Khamis, 5 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pasar raya Tiada Sensitiviti! Promosi Arak Sempena Ramadhan?

Posted: 05 Jul 2012 04:06 AM PDT

Ini lah sifat yang patut ditolak oleh semua rakyat Malaysia. Sebuah syarikat besar yang sewenang-wenang guna nama Ramadhan untuk mempromosikan minuman keras.

Sungguh malang. Jangan mencabar kesabaran dan kesucian agama Islam.

Gambar Buku 'Janji Allah' Tulisan TGNA Gambar Profile Abby

Posted: 05 Jul 2012 02:35 AM PDT

Syabas Abby!

Biar puak umno telak kahak dan air liur mereka sendiri.

Allahuakhbar!

Gambar Terkini Sultan Kelantan Semasa Solat Hajat Peletakan Batu Asas Istana Kelantan

Posted: 05 Jul 2012 12:28 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/396645_4215603870676_1884476398_n.jpg

Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, bersama Tengku Mahkota Kelantan, seusai majlis perletakan batu asas Istana Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bahru, tengah hari tadi (5 Julai 2012).

Polis tangkap penulis blog Uncleseekers yang didakwa fitnah Sultan Johor

Posted: 04 Jul 2012 11:52 PM PDT

JOHOR BAHARU: Polis Johor menangkap pengamal paranormal Syed Abdullah Syed Hussein, 46, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini berkata Syed Abdullah ditangkap pada 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Seremban.

Menurut kenyataan itu, seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditangkap oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.


Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.


Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog, uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.- Bernama

Uncle Seekers dipercayai ditahan polis

Posted: 04 Jul 2012 08:16 PM PDT



SHAH ALAM - Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dipercayai ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya minggu lalu, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Sinar Harian Online difahamkan beliau ditahan di Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam sebelum dibawa ke Nusajaya, Johor.

"Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya," kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi sebentar tadi.

Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini," katanya.

Tiada ulasan: