Jumaat, 6 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bayi Comel Mati Kerana Disuntik Kokain dan Heroin

Posted: 06 Jul 2012 07:40 AM PDT

Milton Rojas
Sepasang kekasih telah dituduh membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dengan menyuntik ke tubuhnya heroin dan kokain.

Oscar Sanchez-Rivera, 24, dan Viameri Santana-Berrios, 27, mengasuh Milton Rojas apabila bayi malang itu didapati meninggal dunia kerana dos dadah yang berlebihan. 
 
Doktor yang memeriksa mayat Milton mendapati tubuh bayi itu ada tanda jarum di bahagian tangan dan kaki serta heroin yang belum dicernakan di dalam badannya.

Pegawai perubatan memberitahu mahkamah di Philadelphia bahawa tubuh mangsa banyak mempunyai dadah dan menyamakan keadaan itu seperti keldai dadah - slanga yang mengaitkan aktiviti menyeludupkan dadah di dalam badan manusia.

Paramedik Dale Schröder memberitahu mahkamah bahawa terdapat tanda jarum yang biasanya dijumpai pada tubuh penagih dadah ketika beliau cuba untuk memulihkan bayi tersebut.

Beliau telah dipanggil ke sebuah rumah pada Julai lalu selepas seorang bayi dilaporkan bayi tidak sedarkan diri.

Schroeder berkata Santana-Berrios membawanya ke sebuah bilik tidur. Di situ, dia melihat Sanchez-Rivera berada di sisi bayi yang dalam keadaan telanjang bulat dan berbaring di atas katil.

Apabila menyentuh bayi itu, dia mendapati tubuhnya sejuk, pucat, dan tidak responsif. Schroeder berkata usahanya untuk memulihkan kanak-kanak itu gagal.

Milton Rojas kemudiannya dibawa ke Hospital St Christopher dan disahkan meninggal dunia.

Kedua-dua Sanchez-Rivera dan teman wanitanya Santana-Berrios akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh.-DCM/DM
 
P/s: GILA KEJAM!



Babysitters: Oscar Sanchez-Rivera, 24, and Viameri Santana-Berrios, 27, were babysitting the nine-month-old boy when he died from a drug overdose
Oscar Sanchez-Rivera, 24, dan Viameri Santana-Berrios, 27




Berang Cerita Mati Pucuk Tersebar, Lelaki Belasah Isteri

Posted: 06 Jul 2012 05:25 AM PDT


[SH] PETALING JAYA – Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya.

Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk. 

Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi  oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.

"Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya," katanya.

Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.

Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar  menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.

"Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling  kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia," katanya.




[Gambar] Yahudi yang "Diselamatkan" oleh Adolf Hitler

Posted: 06 Jul 2012 01:04 AM PDT

Ernst Hess (kanan), surat yang "menyelamatkan Hess, Hitler semasa berkhidmat di bawah Hess dalam Perang Dunia Pertama (kiri).

Sesetengah orang Yahudi Jerman terselamat daripada Holocaust (istilah yang dipertikaikan sehingga kini. Ada pihak yang menganggap Holocaust hanya propaganda/konspirasi Yahudi untuk menagih simpati dunia) dengan melarikan diri ke negara lain, bersembunyi, dan bertarung nyawa di  Death Camp Nazi.

Namun, Ernst Hess berhutang nyawa secara langsung dengan Adolf Hitler, pegawai bawahannya semasa Perang Dunia Pertama.

Fuhrer mengarahkan tentera Nazi tidak menganggu Hess semata-mata kerana lelaki itu pernah menjadi pegawai pemerintahnya semasa Perang Dunia Pertama.

Cerita luar biasa ini terbongkar apabila didedahkan oleh anak perempuan Hess, Ursula,  86, selepas sebuah akhbar menemukan surat yang dihantar atas arahan Hitler yang menegaskan bahawa Hess tidak 'dibunuh atau dihantar pulang'.

Fail Hess yang disimpan oleh Gestapo Dusseldorf termasuklah surat daripada Ketua Gestapo dan SS, Heinrich Himmler, bertarikh 27 Ogos 1940 yang memerihalkan arahan Hitler agar Hess 'tidak diganggu dan diberi perlindungan".

Himmler kemudiannya mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa, tentera Nazi agar Hess yang juga seorang hakim tidak diapa-apakan dalam apa-apa jua cara sekalipun .

Ironinya, Hess memberitahu anak perempuannya bahawa dia dan rakan seperjuangan yang lain sukar mengingati  Hitler.

Beliau memberitahu bahawa Hitler jarang-jarang bercakap dan hanya mempunyai beberapa orang kawan dalam pasukan tersebut. - DCM/DM
Hess, standing far right, with his unit during the Great War
Hess (berdiri, kanan sekali)

Hitler (pictured far right) and Hess were both deployed to the Flanders front in the fall of 1914, serving in what was known as the 'List Regiment' until 1918
Hitler (kanan) dan Hess dihantar ke Flanders pada musim luruh 1914, berkhidmat dalam pasukan yang digelar 'List Regiment' sehingga 1918.

The letter which was sent by Heinrich Himmler, reichsführer of the SS and overlord of the death camps, dated 27 August 1940, granting Hess 'relief and protection as per the Führer¿s wishes'
Surat yang dihantar oleh Heinrich Himmler bertarikh  27 Ogos 1940, memberikan perlindungan kepada Hess atas permintaan  Führer.

Hess with his wife Margarethe and daughter Ursula in the early Thirties
Hess bersama dengan isteri  Margarethe dan anak perempuan mereka Ursula

Hitler pictured in 1934. He remembered his time in the army fondly and was proud of his service in the war

Lelaki Tidur Lena Dikejutkan Oleh Pencegah Maksiat

Posted: 06 Jul 2012 12:13 AM PDT


[SH] AMPANG - Sepasang kekasih yang sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di sebuah rumah kedai, di sini, terkejut dengan kehadiran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam serbuan di kediaman berkenaan, awal pagi semalam.

Pasangan yang bekerja di sebuah hotel di ibu kota itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi setelah penguat kuasa menerima aduan mengenai pasangan tersebut di rumah itu sehingga menimbulkan keraguan penduduk.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika ditahan lelaki itu memberi alasan dia terpaksa mengikut teman wanitanya pulang ke rumah itu kerana keretanya rosak.

"Lelaki berkenaan turut memberi alasan tidak dapat pulang ke rumahnya di Kajang kerana tiada pengangkutan awam dan dia perlu hadir di tempat kerja pada awal pagi.

"Difahamkan bilik sewa itu milik rakan mereka dan rakannya tidak mengetahui kehadiran pasangan berkenaan," katanya.

Menurutnya, ketika penguat kuasa mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang perempuan berbaju dan berseluar pendek membuka pintu.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki hanya memakai seluar pendek sedang nyenyak dalam keadaan tertiarap atas katil," katanya.

Ahmad Nawi berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut," katanya.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.




Isu Hubungan dengan Hon Cheong: Bolehkah Awang Adek Tidur Lena dengan Tekanan daripada PKR?

Posted: 05 Jul 2012 11:59 PM PDT

Jawab atau banyak lagi rahsia Awang Adek-Hon Cheong didedah

[KD] KUALA LUMPUR 6 Julai: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sekali lagi dicabar menjelaskan mengenai hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong dan skandal percetakan RM2 sebanyak 100 juta.

Sejak cabaran itu dibuat oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail minggu lalu, Awang masih membisu berhubung pendedahan ini.

Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang supaya tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan.

"Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa tiga minggu diberikan semakin berlalu.

"Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri, maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas Aidilfitri," kata Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin.

Saifuddin pada 28 Jun lalu mendedahkan, salah laku Awang semasa menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan memberi tempoh tiga minggu kepada beliau menjelaskan segala dakwaan dan mencabarnya menafikan hubungan dengan individu itu dan syarikat terbabit.

Menurut Saifuddin, Hon Cheong ialah pemilik syarikat Sun Prestige Sdn Bhd yang telah mendapat hak mencetak wang kertas RM2 sebanyak 100 juta keping ketika Awang memegang jawatan tersebut.

"Beliau juga merupakan pemilik syarikat Vertex United Sdn Bhd juga tidak mungkin secara kebetulan membeli rumah Awang di Damansara dengan harga agak tinggi iaitu RM550,000 (seperti didedah Saifuddin).

"Adakah ini semua ada kaitan dengan 'anugerah' projek mencetak nota mata wang negara?" tegas Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard.

Awang turut dicabar menjelaskan wang yang diterima beliau untuk ke Jepun dan peranan Hon Cheong dalam menguruskan pembayaran bulanan kereta isteri kepada Awang.

Ini juga berikutan pendedahan Saifuddin bahawa Hon Cheong melalui syarikat Ultimate Holidays Sdn Bhd juga telah membuat bayaran untuk Awang keluar ke Jepun pada 28 Jun hingga 1 Julai 1999.

"Setelah diteliti mengenai kereta Honda Civic 1.6 yang digunakan isteri Awang, wujud keraguan dan turut dikaitkan dengan ahli perniagaan yang sama. Awang perlu menjawab benarkah kereta tersebut diuruskan pembayaran bulanannya sebanyak RM2,122 sebulan oleh Hon Cheong" kata Chegu Bard.

Hon Cheong juga didapati banyak menyumbang ke atas pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan Awang.

"Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, pembayaran cukai jalan, bil-bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut," cabar Chegu Bard pada ceramah perdana di hadapan 8,000 hadirin di Pantai Irama, Bachok, Kelantan 1 Julai lalu.
 
 
 
 

Diskaun Arak Sempena "Ramadhan Sale"

Posted: 05 Jul 2012 06:05 PM PDT



[HD] PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.


Posted: 04 Jul 2012 05:42 PM PDT



Jika anda berlaku untuk akan memandu di jalan raya wilayah tenggara China, Fujian pada 29 Jun, anda mungkin telah datang di seluruh manusia 1 menggunakan kaedah perjalanan yang terutamanya yang tidak cekap: yang penjilatan - yang isyarat tradisional Cina tunduk dan menyentuh kepala ke tanah dalam satumempamerkan rasa hormat dan penyerahan.

Lelaki itu, yang dilihat kowtowing di jalan di bandar wilayah Putian, berkata beliau telah cuba untuk meminta maaf kepada isterinya, melaporkan Fjsen laman web berita tempatan.

Ramai orang menarik untuk mendapatkan lebih dekat di tempat kejadian luar biasa. Dahi lelaki itu telah dilaporkan pendarahan, yang membayangkan yang penjilatan telah dijalankan terutamanya dengan bersungguh-sungguh. Lelaki lain yang cuba campur tangan tetapi telah ditolak jauh. Lelaki kowtowing berkata samar-samar bahawa dia telah membuat kesilapan dan ingin meminta maaf kepada isterinya. Beliau akan meneruskan seperti ini untuk kilometre lain di jalan, tambah beliau.

Saksi kemudian melaporkan seorang wanita - mungkin isteri lelaki - tiba di teksi untuk mengumpul beliau. Kenapa lelaki perlu pergi keterlaluan itu meminta maaf dengan pendarahan kepala di asfalt desar - masih belum diketahui.

http://www.wantchinatimes.com/news-subclass-cnt.aspx?cid=1103&MainCatID=11&id=20120704000008

Tiada ulasan: