Ahad, 8 Julai 2012

dollah yankee

dollah yankee


Sebab ni kot ada 'Ramadhan Sale'?

Posted: 08 Jul 2012 04:55 AM PDT

Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.




Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata kita jangan lah kita semua cepat melatah dan cepat marah dengan pasaraya 'The Stor' itu. 


Mungkin pemilik pasaraya tadi keliru, sebab dia selalu tengok dan jumpa dengan ramai sangat orang melayu @ umat Islam terutamanya yang sering membeli arak di pasaraya miliknya dan mungkin juga pemilik pasaraya itu juga selalu berjumpa dengan orang-orang melayu yang berugama islam yang sering minum arak di bar dan di pub dan juga di kedai-kedai kopi cina. 


Atau mungkin juga pemilik pasaraya itu pernah berjumpa dan melihat orang yang minum arak dan mabuk-mabuk tersebut terdiri daripada mereka yang berpengaruh atau berjawatan tinggi.








Atau mungkin pemilik pasaraya tadi keliru kerana ada premis yang membuat arak atau menjual arak dirasmikan sendiri oleh orang Melayu.




Atau juga memang minum arak dan mabuk-mabuk ini kini sudah jadi budaya anak-anak muda di kota-kota besar macam Kuala Lumpur dan Penang.




dollah yankee -
Teringat kisah ada satu orang politik yang sering minum 'stout' dalam cawan kopi. Kalau orang kampong ke rumah dia untuk sesuatu tujuan mereka akan ingat yang dia minum kopi 'o'...
Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: