Jumaat, 6 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA PREMIER 6/7/2012

Posted: 06 Jul 2012 03:24 PM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.4

Gempaq!!! Babi Mengamuk Di Bandar Kuantan

Posted: 06 Jul 2012 06:00 AM PDT

KUANTAN, 6 Julai - Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang. Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata "Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi jalan mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri da masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar". Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. "Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)", kata beliau. "Selama ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku sebelum ini", kata seorang pemandu teksi yang ditemui di tempat kejadian.


Babi mengamuk smpai masuk ke dalam kedai Travel Agency Hamid Bross

Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit

Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit

Kaca bertaburan, pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit
http://www.pahangdaily.blogspot.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA

Posted: 06 Jul 2012 01:51 AM PDT


Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.


Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

pc.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Suatu Pagi Yang Menginsafkan Dari Seorang Nenek

Posted: 05 Jul 2012 09:00 PM PDT

Assalamualaikum,


Pagi ini rutin ana seperti biasa, dan antaranya pergi menziarahi opah ana dan membeli makanan untuknya makan tengahari. Cuma hari ini tidak macam biasa dan ia suatu pagi yang sangat memberi keinsafan khususnya pada ana. Ana kongsi kisah ini supaya kita sama-sama dapat pengajaran darinya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, ana ternampak seorang tua berjalan lalu ana berhenti dan memberinya tumpang. Seorang nenek yang ingin ke klinik. Ana lihat kakinya berdarah, dia sakit lutut dan jalan terhuyung hayang. Sampai saja di klinik yang dituju, ana lihat klinik sudah tutup. Ditanya kenapa ke klinik Kook dan dia jawab badannya sudah gatal-gatal, ubat dah hilang xtau ke mana. Jadi ana bawa nenek ini ke sebuah lagi klinik dan nenek berkata tak perlu lah sebab beliau tidak berduit. Katanya doktor klinik Kook itu (doktor bukan Islam) memberinya ubat percuma, tak macam klinik-klinik lain. Nenek seorang yang miskin, mendapat bantuan Rm150 setiap bulan.

Dalam perjalanan, ana bertanya namanya dan umurnya. Beliau sudah berumur 83 tahun. Katanya hari ini lupa bawa tongkat, penat sikit jalan ke pekan. Ya Allah, nenek ini berjalan berkilometer ke pekan. Anaknya? Jirannya? Tiada yang nak membantu ke? Sampai di klinik terus daftarkan nenek. Ana ambil kad pengenalannya dan biarkan dia duduk. Kaki nenek nampak sangat penat dan berdarah. Nenek dapat nombor ke 23 jadi terpaksa tunggu.

Sambil menunggu bertemulah nenek dengan saudara lamanya. Nenek sudah lupa nama mereka tapi mereka ingat nenek. Lalu ditanya siapa ana, dimana anaknya dan sebagainya. Nenek ceritakan yang anaknya duduk di Ipoh, bekerja sebagai posmen dan ada anak yang bersekolah. Nenek tak duduk dengan anaknya sebab isterinya tidak suka kehadiran nenek. Nenek rindukan anaknya. Ana tersentak bila nenek kata anaknya datang setiap bulan tapi diminta bersama duit saku. Nenek kata biasanya dia beri RM100 pada anaknya dan RM50 disimpan untuk makan. Anak ini…ibunya keseorangan dan beliau hanya balik meminta wang saku? Hanya Allah Maha Mengetahui. Saudara nenek agak berang dan kata bunyi macam anak derhaka. Nenek memotong kata dan mengatakan anaknya sayang padanya, cuma isterinya tidak. Begitu pula?

Sebaik saja nenek habis check up, kami menunggu ubat. Saudara nenek menghulurkan nenek Rm50 sebagai sedekah, lagipun nenek memang golongan asnaf. Inilah kewajipan membayar zakat, untuk membantu orang seperti nenek. Nenek hulurkan wang pada ana untuk membayar perubatan dan ana menolak dan gunakan saja duit ana, duit ana milik Allah, ana pinjam dari Allah. Nenek kata bayarlah untuk minyak, minyak makin mahal. Ana menjawab, minyak juga milik Allah, ana meminjamnya saja. Kereta ana pun milik Allah, jika Allah ambil kembali maka tidak berkeretalah ana.

Nama nenek dipanggil dan ana ambil ubatnya. Bila ditanya berapa penolong klinik kata percuma. Alhamdulillah, ana ditemukan dengan doktor yang amat memahami. Nenek tersenyum dan kami bergegas balik. Rumah nenek jauh, kereta ana ke rumah nenek pun dalam 15 minit, bayangkan jika nenek berjalan kaki dan kaki yang lemah. Sampai di rumah yang hampir kosong, nenek mengajak ana minum dan masih ingin menghulurkan Rm50 yang diterimanya tadi. Ana menolak dan memberinya sedikit bantuan wang ringgit dan makanan (nenek minta dibelikan ikan mentah di pasar supaya boleh goreng, jadi ana beli 5 ekor) sebagai tanda kesyukuran ana kerana nikmat kesihatan dan kebaikan yang Allah kurniakan pada ana.

Ana berharapkan insaflah anak nenek kerana biarkan ibunya sendirian, mementingkan isterinya dan tidak menjaga ibunya di saat ibunya memerlukan. Jika Alqamah tidak mampu mengucap akibat derhaka pada ibunya, inikan pula kita. Rasulullah pernah bersabda, "Redha Allah bergantung kepada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua ibu dan bapa." Riwayat Hakim. Ya Allah, semoga ana tidak menjadi anak yang derhaka. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

sebaikbaikcahaya.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Telur Tembelang Sudah Pecah Maa..!!

Posted: 05 Jul 2012 06:00 PM PDT

Isu hudud yang gempak di Johor menyebabkan Umno terkepit dicelah papan. Kita tengok pemimpin Umno ni ada 'stone' ke takde. Rakyat Malaysia akan menyaksikan bagaimana para pemimpin Umno akan menari. Dalam suasana menghadapi PRU 13 kali ini, para pencatur strategi sentiasa mengasak antara satu sama lain.

Apapun isu Hudud yang mungkin secara jujur atau sememangnya nak berpolitik tapi membangangkan Umno. Ia dibangkitkan oleh Adun Umno-BN di Johor iaitu YB Datuk Ayub Rahmat telah benar-benar menguji sejauh-mana dakwaan Umno yang hendak membela agama Islam yang selama ini menuduh PAS sebagai parti yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.



Apabila ia dilapurkan didalam media, meskipun beliau mencadangkan agar Johor mendahului Pas dalam melaksanakan hudud sebenar iaitu melaksanakannya terhadap orang Islam dan non muslim.

Pihak Pas dengan senang hati dan terbuka memberi sokongan padu jika pihak Umno ingin melaksanakan hukum hudud dinegeri Johor. Tidak kira
siapa yang mendahului siapa. Apa yang penting syariat Islam itu perlu ditegakkan kerana ia merupakan satu kewajipan dan tuntutan Islam. Kenyataan pemimpin tertinggi Pas iaitu Murshidul Am, Iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sokongan juga oleh Ketua Penenrangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Tuan Guru Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang bersedia membantu Umno Johor pada bila-bila masa dalam menegakkan hukum Islam itu.

Pihak Mufti pun turut sama menyokong dan mendesak agar Umno yang mempunyai dan mendominasi kuasa di negara ini supaya melaksanakannya.

Dalam keadaan pemimpin Umno semua membisu. nampaknya MCA menunjukkan belangnya. kalau selama ini DAP dikatakan memperkudakan PAS. Hari ini kita dapat tahu siapa yg menjadi kuda siapa. MCA telah mengugut UMNO dalam isu hudud ini. Kecuttt... beb!!!

Taklah pulak Pemuda Umno berdemo!!!... Mana Perkasa, Pekida. Ke semua pun dah kecuttt ma!!!. Kalau pemimpin Pas buat kenyataan. Seribu report polis kot???


Ini bukan kali pertama, MCA menghina UMNO dalam isu hudud bahkan menghina Umat Islam keseluruhannya dengan mempersendakan hukum hudud itu. UMNO gagal untuk menjinakkan MCA, apatah lagi untuk menghormati amalan serta ibadah umat Islam tersebut. Lihatlah kenyataan-kenyataan MCA terhadap hudud itu sendiri.


Bahkan MCA berani memberi kata-dua kepada UMNO dengan mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional.
Terhegeh-hegehlah Najib & Muhyidin menenangkan bintang filem porno itu bahawa Umno tak akan melaksanakan hukum Hudud di Malaysia. hairan bin ajaib. Macamana lagi orang beragama boleh duduk dalam Umno lagi. boleh ditipu lagi. Mungkin habuan kebendaan menyumbat mulut mereka.

Sudahlah mereka tidak melaksanakan hukum Islam tersebut bahkan merekalah kepala dan penyendal untuk menghalang pelaksanaan undang-undang syariah di negara kita ini. Memang berbaloi betulah British mendidik dan meninggalkan kuasa kepada Umno sebagai penerus legasy barat di tanah-air kita ini.
Habis nak dalil apa lagi? Kalau menyokong Umno... sememangnyalah bersekongkol dengan kezaliman. Merekalah yang menjadi batu api dengan menuduh PAS pelbagai fitnah dan mereka undang-undang Islam sendiri. Nak harapkan mereka??? Kita semua tahu apa sikap Tun Mahathir sendiri terhadap hukum hudud.

Manakala Pas tetap istiqamah dan konsisten serta yakin dengan hukum Islam yang mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia



Dalam masa yang sama, usaha penerangan dan penjelasan perlu diteruskan sehingga banyak pihak boleh menerima hikmah perlaksanaan ibadah ini. Bahkan usaha Pas ini semakin mebuahkan hasil tetapi apa usaha Umno. Menambah celaru bahkan menyesatkan orang Islam sendiri.






ustsaifulbahri


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

MESTI TENGOK!!! GAMBAR AJAIB

Posted: 05 Jul 2012 03:00 PM PDT


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: