Undi PAS Masuk Syurga .... Posted: 05 Jul 2012 06:11 PM PDT Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Ramadhan dan ummat Islam akan melakukan ibadat puasa.Cakap mudahnya – berlapar dan berdahaga di siang hari .... stop!
Oklah tu, semua kita tahu pasal ibadah puasa dan kita semua akan melakukannya kerana ianya perkara yang wajib.
Setiap apa yang dilakukan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Perkara yang wajib seperti ini kalau kita buat, dapat pahala, tak buat dapat dosa. Itu janji Allah. Betul tak? Macamlah juga kita melakukan sembahyang dan lain-lainnya.
Tetapi apabila kita kata, undi PAS dapat pahala, undi UMNO dapat dosa ... undi PAS masuk Syurga, undi UMNO masuk neraka; maka ramai yang marah.
Mereka tidak yakin bahawa bahawa berjuang dalam PAS akan mendapat pahala. Mereka fikir , berjuang dalam PAS adalah sama sahaja sebagaimana berjuang dalam Umno.Malah dikalangan Tok Mufti di Malaysia ini, ramai yang kata begitu.Tanyalah mufti Perak Harusani, kalau tak caya!
Jom kita sama-sama merujuk kepada kaedah fiqh yang bermaksudnya;
"Tidak sempurna perkara wajib, melainkan dengannya, maka melakukan perkara itu adalah wajib juga"
Bahawa hukum bina kerajaan Islam adalah wajib. Tidak terbina kerajaan Islam, melainkan kita kena terlibat dengan pilihanraya, maka terlibat dalam pilihanraya adalah wajib.Betul?
Bahawa dalam pilihanraya, mesti ada parti. Tidak sempurna dalam pilihanraya melainkan kena tubuh parti, maka hukum tubuh parti adalah wajib.Betul?
Di Malaysia, banyak-banyak parti yang wujud, hanya PAS sahaja berusaha untuk menubuhkan kerajaan Islam, maka hukum undi PAS adalah wajib dan lawan bagi wajib adalah haram, bermakna undi UMNO adalah haram. Betul?
Jelas bahawa melakukan perkara yang 'Wajib' boleh mendapat pahala, tak buat mendapat dosa. Sebaliknya melaku perkara yang 'Haram', tentulah mendapat dosa, tak buat dapat pahala.
Inilah perjuangan ahli-ahli PAS dalam usaha meluputkan UMNO dari muka bumi Allah. Apa yang mereka kenal adalah pahala yang akan menjadi bekalan mereka di akhirat kelak. Justeru, tidak hairan kenapa PAS mampu bertahan sehingga ke hari ini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan