Isnin, 9 Julai 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DAP tidak akan bertanding 90 kerusi kata Pakatan

Posted: 09 Jul 2012 04:19 AM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Julai – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membidas laporan akhbar hari ini – mengatakan DAP akan membolot jumlah kerusi parlimen paling banyak dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13, dengan dakwaan bahawa perundingan tentang kerusi masih lagi berjalan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) – mewakili DAP dalam majlis pimpinan PR memberitahu The Malaysian Insider bahawa pertuduhan yang dibuat tidak berasas dan liar oleh kerana DAP hanya akan bertanding di 60 kerusi parlimen.

"Ini adalah kewartawanan yang tidak bertanggungjawab, kempen untuk mewujudkan ketakutan, memecahbelahkan PR dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum," merujuk kepada laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar milik Umno itu membuat laporan merujuk kepada tiga blog – suarapakatanrakyat.com, mykmu.net dan pisau.net – melaporkan DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen, pertambahan 43 kerusi berbanding PRU 2008 sementara PKR dan PAS masing-masing bertanding 66 kerusi.

Selain itu, artikel tersebut mendakwa, DAP yang majoriti ahlinya terdiri dari kaum Cina dalam keadaan selesa untuk melantik ahli mereka untuk menjadi perdana menteri (PM) walau pun PR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Jika Anwar tetap dilantik menjadi PM, ahli parlimen Permatang Pauh itu bakal menjadi PM boneka DAP, kerana parti Cina itu menguasai majoriti kerusi parlimen kata akhbar itu lagi.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan sekeras-kerasnya laporan Utusan Malaysia itu sambil menambah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkali-kali menyatakan bahawa ayahnya
adalah bakal PM jika PR menang.

"Saya percaya pengumuman berkali-kali oleh YAB Lim Guan Eng tentang Anwar sebagai PM masa hadapan adalah petunjuk jelas tentang kesediaan DAP untuk mengekalkan struktur sedia ada PR," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu juga menegaskan bahawa semua parti dalam PR sama rata dan tidak ada yang lebih besar dari yang lain.

"Ya," kata beliau menjawab tentang soalan apakah semua parti PR dikira sama rata walaupun ada parti yang bakal memegang lebih kerusi. "Ini menjelaskan tentang komitmen kami untuk mempertahankan perlembagaan negara termasuk artikel 153."

Nurul turut mempersoalkan tentang kekebalan Utusan Malaysia dari berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun seringkali menyiarkan berita palsu.

"Bagaimana kementerian dalam negeri (KDN) terus membenarkan syarikat tersebut beroperasi walaupun telah berkali-kali kalah dalam kes mahkamah melainkan ianya bertujuan dijadikan alat untuk kepentingan politik Najib Razak (PM, Datuk Seri), katanya lagi.

Apabila dihubungi, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut menafikan laporan Utusan Malaysia sambil mengatakan ia bertujuan untuk mewujudkan ketakutan bagi masyarakat Melayu mengenai kemungkinan tertubuhnya kerajaan Cina apabila BN kalah.

"BN seringkali gunakan 'politik najis' – wujudkan ketakutan bagi orang-orang Melayu tentang kemungkinan DAP menguasai kerajaan jika PR menang PRU 13," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dengan DAP sekarang ini menguasai majoriti kerusi parlimen, pemimpin Umno berkali-kali memberi amaran kepada orang-orang Melayu jika mereka terus berpecah, parti Cina akan mengambil alih kerajaan pusat ketika BN 'diterajang' keluar dari Putrajaya.

DAP90: Politik Najis Umno - Mahfuz

Posted: 09 Jul 2012 04:13 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu lagi bukti politik najis Umno, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
 
(Keakrapan yang cuba dileraikan Umno)

"Umno terlalu terdesak kerana takut kehilangan kuasa sehingga pendakyah utama parti itu tidak merasa bersalah sedikit pun bermain politik kotor.

"Ini satu lagi politik najis Umno," kata beliau ketika menolak pembohongan Utusan Malaysia kononnya DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) parti itu didakwa oleh akhbar tersebut akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut serta dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan berkata, jumlah 90 kerusi tidak pernah timbul dalam mana-mana perbincangan.

Paling banyak, DAP hanya akan bertanding 60 kerusi, kata beliau.

Sementara itu, Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena menyifatkan pembohongan itu sebagai sebahagian dari politik perkauman Umno.

Ia akibat dari ketakutan yang amat sangat untuk menghadapi kesedaran semakin ramai rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menolak Umno dalam pilihan raya akan datang.

"Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah berputus asa sama sekali untuk mendapatkan undi dari kaum Cina terutamanya, ia kini semakin cemas apabila melihat semakin ramai orang Melayu yang menyokong PR.

"Sudah tentu Umno mendapat laporan bahawa semakin ramai orang Melayu yang sakit hati kepadanya dan tidak sabar-sabar lagi menanti pilihan raya umum untuk mengajar parti itu," kata Mahfuz sambil memberitahu peningkatan sokongan orang-orang Melayu kepada PAS dan PKR semakin konsisten.

"Jumlah kehadiran orang-orang Melayu ke majlis-majlis dan program-program kita semakin bertambah termasuk di Johor.

"Peningkatan keahlian baru PAS contohnya begitu konsisten dan tidak pernah berkurangan," katanya.

Untuk menghadapi keadaan itu, Umno mencipta pelbagai pembohongan untuk menakut-nakutkan orang Melayu kepada PR.

"Umno yang selama ini menggadai dan mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu cuba menggambarkan para pemimpin Melayu dalam PR juga akan menggadai kepentingan orang-orang Melayu seperti yang dilakukannya.

"Pencuri sentiasa menuduh orang lain pun akan mencuri seperti dia,

"Umno yang mengkhianati Melayu tak henti-henti cuba memfitnahkan PR juga akan mengkhianati Melayu seperti yang dilakukannya," kata Mahfuz (gambar).

Dalam perkembangan berkaitan, DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu.

"Karut, karut, karut!" Malaysiakini memetik Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.

"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Rebat air lebih besar dari BR1M

Posted: 09 Jul 2012 04:12 AM PDT

Anis Nazri,
SHAH ALAM: Rebat air yang diberikan kerajaan negeri Selangor kepada rakyat di negeri itu jauh lebih besar nilainya berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Biarpun nilai RM11.20 sebulan itu dilihat kecil, namun apabila dikira untuk tempoh setahun sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor menjadikan jumlahnya hampir RM540.

"Ini bermakna, rebat yang kita berikan kepada rakyat Selangor lebih RM40 dari yang kerajaan pusat beri.  Sebulan RM11.20 didarabkan kepada 12 bulan dan darab lagi dengan empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Sedangkan, BN yang telah memerintah negara sejak 52 tahun lalu hanya boleh memberikan RM500 untuk setahun.  Mana lebih baik?" soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ketika sidang Dun Selangor, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika membidas Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun, yang dilihat membandingkan usaha kerajaan negeri itu dengan pemberian BR1M yang lebih besar jumlahnya.

Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk memberi rebat bagi penggunaan 20 meter padu yang pertama kepada seluruh pengguna di negeri itu selepas mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Tokoh budayawan Azah Aziz meninggal dunia

Posted: 09 Jul 2012 03:58 AM PDT


Wartawan Sinar Harian

Profesor Diraja Ungku Aziz bersama Azah Aziz. – Foto ihsan
Profesor Diraja Ungku Aziz bersama Azah Aziz. – Foto ihsan
 
 
KUALA LUMPUR - Tokoh budayawan Azah Aziz, yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia di sini, hari ini.

Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, meninggal dunia pada usia 84.

Dalam pada itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli Majlis Tertinggi parti itu mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Azah Aziz.

Dua mengamuk di JPM, seorang mati

Posted: 09 Jul 2012 03:54 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Sepasang suami isteri mengamuk di JPM
Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. – Foto ihsan Cari Malay Forum
 
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network 
 
 
[DIKEMAS KINI JAM 5.45 PETANG] PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
 
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
 
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Rakyat Malaysia masih merasa tak selamat walaupun statistik kadar jenayah menurun

Posted: 09 Jul 2012 03:21 AM PDT

KUALA LUMPUR — Kerajaan berkali-kali mengatakan bahawa statistik kadar jenayah telah menurun, akan tetapi percubaan culik dan rompak baru-baru ini menyebabkan ramai rasa tidak selamat.

Laporan tentang kejadian penculikan kanak-kanak berumur 12 tahun, Nayati Moodliar serta kisah kanak-kanak perempuan yang berjaya melarikan diri daripada dua penculik, percubaan rogol dan culik di Tesco Ampang dan kejadian yang menimpa aktivis Bersih Wong Chin Huat telah menimbulkan kerisauan rakyat terhadap tahap keselamatan orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui baru-baru ini bahawa kerajaan perlu berusaha dengan lebih giat untuk melawan jenayah.

NGO Rakyat Malaysia Menentang Rogol, Serangan dan Ragut (MARAH) melancarkan kempen petisi online. — Foto Internet
Tetapi pemimpin lain seperti menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, PEMANDU dan polis kelihatan tidak begitu bimbang berbanding PM.
 Jumaat lalu, ketua polis negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar bertegas mengatakan jenayah tidak meningkat, sambil menyatakan statistik yang diperolehi dari polis negeri dan daerah, serta di peringkat antarabangsa seperti Genuine Progress Indicator (GPI) menunjukkan keberkesanan langkah-langkah memerangi dan mengurangkan jenayah di negara ini.
Hishamuddin juga mengatakan bahawa laporan beberapa kejadian baru-baru ini adalah kes terpencil.

Beliau turut memberitahu media, dengan mensensasikan beberapa kes boleh menyebabkan persepsi Malaysia bukan negara selamat kerana data rasmi menunjukkan sebaliknya.

PEMANDU dan kementerian dalam negeri (KDN)juga mendakwa bahawa kadar jenayah menurun sebanyak 11 peratus tahun lalu dengan jenayah jalanan menjunam turun sebanyak 40 peratus semenjak Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan dua tahun lalu.

Ahli parlimen pembangkang memperlekehkan statistik ini sehingga ada yang mengatakan kerajaan berbohong dengan statistik yang dikeluarkan.

"Dengan langsung tidak mempunyai ketelusan dan seringkali tidak konsisten dalam keadaan jenayah di negara ini, tidak menghairankan jika orang ramai tidak mempercayai kerajaan.

"Lebih memburukkan lagi keadaan, kerajaan tidak mahu mengakui wujudnya ketakutan orang ramai sama ada mereka berada di dalam atau di luar rumah," kata ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

Semakin banyak laporan kejadian didedahkan oleh media tetapi pihak berkuasa tetap mempertahankan statistik mereka. Ini menyebabkan orang ramai terpaksa bersatu untuk memerangi jenayah dengan cara mereka sendiri.

Sebuah NGO yang menamakan diri mereka sebagai Rakyat Malaysia Menentang Rogol, Serangan dan Ragut (MARAH) berjaya melancarkan kempen petisi online yang mensasarkan 100,000 tandatangan.

"Kami tidak mempunyai unsur-unsur politik, agama dan kaum tetapi akan bekerja keras untuk melobi agar keselamatan orang ramai terjamin terutamanya bagi kaum hawa," tulis mereka di ruangan penerangan mengenai MARAH di petisi mereka, sebuah advokasi dan mencari dana melalui internet terutamanya laman sosial Facebook.

"Kami berkempen untuk keselamatan tempat letak kereta, jalan raya dan hak untuk hidup dalam persekitaran selamat baik di dalam mahupun di luar rumah."

Petisi tersebut juga turut memaparkan nota kecil kepada kerajaan negeri Selangor dan kerajan pusat tentang kesediaan sukarelawan MARAH menawarkan diri untuk membantu kerajaan memerangi jenayah.

"Kita akan berkongsi informasi, sumber, nama, gambar serta video dan senarai pelaku jenayah di 'Dinding Memalukan' kami.

"Kita akan melobi agar rondaan polis meningkat, perlaksanaan tegas undang-undang sedia ada mengenai rogol, rompak, ragut dan culik, terutamanya di tempat letak kereta pusat membeli-belah," katanya lagi.

Pengasas MARAH, Dave Avran, memberitahu The Malaysian Insider, dia terpanggil untuk mengasaskan kumpulan tersebut selepas membaca terlalu banyak berita tentang kejadian jenayah baru-baru ini seperti rompakan, rogol dan ragut dalam media.

"MARAH mensasarkan untuk bekerja dengan entiti yang dinyatakan diatas agar rakyat biasa dapat menuntut tempat letak kereta, jalan raya dan kawasan kejiranan yang lebih selamat.

"Kami faham pihak polis banyak tugas dan sibuk - sebab itu kami mahu bekerjasama terutamanya mengenai tip-tip keselamatan, seni mempertahankan diri dan aksi yang proaktif," katanya melalui perbualan di laman Facebook semalam.

"Untuk lebih jelas lagi, saya marah dengan pelaku jenayah dan bukannya pihak berkuasa," katanya lagi.
Ketika artikel ini ditulis, 711 tandatangan dipetisi online dan dijangkakan akan mengembang dalam masa beberapa minggu lagi.

Rata-rata di laman sosial Facebook dan Twitter, pengguna internet berkongsi pengalaman ngeri mereka dan saling menasihati tentang bagaimana untuk lebih selamat apabila diluar rumah.

"Satu ketika dahulu kita boleh berjalan dengan bebas dan selamat walaupun pada waktu malam, kini keadaan sudah tidak selamat walaupun pada waktu siang. Sudah sampai masanya pengguna internet menyokong petisi kami," kata seorang pengguna Facebook di petisi MARAH.

"Kami tidak mahu hidup dalam ketakutan lagi. Kami mahu keadilan dilaksanakan dan keselamatan diutamakan terutamanya bagi wanita. Sokonglah petisi ini," kata seorang lagi pengguna Internet.

Tumpu pilihan raya, usah layan Hasan Ali

Posted: 09 Jul 2012 03:05 AM PDT

Saidah Hairan,
SHAH ALAM: PAS Selangor meminta ahlinya supaya menumpukan usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayan karenah Datuk Dr Hasan Mohamad Ali yang telah terpinggir.

Tindakan Dr. Hasan mengadakan cerita kononnya akan diadakan debat di antara beliau dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman pada 11 Julai akan datang jelas menunjukkan gerakan Jati semakin hilang pedoman.

Kini Hasan Ali mahu mencari populariti melalui PAS.

Setiausaha PAS Selangor, Mohamad Khairuddin Othman (gambar) berkata PAS Selangor telah bersetuju agar Pesuruhjaya Selangor serta ahlinya tidak melayan karenah Hasan Ali.

"Tumpuan kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Mengapa Dr Hasan Ali mahu berdebat dengan kita? Jati bukan parti politik. Bukankah masalah yang ada di Selangor ini adalah masalah yang ditimbulkan dan ditinggalkan oleh beliau?" soal beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Khairuddin, Hassan telah meninggalkan masalah sewaktu diamanahkan menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dulu ketika mempunyai ruang sebesar-besarnya untuk berjuang.

Tegas Khairuddin lagi, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik dari zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

Sehubungan itu, PAS Selangor bersama-sama dengan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) memutuskan bersama agar tidak melayan karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana beliau pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan tetapi gagal.

DAP tanding: Utusan cuba takutkan pengundi Melayu

Posted: 09 Jul 2012 03:02 AM PDT

Muhammad Faizal,
KUALA LUMPUR: Tindakan akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan bahawa DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu.

Pendapat itu dikongsi bersama oleh Ahli Dewan Negara daripada Pakatan Rakyat ketika ditemui Harakahdaily pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Menurut Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) yang mewakili Kelantan, isu yang dimainkan itu merupakan isu lama dan ia adalah sebagai usaha sentimen untuk menakutkan rakyat negara ini terutamanya Melayu bahawa negara ini bakal diterajui oleh DAP.

"Ia lebih kepada politik untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti.

"Selain itu juga ia merupakan isu lama yang sentiasa digembar-gemburkan setiap kali tibanya pilihan raya walaupun tiada asasnya tetapi mereka tetap melakukannya," jelasnya.

Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang mewakili Pulau Pinang pula mempersoalkan dari manakah fakta itu diperolehi.

"Kita ingin tahu dari mana fakta tersebut diperolehi dan bagi saya ia adalah satu angka yang luar biasa dan mustahil.

"Kita tidak boleh main politik seperti ini dengan budaya ugut dan menakutkan pengundi dalam keadaan kita berada pada senario politik yang matang," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat perlu lebih berwaspada dalam setiap isu yang ingin dimainkan demi perpaduan kaum negara ini.

Sebelum itu, Utusan Malaysia mendakwa DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding 90 kawasan Parlimen.

Manakala PAS dan PKR pula masing-masing akan bertanding di 66 kawasan Parlimen.

Mogok lapar: GMI desak Hishammuddin beri respons

Posted: 09 Jul 2012 03:00 AM PDT

Anis Nazri,
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan terus menggesa Menteri Dalam Negeri memberikan respons berhubung nasib 45 tahanan yang masih terkurung di Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata biarpun selepas beberapa siri protes diadakan badan anti-ISA itu, menteri terbabit tidak pernah memberikan respons serius terhadap tuntutan GMI.

"Kita mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien memberikan jawapan serius tentang nasib 45 tahanan ISA yang kini sedang melancarkan mogok lapar.

"Kita mahu jaminan menteri dan kerajaan tentang nasib mereka ini selepas ISA dimansuhkan, dan menggesa agar mereka dibebaskan selaras dengan pemansuhan akta itu," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga mengingatkan Hishammuddin dan kerajaan bahawa badan itu akan terus mengadakan siri-siri protes di hadapan Kemta, selain mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung isu ini.

Semalam, kira-kira 500 peserta menyertai protes di hadapan Kemta dan protes itu akan terus dilakukan pada 15 Julai akan datang, di lokasi sama.

"Sebelum ini, pada 1 Julai lalu, kira-kira 50 hingga 100 orang menyertai protes tersebut.  Dan semalam, kira-kira 500 orang datang. Jadi, kita harap pada 15 Julai akan datang, lebih ramai yang akan hadir menyatakan sokongan kepada 45 tahanan ISA ini," kata beliau.

Beliau juga dimaklumkan, biarpun menteri tidak memberikan sebarang respons terhadap protes mereka, pihaknya dimaklumkan protes tersebut memberi tekanan kepada pihak kem.

Dalam pada itu, beliau berkata GMI terus menggiatkan kempen berkenaan ISA sepanjang bulan Ramadan seperti kempen kad ramadan, kad ucapan raya, penghantaran buah kurma sebagai tanda ingatan dan sokongan rakyat di luar Kemta.

Syed Ibrahim juga turut menyatakan pihaknya mempunyai perancangan untuk bertemu dengan Hishammuddin, sama ada mengadakan perbincangan ataupun protes di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri.

Moral: Najib umpama ‘menepuk air di dulang’

Posted: 09 Jul 2012 02:59 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kenyataan Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa pemimpin yang ingin menjadi Perdana menteri Malaysia mesti bebas daripada belenggu masalah moral umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.


"Kata-kata beliau itu sendiri sebenarnya membuktikan bahawa beliaulah orang yang paling tidak layak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sebenarnya," kata Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.

Katanya, Najib tanpa rasa malu dan bersalah menuding kesalahan kepada orang lain dan berasakan hanya beliau sahajalah yang tiada masalah moral.

Sedangkan, ujarnya seluruh Malaysia dan dunia tahu pelbagai isu moral yang sedang terpalit di badannya, ianya bukan sahaja terhadap dirinya sahaja tetapi turut melibatkan isterinya juga.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Najib seharusnya membersihkan dahulu isu-isu dan skandal-skandal yang sedang dihadapinya.

Ujarnya, umum mengetahui bagaimana Najib terpalit dengan isu pembunuhan Altantuya dan yang terkini skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang turut melibatkan diri beliau sendiri.

"Ketidaklayakan Najib sebagai seorang Perdana Menteri turut dipersoalkan apabila isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor turut sama terpalit dalam isu pembelian cincin RM24 juta," katanya.

Menurut Kamaruzaman, nyatalah Najib kini menjadi liabiti bukan sahaja kepada Umno BN tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

"Ianya turut ditambah dengan penglibatan isterinya, Rosmah. Namun harus diingat, bukan sahaja Najib yang mempunyai isu dan skandal moral, malahan pemimpin Umno BN memang terkenal dengan pelbagai isu tersebut," ujarnya.

Menurutnya, Malaysia akan punah apabila ditadbir oleh ahli keluarga yang penuh dengan pelbagai skandal dan isu moral.

"Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menolak bukan sahaja Najib, tetapi juga parti Umno BN yang kini  hari kian menjadi beban. Mengundi Umno BN bagaikan mendukung biawak yang hidup," katanya lagi.

Penyenaraian FGV: Pukulan maut buat Umno PRU13

Posted: 09 Jul 2012 02:56 AM PDT

Mohd Nasaie Ismail,   
 
 
Semuanya bermula dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2012 untuk menyenaraikan Felda di Bursa Malaysia. Maka bermulalah Tan Sri Isa Samad yang belum setahun menjadi Pengerusi Felda menunjukkan belangnya. Selepas struktur penyenaraian dibentangkan kepada lembaga pengarah Felda, beberapa ahli lembaga pengarah tidak bersetuju dengan struktur penuh cadangan penyenaraian. Antara yang menentang ialah Datuk Zulkifli Abdul Wahab, Pengarah Besar Felda yang juga pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). Masalah utama ditentang kerana Felda yang berpendapatan purata RM2.5 bilion setahun dan perbelanjaan purata sekitar RM2 bilion, hanya akan menerima RM508 juta sahaja hasil pajakan tanah-tanah Felda Plantation dan lain-lain aset Felda kepada FGV.
Ini bermakna Felda akan mentadbir dengan bajet yang berkurangan 75 peratus. Sudah semestinya juga ia adalah proses penyingkiran Felda secara tidak langsung sebagai entiti induk dan meletakkan FGV lebih atas daripada itu. Maka diberikan cuti wajib sambung belajar 9 bulan kepada Datuk Zulkifli Abdul Wahab. Penentangan juga khabarnya datang daripada orang nombor dua Felda iaitu Encik Abidin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Besar Felda yang juga setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF). Maka beliau dipindahkan daripada Felda ke Jabatan Perdana Menteri dengan tugas menjaga perpustakaan sahaja.

Lebih mengejutkan, Pengerusi Gabungan Naib-Naib Pengerusi JKKR rancangan-rancangan Felda Shamsudin Osman turut menentang. Beliau mengadakan sidang akhbar pertama dihadiri oleh 9 daripada 11 naib-naib pengerusi Wilayah Felda dan sebahagian besar pengerusi GPW (Penerokawati) Felda. Shamsudin Osman merupakan ketua kepada seluruh peneroka-peneroka di Felda di Malaysia dan beliau juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.

Penentangan seterusnya daripada Datuk Zainal Hasan yang juga ahli lembaga pengarah Felda Holding dan Koperasi Permodalan Felda (KPF). Beliau merupakan peneroka Felda Sungai Nerek Pahang yang juga bekas adun Jengka 1990-1999 sebelum ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 1999. Khabarnya Tan Sri Isa Samad meninggalkan mesyuarat lembaga pengarah KPF yang dirampas beliau pada awalnya selepas disergah beberapa ahli lembaga pengarah. Individu-individu lain yang turut menentang ialah Dr Kamari Kasan bekas Pegawai Khas Tan Sri Yusof Nor bekas pengerusi Felda dan Tan Sri Rozali Ismail (GWGF).

Senario yang berlaku adalah kejutan kepada Perdana Menteri. Ini kerana kesemua nama disebut di atas adalah 'orang kuat UMNO'. Datuk Zulkifli Abdul Wahab ahli UMNO di Keramat. Abidin Abdul Rahman, Pengarah setiap Pilihanraya Kecil mewakili Felda untuk membantu BN. Datuk Zainal Hasan bekas exco kerajaan negeri Pahang yang juga setiausaha UMNO bahagian Maran. Shamsudin Osman juga ajk Umno bahagian di Johor. Bermakna, penentangan bukanlah atas sifat 'kepembangangan' mereka. Tetapi atas sikap tidak dapat menerima 'keburukan dan kebusukan' terlampau dalam penyenaraian ini dilakukan oleh Najib dan Isa Samad. Ini hanya sebahagian nama-nama ternama yang disebutkan dan banyak lagi individu diperingkat pentadbiran kanan dan pertengahan Felda dan lain-lain pihak yang menentang keras usaha ini.

Situasi ini bakal memberi pukulan maut kepada BN dalam PRU akan datang. Ini dapat dilihat dalam beberapa hal. Antaranya individu seperti Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka (Anak) yang konsisten menentang penindasan di Felda sejak 17 tahun dahulu. Saya yang hampir dengan beliau boleh katakan, lebih separuh 'musuh-musuh' lama beliau yang selama ini menyerang usaha beliau perjuangkan isu Felda, kini menjadi kawan. Samada dikalangan kakitangan, tokoh-tokoh Umno sendiri dan ahli-ahli koperat yang rapat dengan Felda berpatah arang menyokong perjuangan Anak. Jika 'dijelmakan' kesemua wajah mereka, pasti mengejutkan politik Malaysia dan Perdana Menteri boleh terbeliak, terduduk dan tersandar. Kerana orang yang tidak disangka yang mungkin ada talian darah, pernah sebantal, serumah juga menentang penyenaraiaan ini daripada belakang.

Keduanya di kalangan kakitangan Felda yang berkhidmat di Pejabat Felda dan anak-anak syarikat khususnya merasa tertekan dengan situasi yang berlaku. Mereka berada dalam ketidak-tentuan dengan perubahan mengejut melanda Felda. Apatah lagi 'pembuangan terancang' bos nombor satu dan dua Felda yang selama ini berkhidmat berbelas tahun bersama dengan mereka penuh gigih. Kakitangan sayangkan Datuk Zul dan Encik Abidin. Dibawah mereka dividen KPF yang turut disertai kakitangan berada pada paras cemerlang 10-15 peratus setahun dan menjadi koperasi terbaik di Malaysia. Semua yang berlaku memberi kesan kepada mereka. Maka tidak pelik, kita diberi maklumat, paling sedikit 70 peratus kakitangan Felda protes dengan kelakuan Isa Samad di Felda dan ia akan diterjemahkan dalam undi dipilihanraya. Harus diingat, kakitangan-kakitangan seramai 23 ribu ini amat berpengaruh di kalangan peneroka-peneroka Felda. Maka tidak mustahil Felda yang putih bagi pihak BN selama ini akan bertukar gelap dalam PRU akan datang.


Penulis ialah Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda di Lembah Klang.

Galeri pamer 20,000 barangan Ali Rustam

Posted: 09 Jul 2012 02:50 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Pelancong yang mengunjungi Melaka kini berpeluang melihat secara dekat sejarah hidup Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menawarkan kediaman lama beliau sebagai galeri.

Mempamerkan kira-kira 20,000 barangan termasuk gambar Mohd Ali ketika zaman persekolahan selain cenderamata yang dihadiahkan kepada beliau, Galeri Mohd Ali Rustam itu dibuka rasmi malam tadi.
  
Bercakap kepada pemberita selepas pelancarannya, Mohd Ali berkata kediaman itu terletak di atas tanah pusaka milik keluarganya dan mula dibuka kepada umum sejak semalam dengan bayaran masuk RM1.
  
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang memiliki gambar lama beliau agar mempamerkan gambar berkenaan di galeri tersebut.
  
Selain galeri itu, Melaka turut menempatkan Galeri Tun Ghaffar Baba, Galeri Ketua Menteri Melaka dan Galeri Budaya Cheng Ho.   - Bernama

Kerajaan BN undang 5D

Posted: 09 Jul 2012 02:48 AM PDT

 
Lim Guan Eng


 
ULASAN Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menyerang Pakatan Rakyat kerana menggalakkan budaya mungkir janji, tidak berterima kasih dan tidak melangsaikan hutang.

Sebenarnya, BN adalah parti yang memungkiri janji mereka untuk bertindak adil kepada kaum-kaum minoriti melalui penindasan dan penganiayaan terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di rumahnya dengan gerai burger lembu, tarian punggung oleh veteran tentera dan seruan untuk menggantung beliau kerana derhaka.

Ambiga sasaran mudah kerana beliau seorang Hindu, India dan wanita. Ini selaras dengan pendirian mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu perkauman antara Melayu dan bukan Melayu akan menjadi penentu pilihan raya umum yang akan datang.

Najib mahu rakyat berterima kasih kepada BN, padahal sepatutnya parti politik seperti BN yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana mengundi mereka.

Tambahan, Najib tidak layak untuk bercakap tentang pelangsaian hutang apabila hutang berbilion-bilion ringgit yang diambil oleh kroni-kroni Umno daripada bank-bank tempatan dalam skandal-skandal kewangan masih lagi tidak dibayar. Kenapakah kroni Umno boleh mendapat layanan istimewa berbanding dengan rakyat?

Najib kononnya yakin untuk mencapai kemenangan 14-0 dan memenangi kesemua negeri, namun beliau tidak berani untuk memanggil pilihan raya. Jelas beliau tahu bahawa Pakatan sudah berjaya memaklumkan rakyat bahawa kerajaan BN akan membawa gejala 5D, iaitu defisit, debt (hutang), deceits (penipuan), dictatorship (pemerintahan diktator) dan brain drain (penghijrahan modal insan).

Malah lidah Umno New Straits Times telah menyerang saya minggu lepas kerana saya telah membongkar gejala 5D.

Namun begitu, saya mengakui bahawa sekadar memaklumkan rakyat tentang 5D ini tidak mencukupi. Apakah jalan penyelesaiannya? Cabaran besar Pakatan adalah untuk meyakinkan rakyat boleh membanteras gejala 5D.

Dasar visa kerja Australia
Pakatan percaya bahawa dengan membasmi rasuah dan korupsi kita berupaya untuk menangani gejala 5D.

Buat masa ini, tahap rasuah makin teruk. Kedudukan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sudah pun jatuh kepada nombor 60 berbanding nombor 37 pada tahun 2003.

Daripada memberi pinjaman kepada penternak lembu, keluarga menteri yang tidak pernah menternak lembu pula diberi pinjaman RM250 juta yang kemudian disalah guna untuk pembelian kondo. Kita juga boleh melihat kekayaan melampau pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sarawak.

Hutang kerajaan Persekutuan Malaysia mencecah RM600 Bilion Atau RM21,500 setiap orang untuk 28 Juta Rakyat Malaysia.

Penipuan dan kuasa diktator BN jelas akan membiarkan rasuah berleluasa dan menyebabkan penghijrahan modal insan yang lebih besar. Sejak merdeka pada tahun 1957, lebih dua juta rakyat Malaysia meninggalkan negara.

Perubahan dasar visa kerja Australia baru-baru ini yang akan membenarkan graduan Australia untuk terus menetap di Australia selama 2 hingga 4 tahun hanya akan mempercepatkan proses "brain drain" ini.

Bajet tambahan 2012 berjumlah RM13.8 bilion baru-baru ini akan meningkatkan unjuran defisit RM45.9 bilion dalam bajet 2012 kepada jumlah besar RM59.7 bilion, iaitu defisit yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Sikap tidak bertanggungjawab dalam urusan kewangan oleh kerajaan BN dibuktikan apabila dana tambahan ini merangkumi peruntukan RM1.5 juta kepada ahli-ahli Parlimen BN sementara Ahli-ahli Parlimen Pakatan tidak mendapat satu sen pun.

Lebihan bajet negeri Pakatan
Setakat 31 Mac lalu, hutang kerajaan berada di tahap RM470 bilion. Jika kita masukkan defisit yang dijangka dalam bajet 2012, maka hutang kerajaan akan meningkat melebihi RM500 bilion di akhir tahun 2012.

Ini tidak pula mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontingen yang bernilai hampir RM110 bilion yang tidak termasuk dalam kunci kira-kira. Jika liabiliti kontingen ini ditambah kepada hutang rasmi kerajaan, maka hutang kita akan bertambah kepada RM600 bilion ataupun RM21,500 setiap seorang rakyat Malaysia!

Kali terakhir negara kita menikmati lebihan bajet adalah pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Sejak 1997, kita telah mengalami defisit bajet selama 15 tahun berturut-turut.

Oleh itu, kita mahukan Anwar menjadi perdana menteri baru untuk memulihkan defisit bajet kepada lebihan bajet. Hutang kerajaan kita telah meningkat 5 kali ganda daripada RM89 bilion pada tahun 1997 kepada RM470 bilion setakat Mac 2012, berbanding dengan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya tiga kali ganda.

Berbeza dengan prestasi kewangan BN yang kurang baik, kerajaan-kerajaan negeri Pakatan telah mencatatkan lebihan bajet setiap tahun dan juga mengurangkan hutang kita.

Pulau Pinang telah mengurangkan hutang sebanyak 95 peratus ataupun RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir tahun 2011. Ini telah dicapai bukan dengan penipuan tetapi melalui pentadbiran bersih berdasarkan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Jelas bahawa sistem tender terbuka, pendedahan kontrak kerajaan dengan sektor swasta, pengisytiharan harta secara terbuka dan disahkan oleh firma akauntan antarabangsa, serta Enakmen Kebebasan Maklumat berjaya membanteras rasuah.

Negeri-negeri Pakatan seperti Pulau Pinang telah pun membuktikan bahawa kerajaan bersih dan baik boleh menamatkan gejala 5D.
 
LIM GUAN ENG setiausaha Agung DAP dan anggota Parlimen Bagan.

Pelajar dakwa cedera ditampar senior

Posted: 09 Jul 2012 02:42 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Alor Setar mendakwa gegendang telinganya cedera selepas ditampar oleh pelajar senior di asrama sekolah itu, Khamis lalu.
  
Mangsa, Mohamad Hazim Mohamad Zaid, 13, mendakwa kejadian itu berlaku selepas seorang senior menampar pipinya atas kesalahan kecil kerana tidak mengemas tempat tidurnya Rabu lalu.
  
Selepas kejadian itu, mangsa mendakwa pening kepala, mata kabur dan pendengaran kurang jelas mengadu kepada ibunya selepas pulang ke rumah di Kampung Rambai, Simpang Empat, dekat sini pada petang hari kejadian.

Dia dibawa ke klinik Tanah Merah, Pendang untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ibu mangsa, Norhafizah Puteh, 39, berkata doktor mengesahkan bahawa gegendang telinga sebelah kanan anaknya itu pecah dan mengalami pendarahan akibat ditampar dengan kuat dan dinasihatkan mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN) Mansor Lat berkata bahawa beliau tidak boleh memberi sebarang komen kerana masih belum mendapat sebarang maklumat berhubung kes tersebut.

"Saya sekarang ada di Putrajaya dan masih belum dimaklumkan tentang kes ini, tapi saya akan siasat kes ini selepas selesai kerja saya di sini nanti" katanya selepas dihubungi.- Bernama

Suspek bertopeng tembak rumah ahli korporat

Posted: 09 Jul 2012 02:40 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di rumah seorang ahli korporat setelah seorang suspek memakai topeng melepaskan tembakan secara rawak ke arah rumah ahli korporat itu dalam kejadian di Subang Jaya SS19, awal hari ini.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 pagi, mangsa bersama keluarganya, dua orang tetamu dan tiga pekerja sedang tidur.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang suspek memakai topeng dilihat melepaskan 10 das tembakan secara rawak dan mengakibatkan kerosakan ke arah dua buah kereta mewah serta kesan tembakan pada dinding manakala tingkap rumah pecah.

"Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang sedang bertugas di rumah mangsa menyangka bunyi tembakan yang dilepaskan adalah bunyi mercun sebelum menyedari itu adalah amaran daripada suspek dan terus menghubungi polis selepas kejadian berlaku," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, hari ini.

Tan berkata polis tidak menolak kemungkinan ahli korporat dan keluarganya menjadi mangsa dalam kes ugutan bunuh.

Polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, katanya.- Bernama

DAP sangkal laporan Utusan mengenai 'dominasi kerusi'

Posted: 09 Jul 2012 02:35 AM PDT

Kuek Ser Kuang Keng


 

DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus membolehkannya untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.

"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu.

Akhbar milik Umno ini menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'pro-pembangkang' - suarapakatanrakyat.com. Ia mendakwa  mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008.

Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya  parti dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan tersebut.

Khalid Samad sedia debat dengan Hasan Ali

Posted: 09 Jul 2012 02:33 AM PDT

Nigel Aw


 
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad mencabar bekas pemimpin parti itu yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali untuk menerima tawaran debat mereka berdua anjuran akhbar Sinar Harian.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa KarangKraf - penerbit Sinar - sudah membuat undangan itu sejak Februari lalu tetapi ditolak atas alasan majlis syura NGO itu Jalur Tiga (JATI) yang dipimpinnya menolak.

NONEBercakap dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau sanggup menangguhkan programnya yang lain untuk berdebat dengan Dr Hasan.

Sementara itu, dalam sidang media sama, pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyelar Dr Hasan kerana didakwa menganjur dan mempromosikan debat dengannya tanpa persetujuan dibuat terlebih dahulu.

Dr Abdul Rani berkata, Dr Hasan juga tidak profesional apabila "orangnya" menghantar undangan debat pada Rabu walaupun dimaklumkan lebih awal beliau tidak ada kelapangan pada hari itu.

Justeru, Dr Rani mendakwa, debat itu sebenarnya cuba menggunakan nama pemimpin PAS untuk menarik orang ramai hadir ke ceramah Dr Hasan yang didakwa semakin tidak mendapat sambutan.

Dr Rani juga berkata, Khalid merupakan calon paling sesuai berdebat dengan Dr Hasan ekoran kenyataannya sebelum ini bahawa anggota Shah Alam itu "parasit" terbesar dalam PAS.

'Occupy' pejabat MB lepas 36 pucuk surat gagal

Posted: 09 Jul 2012 02:28 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
  
Sekumpulan penduduk Cameron Highlands akan berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang esok bagi menyatakan bantahan terhadap pelbagai isu, termasuk pembinaan insinerator sampah RM38 juta di Blue Valley.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan (bawah) berkata, aktivis parti bersama 40 penduduk akan berkumpul bermula jam 11 pagi esok.

NONE"Setelah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, nampaknya masalah penduduk Cameron masih tidak selesai," kata Arutchelvan.

Katanya, sudah menghantar 17 pucuk surat kepada pejabat daerah Cameron, termasuk tujuh kali perjumpaan; sebanyak 15 pucuk kepada menteri besar dan empat pucuk lagi kepada perdana menteri.

Selain pembinaan insinerator yang diimbangi menjejaskan alam sekitar, pelbagai masalah melibatkan perumahan penduduk dan pemilikan tanah di kawasan tinggi itu turut dibangkitkan.

Syarikat Scorpene laksana LRT Ampang - PKR

Posted: 08 Jul 2012 10:11 PM PDT

Harakahdaily,
 
 AMPANG: Selepas mendakwa syarikat George Kent mendapat projek LRT Ampang melalui jalan yang tidak betul, PKR mendakwa, syarikat dari Perancis yang berkaitan Scorpene pula yang akan membina projek itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana di sini (gambar) berkata syarikat George Kent hanya berminat mendapatkan keuntungan 'atas angin' sahaja dan bakal menyerahkan pelaksaan projek itu kepada syarikat dari Perancis terbabit.

"Maknanya Datuk Seri Najib Razak tidak cukup dia dapat RM600 juta daripada syarikat Perancis yang menjual kapal selam 'second hand' tetapi 10 tahun kemudian syarikat yang sama itu Datuk Seri Najib rancang dan berikan kontrak RM1 bilion," dakwa Rafizi sebagaimana dilaporkan media rasmi Selangor, Selangorku.

Tambah Rafizi, syarikat George Kent ini dimiliki oleh seorang peniaga yang bernama Tan Sri Tan Kay Hock seorang 'taukey' yang merupakan rakan akrab Datuk Seri Najib Razak daripada sekolah menengah sehingga kini.

"George Kent yang merupakan syarikat membuat meter paip ini adalah merupakan 'Ali Baba' yang tidak berminat dan hanya akan mengambil keuntungan di atas angin sahaja," kata Rafizi.

Jelas Rafizi, beliau tidak gentar dengan ugutan dan ancaman daripada terus mendedahkan skandal RM1 bilion ini demi rakyat.

Negara ini berhadapan dengan skandal yang cukup bahaya kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat yang bakal menggunakan sistem pengangkutan LRT jika syarikat yang tidak mempunyai kepakaran melaksanakan projek penting ini.

"Kami Pakatan Rakyat akan membawa isu ini kepada penduduk di Ampang, Pandan, Cheras dan Bandar Tun Razak minggu depan kita akan turun untuk mengedarkan risalah agar lebih ramai orang yang akan faham skandal LRT Ampang ini bukan soal hanya politik, tetapi ia melibatkan nyawa rakyat.

"Tiap-tiap minggu kita akan dedahkan dokumen baru untuk membuktikan bahawa inilah rancangan dan angkara Datuk Seri Najib Razak,dia tidak fikir tentang keselamatan rakyat," katanya.

Tambah Rafizi, pendedahan skandal RM1 bilion akan terus 'membenamkan' karier politik Najib.

"Projek LRT Ampang ini memang cukup dibimbangi oleh Najib jika ia diketahui rakyat kerana ada surat dan dokumen yang ditandatangani sendiri oleh Najib sendiri," tegasnya.

Khairiah, senator wanita ke-7 lantikan PAS Kelantan

Posted: 08 Jul 2012 10:07 PM PDT

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Khairiah Mohamed, 38, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi.

Khairiah dicadangkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun) yang lepas.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberi kepercayaan penuh dan melantik saya sebagai senator.

"Amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini akan saya tunaikan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara," jelasnya kepada pemberita di lobi parlimen.

Beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarganya dan juga Dewan Muslimat PAS negeri yang sentiasa menyokong perjuangannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Ranjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keyakinan bahawa Khairiah dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Khairiah atas perlantikan sebagai senator, ini merupakan senator yang ketujuh dari muslimat sepanjang PAS memerintah Kelantan.

"Saya yakin dengan pengalaman dan latar belakang beliau miliki, Khairiah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih berkesan kepada dewan dan negara," katanya.

Khairiah sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun di MPKB BRI berasal dari Kubang Kerian, kini menetap di Kampung Sabak Pengkalan Chepa.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Syariah di Universiti Malaya.

Hasan Akidah Sudah "Gemulah" Dalam Pas

Posted: 08 Jul 2012 10:02 PM PDT

MSO

 
Bukan saja para pemimpin Pas terkhususnya Khalid Samad, Dr Rani Othman ataupun Dzulkefli Ahmad, ahli dan penyokong Pas Selangor juga tidak perlu mengenang, mengingat bahkan menyebut nama Hasan Ali atau Hasan Akidah lagi. Biarlah nama itu buruk dan mereput bersama berlalunya musim dan zaman. Jangan merasa kesal dan hiba kalau nama itu subur dalam Umno atau apa-apa Ngo kerana semangnya Umno wajar menjadi baja kepada orang seperti Hasan Akidah.


Hasan Ali
Jadi kalau ada desas desus mengatakan Hasan Akidah hendak berdebat dengan Pesruruhjaya Pas Selangor Dr Ab Rani Othman atau sesiapa usah dilayan, dan anggaplah kerenah Hasan itu bak si ayam iseng yang gilakan sangkak. Begitulah dalam dunia ayam.... apabila seekor ibu ayam hilang kuasa, hilang kudrat dan hilang peluang untuk mengeramkan telornya dia akan menjadi iseng dan tidak waras, berak dan kencingnya juga tidak lawas. Dia akan menyebut-nyebut kepada sangkak dan bekasnya. Perjalanan dan pergerakannya macamlah ayam gila. Kata Mohd Amar Nik Abdullah ayam gila tidak boleh disembelih apa yang boleh diharapkan biarlah ia dilanggar lori begitu saja.

Dia teringat apa yang ada di dalam sangkak atau hidup sebagai seekor ibu ayam yang sedang mengeram telor (kuasa) yang mana banyak keistimewaan dan kuasanya. Ayam di atas sangkak berada di tempat tinggi berbanding dengan ayam-ayam lain, yang tidur dalam reban secara semula jadinya. Ibu ayam mengeram di bawah perutnya ada puluh telor yang boleh dianggap sebagai zuriat dan kuasa kepada statusnya sebagai ibu ayam. Bapak ayam juga tidak akan terliur untuk mengusik ayam yang sedang mengeram kerana menghormati ia sedang mengerjakan amanah mulia sebagai ayam, bagi meneaskan generasi penerus.

Namun seperkara perlu diingatkan mengenai perangai ayam menyeram ini ia memiliki tahi yang besar dan busuk, keras dan liat. Di masa kecil dulu saya selalu melihat bagaimana jijik dan peritnya kawan-kawan yang terpijak tahi ayam mengeram! Hehe...

Jadi kalau Hasan Akidah ada menyebut keinginan hendak berdebat dengan pemimpin Pas, itu bermakna dia terkenang kepada musim-musim percintaanya di dalam Pas dan kekuasaanya sebagai ahli Parlimen dan anggota Exco. Kononnya perdebatan itu untuk mencari jalan penyelesaian, adalah bohong sama sekali.

Kalau pun hendak memperbetulkan kesalahan Pas juga bohong sama sekali. Perdebatan itu tidak lebih dan tidak kurang bagi Hasan menunjukkan kebijaksanaannya dalam berpidato, bercakap menggunakan bahasa bambastik dan penuh retorik sedangkan ia tidak lebih dari jalak yang berkokok atas jemburan - kokok berderai-derai ekor dan sayap bergelumang tahi. Dan kalau Hasan 'tergehan' hendak berdebat juga bagi mengilang air liur ajaklah Khir Toyo untuk beradu mulut, rasanya Khir adalah regu terbaik kerana kedua mereka merupakan orang 'mengulatkan' diri dalam politik partian masing-masing.

Nasihat kepada Hasan dia tidak perlu menyentuh dan terkenang kepada Pas lagi. Dia tidak ada kena mengena apa dengan Pas. Dia sudah memilih jalan baru menyokong Umno atas prinsi-prinsip yang dijalurkan dalam Ngonya. Perjuangan Hasan serasi dengan Umno. Aspirasinya sama dengan Umno. Matlamatnya sama dengan Umno. Nah... elok kalau Hasan menumpukan tenaga dan usaha kepada memastikan Umno menang di Selangor. Terbaik buatnya kemenangan itu akan membawa tuah kepadanya.

Terlanjur bercakap fasal Hasan, saya teringat kata-kata Hasan kepada saya di Legend Hotel Kuala Lumpur pada suatu hari. Katanya; berikan saya tiga bulan (sebagai MB) saya akan dapat menyelesaikan banyyyakkkkk... masalah di Selangor. Tiga bulan sheikh, tiga bulan saja, katanya sambil mengangkat tiga potong jari, jari manis, jari tengah dan jari telunjuk. Bergetar-getar dengan mimik muka dan mencebek mulut macam punggung kerbau hendak beranak songsang.

Saya memahahami konotasi dan irama kata-kata itu menujukkan Hasan seorang yang kelas dan profesional dalam pentadbiran. Dia ingin mengatakan dia adalah pakar segala-galanya. Dia membayangkan dia lebih bijak dan mampu dari Khalid Ibrahim MB Selangor kini. Tetapi....

Dalam pertemuan itu saya ada bertanya kepadanya apa akan jadi kalau Datuk tidak akan dilantik menjadi Pesruhjaya Pas Selangor. (Saya sudah tahu yang dia tidak akan dilantik). Apakah Datuk kecewa? Oh tidak... saya redha... kalau ada orang berkampuan dari saya, kalau ada orang lebih bijak dari saya... saya sedia melepaskan jawatan itu... Itulah jawaban Hasan Akidah yang ketika itu meletakkan harapan dan penghormatan tinggi saya kepadanya. Saya mengira dia akan menterjemahkan kesucian dan keikhlasan tutur bicaranya.

Tetapi apabila beliau telah membuat seribu onar yang bertolak setelah tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor diikuti dengan tindakan beliau seperti hari ini - menjadi persis ibu ayam mengeram, segala penghormatan itu hilang bahkan timbul rasa sedih dan hiba kerana begitu jadinya nasib seorang fasalitator terhebat dan terhandal di negara ini yang telah khatam Quran dalam usia 12 tahun. Sungguh tidak sangka sejauh itu walaupun kesetiaannya sudah dijangka sejak awal-awal lagi.

Sekali lagi diulangi, permintaan atau cabaran Hasan Akidah itu jangan dijawab oleh sesiapa di Selangor. Biarlah dia berkokok sendiri seperti burung ketuk (pungguk) di pelepah nyiur.... kerana ia akan berhenti bergeduk (berkokok) apabila hari menjelang siang. Burung ketuk (alis hantu dan sama specis dengannya nya ) hanya galak di malam hari terutamanya di malam samar-samar diterang bulan dan akan diam bila mentari sudah menglalahi hari. Hassan kini merindui semula bulan yang pernah jatuh ke atas ribanya.

Kembalinya Blogger "Tinta Hijau Dari Kaki Bukit" Ke Rahmatullah!

Posted: 08 Jul 2012 09:51 PM PDT


KELAB GREENBOC


Facebooker/blogger Tinta Hijau Kembali Ke Rahmatullah!!.....

Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah ...Al Fatihah ...................

Gambar: Tinta Hijau Nik Hazman Nik Hashim

Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim.... Sedang Mengerjakan Umrah... Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.. .al Fatehah.....aminnn' -fb Ibn Battutah


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ



Paparan blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit yang beralamat di malaysiaberih.blogspot.com


Ulasan GB

Seorang demi seorang telah kembali ke rahmatullah. Bebeberapa minggu yang lepas blogger D'Perbatasan Sdr Amir Fadzil, kini Tinta Hijau Dari Kaki Bukit, Sdr Nik Hazman Nik Hashim. Terasa benar dengan kehilangan mereka... dan yang tinggal hanya kenangan...

Allah swt lebih menyayangi mereka...

Namun yang GB masih terkilan, (dengan maaf) para pemimpin parti kita semacam tak kisah lansung pemergian mereka ini... sedangkan mereka inilah tunggak media baru di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Ribuan ahli mencari-cari dan membaca tulisan mereka setiap hari...

Namun, tidak mengapa, sesungguhnya Allah swt Maha Kaya dan Maha Mengetahui peranan blogger-blogger ini dan semuga Allah saja yang membalas kegigihan mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dunia siber sekian lama sekalipun manusia di dunia lalai dan lupa pengorbanan dan jasa mereka. GB pernah menulis mengenai nasib blogger PAS/PR di Bilakah PAS Akan Iktiraf Sumbangan Blogger Pula?

GB yakin Allah akan mengangkat dan menempatkan blogger ini di kedudukan yang wajar di dalam parti tidak lama lagi.

Di sebalik itu, sebenarnya ada yang paling istimewa dan paling manis: Allahyarham Sdr Nik Hazman Nik Hashim telah diambil oleh Allah swt tatkala sedang berada di bumi suci Mekah... ia tampak seperti satu penghargaan dariNya yang tiada tara nilainya... yang mana nikmat itu bukan semua orang dapat mengecapinya. Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh para mukminin, solehin dan syuhada, amin ya rabbal 'alamin. Alfatihah.

Mereka Bukan Sekadar Berani Tatkala Berlakon...

Posted: 08 Jul 2012 09:45 PM PDT



Berani bukan sekadar ketika berlakon...
 

KELAB GREENBOC

Bukanlah mereka ini hanya berani dalam watak lakonan... diperhimpunan protes ISA dipintu masuk KEMTA semalam membuktikan Hairie Othman, Abby Abadi dan Leman Raja Lawak bukan sekadar berlakon watak wira, berani dan hebat... .tapi mereka ini memang benar-benar berani setelah bersama perjuangan PAS.. .mereka berani datang, berani luahkan isihati tanpa dibayar apa-apa....

Syabas buat mereka..!!

Hairie Othman, Abby Abadi dan Leman Raja Lawak bersama dalam protes bantah ISA di KEMTA


KEMTA Kemunting Taiping Perak: Hari ini suatu kejutan dan tercatit sejarah dalam bidangseni tanahair telah berlaku di negeri Perak apabila perhimpunan protes ISA yang berlansung dihadapan pintu utama KEMTA dihadiri 3 orang artis yang prihatin dengan tahanan yang dilaporkan seramai 45 orang didalamnya diperlakukan penginayaan terhadap mereka yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan mogok lapar untuk memprotes dari dalam kem tersebut.

Abby Abadi yang pernah memengang watak Insektor Aliza dalam filem Gerak Khas melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. "Mana slogan mesra,cepat dan betul yang dilaungkan pihak polis...mana slogan Janji Ditepati yang dicanang pemimpin UMNO BN yang kononya ISA dimansuhkan...??? Mengapa masih ujud kem tahanan sebegini dalam negara,saya kecewa melakon watak polis yang digambarkan baik.. sebaliknya pihak polis bershubahat melakukan kezaliman terhadap tahanan semata-mata mendengar pihak atasan" Ujar Abby ketika diberi peluang berucap dalam perhimpunan ini.

Manakala Hairei Othaman yang suatu masa dulu pernah berlakon watak Leftenan Adnan mengajak semua rakyat bersatu menentang akta zalim ini dari terus berada dimuka bumi Malaysia ini, Leman Raja Lawak dalam mesej lawaknya mempersoalkan sikap pemimpin UMNO yang tidak cerdik memberi komen dalam twitter bahawa makan lambchop lebih baik dari layan kehendak perhimpunan ini.

Perhimpunan aman hari ini mencecah 300 peserta dan telah memberi semangat buat keluarga mangsa tahanan yang hadir sama dan pihak penganjur (GMI) berterima kasih kepada semua yang terlibat dan merakamkan syabas buat artis yang terlibat hari ini. Perhimpunan ini diakhiri dengan gimik membakar gambar Najib dan Hishamuddin yang didakwa menipu rakyat dengan mengatakan akta zalim telah dimansuhkan sebaliknya ianya sebuah janji kelentong kepada rakyat. Turut serta dalam perhimpunan ini ialah beberapa pemimpin parti politik seperti Ust Akmal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ust Fakharudin YDP PAS Taiping,Sdr Khairul wakil PKR serta berberapa tokoh hebat dari mahasiswa tanahair.

Dijangkakan perhimpunan sebegini bakal diadakan pada minggu hadapan dengan harapan pihak yang berkenaan dapat membebaskan tahanan yang teriniaya didalam kem tersebut. Semoga perhimpunan akan datang akan lebih ramai lagi penyertaan dari Pimpinan Pakatan Rakyat
.-orangni

Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA

PERAK 8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari ini.

Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekalipun pernah berada di pentas 'glamour', mereka bersama-sama Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas seberapa segera.

Malah, ketiga-tiga artis itu turut memberi ucapan ringkas termasuk mengutuk kezaliman yang diamal regim Umno BN melalui ISA.

Peserta demontrasi juga membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien sebagai simbol protes.

Sebelum ini, Najib membuat pengumuman memansuhkan ISA tetapi tahanan sehingga kini, tidak dibebaskan manakala sepupunya pula mempersenda mogok lapar melalui twitternya.

Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang, kesal kerana tahanan yang mengadakan mogok lapar, diugut supaya menghentikan tindakan mereka, selain dihalang menemui peguam dan ahli keluarga mereka.

"Jika pentadbiran Najib enggan membebaskan ke semua tahanan ISA, kami bercadang mengadakan himpunan protes dalam masa terdekat.

"Ada peserta mogok terpaksa menghentikan mogok lapar kerana ditekan selain dinafi rawatan perubatan akibat menghidap penyakit Hepatitis B," katanya kepada Keadilan Daily.

Gambar-gambar:-






3 beranak ditangkap leka bungkus ganja

Posted: 08 Jul 2012 09:41 PM PDT

KL TODAY

 


Pakatan jahat anak-beranak yang bersekongkol mengedar dadah berakhir apabila tiga sekeluarga ditahan ketika leka membungkus ganja di rumah mereka di sebuah flet di Ayer Itam, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, sepasang suami isteri berusia lingkungan 40-an ditahan bersama anak lelaki mereka berusia 18 tahun.

Menurut sumber, ketika serbuan tiga sekeluarga berkenaan sedang sibuk membungkus ganja yang dipercayai untuk diedarkan di sekitar kawasan ini.

"Siasatan awal mendapati pasangan berkenaan bersekongkol mengajar anak mereka membabitkan diri melakukan aktiviti jenayah berkenaan bagi mendapatkan wang mudah."Selain itu, anak lelaki mereka juga ditugaskan sebagai 'pegawai pemasaran' dengan menyasarkan golongan remaja sebagai pelanggan untuk membeli bekalan ganja terbabit," katanya.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati keluarga terbabit baru beberapa bulan menjalankan aktiviti berkenaan dan polis melakukan serbuan hasil intipan dan juga maklumat daripada orang awam.

"Polis tidak menolak kemungkinan keluarga ini bekerja dengan sindiket dadah tertentu atau mereka mungkin melakukan kegiatan ini secara persendirian.

"Hasil pemeriksaan awal ujian air kencing mendapati suspek lelaki yang juga ketua keluarga berkenaan positif dadah dan setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes terbabit," katanya.

Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas tiga kilogram ganja, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah seperti alat penimbang, gunting dan juga bungkusan beg.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua suspek terbabit dan mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Tolak hudud seperti pertikai al-Quran

Posted: 08 Jul 2012 09:32 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Tolak hudud seperti pertikai al-Quran
Mohd Sukki
 
 
JOHOR BAHRU - Hukum hudud perlu diterima semua umat Islam dan menolaknya boleh dianggap sama seperti mempertikaikan al-Quran kerana hukum berkenaan telah disebut di dalam kitab itu.

Pendakwah, Dr Mohd Sukki Othman berkata, perbincangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini perlu diadakan bagi membentuk kefahaman yang jelas dalam kalangan masyarakat khususnya golongan bukan Islam.

"Hudud adalah sesuatu yang disebut dalam al-Quran dan kalau kita cakap ia tidak sesuai, maknanya kita telah menafikan kesahihan kitab itu.

"Umat Islam perlu terima hukum ini cuma pelaksanaannya perlu dibentuk dengan lebih efisien dan teratur agar ia mendatangkan kebaikan secara menyeluruh kepada semua pihak.

"Di samping itu, pendidikan dan kefahaman berterusan yang jelas mengenai hukum ini amat penting supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan rungutan di kemudian hari," katanya.

Mohd Sukki yang juga Pensyarah di Universiti Putra Malaysia berkata, hukum hudud tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara ini yang mendukung agama Islam sebagai agama Persekutuan.

"Apabila Islam dijadikan agama Persekutuan negara ini bermakna kita (Malaysia) menerima secara keseluruhan, jadi hukum hudud ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara," katanya.

Katanya, cadangan yang dikemukakan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengenai pelaksanaan hudud menunjukkan ruang untuk melaksanakan undang-undang itu lebih mudah.

"Melihat kepada senario hari ini menunjukkan hukum hudud mula diterima kedua-dua pihak (Umno dan Pas), jadi ada ruang lebih mudah untuk dibincang ke arah pelaksanaan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Himpunan Ustaz dan Ulama (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini sentiasa relevan terutamanya dalam keadaan masalah sosial yang semakin membimbangkan dan makin meruncing pada masa ini.

"Saya percaya hukum hudud dapat membantu mengurangkan gejala negatif dan membentuk akhlak masyarakat dengan lebih baik.

"Namun pelaksanaan perlu diproses dengan penjelasan yang menyeluruh kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan salah faham," katanya.

Katanya, isu ketidakadilan dalam pelaksanaan hudud bagi bukan Islam tidak timbul kerana undang-undang itu merupakan pilihan bagi mereka, malah undang-undang sedia ada juga tidak terbatal setelah hudud diguna pakai.

"Saya yakin walaupun hudud dilaksanakan, ia hanya akan diguna pakai pada kadar minimum berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.

Tiada ulasan: