DUNIACACAMARBA |
- [Video] Acu Pistol, Apa Perkembangan Kes Ini?
- [Video] Dialog dengan Jin Zouzoula tentang Iblis, Dajjal, Illumaniti, Pemimpin Arab, Malbars
- [Video] Pelanggan Dakwa Ditipu Mengamuk di Kedai Barangan Elektrik SenQ
- UncleSeekers Ditahan, Dibawa ke Mahkamah Untuk Disiasat di Bawah Seksyen...
- [Video] MB Selangor Cabar Penulis Blog...
- Suri Rumah Dipenjara Kerana Bunuh Orang yang Cuba Merogolnya
- Padah Mencuri, Lelaki Dipaksa Kunyah Getah Buku
- [Gambar] Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia?
[Video] Acu Pistol, Apa Perkembangan Kes Ini? Posted: 05 Jul 2012 08:00 AM PDT | ||
[Video] Dialog dengan Jin Zouzoula tentang Iblis, Dajjal, Illumaniti, Pemimpin Arab, Malbars Posted: 05 Jul 2012 05:00 AM PDT | ||
[Video] Pelanggan Dakwa Ditipu Mengamuk di Kedai Barangan Elektrik SenQ Posted: 05 Jul 2012 03:00 AM PDT | ||
UncleSeekers Ditahan, Dibawa ke Mahkamah Untuk Disiasat di Bawah Seksyen... Posted: 05 Jul 2012 01:17 AM PDT [SH] Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya baru-baru ini, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Turut ditahan seorang perempuan berusia 26, dikenali sebagai Siti Nadhirah Mohd Zain. Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak mengesahkan tangkapan itu. "Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas malam tadi. "Kedua-dua yang ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya pada pemberita di Johor Bharu, tengah hari tadi. Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun. Tangkapan ke atas mereka telah dilakukan semalam, lebìh kurang 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Dalam pada itu, bapanya Syed Abdullah, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, beliau tidak ada maklumat lanjut mengenai penahanan anaknya itu. "Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya," kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online sekitar 10 pagi tadi. Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut. "Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecahbelahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini," katanya. P/s: Mengapa siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi sahaja? Siasat jugalah kebenaran maklumat-maklumat lain yang didedahkan dalam blog itu. Mengapa fokus siasatan hanya bertumpu pada beberapa dokumen yang dimuatnaikkan di blog itu. Walhal tulisan yang melebihi 60 siri itu banyak mendedahkan maklumat yang perlu diselidik kebenarannya. Ironinya, mengapa pihak istana tidak menfailkan saman atau membuat laporan polis terhadap UncleSeekers? Rakyat sedang menilai! | ||
[Video] MB Selangor Cabar Penulis Blog... Posted: 05 Jul 2012 12:10 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar penulis blog mendedahkan lagi rakaman video litar tertutup (CCTV) sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya kepada tontonan orang ramai. Menurut portal AntaraPos, Abdul Khalid bercakap pada sidang media selepas mesyuarat exco berkata politik adalah permainan yang lucu dan dengan sinis menggalakkan video itu didedahkan "supaya orang ramai dapat tengok". "Saya ingat digalakkan dipamerkan supaya orang ramai dapat tengok, " katanya sambil menambah perbuatan itu sesuatu yang menjengkelkan serta tidak bertanggungjawab. Video 15 minit itu yang dimuatnaikkan di laman Youtube semalam, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang bentuk pendedahan ataupun aksi panas. Motif penyebaran video itu kepada umum juga tidak diketahui. Bagi Abdul Khalid, rakaman cctv itu dibuat oleh musuh politik yang cuba menamatkan kerjaya poltiknya. "Saya melihat apa yang saya lalui dalam politik, ini adalah permainan yang menyeronokkan, jadi teruskanlah kerana saya mesti katakanlah ia adalah sangat mengganggu, tidak bertanggungjawab tetapi kerana ia adalah satu ujian dalam hidup, saya perlu laluinya," katanya sambil ketawa sebelum beredar. | ||
Suri Rumah Dipenjara Kerana Bunuh Orang yang Cuba Merogolnya Posted: 04 Jul 2012 11:21 PM PDT
[HD] KUALA LUMPUR: Kisah seorang suri rumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak. Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuas hati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol. Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu. Di Ipoh Isnin lepas, seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas. Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010. Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah. Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu. Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati. Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi. Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam' terhadap perogol tersebut. Seorang pengguna facebook telah memasukkan cerita ini dalam dinding facebook dan mendapat sambutan hangat para pengguna laman sosial itu. Tidak sampai satu jam ia dimasukkan, 6,536 orang telah berkongsi cerita ini manakala 5,470 menyatakan 'like' kepada cerita ini. Cerita ini juga menerima 4,341 komen dalam masa 40 minit. Hampir semua komennya tidak berpuashati dan meminta kes ini dikaji balik untuk memberikan keadilan kepada wanita yang berani mempertahankan dirinya ini. Appu Brothers menulis: "Kes ini perlu dikemukan kepada Jabatan Peguam Negara serta human right's masalah ini perlu ditangani. "Kita semua adalah manusia tak perlu fikir tentang agama, kasta atau taraf perkara ini perlu ditegas serta merta. "Jom jom kita sebarkan masalah ini serta merta dan berjuang dapatkan keadilan." Namun ada juga yang mempertahankan keputusan hakim ini kerana perogol itu telah ditetak dengan banyak kali berdasarkan kesan luka pada kepala lelaki itu. | ||
Padah Mencuri, Lelaki Dipaksa Kunyah Getah Buku Posted: 04 Jul 2012 07:33 PM PDT [HM] RANTAU PANJANG: Gelagat seorang penagih dadah mencuri perhatian orang ramai apabila dipaksa penduduk mengunyah getah beku yang dicurinya sejurus diberkas di Kampung Tasek Bakong, di sini, petang kelmarin. Suspek berusia 31 tahun yang juga bapa kepada dua anak itu berjaya diberkas sekumpulan penduduk kampung berhampiran kilang padi di Kampung Batu Karang, selepas cubaannya melarikan diri dengan memecut motosikal dinaiki sejauh lima kilometer (km), tidak berjaya. Kegiatannya sebelum itu dikesan seorang penduduk kira-kira jam 6 petang sebelum memaklumkannya kepada penduduk lain. Mereka kemudian mengejar suspek yang menaiki motosikal menggunakan nombor pendaftaran Thailand. Ketika ditanya, suspek mengaku mencuri getah beku itu sejak dua bulan lalu bagi membeli dadah. "Setiap hari, saya memerlukan sekurang-kurangnya RM50 untuk membeli barang (dadah). Itu saja cara mudah untuk saya dapatkan bekalan," katanya. Penghulu Mukim Gual Mesa, Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, kegiatan mencuri getah beku itu semakin berleluasa sejak beberapa minggu lalu di sekitar Kampung Gual Mesa, Kampung Tasek Bakong, Kampung Batu Karang, Kampung Tok Pelanduk serta beberapa kampung sekitar. "Memang saya akui sejak tiga minggu kebelakangan ini kes kecurian getah semakin menjadi-jadi di sekitar kampung di sini. "Pencuri getah beku sering menjadikan beberapa kampung di sini sebagai sasaran menyebabkan penduduk berang dan berusaha mengesan suspek yang melakukan kegiatan ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. Katanya, suspek kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan. "Polis menerima laporan polis itu dan suspek kini ditahan reman," katanya. P/s: Nasib baik lelaki itu dipaksa kunyah getah buku, kalau dipaksa teguk cuka getah? | ||
[Gambar] Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia? Posted: 04 Jul 2012 06:38 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan