Isnin, 9 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar-Kemas Kini] Amuk Pedang Samurai di Putrajaya, Seorang Disahkan Meninggal Dunia

Posted: 09 Jul 2012 05:33 AM PDT



[SH] Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.

Turut ditembak rakannya seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.




Berita Berkaitan:

[MK] Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.

Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.



P/s: Betulkah pasangan tersebut mahu menggulingkan kerajaan? Kenyataan itu pula dikeluarkan oleh Utusex, surat khabar yang paling banyak kena saman!


Sumber gambar: Pelbagai

Kemas Kini:

Yang berikut ialah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia tentang insiden tersebut:

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.

Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.

Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).



Azah Aziz, Ibu Gabenor Bank Negara Meninggal Dunia

Posted: 09 Jul 2012 01:36 AM PDT


[BH] KUALA LUMPUR: Tokoh budayawan, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz meninggal dunia hari ini.

Allahyarham berusia 84 tahun. Sementara itu, difahamkan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

P/s: Al fatihah juga kepada Allahyarham Nik Hazman Nik Hashim, pengendali blog Tinta Hijau yang meninggal dunia di Makkah.

Bekas SU DUN Ketika Krisis Perlembagaan di Perak Bakal Sertai Pas

Posted: 08 Jul 2012 11:49 PM PDT



[SH] SHAH ALAM - Abdullah Antong Sabri, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak semasa pemerintahan Kerajaan Negeri berpindah tangan awal 2009 - daripada Pakatan Rakyat (PR) kepada Barisan Nasional (BN) - muncul pada majlis anjuran Pas di sini, semalam.

Beliau dilaporkan akan menyertai Pas dalam waktu terdekat.

Laporan Harakah Daily menyebut Abdullah hadir program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru Pas yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Perak.

Laporan itu juga berkata kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama wakil rakyat-wakil rakyat Pas yang menghadiri program tersebut.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Menurut laporan itu, tetamu istimewa program tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan seperti bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Abdullah Omar.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang berucap pada majlis itu berkata, kehadirannya pada program tersebut adalah untuk menzahirkan sokongannya terhadap Pas dan PR.

Menurutnya, PR sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.

"Ia telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan. Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak," ujarnya.

Abdullah Antong menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan PR, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila Kerajaan Negeri PR tumbang.

Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak 'mesra' BN sebelum mengambil keputusan bersara pada usia 56 tahun.

Nama beliau menjadi sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis Dun Perak apabila rakyat dan Adun PR mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan Speaker ketika itu, V Sivakumar.

"Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian Pas tidak lama lagi. 


 

Che Det Tempelak Najib Isu Kolej TAR

Posted: 08 Jul 2012 11:00 PM PDT


Pengiktirafan kursus Kolej TAR adalah kebodohan orang Melayu, kata Dr M

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Julai – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, masyarakat Melayu di negara ini sudah "kaku dan tidak boleh menjawab balik" kerana takut dituduh bersifat rasis.

Dalam satu temuramah khas bersama akhbar Mingguan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, Dr Mahathir menjelaskan, Melayu kini bersifat mementingkan undi sehingga apabila tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian ketika zaman Kemerdekaan dilanggar sekalipun, mereka masih lagi berdiam diri.

"Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab.

"Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi," kata perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

Beliau turut mengemukakan contoh situasi tersebut apabila mengatakan "dahulu nak masuk kerja diploma hanya melibatkan universiti awam, tapi sekarang diploma Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima."

Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan lebih 70 kursus yang ditawarkan di KTAR telah diberi pengiktirafan retrospektif yang mana membolehkan graduan mereka turut mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengiktirafan itu akan berkuatkuasa serta merta, dan akan meliputi kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan kolej berkenaan sejak pertengahan tahun 1990-an.

Tambah Dr Mahathir lagi, semua perkara yang berlaku itu adalah atas kebodohan orang Melayu sendiri kerana Melayu kini telah berpecah.

"Kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sesebuah negara, mereka akan berkuasa.

"Namun kini mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah," tegasnya lagi dan menambah, "Melayu kini berpecah kepada tiga kelompok dan dengan itu memang mereka memerlukan sokongan kaum lain."

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apabila Melayu berpecah, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan pihak lain bagi mendapatkan undi mereka.

"Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah, maka orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang masih lagi berpengaruh di negara ini turut menjelaskan, beliau bukan menentang masyarakat Cina, sebaliknya mereka perlu bersifat adil berdasarkan keadaan negara.

"Saya bukanlah menentang kaum Cina, tapi kena lah bersifat adil berdasarkan negara ini. Bila saya bercakap mengenai perkara ini, mereka kata saya rasis, tetapi kenyataan-kenyataan ini yang dipersetujui dalam Perlembagaan," katanya merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

"Jika mereka nak lebih, mereka juga perlu bagi lebih kepada kita. Barulah seimbang.

"Katalah mereka kata nak hapus hak istimewa orang Melayu, maka mereka perlulah hapuskan keistimewaan seperti tidak boleh menggunakan bahasa mereka atau sekolah jenis kebangsaan," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Dr Mahathir juga turut menjelaskan, orang Melayu sekarang tidak lagi boleh bercakap berkenaan perkara itu dan hanya mengambil pendekatan bertahan jika dihentam.

"Bila kita bertahan, orang lain akan bampak 'bintik-bintik hitam' yang ada di muka kita," jelasnya lagi.

KTAR merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diwujudkan sejak 1969, dan setakat ini telah menghasilkan lebih 160,000 graduan.

Selain itu, kolej yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti ACCA, CIMA, ICSA, CIOB, dan banyak lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Najib berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dr Chua yang juga merupakan Presiden MCA turut berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.

KTAR adalah institusi pengajian tinggi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969, dan telah berkembang ke seluruh negara dengan mempunyai enam cawangan dan lebih 30,000 pelajar yang kebanyakan mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma. 




Lebih Banyak Video Seks Fitnah Pemimpin PR Akan Disebarkan?

Posted: 08 Jul 2012 06:33 PM PDT


[MSO] Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klik vido yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan kilik video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada kilik vido yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.

Klik video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Kilik video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klik video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilihan yang tidak berhati perut peliharaan UBN.

Rahsia ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing (penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu. Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya, dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih malam kelmarin. 

Menurut sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klik video terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa. Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.

Mencerita lanjut menurut rakan raya itu, sub editor itu mengakui klik video membabitkan Anwar Ibrahim yang kononya melayan pelacur disebuah bilik yang telah didedah kepada umum beberapa bulan lalu adalah bikinan dan palsu seribu peratus, pembikinan melibatkan team produksinya. "Dia mengakui dia dan teamnya terlibat dalam membikin video mengenai Anwar itu kerana diarah," jelas kawan itu.

Katanya penyunting itu yang juga anak saudaranya, menceritakan dia (penyuting) diarah oleh orang atasannya dan termasuk seorang menteri. "Dia kata dia dipanggil dan di arah menyiapkan video berkenaan... salah seorang yang berbincang dan membuat arahan ialah menteri, dia dipanggil ke bilik menteri berkenaan," tutur kawan saya lagi.

Jelas kawan itu, sub-editor (penyunting) itu juga sepatutnya satu lagi klik video memburukkan Anwar dengan pelacur didedahkan sebaik saja video pertama itu dilancarkan tetapi kerana silap teknik ia ditarik balik. Kesilapan dimaksudkan ialah dari segi tarikh dan masa yang tunjukkan dalam video itu tidak sama dengan kronologi atau jadual perjalanan harian Anwar. Perkara paling ketara sekali ialah masa yang kononnya Anwar bermaksiat seperti mana dipaparkan di dalam klik video itu tidak benar sama sekali kerana hakikat pada masa dan tarikh itu Anwar bersama presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

"Kerana kesilapan itu video berkenaan ditangguhkan," jelasnya.

Sebagai rekod team produksi yang terlibat dengan pembikinan video celaka itu adalah milik sebuah penerbit tv yang akan didedahkan kemudian.



Tiada ulasan: