Biaqpila |
- VIDEO AMUK PEDANG SAMURAI DI JPM PUTRAJAYA
- CERITA SEBENAR KEJADIAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA
- LELAKI PEDANG SAMURAI SERANG JABATAN PERDANA MENTERI DAH MATI?
- TERKINI: 2 Suspek Bawa Pedang Samurai Ceroboh Kompleks JPM, Polis Lepas Tembakan!
- 7 Cara Kempiskan Perut Buncit
- Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
- PESERTA DEBAT BERGADUH,ACU PISTOL
VIDEO AMUK PEDANG SAMURAI DI JPM PUTRAJAYA Posted: 09 Jul 2012 03:00 PM PDT Video yang dirakamkan oleh salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian saat Polis melepaskan tembakan kepada suspek tersebut. Bagaimana pun, beliau tidak dibenarkan menghampiri suspek. source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/video-ketika-suspek-mengamuk-di-jpm.html#ixzz208nVZJ00 kredit: milosuam Polis mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari. "Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya," menurut kenyataan polis Kuala Lumpur. Menurut kenyataan polis, seorang lagi suspek perempuan pula terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya. Pihak berkuasa juga mendakwa, suspek yang mengamuk dengan melibas pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan. "Bila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM," menurut polis. Polis juga memberitahu, anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai. Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, menurut kenyataan itu lagi. MK Polis sahkan kematian lelaki dakwa 'Imam Mahadi' KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
CERITA SEBENAR KEJADIAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA Posted: 09 Jul 2012 08:44 AM PDT INI DIA CERITA SEBENAQNYA,GUA COPY PASTE DARI FB POLIS KL. WALAUPUN AYAT DAN EJAAN BERTERABOQ LU ORANG BACA JE LA..BIASA LA BEB.. Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspektelah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.-sumber fb poliskl KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LELAKI PEDANG SAMURAI SERANG JABATAN PERDANA MENTERI DAH MATI? Posted: 09 Jul 2012 05:00 AM PDT Lelaki pedang Samurai ceroboh JPM, mati di hospital Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online. Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam. Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi. Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. TheStar melaporkan lelaki itu dibawa ke Hospital Putrajaya tidak jauh dari situ sebelum meninggal dunia. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
TERKINI: 2 Suspek Bawa Pedang Samurai Ceroboh Kompleks JPM, Polis Lepas Tembakan! Posted: 09 Jul 2012 03:00 AM PDT PUTRAJAYA - Siuman atau tidak? Begitulah persoalan yang timbul apabila seorang wanita dan lelaki tiba-tiba cuba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai! Kekecohan bermula apabila mereka berdua kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang tadi. Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam . Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam. Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. Sehingga laporan ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). mynewshub KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 08 Jul 2012 09:00 PM PDT 1. Minum air masak yang banyak. Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. 2. Makan perlahan-lahan. Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. 3. Kurangkan garam dalam makanan. Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. 4. Makan makanan yang penuh serat. Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini. 5. Kesan pengambilan ubat. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit. 6. Hindari sembelit. Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. 7. Lakukan senaman atau bersukan. Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan. Selamat mencuba! Sumber KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis Posted: 08 Jul 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Isteri mangsa ISA, Nunurheni Onim (gambar kiri) membuat laporan polis ekoran tindakan polis Bukit Aman yang mengugut beliau. Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu. Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu. Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting Demikian menurut kenyataan bersama Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI dan Syukri Razab Penyelaras Suaram. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA. Namun, hakikatnya tidaklah sebagaimana diumumkan Najib kerana ramai lagi mangsa ISA yang merengkok dalam Kem Tahanan Kemunting. Sekumpulan dari mereka baru-baru ini melancarkan mogok lapar bagi memberitahu dunia tentang nasib mereka yang terus terpenjara di bawah ISA walaupun undang-undang zalim itu kononnya telah dimansuhkan. Mereka mahu memberitahu bahawa Najib hanya berbohong dan ia sekadar pemanis mulut beliau dalam menagih undi rakyat menjelang pilihan raya ini. Henti mogok lapar Sementara itu, GMI memaklumkan bahawa semua tahanan telah berhenti daripada mogok lapar pada 4 Julai lalu. Maklumat ini diperolehi hasil lawatan Peguam GMI daripada Lawyers For Liberty ke Kemta pada Jumaat 6 Julai yang lepas. Menurut peguam GMI, Farhana Najwa, semua tahanan yang bermogok lapar sengaja disusahkan oleh pihak Kemta dengan cara mengasingkan mereka daripada tahanan lain dan ditempatkan dalam satu bilik sempit yang panas tanpa kipas. Keadaan ini dipercayai telah menekan tahanan untuk terpaksa berhenti daripada mogok lapar. Setelah mogok lapar berlangsung selama 15 hari, Menteri Dalam Negeri masih tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk menjawab tuntutan tahanan. GMI meyakini seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaan dengan semua tahanan yang bermogok lapar apabila Menteri terus bersikap lepas tangan bahkan mengeluarkan kenyataan sombong melalui laman Twitternya. Sehubungan itu, GMI beranggapan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pastinya telah lupa mengenai seruan Allah dalam Al Quran yang mengarahkan agar setiap umat Islam wajib menjalankan amanah dengan adil dan penuh ehsan. GMI juga tegaskan bahawa perjuangan GMI akan tetap berada pada landasan yang sama iaitu GMI akan terus memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA. Mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan dari dalam Kem Tahanan Kamunting selama 15 hari menjadi penguat kepada perjuangan ini, kata kenyataan bersama itu. Biarpun mogok tersebut telah berhenti, GMI akan terus konsisten menggerakkan kempen Bebaskan ISA45 sehingga kesemua tahanan dibebaskan, kata mereka. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
PESERTA DEBAT BERGADUH,ACU PISTOL Posted: 08 Jul 2012 04:00 PM PDT AMMAN - Sebuah debat secara langsung di antara dua ahli politik berhaluan kiri menerusi siaran televisyen Jordan menjadi huru-hara apabila salah seorang panelnya bertindak mengeluarkan sepucuk pistol semasa program berjalan. Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria. Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad). "Awak agen Mossad," kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab. Laporan televisyen swasta itu menyebut, semasa pengacara debat, Mohammed Habashneh bergelut meleraikan pergaduhan itu, Murad secara tiba-tiba menolak mejanya dan berlari ke arah Shawabka yang kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya untuk melawan. Dua ahli Parlimen Jordan itu terus berteriak dan menolak satu sama lain sehingga siaran langsung ditamatkan. Pergaduhan yang pastinya mengejutkan semua penonton siaran debat itu tidak mendatangkan kecederaan buat semua pihak mahupun kru rancangan televisyen itu. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan