ALHUSSEYN |
Nasib Baik Disimpan Dalam Kereta... Posted: 10 Jul 2012 11:00 PM PDT Suatu hari Faeez telah berkunjung ke rumah tunangnya, Hamidah. Dia disambut oleh bakal adik iparnya yang bernama Azurah. "Kakak ikut abah keluar kejap , sebentar lagi mereka akan pulang.Masuklah Abang Faeez," Azura menyantuni bakal abang iparnya itu Saat itu yang berada di rumah hanya mereka sahaja.Mereka pun berbincang - bincang sementara menunggu kepulangan Hamidah. Seketika, Azurah telah membisikkan kepada Faeez bahwa ia mempunyai perasaan dan keinginan terhadapnya. Dia mengatakan kepada Faeez bahwa ia ingin bercinta dengannya. "Sekaliii saja sebelum abang menikah dengan kakak saya," pujuk Azurah. Tergamam Faeez. Dia benar - benar kaget, dan tidak mampu mengucapkan walau sepatah kata pun. Matanya hanya terbeliak dan mulutnya terlopong. Azurah memandang tajam ke arah Faeez lalu menyambung kata, "Aku akan ke atas ke kamarku, dan jika abang mahu ikutilah aku". Faeez semakin terpegun dan terpaku saat melihat Azurah pergi menaiki tangga. Ketika sampai di puncak tangga ia melepas celana dalamnya dan melemparkannya ke muka Faeez! Fullamak! Terkejut biawak Faeez dibuatnya. Dia lantas berdiri sejenak, lalu berlari menuju ke pintu depan. Faeez membuka pintu depan, dan langsung berlari pantas seperti dikejar harimau menuju ke keretanya. Tiba-tiba suatu kejutan terjadi, seluruh isi rumah itu termasuk tunangnya, Hamidah telah berdiri di luar, dan semua bertepuk tangan! Dengan tersenyum haru , Pak Osman, bakal bapak mertua Faeez memeluk dan berkata, "Kami sangat senang bahwa kamu telah lulus ujian kecil kami, kamu ternyata laki - laki yang baik dan tidak mudah tergoda oleh pujuk rayu wanita." Berdebar-debar macam nak terlucut jantung Faeez ketika itu sambil dalam hatinya dia berkata, "Nasib baik aku simpan kondom dalam kereta!" |
Posted: 10 Jul 2012 04:33 PM PDT Korang sanggup tak buat kerja macam orang ini buat? Kalau aku, korang upah banyak mana pun aku tak berani.Memang aku jenis penakut, aku terpaksa akui.Tambah pula ini bukan bidang aku. Tulis blog pun aku tidak seberani macam Uncleseekers tu....Nak komen blog kawan-kawan pun aku berasa takut-takut - tak macam dulu-dulu kerana skang ni aku dah ajar diri aku untuk menghormati perbezaan pendapat dan meraikan kawan-kawan. Ha! ini yang aku nak korang lihat dan cabar korang - berani tak buat kerja macam orang dalam gambar ini? Lihatlah betapa beraninya pekerja ini melaksanakan kerja-kerja pada ketinggian yang yang sebegini. Tidak ada apa-apa pakaian keselamatan pun! Silap langkah boleh terjerebus junam ke bawah...Tabiklah sama diaorang nih! Halamak, selamba aja orang tu menghayun langkahnya.Tengoklah papan laluan itu bukannya berpaku. Lebarnya pun tak seberapa mana... Dah tu pula terletak agak begitu jarang .... korang sanggup ke lalui dengan membawa benda berat macam tu atas kepala? Mak OOii...'tobat lahum' kata Mat Sabu! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan