Selasa, 10 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


(Video) Ramai lagi artis akan sertai PAS - Dato' Tarmizi Mat Jam

Posted: 10 Jul 2012 03:00 PM PDT



ajijoi

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 10/7/2012

Posted: 10 Jul 2012 07:50 AM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.4

Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak Diaorang Ke?

Posted: 10 Jul 2012 05:00 AM PDT



Penulis sudah dua kali menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berikut;

Pelan Mobile Internet Lite percuma anda akan berakhir pada 16/7/12. Caj langganan RM28/bln akan dikenakan selepas itu. Htr STOP ke 23312 sebelum 9/7/12 untuk hentikan servis.

Mati-mati penulis ingat ini adalah satu bentuk perniagaan kurang sihat yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Dengan niat untuk memaklumkan kepada Celcom (talian yang digunakan penulis), penulis pun mendail 1111.

Tahu apa jawapan yang penulis terima, sms itu dari pihak Celcom rupanya.

Pengesahan itu mudah aje, pasal hantar balik Stop ke nombor yang bermula dengan 2 kata pegawai perkhidmatan pelanggan yang jawab call adalah nombor Celcom, kalau mula dengan 3 atau lain, bukan Celcom.

Baca sms itu berulang kali…apa yang anda dapat nilai?

Perkara yang nyata ialah Celcom melakukan paksaan kepada pengguna mereka untuk melanggan satu bentuk perkhidmatan dari pihak mereka.

Penulis tak pernah mintak sebarang Pelan Mobile Internet Lite percuma.

Telefon bimbit penulis pun budak yang jual kat Low Yat tu dulu cakap 2G…maknanya tak boleh support fungsi internet la kot.

Jadi, pertama sekali, Pelan Mobile Internet Lite percuma tu tak guna, penulis tak pakai.

Keduanya, penulis kena hantar sms (walapun percuma) untuk lebih kurang memberitahu…"eh eh..gua tak mau la…ish gua tak mau la".

Kepala hotak mangkuk ayun kat Celcom tu semua.

Bila tak pohon, tak pakai dan tak boleh pakai, secara tiba-tiba penulis perlu hantar sms kata Stop.

Kalau tak hantar maka setiap bulan kena bayar RM28. Itu bukan paksaan ke?

Aku tak mintak in the first place, lepas tu aku kena hantar sms merayu janganlah suruh aku guna Pelan Mobile Internet Lite, aku tak nak bayar RM28 tu.

Bendanya bukan apa, kalau sejuta pelanggan Celcom terima sms camtu, bayangkan sebahagian besar tak layan, ingat itu sms penipu dari pihak ketiga, tak pasal-pasal sebahagian besar dari mereka terpaksa bayar RM28.

Sedap aje Celcom suka-suka offer kononnya secara percuma, lepas tu kena ken hantar sms kata STOP, kalau tak hantar sms, kira dah terima le offer tu dan kena bayar.

Bukankah sepatutnya hantar sms tanya berminat nak langgan atau tidak, lepas tu siapa berminat hantar sms " Minat".

Ini tiba-tiba bagi percuma, yang nampak benor tak ikhlas dia punya percuma tu, lepas tu kalau tak jawab kena bayar.

Apa orang-orang kat Celcom ingat negara ini bapak diaorang punya ke? Main sukahati buat amalam perniagaan macam ni.

Penulis tidak akan hantar sms STOP tu. Pasal penulis memang tak mintak dan tak nak sebarang pelan dari mula. Celcom yang harus hentikan budaya perniagaan tidak sihat ini.

Masalah ini kami akan cuba bawak ke sidang media pak-pak menteri yang berkenaan. Kalau Rais Yatim atau Ismail Sabri tak berani nak cakap apa-apa, mungkin lebih baik diaorng pun letak jawatan ajelah.

Akhir rencana ini, maka persoalannya, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang besar di negara ini, apakah bentuk etika perniagaan yang dipegang oleh Celcom?

Aku bagi ikut sukahati aku, kalau kau tak nak kau kena merayu kat aku untuk berhenti, kalau tak sila bayar yea setiap bulan.

Inikah etika perniagaan Celcom. Memalukan.

Oleh: AK-47

mynewshub



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Dua Anggota Polis Didakwa Samun Empat Warga Bangladesh

Posted: 09 Jul 2012 07:00 PM PDT


PETALING JAYA: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas pertuduhan menyamun empat lelaki warga Bangladesh menggunakan sepucuk pistol.

Junaidi Awang, 33, dan Rasli Zainol Abidin, 40, didakwa bersama-sama dua orang yang masih bebas, menyamun wang Md Shafiqul Sheikh, Md Moshiur Rahman, Borhan Uddin Molla dan Al Amien yang kesemuanya berjumlah RM592.

Kedua-dua anggota polis yang tidak diwakili peguam itu didakwa menyamun empat lelaki itu, yang berumur antara 26 dan 33 tahun, di Blok E, Sri Ara Apartment, Jalan PJU 1A/5, Ara Damansara, Selangor pada 12.30 malam, 11 Julai tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan Junaidi dan Rasli masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos depan untuk sebutan bagi mereka melantik peguam.

Di mahkamah sama, seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia dua bulan lepas.

Lee Tien Song, 30, didakwa memperdagangkan Ai Juarsih, 24, bagi maksud eksploitasi seks di SP Link Foot Reflexologi, di Jalan PJU 1/3D, Pusat Komersil Sunwaymas, di sini pada 8.30 malam, 17 Mei lalu.

Lee, yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan, didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Balqis Aini membenarkannya diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Julai sebagai tarikh sebutan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir. - BERNAMA

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: