Selasa, 10 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Imam Mahadi Kutuk Tok Guru PAS Dan Persenda Wali Songo

Posted: 09 Jul 2012 10:12 PM PDT

Kecuh la ni pasal kemunculan Imam Mahadi. Imam Mahadi tanpa baju dan pakai pakai kep lambang tengkorak lanun? Ha! ha! ha!...

Tapi bila aku jenguk kat blog mangsa pembunuhan terbaru polis itu, tidak ada pun sepatah perkataan yang boleh mengaitkannya dengan isu Imam Mahadi sebagaimana yang digembar gemburkan oleh media perdana.

Tetapi mengutuk Tok Guru orang PAS tu adalah. Maka janganlah ada yang cuba nak kaitkan tragedi tersebut dengan PAS.Cuba kita sama-sama ikuti antara tulisan yang terakhir diblognya:

Menitis air mata tis.. tis.. tis....tatkala berdoa. Kami redha jika ini takdir untuk kami.... kami redha. Terus-terusan manusia ini menangis disepertiga malam selama 40 tahun.... sampaikan ada 50 tahun menangis tis.. tis.. tis. Hish.. hish.. hish.. ingus meleleh la pulak.

Habis kalau dah redha kenapa menangis. "menangis konon.. jantan tak tahu malu. Menikah satu sen tidak keluar uang".. pinjam dialog P ramlee.... Ibu mertuaku. ha ha ha!



Selama kamu solat tahajjud tiap-tiap malam kamu asik-asik menangis... tiap-tiap malam..PELIK! Kamu nonton drama sedih barangkali. Ia kan...? Kamu menangis betul-betul ke?

Aku betul-betul nangis. Aku solat tahajjud ikhlas kerana Allah. Aku ini hamba yang lemah... jadi aku pasrah.. siapalah aku... aku lemah... aku lemah... aku ini hamba mu Ya Allah. Tis.. Tis..tis terus-terusan menangis.

Selama-lama hari-hari puluhan tahun menangis dan meminta bercucuran airmata. Airmata siapakah itu ? Nik Aziz.... airmata siapa lagi? Hadi Awang...... lagi.. Dr Harun Din. Kamu semua solat tahajjud setiap malam mengigil-gigil dan menangis tatkala berdoa. Puluhan tahun kamu lakukan tapi aku hairan kenapa Allah Tuhanku tidak sayang sama kamu.

Kenapa? Allah Marah kamu ke Dr Harun Din...." iyalah kan kamu ada kata".... bukan aku sahaja yang melihat kamu menangis sebab nak jadi selipar nabi... bercucuran airmata kamu bagai kanak-kanak ribena... ramai yang melihat kepura-puran kamu. Ishk... ishk. ishk... mana ada Selipar gi kerja naik Mercedess..... Selipar yang beriman sekalipun tak mungkin mahu memandu kereta Mecedessss. Gila apa manusia tua ini. Tebiat nak mampus barangkali.

  • Bukankah semua wali-wali Allah menangis disepertiga malam. Disaat semua orang tidur dimalam yang dingin..... mereka ini wali Allah bangkit dari tidur. Mereka tunduk, rukuk dan sujud cuma pada Allah tidak pada yang lain. Mereka merintih minta dikasihi, disayangi serta dimurahkan dan dipermudahkan rezeki" Wal Hasilnya.... Mercedessss. Semua kemewahan ini anugerah dari Allah. Pastinya.

  • Rabiatul Adawiyah juga menangis. Wali songo lagi kuat menangis.
  • Penulis begitu angkuh bila turut mempersendakan Wali Songo dengan katanya :

    Siapakah yang mengesahkan mereka ini wali..... yakni wakil dari Allah... siapa? Jawap soaalan aku? Siapa? Ramainya wakil dari Allah. Biar betul. Masakan kamu ini wakil dari Allah Tuhanku. Sebegini ramai lahir terus-terus aja tertumoih kedalam longkang serta membawa kamu bersama-sama. Pergila cuci badan kamu wahai wakil dari Tuhan bersama-sama pemuja kamu. Pergilah..... aku tidak tahan bau semuanya kamu. Busuk dan bodoh. Gila apa umat Indonesia ini. Wali songo kalau boleh dibarat cuma 'juadah' yang telah lama basi tapi masih dihidang kemerata Dunia Islam termasuk Malaysia. Ada ramai cucu-cicitnya diMalaysia.

    Aku sendiri tidak tahu apa pegangan agama orang ini bila dia tulis begini :

    Siapakah yang busuk dan berbau longkang. Pastinya orang Islam. Jesus dilahirkan tanpa berbapa seperti yang dinyatakan dalam Alquran sendiri pastinya dia bukan anak manusia seperti kita. Maka anak siapakah dia? Pastinya dia 'anak' Allah Tuhanku . 'ANAK' ini cuma perumpamaan.... seperti 'Kaabah' yang kamu anggap sebagai RUMAH Allah.

    Korang bacalah sendiri blognya di sini

    Tiada ulasan: