenai proses penstrukturan hutang antara Talam Corporation dan kerajaan negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan kumpulan audit yang bakal dikelola oleh bekas Akauntan Negara, Datuk Mohd Salleh Mahmud itu akan menentukan sama ada proses penyusunanhutang Talam dibuat secara telus ataupun tidak. "Kita akan panggil lima audit antarabangsa bagi meneliti dan mengkaji proses pelaksanaan kutipan hutang sepenuhnya. Mereka akan menyediakan satu laporan dan analisa secara profesional. "Hasil kajian itu akan didedahkan kepada Dewan ini supaya tidak ada lagi tohmahan kononnya kita tolong beli hutang Talam dengan harga mahal," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu. Menurut Abdul Khalid, kumpulan audit berkenaan akan mula menjalankan penelitian minggu depan dan laporan lengkap akan dibentangkan pada sesi persidangan DUN November depan. Selain itu, Abdul Khalid turut menafikan dakwaan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan negeriterlibat dalam skandal penyelewengan transaksi berjumlah RM1 bilion sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta. "Kerajaan negeri tak ada kena mengena dengan dakwaan RM1 bilion seperti yang dicanangkan MCA. "Saya masih menunggu (penjelasan MCA). Tapi sebenarnya ia (penyelewengan) tak berlaku.... kita ada perjanjian yang sah," katanya. Sementara itu, menerusi sidang medianya, Abdul Khalid menjelaskan bahawa kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) sebaliknya berjaya mengutip hutang sebanyak RM392 juta daripada Talam Corporation. Katanya, pengutipan hutang itu melibatkan dua proses iaitu pengesahan hutang dan pelaksanaan perjanjian. "Dalam menjalankan tugas mengutip hutang, MBI telah membuat beberapa perjanjian untuk memastikan hutang diselesaikan dengan beberapa cara termasuk pembayaran tunai dan penyerahan harta kepada MBI. "Antara usaha yang dilakukan adalah memastikan Talam menandatangani perjanjian dokumen jaminan nilai aset (underwriting assets document) yang diserahkan. Semua aset yang diserahkan oleh Talam hendaklahtidak kurang dari RM392 juta. "Ini bermakna walau apa pun aset yang diserahkan, rakyat negeri Selangor tidak akan mengalami kerugian kerana jaminan nilai aset melalui perjanjian tersebut," katanya. Mengulas mengenai Kertas Putih penstrukturan hutang Talam yang dijanjikan untuk dibentangkan kerajaan negeri pada 2010, Abdul Khaid berkata, kelewatan itu disebabkan wujudnya beberapa proses transaksi berhubung perkara berkenaan. "Memang kita jangka transaksi itu boleh lengkap pada 2010, tapi sehingga 2011 ia masih belum lengkap. "Kita perlukan masa untuk selesaikan beberapa perkara termasuk isu hak milik tanah. Bagaimanapun duit hasil kutipan hutang itu sudah ada dalam akaun MBI...cuma transaksinya sahaja belum lengkap," katanya. Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, proses transaksi berkenaan kini berada pada peringkat terakhir dan Kertas Putih mengenainya sedia dibentangkan di DUN pada November depan. | |||||||
Pakatan Rakyat sudah pohon pendaftaran, kerajaan BN takut luluskannya? Posted: 11 Jul 2012 06:12 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: PAS, PKR dan DAP telah mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang rasmi sebanyak dua kali, iaitu pada 2009 dan 2011, tetapi kerajaan UMNO-Barisan Nasional masih takut untuk meluluskannya. Sebaliknya, UMNO-BN sering memutarbelitkan hakikat dengan mendakwa kononnya PAS, PKR dan DAP tidak berani untuk membuat permohonan sebagai gabungan yang sah. Fitnah terbaru dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sewaktu perdebatannya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Ahad lalu di mana Chua mendakwa kononnya Pakatan Rakyat tidak sependapat tentang logo dan gagal mendaftarkan gabungan oposisi itu secara rasmi. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke menjelaskan bahawa Chua cuba berbohong tentang perkara itu kerana Pakatan Rakyat telah pun menghantar permohonan untuk pendaftaran pertubuhan sebanyak dua kali. "Kali pertama adalah pada 3 November 2009 dan pada ketika itu Datuk Zaid Ibrahim mewakili PKR sebagai pengerusi dan saya adalah setiausaha agung mewakili DAP sebagai penaja untuk penyerahan permohonan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan. "Pada 3 Mac 2011 satu permohanan yang baru telah dihantar dan Datuk Kamaruddin Jaafar dari PAS telah dilantik sebagai pengerusi menggantikan Zaid Ibrahim dan saya masih menjadi setiausaha agung," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, semasa permohonan kedua pada tahun lalu diserahkan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan, beliau dimaklumkan bahawa permohonan pertama masih belum diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Katanya, menteri yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut dalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Menurutnya, cubaan Chua memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak komited kerana tidak mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik adalah satu lagi fitnah BN, sedangkan fakta membuktikan bahawa pihak berkuasa masih enggan meluluskan permohonan Pakatan Rakyat. Sementara itu, Loke mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang telah menyembunyikan kebenaran tentang status pemastautin tetapnya (PR – permanent resident) di Australia apabial beliau (Ng) dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia. Katanya, Ng kelmarin telah pun mengaku beliau telah mendapat PR di Australia dan bangga kerana anaknya telah dididik di negara tersebut. Loke menjelaskan, Ng seharusnya memohon maaf secara terbuka kerana telah memegang jawatan sebagai Senator bagi negara Malaysia selama tiga tahun dari tahun 1993 hingga 1996 sedangkan pada masa itu beliau memegang status pemastautin tetap Australia. Beliau mempersoalkan sama ada status kewarganegaraan Ng tersebut dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia sebelum menerima jawatan sebagai seorang senator. "Alasan Ng bahawa beliau perlu menjadi PR Australia untuk memudahkan anaknya mendapatkan pendidikan di Australia tidak boleh diterima. Apakah setiap orang yang menghantar anak mereka keluar negara perlu mendapatkan status PR di negara tersebut?" soal beliau – Roketkini.com | |||||||
Jaguh sepak takraw negara era 70-an meninggal dunia Posted: 11 Jul 2012 06:08 AM PDT SINAR HARIAN Allahyarham berusia 67 tahun. Menurut satu kenyataan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Datin Khalidah Lee Abdullah dan tiga anak perempuan iaitu Diana, Rozaimah dan Putri di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, di sini. "Kami daripada Yakeb mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman," menurut kenyataan itu. Sebagai ahli Yakeb, keluarga arwah akan menerima sumbangan khairat kematian Yakeb berjumlah RM11,000. Semasa zaman kegemilangannya, Khalid cukup dikenali sebagai 'orang besi' di kalangan rakan-rakan ekoran keberaniannya menahan libasan lawan dan membuat hadangan menggunakan kepala. Allahyarham, yang beraksi sebagai apit kiri, pernah mewakili negara di Sukan Asia 1970 di Bangkok, Thailand ketika sukan sepak takraw diperkenalkan sebagai sukan pertunjukan di negara Gajah Putih itu dan merupakan anggota skuad pemenang pingat emas Sukan SEAP Singapura 1973 dan Bangkok 1975. Allahyarham pernah bertanding pada Kejohanan Piala Raja Thai serta mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam beberapa kejohanan seperti Kejohanan Piala Emas Khir Johari, Piala Tun Razak, Piala Tunku Abdul Rahman dan kejohanan berprestij lain. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Cheras selepas solat Zohor. -- Bernama | |||||||
Polis siasat dakwaan tahanan ISA didera Posted: 11 Jul 2012 06:06 AM PDT PUCHONG – Polis akan menyiasat dakwaan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didera dan gagal dirawat dengan rapi sewaktu ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan memastikan hak tahanan ISA terbela walaupun ia sekadar dakwaan. "Di Kamunting itu sendiri terdapat institusi rawatan. Mereka (tahanan) tidak dihalang bagi mendapatkan hak untuk rawatan. "Kita lihat keadaan itu dahulu dan siasatan akan dilakukan terhadap dakwaan tersebut," katanya pada sidang media di Balai Polis Puchong Jaya, hari ini. Baru-baru ini, dua isteri kepada tahanan ISA mendakwa suami mereka didera dan tidak mendapat rawatan. Masing-masing mendakwa, suami mereka cedera selepas dipukul, ditumbuk dan ditendang oleh petugas kem. Mereka juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menggesa polis melakukan siasatan. Baru-baru ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggesa kerajaan membebaskan baki 45 tahanan ISA. Bebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2011, mengumumkan pemansuhan Akta ISA 1960, serta menamatkan tiga proklamasi darurat bagi membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dinamik. Pada 17 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi menggantikan ISA. | |||||||
Murshid gesa kerajaan bebas baki tahanan ISA Posted: 11 Jul 2012 06:03 AM PDT Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Mushid berpendapat, kerajaan perlu membawa tahanan terbabit ke muka pengadilan bagi membicarakan kesalahan yang dilakukan mereka. "Mereka juga perlu diberikan peluang untuk membela diri melalui mekanisme undang-undang yang dibenarkan. "Kerajaan juga harus menubuhkan satu suruhanjaya kebenaran dan konsolidasi untuk menyiasat dan memberikan keadilan kepada pihak yang sepatutnya," kata kenyataan itu. Minggu lalu, gesaan yang sama turut disuarakan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan tiga orang artis tanah air di dalam satu demonstrasi di hadapan kem terbabit. Sementara itu, Murshid juga menggesa pegawai yang terlibat menyeksa tahanan berhenti menekan dan melayan tahanan secara kasar kerana tindakan mogok lapar mereka itu sah di sisi hukum syarak sebagai jihad mempertahankan prinsip dan hak mereka yang dicabuli tanpa sebarang pembelaan. Kembalikan hak semua tahanan sebagai manusia yang merdeka selari dengan artikel lima Perlembagaan Malaysia dan juga prinsip-prinsip keadilan Islam. Menurut kenyataan itu lagi, media berperanan besar dalam usaha menegakkan kebenaran serta keadilan, justeru itu etika kewartawanan perlu diutamakan. "Pihak ulama dan ilmuan agama, serta kesemua para Mufti berani tampil untuk menegakkan prinsip keadilan Islam serta memperjuangkan nasib mereka yang dizalimi di atas nama Islam dan kemanusiaan. "Anda semua akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas ilmu yang anda miliki, apakah tuntutan ilmu tersebut telah dilaksanakan untuk membela golongan yang dizalimi dan menentang segala bentuk kezaliman," jelas kenyataan itu lagi. | |||||||
Rekod Dunia ! 3,500 Saman Peneroka Kepada FELDA Posted: 11 Jul 2012 05:58 AM PDT Lebih kurang 3,500 saman dan jumlah tuntutan RM1.5 Bilion telah dibawa ke mahkamah oleh peneroka seluruh Malaysia kerana kes penipuan oleh Felda & Felda Falm Industries s/b yang dipercayai kes terbesar di dunia. Untuk maklumat lebih lengkap anda boleh tonton video dibawah: Salah satu kes saman dibawah : Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10, Rompin memfailkan saman dan tuntut ganti rugi sebanyak RM525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Dalam tuntutan itu, peneroka menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries sebagai defendan kedua. Tuntutan itu berhubung pembayaran Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit didakwa rendah sepanjang 17 tahun, di samping mendakwa Felda tidak pulangkan kembali tandan buah busuk dan tidak berguna kepada peneroka. Tuntutan saman itu diwakili tiga peguam bela diketuai R Sivarasa yang hadir bersama T Kumar dan Latheefa Koya di mahkamah kira-kira jam 2 petang. Kira-kira 100 peneroka memenuhi pekarangan mahkamah. Hadir sama, Pengerusi Biro Peneroka dari PKR, Shuhaimi Said. Sementara itu, R Sivarasa berkata, tuntutan saman itu berikutan defendan tidak menggunakan kadar KPG yang wajar terhadap peneroka. Menurutnya, peneroka juga mempersoalkan tindakan defendan kerana menghalang plaintif melakukan ujian perahan minyak sawit di makmal bebas. "Kenapa Felda menghalang tindakan mereka (plaintif) kalau tidak bersalah? Kenapa perlu takut untuk dibenarkan membuat ujian?" katanya. Sebelum ini, seramai 770 peneroka membabitkan lapan rancangan dari Felda Chini dan Felda Chini Timur, Pekan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi sebanyak RM442 juta di Mahkamah Tinggi di sini, 26 April lalu. Pada Januari 2010, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai ganti rugi kepada peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan kerana penipuan kadar perahan minyak kelapa sawit. | |||||||
Mahathir. Makin tua makin kuat cemburu buta pulak dah! Posted: 11 Jul 2012 05:55 AM PDT TIDAK TAHU beza antara taksub, kagum dan kasih ! Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa rakyat Kelantan terlalu taksub kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah keterlaluan dan ia semacam satu penghinaan terhadap rakyat Kelantan. Sebagai seorang ulamak, juga seorang menteri Besar sudah tentu Tuan Guru wajib memperlihatkan sesuatu yang terbaik kepada seluruh rakyatnya.. Inilah yang telah dilakukan oleh TG Nik Aziz selama ini. Rakyat Kelantan bukan "taksub" tetapi "kagum dan kasih" kepada Nik Aziz. Tidak tepat dan tidak wajar DrM menuduh rakyat Kelantan taksub atau menyanjungi Tuan Guru secara membabi buta. Kalau DrM tak mampu untuk menjadi seperti Nik Aziz eloklah diam saja dan muhasabah diri ! Menurut DrM lagi ketaksuban rakyat Kelantan kepada Nik Aziz, telah menyukarkan BN untuk merampas kembali negeri Kelantan. Ha,ha! tahu tak apa! Niat Tun dan Umno nak tawan semula Kelantan dengan berbagai tektik kotor amat difahami oleh rakyat Kelantan, sebab itu Umno gagal! Kalian merancang, Allah juga merancang! namun perancangan Allah lah yang lebih baik seperti yang dilalui oleh negeri Kelantan sebelum dan ketika ini. Begitulah hakikatnya bahawa rakyat Kelantan bukan seperti yang dituduh Mahathir, kerana rakyat Kelantan lebih matang berpolitik dan tahu perkembangan politik tanah air. Sebenarnya Mahathir tidak faham istilah taksub dengan kasih. Rakyat Kelantan amat kasih dan mengkagumi kepemimpinan TG Nik Aziz yang begitu zuhud, sederhana, amanah, berintegriti dan warak itu. Sebagai seorang ulama' merangkap pemimpin nombor satu di Kelantan, watak dan keperibadian beliau yang tinggi bukanlah dibuat-buat, sebaliknya ia bertitik tolak dari ilmu dan sifat ketaqwaan beliau. Untuk renungan : Pernahkah kita mendengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan TG Nik Aziz? Pernahkah beliau mementingkan kroni, mengkayakan diri sendiri dan keluarga? Mengambil rasuah atau menyalahguna kuasa? Jauh sekali ! Sedarkah DrM yang Nik Aziz tidak tinggal di rumah kediaman rasmi MB yang indah dan serba lengkap itu? sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang serba sederhana? Bab makan pula, TG Nik Aziz tidak kekok makan minum dan bermesra dengan rakyat di mana sahaja, termasuk di gerai atau di kedai biasa. Makan nasi bungkus dan minum air dalam palastik tak jadi masaalah langsung bagi Tuan Guru!! Belum lagi bab kuliah percuma yang dibuatnya saban hari serta sumbangan-sumbangan peribadinya yang terlalu banyak untuk negeri dan rakyat Kelantan! Kalau Mahathir rasa TG Nik Aziz lah penyebab BN susah nak dapat balik Kelantan,..eloklah Mahathir cari bomoh Siam ke, bomoh Malaya ke untuk buat sesuatu!! Tak usahlah Mahathir nak malu, sebab semua orang sudah tahu yang orang Umno memang suka main bomoh !! Masih ingatkah kita kisah ADUN Pahang dikerat 18 kerana terlalu percayakan bomoh satu ketika dulu? P/S: Mahathir dengki! Orang UMNO pun menyampah dengan dia! | |||||||
Posted: 11 Jul 2012 05:48 AM PDT
| |||||||
'Buang masa layan Hasan Ali' , kata Pemuda PAS S'gor Posted: 11 Jul 2012 12:59 AM PDT MALAYSIA KINI Dewan Pemuda PAS Selangor amat bersetuju dengan keputusan badan perhubungan PAS negeri itu untuk tidak melayan penganjuran debat politik dengan Datuk Hasan Ali yang cuba dianjurkan oleh Gerakan Masyarakat Prihatin Meru di Meru, Klang.Ia mendakwa Hasan orang yang terdesak untuk mendapat keuntungan politik murahan di dalam isu penganjuran debat politik tersebut. "Hasan Ali semata-mata hanya ingin mengambil kesempatan di atas penganjuran debat untuk terus melempiaskan dendam peribadi beliau terhadap kepimpinan PAS Selangor disebabkan beliau tidak lagi terpilih sebagai orang nombor satu PAS Negeri Selangor," .kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan. Dalam satu kenyataan hari ini, Hasbullah berkata Hassan tidak mempunyai kelayakan untuk membicarakan tentang halatuju PAS bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 setelah beliau dipecat daripada parti itu. "Dewan Pemuda PAS Selangor menganggap tawaran untuk berdebat dengan Hassan Ali sebagai membuang masa dan tidak memberi faedah untuk keuntungan rakyat Selangor," katanya lagi. Hasbullah berkata, Hassan tidak perlu mengajar PAS Selangor untuk menjelaskan misi dan visi PAS Selangor untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Katanya, ini kerana PAS Selangor sentiasa istiqamah dalam setiap kerja buat yang dilaksanakan berlandaskan prinsip Islam yang syumul yang merangkumi segala perkara yang diperjuangkan oleh JATI (Jalur Tiga pimpinan Hasan) selama ini. "Dan PAS Selangor juga terbuka untuk berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di dalam perkara-perkara yang tidak menyentuh aqidah perjuangan PAS," tambahnya. Selain itu, tambahnya, Dewan Pemuda PAS Selangor merasakan Hassan sedang berusaha untuk menggunakan pentas debat ini bagi 'melobi' pimpinan Umno dan BN Selangor supaya dapat 'menyelitkan' beliau sebagai salah seorang calon pilihan raya BN di Selangor. "Dewan Pemuda PAS Selangor sangat mengalu-alukan sekiranya perkara tersebut berlaku dan ianya akan mempercepatkan lagi kerosakan dan kejatuhan Umno dan BN Selangor dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. "Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan Hassan Ali supaya tidak lagi membiarkan diri beliau dikuasai oleh nafsu amarah disebabkan demdam peribadi yang tidak sudah. "Beliau perlu sedar bahawa rakyat Selangor telah semakin meluat dengan tindakan dan ucapan beliau yang sanggup menjadi budak suruhan Umno untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. "InsyaAllah rakyat negeri Selangor akan menghukum Umno dan BN Selangor sekali lagi di dalam pilihan raya umum ke 13 nanti beserta dang 'penjilat-penjilat' mereka sekali," tegas Hasbullah. | |||||||
IGP: Polis siasat dakwaan tahanan ISA diseksa Posted: 11 Jul 2012 12:56 AM PDT Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan itu akan menyiasat dakwaan bahawa pengawai siasatannya "menyeksa" tahanan ISA semasa reman. "Oh ya, kita akan siasat... Sekiranya ada aduan, kita akan siasat," katanya kepada pemberita di Puchong hari ini. Malaysiakini pada bulan lalu melaporkan bahawa nota yang diseludup keluar daripada kem tahanan Kamunting mendakwa tahanan berkenaan diseksa semasa berada bawah jagaan polis sebelum dipindahkan ke kem tersebut. Seorang jurucakap polis Ramli Yoosuf bagaimanapun menepis dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak berasas" dan "berniat jahat". Antara yang dinyatakan dalam nota berkenaan ialah seorang tahanan warga Iraq – Sami Hammad – yang mengakui melalui peguamnya bahawa beliau diseksa sehingga cuba membunuh diri semasa tempoh reman terssebut. Kedutaa Iraq berkata mereka membuat susulan dengan kerajaan Malaysia melalui "saluran rasmi." | |||||||
SPR: Rakyat M'sia luar negara boleh undi melalui pos Posted: 11 Jul 2012 12:47 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang. Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan. Katanya, rakyat Malaysia itu dibenarkan mengundi melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan. Tindakan itu bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi, katanya. Abdul Aziz berkata SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan. Sekiranya pindaan perlembagaan perlu dibuat, sistem berkenaan akan dalam dilaksana menjelang September, katanya. Namun, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya tidak memerlukan pindaan undang-undang, kata Abdul Aziz lagi. | |||||||
Rayu keputusan bebas Anwar, pendakwa kemuka 10 alasan Posted: 11 Jul 2012 12:46 AM PDT MALAYSIA KINI Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu. Katanya ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful. Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin telahpun membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa "male Y" yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari 'semen extract' (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar. Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan 10 alasan. Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful. Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu. Pihak pendakwaan juga berkata bahawa hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan. "Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan. Ia juga berkata Mohamad Zabidin telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful. Hakim itu telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan berkata hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA. Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja. "SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi. Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu. Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh. Pihak pendakwaan berkata hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan. Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka. "Oleh yang demikian, perayu memohon kepada mahkamah yang mulia ini supaya keputusan yang arif hakim Mahkamah Tinggi dalam melepaskan dan membebaskan responden (Anwar) diketepikan dan responden dengan itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan," kata pihak pendakwaan. Pada 2 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan. Dalam penghakiman bertulis itu, Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful. Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh Dr Seah terhadap sampel berkenaan. Pada 9 Januari, Mohamad melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. Bernama | |||||||
Peserta 'Occupy Pejabat MB' tunggu pendakwaan Posted: 11 Jul 2012 12:43 AM PDT Sekumpulan 25 orang yang ditangkap polis kerana enggan berganjak daripada perkarangan Pejabat Menteri Besar Pahang semalam kini sedang menunggu di Kompleks Mahkamah Kuantan untuk menghadapi pertuduhan. Seorang peguam yang mewakili tahanan berkenaan, Hon Kai Ping berkata, mereka masih lagi menunggu keputusan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang memohon untuk menjalankan prosiding terhadap tahanan. "Kita dimaklumkan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya, mereka sedang menunggu keputusan dari (Pejabat Peguam Negara) Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran membuat tuduhan mahkamah kepada tahanan. "Kami telah tunggu dari pagi tetapi sehingga kini tiada lagi apa-apa keputusan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Menurut Hon lagi, mengikut perundangan, setiap tahanan tidak boleh ditahan melebihi 24 jam dari tempoh mereka ditangkap. Oleh itu, semua 25 orang itu, daripada 31 yang ditangkap polis semalam semasa kempen 'Occupy Pejabat MB' semalam mungkin akan dibebaskan petang ini, katanya. Enam daripadanya yang merupakan kanak-kanak telah dibebaskan semalam. "Mengikut perundangan tak boleh menahan tahanan lebih daripada 24 jam dari tempoh dia ditahan sekiranya tiada perintah mahkamah. "Mereka ini ditangkap semalam kira-kira pukul tiga lebih. Kemungkinan untuk dibebaskan ada. Tapi kita perlu tunggu dan lihat dulu," kata Hon yang juga merupakan pengerusi peguam negeri Pahang. Menurut Hon, tahanan berkenaan akan diwakili oleh seramai enam peguam daripada Majlis Peguam Pahang. | |||||||
Polis larang berarak dalam demo antipenyenaraian Felda Posted: 11 Jul 2012 12:41 AM PDT Polis tidak membenarkan kumpulan antipenyenaraian Felda daripada berarak ke Istana Negara dalam perhimpunan besar mereka ibu negara pada Sabtu ini, kata Gerakan Selamat Felda (GSF), penganjur acara itu. Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka dalam rundingan dengan polis semalam. Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana tidak mendapat persetujuan penganjur, dan perbincangan masih diteruskan. Menurutnya lagi, keputusan sama ada ada perarakan bermula dari dataran di luar kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuju ke Istana diteruskan akan diketahui sehari sebelum perhimpunan. "Polis tak bagi berarak kerana merbahaya kepada pengguna jalan raya. Ini kerana, kalau berarak, cuma jalan itu sahaja yang ada. "Jadi akan berlaku kesesakan dan menghalang lalu lintas. Kita sedang menelitinya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Himpunan Oren diadakan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia. Mazlan berkata keputusan tersebut merupakan salah satu daripada tiga perkara yang dibincangkan GSF dan pihak polis dan pihak Istana sewaktu pertemuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, kelmarin. Kataya, kehadiran wakil pihak Istana dalam perbincangan tersebut menunjukkan bahawa isu berkenaan dianggap sebagai kepentingan rakyat. "Kalau anggap remeh, wakil istana tak datang. Apa perlu dia datang... Istana tunggu senarai nama (untuk hantar memorandum)," katanya. Katanya lagi, GSF akan memuktamadkan senarai lima nama yang akan menyerahkan memorandum menuntut Yang di-Pertuan Agong campurtangan dalam penyenaraian FGV itu esok. Lokasi perhimpunan di dataran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, juga belum diputuskan, katanya. "Kita akan meneliti pendirian polis. Sehari sebelum perhimpunan kita akan muktamadkan pendirian dan langkah-langkah terbaik untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku," jelasnya. Tambahya, beliau berharap kehadiran 20,000 orang ke perhimpunan tersebut menjadi satu sejarah penting kepada Felda. "Ini kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda. Tidak semestinya peneroka yang hadir. Kita tidak mahu isu ini menjadi isu kepada peneroka Felda semata-mata," katanya. Katanya, setakat ini seramai 1,000 peserta daripada Kedah mengesahkan kehadiran selain 5,000 orang dari Pahang dan seramai 3,000 orang bekas tentera. Perhimpunan itu juga akan disertai beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Katanya, pihaknya sedang menunggu respon daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri perhimpunan itu walaupun pihaknya telah menghantar undangan kepada ketua pembangkang itu. | |||||||
Kalau pejabat PM tak selamat, tempat lain... Posted: 11 Jul 2012 12:37 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat kejadian amuk yang berlaku di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya semalam sebagai satu manifestasi ketidakamanan yang berlaku di negara kita ini. Dalam kejadian tersebut, seorang penganggur lelaki telah mati ditembak anggota polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. "Tragedi amuk di depan JPM ini dilihat benar-benar mencalar kredibiliti Najib kerana ianya berlaku di kawasan pejabat beliau sendiri," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad. Ini, ujarnya ditambah dengan pengumuman "3K Berkembar" iaitu Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan oleh Najib di Bandar Baru Bangi sehari sebelum tragedi itu. "Dengan kejadian amuk ini, maka timbul persoalan di benak fikiran rakyat Malaysia, di manakah keamanan, keselamatan dan kestabilan yang dimomokkan oleh Najib?" ujarnya. Ini, kerana katanya Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Di sana juga, ujar Kamaruzaman terletaknya penginapan bagi para penjawat awam yang bekerja di Putrajaya. "Sekiranya Jabatan Perdana Menteri yang terkenal dengan sistem keselamatan yang ketat pun tidak selamat, bagaimana pula dengan jaminan keselamatan di tempat-tempat lain?" tanya beliau lagi. Justeru, kata beliau jaminan keselamatan dan keamanan dilihat hanyalah ungkapan kosong semata-mata. Tambahnya, DPPWP juga melihat status keselamatan negara yang kian samar apabila polis yang dilihat sebagai penjaga keamanan turut dijadikan sebagai tebusan oleh lelaki tersebut yang hanya bersenjatakan pedang samurai sahaja. Ini, ujarnya sekaligus menunjukkan bahawa betapa lemahnya kaedah sistem keselamatan yang terdapat di Jabatan Perdana Menteri tersebut. Justeru, katanya DPPWP menyifatkan pengumuman 3K Berkembar Najib tidak lain hanyalah omongan kosong demi menutup kelemahan kerajaan Umno BN dan ianya dilihat sebagai strategi kuno Umno BN untuk memancing undi semata-mata. "Namun begitu, syabas diucapkan kepada pihak polis yang masih mampu menangani tragedi amuk ini walaupun terpaksa melepaskan beberapa das tembakan," katanya. | |||||||
SPR belum terima jawapan pemerhati luar negara untuk PRU13 Posted: 11 Jul 2012 12:33 AM PDT SINAR HARIAN Beliau berkata SPR telah menjemput beberapa negara luar untuk menjadi pemerhati antarabangsa semasa proses PRU-13 antaranya Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain. "SPR juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada PRU nanti. "Makluman itu memudahkan mereka sebagai satu pasukan dan menjadi pemerhati di 222 buah kawasan parlimen seluruh negara jika inisiatif ini menjadi satu kenyataan," katanya semasa menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin di Persidangan Dewan Negara hari ini. Muhamad Yusof ingin tahu adakah kerajaan bercadang menerima pemerhati luar negara semasa Pilihan Raya Umum ke-13. Liew berkata selepas proses pilihan raya selesai pemerhati yang dilantik akan membuat laporan dan diserahkan kepada SPR. Sementara itu, menjawab soalan tambahan Muhamad Yusof, beliau berkata terdapat ramai pegawai yang akan bertugas semasa PRU yang dilantik oleh SPR dan mereka akan diberi latihan dan kursus tentang peraturan dan undang-undang semasa proses pilihan raya berlangsung.- Bernama | |||||||
Fail rayuan kes Anwar sudah dijangka Posted: 11 Jul 2012 12:31 AM PDT
KUALA LUMPUR: Tindakan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat sudah dijangka. Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin, tindakan rayuan itu sekali gus disifatkan sebagai rayuan terpilih. Beliau juga percaya, kerajaan akan berterusan mengasak Anwar untuk memastikan Ketua Pembangkang itu tidak berada di pentas politik. "Mereka akan asak Anwar dan mereka sanggup membuat rayuan walaupun Mahkamah Tinggi mendapati tidak ada bukti kukuh di mana ia tidak perlu lagi dilanjutkan kes itu," katanya kepada Harakahdaily. Januari lalu, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA). Semalam, Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan kelmarin. Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga hari ini untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah. Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan