DUNIACACAMARBA |
- [Gambar 18 SX] Pengawal Peribadi Dipecat Kerana...
- [Video] Ummi Hafilda KANTOI, Kena Tengking Lagi
- Negeri Diperintah DAP, KMnya Cina, Tetapi Atlet Sukan Takrawnya Menutup Aurat!
- [Video] Siapa Lelaki Mengaku Imam Mahadi yang Ditembak Mati dalam Kejadian Amuk di Putrajaya?
[Gambar 18 SX] Pengawal Peribadi Dipecat Kerana... Posted: 10 Jul 2012 05:11 AM PDT Wanita dalam gambar ialah penyanyi terkenal Lubnan. Wanita ini bukanlah Haifa Wehbe seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan laman sesawang dan blog. Siapa penyanyi ini? Tanyalah google. Berdasarkan gambar yang tersebar di internet, seorang pengawal peribadi penyanyi itu dilihat seolah-olah mengambil kesempatan dengan memeluk dan "memegang" payudara penyanyi itu ketika dia diserbu peminat selepas konsertnya di Alexandria, Mesir selesai. Akibat daripada kejadian yang memalukan itu, pengawal peribadi itu dilaporkan telah dipecat oleh penyanyi itu. Sumber gambar: Internet.
| ||
[Video] Ummi Hafilda KANTOI, Kena Tengking Lagi Posted: 09 Jul 2012 08:45 PM PDT | ||
Negeri Diperintah DAP, KMnya Cina, Tetapi Atlet Sukan Takrawnya Menutup Aurat! Posted: 09 Jul 2012 07:09 PM PDT | ||
[Video] Siapa Lelaki Mengaku Imam Mahadi yang Ditembak Mati dalam Kejadian Amuk di Putrajaya? Posted: 09 Jul 2012 05:50 PM PDT Lelaki yang mengaku dirinya "Imam Mahadi dan mengamuk kononnya menurut Utusan Malaysia mahu mengulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya bersenjatakan sebilah pedang samurai dikenal dengan nama Khalil Afandi Hamid. Dia mengendalikan sebuah blog, iaitu Jaya Negara. Akaun FBnya pula di sini. Menurut laman berita, nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid, 47 tahun, seorang penganggur manakala pasangannya merupakan bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Kredit: Wargamarhaen/Kelab GB Ulasan lanjut di sini. Kemas Kini: [Bernama] PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, Isnin. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari. Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan. Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM. Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah. Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai. Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan. Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian. Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak. Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas. Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan