Khamis, 5 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ampang LRT - Polis Sepatutnya Siasat PM Najib, Bukan Rafizi

Posted: 05 Jul 2012 06:41 AM PDT

Presiden PKR , Dr Wan Azizah menyatakan kebimbangannya kerana polis menyoal siasat Rafizi di bawah pelanggaran Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan butir-butir kontrak LRT- Lanjutan.

"Polis kita lebih berminat untuk mempertahankan OSA, undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa." Katanya.

Menurutnya,Rafizi sepatutnya dipuji diatas keberanainnya mendedahkan mengenai suatu tender yang penting yang diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan, George Kent dan melibatkan Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak.

Azizah menyifatkan siasatan peringkat tinggi polis terhadap Rafizi itu adalah bertujuan menakut-nakutkan dan mengganggu Rafizi disampaing untuk melindungi salah laku PM Najib. SUMBER

Rakyat Perak Patut Malu Kepada Rakyat Johor - Mazlan Aliman

Posted: 04 Jul 2012 09:35 PM PDT

Ipoh, 4 Julai : Mazlan Aliman turut menceritakan pengalaman perit dan getir yang terpaksa dilaluinya untuk menembusi rancangan tanah Felda di Johor.

Beliau dihalang memasuki Felda yang merupakan kubu kuat Umno dengan pelbagai cara.Di baling batu dan dikepung adalah perkara biasa yang terpaksa beliau harungi.

Malah katanya, beliau telah 8 kali ditangkap atas tuduhan mnceroboh tanah rancangan Felda.

Begitu gerun sekali Umno Johor terhadap Mazlan Aliman!

Dan diatas kegigihan beliau itu, kini PAS telah dapat menembusi kubu kuat Umno tersebut.Syabas kepada Mazlan Aliman!

Beliau telah berjaya merobah senario politik di Johor masa kini.Menurut Mazlan, Selama ini, UMNO dapat menguasai kawasan luar bandar melalui penguasaannya ke atas FELDA. Kira-kira 50 kawasan parlimen dimenangi Umno melalui Felda.

Tetapi kini Umno Johor tidak boleh lagi mendabik dada sebagai kubu kuat politik Umno.Felda hari ini amat berlainan dari yang sudah-sudah. Para peneroka semakin sedar bahawa mereka telah di tipu. Mereka sudah tahu temberang Umno/BN yang selama ini adalah umpama bapak ikan yang menelan anak ikan.

Ramai peneroka Felda yang menyaman Felda kerana menuntut hak dan keadilan yang dinafikan selama ini.Beberapa kes saman yang melibatkan tuntutan ganti rugi telah berjaya dilakukan.

Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG.

Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.

Kenangan bersama Mazlan Aliman

Mak Ooi! Bukan sikit-sikit tuh! Main juta-juta....silap-silap bungkuslah Felda nanti sebab bayak lagi yang pending perbicaraan.

Yang terbaru ialah pasal janji yang Najib tidak ditepati mengenai Durian Runtuh iaitu RM15 ribu yang dijanjikan itu.

Rupa-rupanya, setakat hari ini hanya bayaran pertama sahaja yang telah mereka terima iaitu sebanyak RM5,000.00. Baki sebanyak RM5,000 lagi untuk isteri dan RM5,000 lagi untuk anak-anak generasi kedua telah tidak dibayar.Tu yang 112 Peneroka saman Felda di sini

Mazlan menyeru penduduk Kampung Sungai Rokam yang rata-rata ramai yang menyokong Umno seperti mana di Johor itu supaya ikut berubah.Kalau Perak tidak dapat semula ke Pakatan Rakyat, Rakyat Perak harus malu kepada Johor yang kini pasti menolak Umno/BN dalam pilihanraya ke-13 akan datang ini. Turut berucap pada malam tadi ialah DS Nizar, YB Dr Lee Boon Chye dan bakal calon DUN N34 Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon.

Tiada ulasan: